Ammar Zahrain: The Obsessive...

By nssignature

10.3M 58.2K 12.4K

TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos... More

Ammar Zahrain (TERBIT)
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband
The Obsessive Husband: 1
The Obsessive Husband: 2
The Obsessive Husband: 3
The Obsessive Husband: 4
The Obsessive Husband: 5
The Obsessive Husband: 6
The Obsessive Husband: 8

The Obsessive Husband: 7

147K 7.1K 1.1K
By nssignature

Aisya meletakkan hidangan yang terakhir di atas meja sebelum dia mengambil tempat. Tempat duduknya betul-betul berhadapan dengan Ammar. Tak apalah. Dia anggap bahawa perkara yang berlaku semalam adalah yang tidak disengajakan.

Ammar hanya menilik seketika wajah Aisya sebelum dia memandang ke arah encik Amin. Degup jantungnya masih berlari dalam paluan yang tidak normal.

"Lena kamu tidur semalam, Am?" Tersentak sedikit badan Ammar.

Dia mengukir senyuman terlebih dahulu sebelum menjawab.

"Alhamdulillah, lena bang."

"Am tidur pukul berapa semalam? Akak nampak pukul 4 pagi pun bilik Am terang lagi tadi."

Ammar mengalihkan wajahnya ke arah puan Zakia yang berada bersebelahan dengan Aisya.

"Tak rehat lagi ni kak. Badan rasa tak letih pulak."

"Ya Allah, belum rehat lagi? Hisy! Tak elok untuk
kesihatanlah," getus abah pula. Kepalanya tergeleng-geleng.

Ammar tersengih buat seketika sebelum hatinya menjawab. 'Tengah fikirkan anak abanglah.' Namun, dalam hati jelah. Mulutnya tak berani mengungkapkan kata.

"Buat kerja sikit. Kena semak dokumen before luluskan untuk kerja-kerja construction." Balas Ammar pendek. Dia tak tipu. Sebahagian sebab dia tidur lewat adakah kerana sibuk menyemak dokumen.

Aisya hanya diam membisu. Dia tidak tahu harus berborak apa. Jujur, dia kekok untuk berbicara dengan Ammar selepas kejadian semalam.

"Oh. Penatnya. Nanti lain kali, janganlah push sangat. Kesihatan tu kena jaga juga. Tak elok kalau amalkan tidur lewat setiap malam." Abah memberikan nasihat. Mama yang sedang menuangkan nasi goreng ke dalam pinggan menganggukkan kepala sebagai tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya.

"InsyaAllah bang. Tak ada apalah. Bukan selalu juga. Kadang-kadang je." Ammar membalas sopan. Kadang, dia mengerling ke arah Aisya yang hanya memerhati butiran nasi di atas pinggan.

Mama meletakkan nasi ke dalam pinggan Ammar.

"Terima kasih kak." Ammar senyum segaris ke arah mama. Mama menganggukkan kepalanya berserta senyuman.

"Zain, baca doa." Zain yang sedang bermain telefon tersentak sedikit apabila mendengar suara abahnya. Lekas-lekas dia mematikan telefon pintarnya sebelum diletakkan di atas meja.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Setelah selesai mengaminkan doa, masing-masing mulai menjamu sarapan. Hening. Kadang kala sahaja suara abah dan Ammar bersatu di meja makan.

••••

"Aisya." Mama memanggil lembut.

Lantas, Aisya mengangkat kepalanya daripada terus tertumpu ke arah sinki. Pinggan terakhir sedang dibilas sebelum dia menutup pili air.

"Ya, ma. Kenapa?"

"Mama nak buat rendang esok pagi. Aisya boleh tolong mama belikan bahan-bahannya?"

"Oh, boleh je. Nanti mama senaraikan bahan- bahannya. Aisy cakap kat abang Zain sekejap, suruh temankan."

"Terima kasih, sayang. Nanti mama senaraikan bahan- bahan dia. Aisy pergi cakap dekat Zain dulu. Cakap mama suruh."

Aisya menganggukkan kepalanya. Baru saja mahu berpusing, matanya sedikit membulat apabila melihat figura Ammar sedang berdiri di jenang pintu dapur.

Ammar memandangnya dalam kebisuan. Kenapa? Waktu itulah, mama turut memusingkan badannya ke belakang.

"Eh, Am! Nak minum air ke?" tegur mama mesra.

Pandangan Ammar tercantas. Dia beralih memandang ke arah mama berserta senyuman kecil.

Baru Aisya perasan. Ammar mempunyai lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Handsome!

"Ya, kak. Nak minum air kejap."

"Silalah. Tu, kalau nak air teh, ambil aje atas meja. Kalau nak kopi, suruh Aisy bancuhkan."

Aisya terkedu. Dia? Hai, mama? Pandai-pandai aje petik namanya. Nasib baiklah emak!

"Tak apa kak. Saya boleh bancuh sendiri." Ammar tersenyum lagi.

Murah betul senyuman mamat ni ya?

"Kalau macam tu, tak apalah. Aisy tolong ambil sachet latte tu dalam kabinet. Bagi dekat uncle "arah mama lalu dia kembali menyambung kerja-kerjanya tadi.

Seperti lembu dicucuk hidung. Aisya terus saja

membuka almari kabinet dan menyelongkar satu bungkusan. Tubuhnya yang sedikit pendek membuatkan dia terkial-kial menyelongkar bungkusan tersebut.

"Kalau tak sampai, minta tolong orang lain kali, Aisya."

Badan Aisya terasa tegang tiba-tiba. Suara itu betul- betul di sebelah telinganya membuatkan dia terkaku di situ. Sejak bila pula Ammar berdiri di belakangnya?

Dia nampak tangan Ammar bergerak ke arah bungkusan-bungkusan yang ada dalam almari kabinet. Senang saja Ammar mencapainya. Maklumlah, Ammar itu tinggi bak galah.

"Got it, "bisik Ammar rapat ke telinga Aisya sebelum dia menjauhkan dirinya. Ah, nasib baiklah dia tidak tersentuh gadis itu. "Kalau tidak, tentu saja dia berasa semakin bersalah."

"Jumpa tak. Aisy?"

Mama bertanya seraya mengalihkan pandangannya ke belakang. Dia sudah siap menyiang ikan untuk digoreng pada petang ini.

"J... jumpa, ma." Tergagap-gagap Aisya dibuatnya.

Mama mengerutkan dahi. Dah kenapa anak

perempuannya ini? Wajah pun pucat semacam aje? Baru nampak jembalang ke?

"Maaflah kalau saya berkelakuan kurang sopan. Tadi saya ada terdengar yang akak minta Aisya belikan bahan- bahan mentah. Kalau Aisya naik dengan saya aje, boleh ke? Kebetulan, saya pun ada nak beli barang sikit. Senang sikit sebab Aisya boleh tunjukkan jalan. Saya pun tak biasa sangat dengan jalan kat sini," tutur Ammar sopan. Sengaja, sebenarnya. Bukannya dia tidak boleh cari pasar raya sendiri pun. Zaman sekarang dah makin canggih. Waze pun sudah wujud.

"Laa... Am nak beli barang ke? Boleh, apa pulak tak

boleh! Senang sikit. Tak payahlah suruh Zain tu temankan.

Zain tu ada aje hal dia kalau hujung minggu ni. Nak

keluarlah, nak jumpa kawanlah..." Terus saja mama

bersetuju dengan cadangan Ammar itu. Aisya yang mendengar terasa sudah mahu pengsan. Biar betul mama ni? Tak tanya dia dulu pun. Ya Allah....

"Baik, terima kasih kak."

Ammar buat Aisya bagaikan tidak wujud di situ. Lelaki itu hanya berinteraksi dengan mama. Sedikit pun tidak bertanya Aisya.

"Aisya bersiaplah dulu. Bila dah siap nanti, ketuk pintu bilik saya ya? Saya masuk bilik dulu." Baru kini Ammar memandang ke arah Aisya bersama senyuman ringkas. Mug yang sudah berisi dengan latte itu dibawanya bersama.

Aisya sekadar memandang kosong belakang badan Ammar. Ah, bala!

"Maa... kenapa benarkan Aisy pergi dengan uncle?" Muncung Aisya sudah panjang sedepa. Dia sudah merengek-rengek depan ibunya.

"Apa masalahnya? Uncle pun tak tahu sangat jalan kat sini. Eloklah Aisy naik dengan dia aje. Sehala juga kan?" Mama menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Aisya masih memuncung. Mahu menghentak- hentakkan kaki, terasa seperti anak kecil pula. Jadi, dia tahankan saja perasaan ini.

Argh! Menyeksakan!

Continue Reading

You'll Also Like

21.8K 1.1K 12
Empat orang polis undercover dihantar untuk menumpaskan geng mafia yang jahat dan berkomplot dengan geng mafia yang baik. Bagaimanakah mereke akan me...
147K 546 5
Memandangkan aku kerap terima soalan yang sama mengenai penglibatan orang ketiga dalam perkahwinan kami, aku bercadang untuk jadikan slot ni 'ongoing...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.1K 181 10
andai ada kehidupan kedua, adakah peluang untuk kita hidup bahagia?