Ammar Zahrain: The Obsessive...

By nssignature

10.3M 58.2K 12.4K

TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos... More

Ammar Zahrain (TERBIT)
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband
The Obsessive Husband: 1
The Obsessive Husband: 2
The Obsessive Husband: 3
The Obsessive Husband: 4
The Obsessive Husband: 6
The Obsessive Husband: 7
The Obsessive Husband: 8

The Obsessive Husband: 5

157K 6.8K 1K
By nssignature

Aisya terus meletakkan pinggan yang berisi dengan ayam goreng ke atas meja kopi yang berada di ruang tamu.

"Aisya masuk bilik dulu ma, abah. Ada kerja sikit." Aisya meminta diri. Kepala ditundukkan sedikit. Belum sempat mama dan abahnya memberikan keizinan, dia segera bergerak ke ruang biliknya.

Dalam perjalanan dia ingin berlalu ke arah biliknya, dia berselisih bahu dengan Ammar. Dia hanya menundukkan wajah ke bawah. Dirinya masih terkesan dengan perkara yang terjadi beberapa minit lalu.

Nasib baik Ammar pun hanya diam. Lelaki itu hanya menggariskan senyuman tenang bagaikan tiada apa yang telah terjadi. Baiklah begitu. Aisya tidak mahu mengingati kejadian yang penuh dengan dosa sebentar tadi.

Pintu bilik dirapatkan. Aisya menyandarkan tubuhnya pada pintu sebelum dengan perlahan, badannya melorot jatuh. Kakinya bagaikan jeli. Lembik.

Tangan naik meraup wajah. Takut, gerun, malu, marah. Semuanya beradun menjadi satu sehingga dia tidak tahu apa yang harus dia rasakan.

Dia bangun lalu berjalan lemah menuju ke katil. Duduk dihempaskan ke katil. Tangannya bergerak ke arah dada skrin. Dia usap wajah Fathi yang berada di situ. Fathi masih tidak perasan akan kehadirannya. Teman lelakinya sangat tekun memeriksa buku-buku latihan pelajar.

"Sayang." Aisya memanggil lembut. Kepala Fathi terus terangkat memandang ke arah punca suara itu. Senyum terus mekar pada bibir apabila melihat wajah cantik Aisya di hadapan mata.

"Baby! Tetamu you dah balik ke?" Aisya nampak Fathi yang sedang menutup buku latihan lalu diletakkan ke tepi.

Aisya tersenyum tawar sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Belum. Tengah borak dengan mama, abah dan abang Zain." Balas Aisya perlahan. Dia teringat akan kejadian memalukan tadi. Sentuhan dan gerakan lembut Ammar pada pinggangnya masih terasa sehingga kini. Dia rasa bahawa dia sudah mengkhianati Fathi walaupun semua yang berlaku bukan atas relanya.

"Hmm. Kenapa I nampak baby I ni muram je? Anything happened baby? Mind to share with me? Hmm?"

"Tak ada apa, sayang."

"Sejak bila sayang I ni pandai berbohong?"

Gulp.

Aisya meneguk air liurnya apabila dia memandang wajah serius milik Fathi. Nampak sangat ke dia berbohong?

"Tell me. Kenapa? Apa yang jadi?"

"Tu tetamu abah."

"Kenapa dengan dia?" Fathi menyoal penuh serius. Tempang wajahnya jelas menyatakan bahawa situasi sekarang ini bagaikan situasi genting.

"Dia cakap yang dalam adik beradik Isya, Isya je paling biasa. Abang-abang dengan kakak-kakak Isya semuanya hebat-hebat belaka." Aisya main hentam sahaja. Menipu sunatlah barangkali. Kau gila ke apa nak bagitahu perkara sebenar? Ini kan ada yang terbang datang sini nanti.

Fathi masih kekal serius.

"Is it an old lady?" Fathi meneka. Selalunya, mak cik mak ciklah yang suka compare macam ni.

Laju Aisya mengangguk.

Aisya mendengar keluhan daripada Fathi.

"Trust me. You lah yang paling hebat berbanding yang lain. Jangan dengar cakap orang tua tu. Ini kalau I jumpa dia depan-depan, I tazkirahkan dia. How dare she said to my baby like that." Fathi mendengus usai menghabiskan ayat.

Senyuman Aisya terlakar pada bibir apabila melihat reaksi Fathi itu. Nasib baik Fathi percaya! Kalau tak, entah apa yang perlu dia kelentong.

"Tak apalah. Isya tak kisah sangat pun."

"Erm. I tahu yang you kisah. Your face telling loudly." Balas Fathi. Pen ditutup lalu diletakkan di atas meja. Setiap perlakuan Fathi tertangkap oleh mata Aisya.

"Tak apalah. Fathi dah siap check buku ke?"

"Haah dah."

Fathi menguap buat seketika. Tangan lelaki itu naik mengusap mata sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 11.15.

"Sayang dah mengantuk ke?" Soal Aisya. Kasihan dia tengok Fathi yang sedang tahan tidur itu.

"Erm, a little bit."

"Kalau macam tu pergilah tidur. Esok nak bangun pagi lagi kan?"

"Tak apalah. Boleh je borak lagi. Sayang ada apa-apa nak cerita dekat I lagi tak?" Fathi menggeleng buat beberapa saat. Selalunya, memang kebiasaannya begini. Fathi akan mendengar keluh kesahnya sepanjang hari. Fathi memang begini. Ini cara mereka berkomunikasi hati kerana masing-masing PJJ.

"Tak ada dah. Pergilah tidurrrrr. Nanti awak mengantuk esok." Aisya sudah ingin memasuki mod tegas. Wajahnya diseriuskan sehingga menampakkan tempang wajahnya yang serius.

Fathi tergelak sebelum menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Okey, sayang. I letak call dulu okey. Dream of me. Assalamualaikum."

"Okey baby! Dream of me too and have a good sleep. Waalaikumussalam."

Talian sudah mati. Aisya hanya memandang kosong skrin iPhonenya yang sudah kembali gelap.

Fikirannya melayang ke arah momen antaranya dan Ammar sebentar tadi. Keluhan kuat dilepaskan.

Ammar melepaskan pelukan pada pinggangnya dengan perlahan-lahan. Laju sahaja Aisya berundur beberapa tapak ke belakang.

"Ke-kenapa-..."

"Aisy bawa makanan tu ke atas. Nanti saya bawakkan yang sides dia." Ammar laju memotong kata-kata Aisya. Matanya sudah memanah ke arah lain. Degupan jantungnya makin kuat menghentam dada. Badai bagaikan datang melanda.

Aisya segera mengambil pinggan yang berisi dengan ayam goreng itu. Kaki menapak melangkah ke arah tangga. Dia tahu bahawa Ammar sedang memandangnya tidak lepas. Firasatnya kuat mengatakan sebegitu.

'Tuhan, apa kena dengan uncle Ammar itu?' soalnya dalam hati. Hati dia turut sama berlagu tidak enak. Adakah uncle Ammar tersalah atau ada maksud lain di sebalik semua ini?

"Aisy!" Aisya tersentak sedikit apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Terus saja dia berlari-lari anak ke arah pintu bilik itu.

Aisya membuka pintu biliknya dengan agak luas. Matanya terbuntang apabila melihat mama, abah serta Ammar berada di hadapan pintu biliknya.

Abah menjengilkan mata ke arahnya apabila melihat anak daranya tidak menutupi kepala. Malah, rambut coklat keperangan milik Aisya dapat dilihat dengan jelas.

Manalah Aisya tahu bahawa ada orang lain yang berada di hadapan biliknya. Lain kali, cakaplah dulu. Haish.

Aisya segera menutup pintu biliknya tanpa sempat mama berkata apa-apa. Kakinya melangkah ke arah tudung sarung yang masih terhampar di atas katil.

Pintu bilik kembali dibuka. Aisya tidak mengangkat kepalanya. Bimbang jika matanya tertangkap dengan mata Ammar. Jiwa dia melumpuh.

"Kenapa ma?" Soal Aisya sopan. Wajah mama dipandang sekilas.

"Uncle Ammar akan stay dekat sini dalam sebulan macam tu. Mama nak Aisy tolong mama kemaskan bilik sebelah, boleh?"

"Bilik tetamu tu ke?"

"Ya, sayang."

"Boleh ma."

"Jom."

Apabila mama dan dia berlalu ke bilik tetamu di sebelah, abah serta Ammar turut sama berlalu. Aisya bagaikan tidak mengerti.

"Abah dengan uncle Ammar nak pergi mana ma?" Soal Aisya. Mata memandang ke arah belakang tubuh tegap Ammar sebelum memandang batang tubuh abahnya sendiri.

"Abah nak berborak dengan uncle Ammar dekat pangkin belakang."

"Oh." Pendek balasan Aisya. Bahunya diangkat ke atas sebagai tanda okey.

••••

"Ma."

"Ya, sayang." Mama mengangkat kepalanya memandang ke arah Aisya yang sedang memandang ke arahnya. Anaknya itu sedang menepuk-nepuk bantal tidur yang telah ditukarkan kepada sarung bantul yang baharu.

"Nak tanya. Tapi mama janji yang mama tak akan marah." Aisya ingin mamanya berjanji terlebih dahulu. Dia bimbang sekiranya akan memarahi dia kerana mama agak tidak gemar sekiranya dia berbicara hal seperti ini.

"Kenapa? Cuba cakap?" Mama mengambil tempat di birai katil.

"Kalau Aisya kahwin waktu study boleh ke?"

Mata mama membulat. Tidak menjangkakan soalan sebegini yang keluar dari mulut anak bongsu tercinta.

"Aisya bercinta??!" Suara mama naik seoktaf. Sudah tentulah anaknya bercinta. Jika tak, soalan sebegini tidak keluar dari bibir anaknya.

Wajah Aisya tiba-tiba berubah kelat. Salah ke cara dia menyusun ayat?

"Tak adalah ma. Aisy tanya je. Mana tahu ada jodoh yang bergolek nanti." Aisya mengelak.

"Mama tahu anak mama dah dewasa. Umur Aisya pun dah dibenarkan untuk berkahwin. Tapi Aisya, ingat pesan mama ni. Jangan bercinta sebelum berkahwin. Bercintalah selepas berkahwin. Itu lebih diberkati oleh Allah." Mama sudah masuk ke mod ingin memulai tazkirah.

"Dan yang paling penting, mama tak nak Aisy berkahwin dalam tempoh belajar. Tumpukan sepenuh perhatian Aisy pada pelajaran. Akan ada banyak benda yang Aisy kena ambil kisah apabila Aisy kahwin. Mama tak nak semua ini menganggu anak mama. Aisy sudah cukup dewasa kan untuk faham akan kata-kata mama ini?" Mama memegang sisi kepala anaknya sebelum dia mengusap lembut kepala Aisya yang ditutupi dengan tudung sarung yang berwarna cream.

Aisya mengukir senyuman hambar. Tiba-tiba sahaja, wajah Fathi bergentayangan di hadapan mata. Kekasihnya...

"Jika benar seseorang lelaki itu mencintai anak mama dan abah, bawa dia ke rumah. Perkenalkan dekat mama dan abah. Itu lebih afdal dan baik berbanding keluar ke sana ke sini tidak tentu hala. Faham, Aisya Zenia?!" Tegas mama di hujung ayat. Mama hanya memerhati wajah anaknya yang mendung itu.

Hatinya kuat mengatakan bahawa Aisya sudah mempunyai kekasih. Dia dan suaminya sudah banyak kali menegah tetapi dia faham. Anak muda seperti Aisya tentu ingin dikasihi oleh lelaki ajnabi. Tapi ini semua tidak menghalalkan yang haram.

"Satu lagi, jangan sampai abah atau abang-abang Aisy tahu pasal ni. Kalau tak, teruk Aisy kena. Aisy faham kan sayang?" Mama memberikan peringatan. Dia tidak mahu anak bongsunya dihukum kerana telah melakukan dosa.

Memang benar. Dia, suami dan anak-anak lelakinya yang lain tidak pernah memarahi atau memukul Aisya walaupun sekali. Jentik pun tidak pernah. Tapi andai kata Aisya membuat sesuatu yang telah diharamkan, dia tidak rasa bahawa suaminya tidak naik hantu. Anak-anak lelakinya yang lain turut sama begitu.

Dengan lemah, Aisya menganggukkan kepalanya. Nantilah. Dia kena bincang balik perkara ini dengan Fathi. Mungkin dia akan suruh Fathi berjumpa dengan mama dan abah apabila dia habis belajar. Bermaksud pada ketika itu, Fathi sudah pun bekerja selama dua tahun.

Semoga niat baiknya dipermudahkan. Amin...

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
14K 218 4
BOOK #2 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Jaga satu hati? Maaf, bukan ini ya...
5.1K 181 12
Mengisahkan seorang perempuan yang bernama Tengku Ayra Azahra yang terputus ikatan percintaan diantara bekas kekasihnya yang berasal dari France, pad...
3.3K 402 25
Aku benci kau tapi aku sayang kau .