𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫...

By raisynee

10.4K 560 38

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐊𝐚𝐲𝐥𝐞𝐧𝐞 - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya h... More

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 00
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 01
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 02
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 03
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 04
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 05
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 06
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 07
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 08
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 09
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 10
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 11
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 12
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 13
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 14
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 15
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 17
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 18
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 19
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 20
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 21
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 22
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 23

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 16

258 15 2
By raisynee

"You nak pergi mana?"

Kaylene melontar soalan saat retina mata menangkap susuk tubuh Ares yang segak berpakaian serba hitam. Ares yang ketika itu sedang memperbetulkan rambutnya, Kaylene pandang.

Ares tidak menjawab, malah sekadar senyum nipis. Kaylene menjeling tajam, melihat pantulan Ares yang sedang tersenyum nipis ke arahnya. Kecil besar kecil besar je aku tengok kau ni.

"You..." nadanya berubah meleret dan manja. Masih bersabar dengan encik suami yang suka sangat berahsia dengannya. Nampak sangat tak percaya dengan isteri. Kaylene memutarkan anak mata, menyampah. Ares masih statik di tempatnya, seolah-olah Kaylene tiada di situ.

"I tanya ni, you nak pergi mana?" ulang Kaylene lagi. Dia masih tidak berpuas hati selagi tidak dapat jawapannya.

Bukan apa, bagi Ares kalau dia cakap pun bukan Kaylene faham dan gadis itu tidak sepatutnya tahu akan perkara ini. Ini sepatutnya kekal menjadi rahsia dan sekarang bukan waktunya untuk gadis itu tahu akan hal sebenar.

"Aku ada kerja."

Kaylene memincing tajam. Boleh percaya ke suami aku ni?

"Betul? You tak tipu I? Tipu dosa tau, I tengok you ni macam terlebih kacak je harini." Ayatnya berbaur nada cemburu, tubuh dipeluk. Tubuh ditoleh, tangannya mula menepuk bantal, mengemas katil. Tidak mahu melihat wajah selamba jejaka itu. Menyakitkan hati!

Soalan Kaylene bagai angin yang berlalu, dibawa pergi begitu saja, tidak dihiraukan Ares. Melihatkan Ares bangun dari kerusi, laju Kaylene mengatur langkah berlari menerpa suaminya. Bibir diketap geram, mengundang kemarahan betul suaminya ni.

"Eh sabarlah encik shuben, laju laju nak pergi mana? Nak pergi jumpa isteri muda lah tu," perli Kaylene sambil memperbetulkan baju suaminya. Baginya, biarlah dia yang siapkan jejaka itu. Itukan tanggungjawab seorang isteri, jadi tidak salah.

"Pandai pula kau teka," bidas Ares selamba seraya memakai jam berjenama Rolex pada pergelangan tangan kanannya. Kaylene yang mendengar ketika itu sengaja menarik tali pinggang Ares dengan kuat sehingga Ares meringis kesakitan dalam diam.

Dia sengih sinis. Kemudian, dibetulkan kembali tali pinggang Ares. Ares hanya menjeling tajam. Kau tunggu aku bagi hukuman nanti.

"Pastikan you balik rumah sebelum pukul 11 malam! Kalau tak--"

"Kalau tak apa sayang? Hm?" Ares jungkit kening, memotong percakapan isteri jelitanya. Kaylene berdehem seketika. Cuba mengatur nafas, yang tidak stabil dek direnung Ares. Pandangan redup jejaka itu, oh sungguh berbahaya buat cik jantung Kaylene.

"Yo-you tidur luar malam ni, lepastu puasa seminggu! Tak payah peluk I, tak payah sentuh I. I tak nak cakap dengan you. Faham?" Nada digarangkan. Tubuh dipeluk. Ares dijeling manja. Ish, masa ini la kau nak tergagap gagap! Kaylene berdecit halus.

"Bagus, aku boleh tidur dekat rumah bini muda aku," jawab Ares mudah. Tanpa menunggu balasan daripada Kaylene, laju Ares memecut meninggalkan bilik tidur mereka. Kaylene memincing tajam.

"Ares Ishan! You tunggu! You tidur luar malam ni! I tak nak cakap dengan you setahun!" Kaylene memetir memanggil nama Ares. Merah padam wajahnya, menahan amarah dalam dada. Dapat dia dengar samar-samar suara Ares yang sedang tertawa. Dalam diam dia mengukir senyuman, pertama kali mendengar Ares ketawa.

"Hahahaha!"

Seksi!

Ketawa Ares yang bagaikan melodi indah, candu untuk didengar.

Kaylene ketawa gedik, ketawa pun seksi. Aduh, sah kau dah angau Kaylene!

"Ingatkan tak nak datang," ujar Elvian sebaik saja kelibat Ares muncul di luar wad peribadi Ziyyad. Ares berkerut wajah, dah kenapa semua berkumpul di luar ni. Malas mahu mengambil kisah, dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan pintu tersebut.

Evan turut bangun, menyapa majikannya. Walaupun bukan waktu bekerja, tetap perlu menghormati majikan.

Ares melihat sekeliling, matanya meliar mengimbas pemandangan retina matanya. "Where's Arath?" Terpacul jua soalan daripada Ares walaupun nadanya sangat dingin dan mendatar. Pelik juga dia, mana Arath. Selalunya berkepit berdua je dengan Adrian, sekarang ni Adrian pun menghilang.

Walaupun mereka berdua bagaikan anjing dengan kucing, tetap saja berkepit bagaikan belangkas. Di mana ada Adrian, di situ ada Arath, hahaha!

"Sini,"

Belum sempat Evan ingin membalas, muncul satu suara maskulin menyampuk perbualan mereka. Ares toleh. Namun, hanya ada Arath di situ, Adrian sudah menghilang entah ke mana.

"How's life?" tanya Ares sambil tersengih sinis. Macam dia tidak tahu, rahsia yang dipegang Arath ada dalam genggaman tangannya. Kehidupan jejaka itu di Itali, semuanya ada dalam kotak memorinya. Arath tidak memberi sebarang reaksi. Malas nak melayan Ares.

"You already know the answer, sir." Arath memutar anak mata. Sambil itu sengaja dia menyondol bahu Ares kuat. Alah bukan sakit pun, sebelum ni dah banyak kali Ares kena tembak, hidup je sampai sekarang. Sempat Arath tekankan perkataan sir ketika dia berbisik tepat di telinga Ares.

Setelah itu, keadaan senyap. Yang lain juga malas mahu menyampuk perbualan kedua 'sahabat' itu.

"Scy dah balik?" Evan bertanya. Arath angguk, mengiayakan soalan Evan. Mana tidaknya, bangun saja dari tidur, terus Arath memaksa Adrian untuk menghantar adiknya itu pulang, cukuplah dua hari dia biarkan gadis itu menjejak kasih bersama Ziyyad di sini.

Elvian lebih suka diam dan memerhati daripada bersembang dengan yang lain. Beberapa saat kemudian, muncul kelibat Ziyyad yang memakai t-shirt hitam, bersama seluar slack hitam. Dipadamkan dengan jam tangan hitam. Rambutnya dirapikan sambil dia berjalan mendekati Ares dan yang lain.

"Penat berlakon depan adik aku?" sindir Arath mendatar. Evan ketawa, tahu sangat Ziyyad berlakon aje tu. Semata-mata nakkan perhatian Scylla. Selama ini bukannya dia koma pun. Sengaja dia berpura-pura. Rupanya penat juga berlakon, dia lebih rela menjadi inspektor daripada pelakon.

Ziyyad mengabaikan saja sindiran Arath.

"Drop the jokes away, let's go." ujar Ares serius. Sekarang, mereka ada kerja yang lebih penting untuk dibuat. Melibatkan nyawa.

"Luka kau tu okey ke Ziyyad?" tanya Evan, bagi memecahkan keheningan malam antara mereka berlima. Suasana hospital ketika itu juga tidak berapa kecoh dengan suara manusia. Mana tidaknya, sudah pukul 10.30 malam.

"Nothing can kill me except love," ringkas dan padat jawapan Ziyyad. Dia sudah berkali-kali ditikam, jadi luka seperti ini ibarat digigit nyamuk saja baginya. Dia tidak kisah, janji nyawa orang yang dia sayang terjamin. Dia tidak akan berundur selagi The Blackburn tidak diberkas pihak berkuasa.

Yang pasti, Albert Tan akan jatuh ke dalam tangannya sendiri.

"Baguslah kalau macam tu, buat orang risau je kau ni, sikit-sikit kena tikam," rungut Evan, sambil itu dia memeluk lengan si abang, Elvian. Dia yang penat melihat Ziyyad keluar masuk hospital. Agaknya doktor di sini pun sudah penat nak menghadap wajah Ziyyad walaupun dia ada doktor peribadinya sendiri.

"Talk like you are not familiar with our situation Evan Adriell," sindir Ares. Sedangkan Evan juga bekerja di bawah Ziyyad dalam misi menjatuhkan The Blackburn. Evan sengih sumbing. Arath yang berdiam diri dari tadi sekadar menggeleng kepala. Dia ni dengan Elvian memang sekepala, dua dua bisu. Tapi, sebisu Elvian, bisu lagi Arath.

"Rosewood nak jumpa kita di mana?" soal Elvian sebaik saja mereka sampai ke tempat kereta mereka berlima diparkir.

"The Ivy," balas Evan mudah sebelum mereka semua memboloskan diri ke dalam kereta. Ares mengetuai perjalanan mereka pada malam itu. Evan yang mempunyai banyak maklumat mengenai perjumpaan mereka malam ini, jadi sebab itu juga dia aje yang banyak mulut malam ini.

Vroom! Vroom!

Laju kelima-lima biji kenderaan mewah itu meninggalkan perkarangan hospital mewah tersebut.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

- hi , sorry lama tak update hoho, rindu i tak ? atototo so cumels ><

- pergi pantai hampar tikar,
kenapa i rasa story ni makin hambar?

- by the way , selamat hari raya aok semua!
kosong-kosong tau hehe mwah

HAHAHAHA

Continue Reading

You'll Also Like

118K 2.7K 36
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
296K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...