MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fa...

By adwiieda

51.1K 3.5K 900

Setelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberika... More

Cuti
Cyberraya, Here We Come!
lolllllll
Jalan
Jatuh
MATA
MISI
UJIAN
Hukum
Akademi
Ayam
ORIENTASI
ORIENTASI 2
Kisah Ali
Sut Kokotaim
Latihan
Neuro
Kombat
Inviso
Balik
Intip
Nak Marah Tapi Kena Sabarrr
Tekno
Balas (BEL) 2
Balas (BEL) 3
Upgrade
Special One-Shot RAYA
Kena
UPGRADE II
Security
Lawan
Tragedi
MUSUH BARU?

Balas (BEL)

1.1K 68 19
By adwiieda


Boboiboy Taufan POV

"Yaya, cuba rasa ni sedap tak? " Boboiboy Taufan a.k.a habe dah dapat fusion yeayy a.k.a aku lah tu menyodorkan sebatang senduk yang melekat adunan biskut di atasnya ke arah Yaya.

Manakala Yaya yang sedang mencetak biskut menghentikan aktiviti nya. Adunan pada sendok itu dicalit sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulut. Aku menunggu tindak balasnya dengan rasa tak sabar.

"Hmmp~ Sedapnya Taufan! " puji Yaya dengan mata bersinar. Aku pula tersengih gembira.

"Ehehe, terima kasih~" tersipu sipu anak Amato sorang ni.

"Kau dah makin mahir buat biskut sekarang. Taklah sehebat aku, tapi kau dah banyak meningkat. Tak sia sia aku ajar kau dulu, kan? Kan? " kata Yaya dengan senyuman bangga nya buat aku tersedak air liur.

Aku tersenyum plastik sambil cuba menahan ekspresi wajahku daripada nampak horror sangat.

"Ah-Haah! Thanks ajar aku dulu... " balas aku cuba berbunyi ikhlas.

Yaya menghulurkan pula adunan dohnya kepada aku.

"Nah, cuba kau rasa aku punya pula~" dengan suara dan muka dan senyuman innocent bersinar sinar, Yaya menghulurkan bekas adunannya.

Ah, sudah...

Walaupun muka Yaya bersinar bercahaya , tapi aku boleh nampak daripada doh biskut Yaya, doh itu membebaskan gas gas radiasi kematian berwarna hijau. Gas gas itu bergabung sesama sendiri lalu membentuk bentuk tengkorak.

!!!!Aaaaaaaaaaahhhhh!!!!

Tengkorak itu tiba tiba menjerit sebelum tengkorak itu hilang berkecai di udara.

Aku dengan wajah berkerut berpeluh peluh takut sedaya upaya mengekalkan senyuman plastik ni yang dah makin cair akibat jeritan gas tengkorak tu.

'MAMAA! TOLONGG ANAKMU INII!!'

Suara hati ku menjerit dengan tangisan air mata.

Aku perlahan lahan mengangkat tangannya separas muka menolak tawaran itu.

"T-ta... k tak apalah, Yaya. M-man..a mungkin aku mampu.. Na..k tandingi kesedapan b-biskut kau. Aku ni cuma beginner jee. Kau dah master~" aku menolak tawaran bunuh diri itu dengan penuh kesopanan seperti Boboiboy Sopan yang tersangat sopan daripada yang tersopan. Bro, aku masih nak tengok matahari lagi ni.

Yaya mula pout. Aku sudah berpeluh makin banyak. Aku tahu gerakan ni! Gerakan sama yang Yaya gunakan satu masa dahulu yang dah mengheret aku ke dalam bidang membuat biskut ni!

Gerakan yang sama yang dah menyebabkan Tok Aba paksa aku tolong dia.

Gerakan sama penyebab aku jadi Taufan hari ni..

Yaya membulatkan matanya, meletakkan tangan di bawah dagu, memandamg aku dengan sepenuh perasaan mengharap.

Itu dia!! ~Puppy Eyes Attackk!! ~

"Alaa cubalah. Aku nak tahu pendapat kau, kau rasa diorang suka tak biskut aku buat ni~" Yaya cuba memujuk lagi aku dengan puppy eyes attack dia tu. Bekas adunan diacukan betul betul di depan muka kacak terkacak ku ini.

"Aaaaahhhhhh~ Thorn, kau ke yang ajar dia nii??!!! " rintihku sendiri.

Aku terpaksa menoleh ke belakang memejam mata sekuat hati tak mampu menahan sinaran mata tu. Tak! Tak boleh! Aku tak boleh kalah lagi!!

Tidak lagi,bilamana kali ini, aku dapat lihat dengan sangat jelas, gas gas hijau itu berubah menjadi warna ungu, bergumpal lalu meletus membebaskan gas ungu gelap yang membentuk batu nisan dengan ukiran nama Boboiboy Taufan di atasnya~

'Ya, Allah ya Tuhan kuu~ Adakah ini pengakhiran hidupku yang engkau telah tentukan??~'

Makin kuat Hamba Allah yang malang ni menangis di dalam hati.

"J-jangan risau Yaya! Dengan bau adunan biskut kau ni je, aku dah tau yang biskut kau akan buat ejen-ejen muda tu menangis terharu akan keenakan biskut kau ni! Aku yakin mereka pasti suka! " aku membalas dengan suara yang sangat meyakinkan serta biceps thumbs up.

'Memang menangis! Tangisan terakhir diorang! '

Inner ku lagi.

"Tapi, apa kata kau tambahkan chocolate chip sekali. Mesti lagi sedap " cadang ku. Aku mungkin nak balas dendam kat budak budak MATA tu, tapi aku tak sekejam tu lagi untuk biarkan diorang mati macam tu je. Mungkin chocchip boleh kurang kan sikit penderitaan diorang, kan?

Yaya kelihatan berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju dengan cadangan itu.

"Ya tak ya jugakan? Bagus anak murid terbaik aku ni! " balas Yaya positif membuatkan aku bernafas lega selega leganya sambil membelakangi Yaya. Dadaku yang berombak hebat dicengkam perlahan lahan. Fuh.. Aku baru je terlepas daripada maut!

"ALHAMDULILLAHHHHHH!!!!!!"

Hati aku menangis penuh kesyukuran.

Btw, of course lah korang tau kan apa sebab kitorang buat biskut ni? Siapa je tak faham? Kucing lorong Pak Senin Koboi pun faham, takkan korang rak faham enn? Enn? Enn?

End Taufan POV.

Setelah beberapa minit menggaul dan mencampur, akhirnya biskut mereka berdua sudah siap. Biskut Yaya sudah siap diabakar semuanya dan disusun di dalam sebuah balang.

Manakala biskut Taufan masih ada yang sedang dibakar.

"Taufan, nanti biskut kau dah siap, susun sikit dalam piring ni tau." ujar Yaya sambil menyusun biskutnya yang dah siap bakar di atas piring kuning.

Taufan yang sedang minum koko hangat buatan Gempa sambil menunggu biskutnya siap menoleh ke arah Yaya. Sebalah keningnya dijongket.

"Hmm? Buat apa? " tanya Taufan balik.

"Nak bagi yang lain lah. Untuk snek tengah malam"

Pbffftt-!

"Eh, Taufan! Kau ok tak??! " terkejut Yaya bila Taufan tersedak sampai terbatuk batuk macam tu. Sekotak tisu dihulur lalu laju disambut oleh Taufan.

Taufan mengelap mulutnya dengan tisu putih itu.

"Uhuk! Ukhemm! O-ok ok. Thanks " balas Taufan ringkas. Dadanya ditepuk tepuk sikit manakala Yaya buat muka risau.

Tiba-tiba suara Ying melaung dari ruang tamu memanggil gadis berhijab itu.

"Yayaaa~ tolong aku kejap dekat sini bolehh?~"

"Okey~ aku datang ni. Fan, nanti kau tolong hidangkan eh biskut ni dekat meja makan. Aku nak pergi tolong Ying " pinta Yaya sebelum terus membuka langkah ke ruang tamu.

"Haa, ok! Nanti aku hidang. Pergilah, bye~ " balas Taufan menghantar pemergian Yaya dengan lambaian.

Sebaik sahaja kelibat gadis itu sudah tiada, Taufan menghela nafas lega.

"Fiuhh~ nasib baik tak kantoi!" dengus Taufan lega. Piring berisi biskut Yaya dipandang dengan pandangan horror. Teringat jeritan tengkorak hijau dan batu nisan ungu ada nama dia tu.

"Urghh.... Ni kalau diorang makan, bukan jadi snek malam. Ni dah jadi snek terakhir ni! "

Satu lagi piring diambil dari rak pinggan. Tiba tiba otaknya terfikir sesuatu.

"Jap... Kalau aku guna piring warna lain... Nanti mesti dia perasan kalau aku tukar biskut dia! Ok, jadi aku kena ar guna piring kuning juga, supaya Yaya tak perasan dan kitorang boleh kekal tengok matahari esok! Yeasss, Taufan! Kau memang genius!! " Taufan bersorak bangga dengan kegeniusannya.

Satu lagi piring kuning diambil, lalu biskut buatannya yang sudah siap dibakar dan terutama sekali selamat diamakan, disusun di atas piring itu.

Oh, sebelum sesiapa pening mai sini aku terangkan.

Yaya dan Taufan ditugaskan untuk buat biskut kematian Yaya. Untuk apa? Untuk revange lah!

Dan untuk mengelakkan ejen ejen muda syak apa-apa yang mencurigakan pada biskut tu, jadi our genius boy, Solar mencadangkan untuk buat sekali biskut yang tak beracu- uhukk- I mean- uhukk- Biskut biasa.

"Mengikut kiraan aku, mereka semua ada 12 orang. Setiap seorang kita akan bagi dalam lima keping biskut. Kita masukkan dua biskut berac-maksud aku.. Biskut Yaya, dan tiga keping biskut biasa. Mengikut pengiraan aku, kebarangkalian untuk mereka ambil biskut biasa dulu ialah 76% ...bla.....bla....dibahagikan...bla....bla.. Teori kebarangkalian.... Bla.... Bla... aku memang genius!.... Bla... Bla"

Solar membebel menerangkan pengiaan kebarangkalian entah kejadah dia tu masa perbincangan pukul 8:52 malam tadi. Selebihnya Solar menghabiskan waktu untuk bercerita betapa bijaknya dia dan betapa idea dia akan berjaya.

Disebabkan itulah, Yaya dan Taufan buat dua adunan. Tapi still bentuk dan warna yang sama. Cuma satu resipi kematian-uhuk-Yaya dan satu lagi resepi biskutTaufan. Lagipun Taufan memang pakar buat manisan.

Mula mula Yaya pelik, tapi Taufan berjaya yakinkan dia.

"Alah, Yaya. Kita buat dua jenis la. Kan lagi elok kalau bagi dua jenis biskut lain-lain rasa kan? " pujuk Taufan.

"Hmm... Betul jugak. Nak bagi orang, mestilah yang terbaik kan? "

And.... Mestilah Yaya tak tahu yang biskut dia digunakan untuk kenakan ejen muda. Yang dia tahu, biskut ni macam tanda persahabatan antara mereka dengan ejen senior mereka.

"Nasib jela aku dapat adik narsis macam Solar tu" omel Taufan seorang diri sambil letak piring berisi biskut dia di sebelah kanan piring Yaya.

Mug masih berbaki separuh air koko dihirup lagi. Biskutnya yang sedang dibakar dalam oven direnung lama. Sebab rumah ni cuma ada satu oven, jadi dia kena bergilir dengan Yaya untuk bakar biskut.

"Aih... Lama lah pulak nak tunggu oven ni"

Sekali bakar ambil masa 30 minit, dengan kepanasan 200° celcius. Sekali bakar boleh masuk 3 dulang.

Cangkir mug diketuk ketuk dengan jari manakala sebelah tangan lagi menongkat kepalanya.

"Hmm... Kalau guna kuasa , agak agaknya cepat masak tak? "

" Kalau guna kuasa Blaze, nanti cair karang dulangnya.... Hmmm" otak Taufan cuba berfikir lagi. Menggunakan saki baki kegeniusan yang tinggal.

"Ha! Aku cuba tanya Solarlah! "

Biskut ada lagi 10 minit nak siap, so tak ada masalah kalau tinggal~

Dengan gembira Taufan mengorak langkah nak cari Solar sambil bersiul.

.
.
.
.

Beberapa saat selepas Taufan meninggalkan biskut-biskutnya, tiba tiba, dari bawah kaunter dapur itu, muncul sebuah topi dino hitam bercorak api.

Pop! A wild Blaze appeare!

"Ninooo! Niinooo! Aku bau benda sedapp~" the Wild Blaze meneroka segenap penjuru menghidu aroma manis tadi sampailah dia nampak dua piring biskut atas meja.

"Ohhh, jadi ni lah biskut yang nak kasi ejen-ejen kerek MATA buta tu?? ~" Blaze memandang biskut biskut yang disusun elok di atas dua piring kuning itu dengan pandangan menyeramkan. Muncul dua tanduk jingga atas kepala dia. Biskut biskut tu pun kecut tengok Blaze.

Dengan seringai panjang hingga telinga, Blaze mengeluarkan sebuah kelalang kon dari bawah kaunter itu. Cecair berwarna kuning cair yang diisi dalam kelalang kon itu bersinar bila digoncang.

Mana lagi dia dapat kelalang kon tu? Dari makmal Solar, lah! Solar memang tengah siapkan satu ramuan untuk tambah sedikit rencah, dalam revange mereka esok. Sewaktu Solar nak ambil bahan lain, Blaze muncul entah dari mana dan curi ramuan tu dulu dari Solar.

Dan di sini dia bersama biskut biskut.

"Ohohoho! Aku akan buat esok diingati sampai bila bila dalam darah daging diorang!Mueeeheehhehehehehhehe~"
Blaze gelak cam keldai tua

Tapi niat Blaze terhenti sebentar apabila teringat cadangan Solar tadi.

"Hmm.. Tapi kan biskut Taufan pun ada? Mana satu eh biskut Upan? Sama je dua dua aku tengok " Blaze mempout sambil berfikir. Sambil berfikir tu tangan Blaze tak duduk diam. Dia dok putar putar kedudukan piring piring biskut tu. Macam pusing pusing cawan tu.

Piring biskut tu ditenung lagi. Piring sebelah kiri bersinar sinar dengan aroma pelangi, manakala piring sebelah kanan meletuskan gas ungu hijau. And of course laa Blaze tak nampak benda tu. Apa korang fikir? Dia ni budak yang still percaya baby dihantar oleh burung bangau sampai depan pintu rumah.

"Ha! Letak jelah dua dua! Kan senang! Makan satu je dah pengsan kan? Oyeahhhh~ aku sangat bijak! Aku bangge dengan diri sendiri! "

Tanpa buang masa, Blaze tuangkan cecair kuning emas itu ke piring biskut kiri itu. Masa nak tuang ke biskut satu lagi, cengkaman terhadap kelalang itu tergelincir lalu cecair itu tertumpah sebanyaknya dalam piring satu lagi.

"Ah! Ah! Alamak! Alamak! " gelabah ayam Blaze kat situ. Tisu diambil banyak banyak, dia lap tumpahan yang kena meja dan juga yang dah banjir dalam piring kuning tu. Tapi... Biskut en? Ofc lah dah serap dulu.

"Aih.. Masak aku kalau Gempa nampak sepah. Fuh! " ujar Blaze sendiri. Lepas 2 minit, dia senyum puas hati bila nampak kerja kemas dia sendiri.

"Kerja aku di sini dah settle! Wild Blaze, roger and out! " Blaze tabik Tapops sebelum kembali hilang di sebalik meja kaunter.

.
.
.

Tiga saat lepas Blaze menghilangkan diri, Taufan kembali ke dapur sambil mengomel sorang sorang.

"Eishh.. Apalah Solar tu! Aku tanya sikit je, tiba tiba tabur fitnah aku subahat dengan Blaze. Mana jadah aku tahu budak tu kat mana. Taik hidung pun tak nampak tau! " bebel Taufan lagi.

Tadi dia pergi cari Solar dan jumpa mamat cahaya tu dekat laman belakang rumah dengan hujung jari bercahaya mengamuk cari Blaze.

Belum lagi sempat dia nak buka mulut, Solar dah kejor dia dulu. Ugut tentang Blaze.

"Ramuan apa dia buat pun aku tak tahu. Blaze yang curi, aku pulak yang kena kejar! " Taufan bebel lagi tak puas hati. Main kejar kejar tadi, buat dia rasa lapar pulak.

Biskut dalam oven masih tak siap lagi. Jadi targetnya beralih kepada biskut atas piring kuning tu.

"Aik? Asal macam melekit je kaunter ni? " soal Taufan hairan. Tapi dia kesahkan sahaja.

"Aku punya sebelah kanan ni aku letak. Haa, apa? Aku ingat tau! Yang kanan sentiasa selamat! Hehehe~"

And... Yeah. Yes gais, Taufan ngap biskut Yaya yang sudah bercampur dengan ramuan istimewa Solar.

Sekali kunyah elok lagi

Dua kali kunyah tak rasa pape

Tiga kali kunyah.

Taufan tercekik lalu tumbang.

.
.
.
.

Inalillahiwainnailaihiraji-

"Eh? Lain macam sedap biskut aku ni? "

Astaghfirullah mayat hidup!

Taufan spring-up terus merenung biskut biskut dia. Sekeping lagi diambil, lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Weyh, sedap ahhh!! "

Mata Taufan bercahaya.

.

.

.

.

.

.

"Ok kumpul semua dekat ruang tamu~" Gempa tepuk tangan cuba tarik perhatian semua orang.

Tidak lama kemudian, semua sudah berada di ruang tamu untuk persiapan terakhir.

"Jom semua. Kita gabung semula" arah Gempa.

"Eh, jap! Hali dengan Upan mana? " tanya Blaze bila dia tidak nampak kelibat dua abang sulung dia tu.

"Sini"

Suara Halilintar menjawab dari arah dapur. Kelihatan di bimbitannya, seorang Taufan yang dah pengsan tak bernyawa dengan badannya berasap dan beberapa benjolan dikepalanya.

"Aik, kenapa Taufan tu? " tanya Thorn.

Hali mendesis marah.

"Entah apa masalah dia. Tiba tiba ajak aku spar. Aku terpaksa ketuk dia guna kuali Gem sebab dia tak pengsan pengsan bila aku renjat pun" rungut Hali geram. Gempa dipandang.

"Sorry Gem. Tapi aku dah order kuali baru. Esok sampai"

Gempa hanya mampu menggeleng. Dah terbiasa dengan situasi macam ni. Penat betul jadi leader ni walaupun bukan dia yang sulung.

"Dahlah. Sini kita cantum semula. Biarlah dia rehat nanti" ujar Gempa tangannya menggamit Halilintar mendekati mereka.

Tangan ketujuh-tujuh elemental itu disilangkan sesama sendiri, sebelum mereka bercahaya lalu bergabung kembali menjadi Boboiboy.

Zzttt-!

Boboiboy tiba-tiba merasakan satu renjatan kecil di seluruh tubuhnya.

"Eh? "

Jam kuasa direnung dengan wajah hairan. Tiba tiba je?

"Hmm... Mungkin aku penat kot? Tak apalah" Boboiboy menolak tepi perasaan tak kena itu. Bukan sekali dua dia pernah rasakan perasaan macam tu.

Akhirnya mereka semua kembali ke bilik masing masing untuk berehat dan melelapkan mata. Manakala Boboiboy menutup pintu biliknya , tanpa menyedari percikan glitch dari jam kuasanya.

.

.

[ Time skip ]

.

.

    Kubah hemisfera bangunan akademi gah terbentang dihadapan manusia manusia yang melangkah lambat lambat untuk masuk ke dalam.

Kokotiam kaki mereka mendaki tangga akademi. 15 anak tangga terasa seperti 15 ribu anak tangga. Terlalu berat untuk terus melangkah.

Boboiboy , Gopal, Fang , Yaya dan Ying melangkah ke gerbang  akademi dengan muka tak berapa nak rela.

"Huhuhu.. perlu ke kita datang sini lagi?" Gopal merengek . Pintu gergasi akademi yang terukir logo MATA di atasnya dipandang dengan muka tak rela.

" Gopal..kota dah bincang pasal ni kan?" Jawab Yaya selamba.

"Huh! Kalau bukan disebabkan 'hari ni' , kalau boleh aku pun malas nak datang sini!" Sokong Fang dengan nada geram. Tangannya yang masih bersimen dipegang.

"Haiyaa...kaki ni rasa berat pula tau!" Tambah Ying pula.

Semua di situ kelihatan tiada semangat kecuali seseorang sahaja  yang entah kenapa nampak terlebih gembira.

"Alahhhh korang ni! Asal murung jee? Kita kan nak jumpa senior kesayangan kita tu! Happylah sikit!"

Siapa lagi kalau bukan Boboiboy Bin Amato yang literally tengah berskipping sambil mendaki anak tangga. Terhayun hayun tangannya sambil bersiul siul. Macam budak 4 tahun nak dapat biskut.

Gopal terjongket kening aneh melihat kebahagiaan lain macam kawan baiknya hari tu.

"Yang kau ni pula, Boboiboy? Asal gembira semacam je??" Soal Gopal merenung  curiga belakang penguasa elemental itu. Gopal berani kerat jari untuk cakap yang dia tak pernah nampak pun  muka budak oren tu sampai lah sekarang walaupun dia orang pertama yang greet selamat pagi.

Sejak dari rumah tadi, Boboiboy asyik cuba mengelak daripada berhadapan sesiapa. Asyik membelakangi orang je. Masa Gopal  tegur dia pagi tadi dekat meja makan pun, Boboiboy buat buat sibuk cari bijirin dalam peti sejuk. Bukan ada apa pun dalam tu, sebab dia dah habiskan semua bijirin dalam tu semalam.

Kini, Boboiboy berjalan laju di depan meninggalkan mereka berempat mengikut di belakang. Dalam kereta pun dia buat tidur sahaja. Macam mana Gopal tahu dia tak betul betul tidur? Dah budak tu asyik gerak sana goyang sini. Gopal pula yang rimas tengoknya.

"Lahhh,  kau tak happy ke untuk hari ni?  Aku tak sabar dah nak jumpa senior senior kerek tu!  Hehehe~" selamba Boboiboy membalas.

Yaya, Ying,  Gopal dan Fang pandang satu sama lain.  Betul juga tu.  Diorang pun dah lama tunggu saat ni.

"Hmp!  Betul tu.  Hari ni lah hari kita rapatkan hubungan dengan diorang kan?  Tak sabar aku nak bagi diorang biskut istimewa aku ni - ehh! " keterujaan Yaya terhenti seketika pabila angin laut tiba tiba menghembus kuat ke arah mereka.  Berkibaran selendang Yaya dimain angin.

"Berangin betul hari ni kan? " komen Ying sambil membetulkan surai hitamnya yang sedikit serabai.

"Kan ni pulau.  Angin laut memang kuat" balas Fang pula.  Rambutnya unggu gelap itu disebakkan ke belakang.

Gopal?  Gopal tak ada rambut,  buat apa nak kesah-lol

Gopal : Kuahajao punya nenek!

Dan seorang pun tidak menyedari perubahan atmosfera di sekeliling penguasa 7 elemental yang sedikit jauh di hadapan mereka yang sekarang sedang menahan ketawa kecil. 

.

.

.

.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan akademi,  kelima-lima ejen baru itu diserbu oleh sekumpulan ejen senior mereka membuatkan mereka kaget

Jet orang pertama memecah keheningan.

"Hai,  korang~" dengan senyuman semanis aku/uhuk/  Jet menyapa mereka berlima dengan mesra.

Yaya,  Ying,  Gopal, Fang malah Boboiboy memasang wajah berjaga tanpa niat menjawab sapaan Jet.

Melihat tindak balas dingin itu,  ejen-ejen muda tersenyum bersalah sesama sendiri.

"Eh,  janganlah buat muka macam tu.  Kitorang ni sebenarnya nak minta maaf" sambung Jet lagi.

"Minta maaf?"

Jet menggosok belakang kepalanya dengan muka sedikit bersalah.

"Iyalah.  Pasal semalam.... Kitorang.. Terlebih exited waktu ujian korang semalam. "sambung Chris pula.
(Ok gais,  sebab aku tak mahir loghat klate so kita buat dia cakap biasa supaya mudah faham) .

"Sampai dah melampau pula" sokong Iman dengan nada bersalah.

Kokotiam masih berkerut tidak percaya.

"And kitorang sebenarnya nak tengok tahap mana kebolehan korang as seorang ejen." sambung Roza.

"Well,  sebagai senior untuk tunjuk ajar korang for the future nanti" sokong Alicia.

"Betul!  Betul!  Jadi ejen ni susah tau!  Korang kena lalui macam macam bahaya! Kejar orang jahat!  Tangkap orang jahat!  Pastuu,  korang akan lawan orang jahat yang guna senjata api!  Matikan bom!  Eeee..  Macam macam la! " panjang lebar dan penuh semangat Moon bercerita. Terawang awang tangannya di udara nak gambarkan orang jahat tembak pistol.

Zass be Zass mengangguk laju.

Lima penjaga galaxy itu sweatdrop melihat semangat Moon bercerita, langsung tidak terkesan dengan omokan gadis 12 tahun itu. (btw aku baru tahu yang Moon tu masuk mata umur 10 tahun. Like..whutt?? Bapak muda ilerr!!) Well,  they literally pernah kena tembak dengan senjata lebih teruk dari bom kot.  Entahlahh... Mungkin ditembak dengan sinaran radioaktif gamma berkepanasan matahari secara 0.5 meter dekatnya oleh monyet angkasa tak berhidung? 

"So,  ujian semalam untuk tengok sama ada korang mampu atau tak untuk kawal situasi di luar jangkaan.  Tak sangka pula boleh sampai cedera" sambung Rudy. Anak mata dilirik sinis ke arah Fang. Fang membalas  dengan jelingan marah.

"Kitorang sedar kitorang dah melampau. Hehe,  jadi.. kitorang ada surprise untuk korang" kata Mika.

Serentak itu,  mereka semua bergerak ke tepi, memberikan ruang kepada tiga ejen senior bersut merah melangkah ke hadapan.

Ali, Khai dan Bulat kini sebaris di barisan hadapan dengan sebuah tablet di tangan setiap daripada mereka. Mereka bertiga menghadiahkan senyuman paling mesra untuk meyakinkan kelima lima ejen junior mereka.

"Sebagai tanda minta maaf, kitorang ejen ejen tekno senior  akan berikan korang semua satu upgrade setiap seorang. " terang Ali dengan penuh semangat.

"Upgrade?"

"Yes! Maksudnya, korang boleh tukar atau naik taraf gajet korang ada sekarang. Ataupun korang boleh gunakan gajet sokongan untuk tingkatkan pergerakan, serangan dan pertahanan. Contohnya, perisai ke? Kasut aeroboost ke? Senjata baru ke? " Sambung Khai pula dengan lebih teliti.

"Lagipun korang kan ejen baru. Dan tak ada pun yang masuk teras Tekno"  tambah Bulat.

Sendu jap-

"So kitorang ejen senior akan tolong korang untuk sesuiakan diri dalam dunia ejen ni. Haaa, amacam?"

Semua ejen muda mengukir senyuman paling lebar di wajah masing masing. Gopal,  Fang, Yaya dan Ying pula bertukar pandangan sesama sendiri.  Setelah bertahun tahun menjalankan misi bersama sama,  mereka dah faham dah maksud jelingan dan isyarat halimunan yang diorang guna. Tak payah buka mulut pun dah tahu apa diorang nak cakap.

"Korang rasa boleh percaya ke? " isyarat mata Gopal berbunyi.

"Diorang tak bunyi macam ikhlas sangat bagi aku"  Fang menjawab.

"Kann...  Macam ada udang sebalik batu" sokong Ying.

"Tapi aku dengar diorang macam ada rasa bersalah tu" balas Yaya.

Sedang empat orang tu asyik berbincang dalam bahasa isyarat, mereka terlupa seorang lagi.

"WAHH! SERIUS KEE??!"

"Eh?!"

Jeritan teruja tadi datang daripada seorang Boboiboy yang literally tengah genggam tangan Ali erat dan mata bulat bersinar sinar penuh keterujaan

"Seriuss ke kitorang boleh dapat apa-apa pun gajet lain? Aku nak hoverboard bolehh tak??" pinta Boboiboy dengan muka penuh pengharapan membuatkan  Ali sweatdrop melihat perangai dia.

"O-ofcourse lah boleh, Boboiboy " balas Ali dengan senyumannya membuatkan Boboiboy melompat gembira sambil hayun hayun tangan Ali. Terlambung si ketot tu dibuatnya.

"Eh, Boboiboy! Mata kau.. memang biru ke?" Soal Moon innocent.

Soalan tiba tiba Moon menyebabkan Boboiboy terkaku. Bukan dia je, empat kawannya yang pandang dia pelik dari tadi pun dah semakin pelik dengar soalan Moon.

"Haahlah, baru perasan. Mata kau biru "

And ofkos ah ejen muda lain pun terus tertarik untuk tengok muka Boboiboy. Seperti yang didakwa oleh Moon,  mata Boboiboy kini berwarna biru dalam seolah olah warna biru langit. 

Manakala 'Boboiboy'yang baru tersedar dia dah ter'kantoi' cepat cepat mengalihkan kepala ke tepi.

"T..tak la! A-aku pakai contact lens biru je ni. Maklumlah aku ni kan rabun" balas Boboiboy sedaya upaya cuba tak berbunyi kekok.

"Uishh.. lawa jugak contact lens biru langit kau ni. Nampak natural gila! Mana kau beli? Aku nak cari jugalah" sampuk Jet dengan minat. Anak mata Boboiboy ditenung dalam dalam.

"Aa.hahahaha, tak ada jual sini. Aku beli dekat kampung atok aku. Dah habis stok dah ni last" dalih Boboiboy  sambil menggaru pipi yang tak gatal. Atau boleh kita panggil .... Boboiboy Taufan?

"Eh, apa-apa pun!"

Bahu Ali dirangkul mesra menghert si ketot tu untuk berjalan lebih jauh daripada Yaya, Ying Gopal dan Fang yang dah merenung dia macam pemangsa buas kebuluran seminggu tak makan daging.  Aura aura negatif daripada mereka berempat terasa seperti menikam nikam jasad Boboiboy yang kini diambil alih oleh Taufan. Taufan kecut perut rasa macam ada rama-rama dalam perutnya.

"Bila aku boleh dapat hoverboard tu, Ali?" tanya Taufan mesra sambil mengabaikan aura membunuh kawan kawannya itu.

"Oh, haah! Hari ni, lepas habis latihan, korang berlima boleh datang bilik Tekno, tau! Sebab kitorang nak bincang pasal upgrade yang korang nak." Terang Ali.

"Dan kitorang pun ada sediakan beberapa list cadangan upgrade untuk korang berdasarkan ujian semalam" sambung Khai pula.

"So,  jangan segan segan datang bilik Tekno tau!  Kitorang akan ada setiap masa sampai nak balik nanti" tambah Bulat lagi.

"Jadi... "

Semua ejen muda berkumpul memberikan pandangan berharap pada kelima lima ejen junior mereka.

"...boleh korang maafkan kitorang?? "

Kokotiam terdiam. Raut wajah masing masung berbeza sehingga Alicia pun sukar untuk mentafsirkannya. 

Namun suasana kekok itu terganggu dengan suara pengunguman Ejen Geetha daripada pembesar suara meminta  supaya semua ejen muda berkumpul di briefing room untuk taklimat latihan.

Jadi,  sesi tadi terpaksa dihentikan dan semua ejen muda bergegas ke briefing room.  Taufan berjalan bersama dengan Ali sebab dia masih tak berani nak pergi dekat dengan kumpulannya.  Haha,  nak cari mati ke??

.

.

.

.

.

[bersambung]

.

.

Apa korang buat tak tidur lagi ni? Its 1:50 a.m

Continue Reading

You'll Also Like

17.8K 374 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina Pertemuan yang tk...
34.2K 1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...
22.7K 4.5K 74
A D D I C T E D 2 : H I S B U T T E R F L I E S na jaemin fanfiction 15+ Because the devil need his queen Because the devil obsessed with his queen ...
398K 57.4K 63
[CHAPTER MASIH LENGKAP] "Work for me, be my only pleasure slave." Kisah si anak gereja, Elise Leonie yang ditarik masuk ke dalam lembah dosa oleh seo...