HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)

By afiadz

32.7K 3.3K 257

BLURB Her Eusoff Akibat tekanan daripada Syarifah Andra, Elvina terdesak untuk mencari calon suami. Bukan sem... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
TERBIT (EBOOK)

BAB 20

829 104 4
By afiadz

TIBALAH masa yang ditunggu-tunggu, hari di mana Elvina sekeluarga menunaikan umrah. Syarifah Andra ialah orang yang paling kalut pagi itu. Elvina dan Syed Fawwaz hanya mampu geleng kepala. Dah lali dengan perangai Syarifah Andra yang selalu tak relaks itu.

Mereka bertolak ke lapangan terbang Kuala Lumpur seawall jam 8.00 pagi. Flight mereka pukul 1.00 tengahari. Ni semua Syarifah Andra punya cadangan. Dia kata kalau pergi awal-awal senang. Tak adalah risau tertinggal flight dan sebagainya.

Setelah menikmati hidangan tengahari di restoran makanan segera yang terletak di situ, mereka pun bergerak ke balai berlepas.

Barang Elvina banyak. Ada luggage, beg sandang, beg silang tepi. Syarifah Andra pun sama. Syed Fawwaz tak boleh nak cakap apa, mampu geleng kepala je melayan kerenah mereka berdua. Mak borek, anak rintik.

Mujurlah ada had berat untuk barang-barang yang dibawa, mahu satu rumah diangkut sekali semasa menunaikan umrah selama dua minggu.

Sambil berjalan, Elvina leka membuat video. Walaupun dia dah tutup akaun Instagram miliknya dan tidak lagi berkongsi kisah hidupnya dengan pengikutnya, dia tetap rajin buat video untuk simpanan sendiri. Satu yang dia bersyukur apabila dia memakai purdah, orang lain tidak mengenali dirinya. Jadi dia bebas hendak ke mana-mana dan berbuat apa-apa kerana tiada yang memerhatikan dirinya. Imejnya juga tak perlu susah-susah dijaga seperti dahulu.

Tanpa sedar, Elvina terlanggar seorang wanita yang sudah berusia. Dia berjalan dengan menggunakan tongkat.

Tongkat wanita itu terjatuh, tapi mujurlah dia tidak jatuh. Kalau tak, risau berlaku apa-apa keretakan pada tulangnya.

"Maaf, puan. Saya tak sengaja." Elvina meminta maaf sambil menundukkan kepalanya berkali-kali.

"Tak apa, nak," balas wanita itu. Apabila Elvina mengangkat kepala, dia lihat wanita itu seusia maminya. Apa yang lebih memeranjatkan, dia kenal gerangan yang berdiri di sebelah wanita itu. Aisyah. Pegawai fisioterapi yang banyak membantu Elvina untuk sembuh.

"Aisyah?" panggil Elvina.

"El." Aisyah bersuara dengan teruja. Tak sangka dia akan jumpa dengan pesakitnya di sini.

"Yasmin?" Kali ini suara Syarifah Andra memenuhi ruang tersebut. Sebenarnya dia sudah berjalan ke hadapan. Tiba-tiba, dia dan suaminya perasan yang Elvina tidak ada di sisi mereka. Itu yang mereka patah balik. Rupa-rupanya ada drama yang berlaku.

"Andra ke?" Wanita yang digelar Yasmin itu pula menebak. Syarifah Andra menganggukkan kepalanya.

"Ya Allah, lamanya tak jumpa." Mereka berpelukan sesama sendiri.

"Abang, Hani, perkenalkan ini kawan baik mami waktu sekolah dahulu. Kami rapat. Tapi terputus hubungan sejak mami berpindah ke MRSM. Sampai sekarang mami tak dapat hubungi Min."

"Min, ni pula anak aku, Hani dan suami aku, Fawwaz."

"Auntie." Elvina bersalaman dengan Puan Yasmin dan juga Aisyah. Syed Fawwaz sekadar meletakkan tangan ke dada sebagai tanda hormat.

"Hesy, apa pula panggil auntie. Panggil umi je. Perkenalkan, ni anak umi, Aisyah."

"Aisyah dah kenal dengan Hani, mami. Puan Andra pun Aisyah pernah jumpa sekali sewaktu di hospital." Giliran Aisyah pula bersuara.

"Lah, ya ke? Kecil betul dunia ni," ujar Puan Yasmin.

"Aku ada seorang anak lelaki. Tapi dia pergi ke tandas sekejap." Puan Yasmin seperti tercari-cari kelibat anak lelakinya.

"Tak apalah, kita gerak dulu. Nanti pandai-pandailah dia cari." Dan kemudian mereka pun meneruskan perjalanan ke balai berlepas. Mereka perlu menjalani beberapa prosedur sebelum menaiki kapal terbang seperti check in bagasi dan penyerahan passport.

Rupa-rupanya, mereka menunaikan umrah di bawah agensi yang sama. Syarifah Andra dan Puan Yasmin ialah orang yang paling gembira. Maklumlah, bertemu kawan lama. Sempat jugalah mereka berbual sebentar sebelum masing-masing berpisah tempat duduk di atas kapal terbang.

Disebabkan Elvina dan Syarifah Andra berebut untuk duduk di tempat sebelah tingkap, jadi Elvina memutuskan untuk beli tiket di tempat duduk yang agak jauh daripada kedua ibu bapanya. Tak apalah, biar mami dan daddynya meluangkan masa bersama. Kebetulan kerusi yang dibelinya terletak di hadapan tempat duduk Puan Yasmin. Manakala, Aisyah duduk di sebelah wanita itu. Puan Yasmin mengatakan bahawa anak dan cucunya akan duduk di tempat bersebelahan dengan Elvina.

Elvina leka memerhatikan pemandangan di luar tingkap. Dia berdebar dan berasa sedikit gugup sebab inilah kali pertama dia akan menunaikan umrah. Dalam masa yang sama, dia gembira sebab dia rasa Allah betul-betul sayang dekat dia. Di saat dia berasa sunyi dan kosong, hidup terasa seperti tiada arah tuju, Allah memberikan dia peluang untuk melakukan ibadah tersebut sekali gus mendekatkan dirinya kepada Tuhan Yang Maha Esa.

"Kakak cantik." Lamunan Elvina terhenti apabila dia disapa oleh seorang kanak-kanak lelaki. Suara itu tidak asing pada pendengaran Elvina.

"Eemir!" Elvina tidak dapat mengawal rasa terujanya. Kecil betul dunia ni. Tak sangka yang Eemir dapat mengecam dirinya meskipun dia memakai purdah. Eemir mengambil tempat di sebelah Elvina. Eemir pakai sedondon dengannya. Jubah putih. Siap pakai kopiah lagi. Comel betul.

Kalau Eemir ada di sini, maknanya...

Perlahan-lahan bebola mata Elvina bergerak ke arah lelaki yang duduk bersebelahan dengan Eemir.

Pandangan mata mereka bersabung, mengalirkan satu rasa yang sukar untuk diungkapkan. Elvina tertunduk malu. Sedondon pula mereka bertiga dalam pakaian putih. Seperti sebuah keluarga.

"Assalamualaikum," sapa Eusoff. Dia membetulkan anak tekaknya. Tiba-tiba dia berasa gugup apabila berhadapan dengan Elvina. Wanita itu kelihatan sangat cantik dan suci.

"Waalaikumussalam," jawab Elvina perlahan.

"Kakak pegi umrah juga?" Tahu pula Eemir ni tentang umrah. Pasti Eusoff sudah terangkan terlebih dahulu kepadanya.

"Ya, sayang." Pipi Eemir dicubit perlahan. Tak silap, Puan Yasmin kata anak dan cucu dia akan duduk di sebelah Elvina. Maknanya Puan Yasmin ialah ibu kepada Eusoff dan nenek kepada Eemir dan juga kawan baik Syarifah Andra sewaktu di sekolah dahulu. Aisyah pula adalah orang yang merawat Elvina sewaktu otot mukanya lemah.

Ya Allah, kecil betul dunia ni. Pusing punya pusing jumpa orang yang sama juga.

Setelah memakai tali pinggang keselamatan, para pramugara memberikan penerangan sedikit tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan. Telefon bimbit dimatikan. Apabila kapal terbang mula berlepas menembusi awan, Eemir kelihatan tidak selesa.

"Akit..." adunya sambil menangis. Tangannya memegang kedua-dua belah telinga.

"Papa... akit..."

Elvina cemas mendengar Eemir sebegitu. Budak kecil, kan. Tak biasa dengan situasi begini.

Elvina mengeluarkan gula-gula getah dari begnya. Kemudian, dihulurkan dua biji kepada Eemir, "Eemir sayang, kunyah gula ni ya."

Eemir hanya mengikut. Ajaibnya, setelah dia mengunyah gula-gula tersebut, gegendang telinganya tidaklah sesakit tadi.

Eusoff pula bertindak untuk menutup telinga Eemir dengan menggunakan penyumbat telinga.

Setelah itu, Eemir diam dan tidak lagi menangis.

"Kakak cantik, nak agi." Tangan kanannya dihulurkan kepada Elvina meminta gula-gula getah.

"Eemir sayang, janganlah kacau kakak. Nanti papa belikan untuk Eemir bila kita dah sampai sana, ya." Serba salah Eusoff jadinya apabila Elvina kena layan Eemir.

"Eh, tak apalah awak. Stok saya ada banyak je lagi." Laju-laju Elvina membidas. Dia tak kisah. Apalah sangat setakat gula-gula getah.

"Eemir ambil satu bekas ni. Nanti jangan telan. Buang dalam plastik ni." Elvina menghulurkan bekas yang berisi gula-gula getah dan juga sehelai plastik.

Eusoff menggelengkan kepalanya untuk memberitahu yang Elvina tak perlu pun buat semua tu.

"Tak apa. Tak apa..." Elvina berkeras juga.

Dengan pantas, Eemir menyambut huluran Elvina, "Mekacih kakak cantik." Dia membuat mini love.

Elvina tergelak kecil.

Kemudian, keadaan menjadi sunyi apabila masing-masing tidur. Maklumlah, perjalanan ke Tanah Suci mengambil masa berjam-jam lamanya. Jadi sempatlah mereka melelapkan mata beberapa jam sebelum tiba ke Madinah.

Lena Elvina terganggu apabila dia merasakan ada satu kepala bersandar ke sisi lengannya. Apabila dia membuka mata, kepala Eemir terlentok di situ. Elvina hanya membiarkan. Matanya curi-curi pandang ke arah Eusoff.

Indahnya ciptaan Tuhan ini. Kalau dahulu, dia meminta kepada Allah agar dijodohkan dengan lelaki itu. Tetapi sekarang, dia ingin mengajar cinta Allah terlebih dahulu. Tentang jodoh, dia hanya serahkan bulat-bulat kepada Allah.

Dia pernah mendengar satu ceramah. Jika kita cintakan manusia yang sifatnya lemah dan tidak sempurna, kita pasti akan kecewa. Sebaliknya, sekiranya kita mencintai Allah, pasti hidup kita akan tenang dan gembira kerana Dialah pemilik sekalian Alam. Dia juga boleh memakbulkan doa kita dalam sekelip mata dan pada bila-bila masa sahaja.

Jadi kuncinya, jangan putus berdoa dan berharap kepada Allah jika kita inginkan sesuatu.

Ada sesuatu yang mengganggu fikir Elvina. Kenapa dalam ramai-ramai lelaki yang dia kenal, banyak kali dia dipertemukan dengan Eusoff secara tidak sengaja. Apakah petanda itu?

Dalam keasyikan merenung wajah Eusoff yang sungguh menenangkan itu, tiba-tiba mata Eusoff terbuka lalu pandangan mata mereka bersabung.

Elvina cepat-cepat melarikan anaknya matanya memandang ke hadapan. Eusoff pula berdeham untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka.

Elvina rasa hendak ketuk kepalanya sendiri. Aduh, kantoi la tenung duda anak satu ni.

Tak lama kemudian, Eemir bergerak-gerak sebelum matanya tercelik luas. Pada awalnya, dia kelihatan termangu-mangu tentang keberadaannya di mana, kemudian barulah otak dia dapat berfungsi apabila melihat Eusoff di sebelahnya.

"Papa, nak sishi..." Eemir mengepitkan kedua-dua belah kakinya. Dia terbangun kerana dia merasakan bahawa pundi kencingnya penuh.

"Jom."

Elvina hanya memerhatikan kelibat mereka berdua sehingga hilang daripada pandangan. Telinganya juga dapat menangkap suara Puan Yasmin bertanyakan kepada Eusoff yang dia hendak bawa Eemir ke mana.

Selepas 10 minit, mereka pun kembali. Tak lama selepas itu, seorang pramugari memberikan makanan kepada mereka. Makanan yang dihidangkan adalah nasi lemak dan lasagna daging. Macam tahu-tahu je perut tengah lapar. Maklumlah, baru sahaja bangun daripada tidur. Meja dibuka lalu makanan diletakkan ke atasnya.

"Kakak cantik." Eemir memanggil. Tangan kecilnya memegang lengan Elvina.

"Ya, sayang." Perhatian Elvina tertumpu kepada Eemir.

"Nak cuap." Eemir membuat puppy eyes sambil menayangkan barisan giginya yang putih bak mutiara. Automatik senyuman terbit di bibir Elvina. Anak siapalah comel sangat ni, ya Allah!

"Boleh, sayang."

"Eh, Eemir. Meh sini papa suap. Kakak nak makan. Eemir jangan kacau kakak." Baru beberapa kali Eemir bertemu dengan Elvina, tapi Eusoff dapat lihat yang Eemir sangat selesa dengan wanita itu. Sedangkan Eemir ni bukanlah sejenis yang senang nak masuk dengan orang yang dia tidak kenal.

"Nak ngan kakak."

"Tak apalah, Eusoff. Tak kacau pun. Saya okey je nak suap dia. Aaa buka mulut." Elvina menyuapkan lasagna ke dalam mulut Eemir setelah anak kecil itu membaca doa makan.

"Kakak, nak tahu tak. Kat cekolah Eemir ada kawan. Dia baik... comel..." Sambil mengunyah makanan, Eemir sibuk bercerita.

"Iya? Dia perempuan ke lelaki?" tanya Elvina dengan perasaan ingin tahu. Eusoff di tepi hanya membiarkan anaknya itu bercerita kepada Elvina. Eemir kalau dah selesa dengan seseorang, begitulah dia. Ada sahaja cerita yang keluar.

"Dia pompuan. Mama dia baik juga. Selalu kasi Eemir cokelat."

"Cedap." Eemir mengangkat ibu jarinya.

"Eemir suka coklat ke?" Setahu Elvina, Eemir suka slurpee.

"Cuka. Papa beli banyak-banyak untuk Eemir."

"Pastu Eemir kasi dia bunga..." ujar Eemir dengan bangganya.

Eusoff terkejut mendengar cerita Eemir. Selalunya selepas balik sekolah, Eemir akan bercerita seperti ini kepadanya. Tapi tak pernah pula Eemir cerita yang dia bagi bunga dekat kawan dia.

"Iya? Mana Eemir dapat bunga tu?" Tangan Elvina tidak henti-henti menyuap makanan ke dalam mulut Eemir. Seronok dia melihat anak kecil itu makan banyak. Berselera sungguh.

"Eemir amek Tok umi punya." Eemir tayang sengih tak bersalah.

Sekarang Eusoff tahu kenapa Eemir tak pernah cerita tentang perkara ini kepadanya. Mesti risau nanti kena marah sebab petik bunga kesayangan Syarifah Yasmin, "Oh, kecil-kecil lagi anak papa ni dah pandai mengurat awek, ya." Eusoff yang sedari tadi diam menyampuk perbualan mereka.

"Dia cuka Eemir. Eemir pun sama. Pastu kami main kawen-kawen. Eemir ngan Emelia." Kata-kata Eemir mengundang tawa Elvina dan Eusoff. Zaman tadika dulu, aku single, kau single, jomlah couple. Ha ha ha. Kenangan.

"Eemir kecil lagi. Mana boleh kahwin dengan dia. Tunggu dah besar, ada kerja yang stabil, ada rumah, ada kereta, barulah Eemir boleh kahwin."

"Ohhhh." Panjang harkatnya.

"Papa dengan kakak dah besar. Boleh kawen." Tak fasal-fasal nama Elvina dan Eusoff dipetik oleh Eemir. Kesudahannya, masing-masing terkedu.

"Boleh, kan papa? Kakak?" Eemir pelik apabila kedua-dua manusia di sebelahnya diam tanpa mengeluarkan sebarang kata.

"Aaaaa..." Tergagap-gagap Elvina hendak membalas.

"Dah dah. Sambung makan. Sini papa suap pula." Eusoff mengalihkan topik, kali ini dia mengambil alih tugas Elvina untuk menyuap Eemir.

Namun, entah mengapa, hatinya berdegup dengan tidak menentu saat soalan itu keluar dari bibir Eemir. Apakah maksudnya?



TIBA sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz yang terletak di Madinah, mereka mengambil barang masing-masing, kemudian para jemaah menaiki bas untuk ke hotel yang terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi.

Elvina dan Syarifah Andra tinggal di dalam bilik yang sama, manakala Syed Fawwaz terpisah daripada mereka. Bilik diasingkan mengikut jantina lelaki dan perempuan.

Sepanjang lima hari berada di Madinah, mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah. Antaranya maqam Rasulullah SAW, perkuburan Baqi' iaitu tempat bersemadinya ahli keluarga dan sahabat Rasulullah dan juga Raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi, taman syurga dan tempat mustajab untuk berdoa.

Ada banyak lagi tempat yang mereka semua lawati. Setelah selesai segala urusan di Madinah, para jemaah bertolak ke Mekah. Sewaktu di dalam bas, mereka berniat ihram di miqat Bir Ali setelah diumumkan oleh ustaz dan juga mutawwif yang bertugas.

Tiba sahaja di Mekah, para jemaah mengerjakan tawaf & saie secara berjemaah di bawah bimbingan mutawwif yang berpengalaman.

Kemudian, mereka melaksanakan dua lagi rukun umrah iaitu tahallul atau dipanggil bercukur dan juga tertib.

Maka lengkaplah ibadah umrah para jemaah.

Continue Reading

You'll Also Like

276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
108K 10.1K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
896K 36.5K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...