𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄

By MySerraa

1.1M 42.9K 2.4K

[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah te... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 39

16.3K 614 25
By MySerraa

Cahaya menembus masuk ke dalam kamar biliknya menunjukkan malam sudah melabuhkan tirai, matahari mula menjalankan tugasnya menyinari hari hingga ke petang. Seketika matanya terkelip-kelip sebelum dibuka perlahan. Terus kepalanya ditoleh ke sebelah. Terlihat seorang wanita sedang memeluk pinggangnya dari tepi dengan selimut yang membaluti tubuh mereka.

Lama dia memerhati wajah bersih wanita itu. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh pipi itu, pergerakannya terhenti apabila ada suara yang bermain-main di telinganya.

'Kau tak patut kasihankan dia, Heriz. Dia dah musnahkan harapan kau untuk memiliki Aleeya.' Ujar suara itu membuatkan Heriz mendengus kasar. Terus ditolak jauh tubuh wanita itu.

Wanita itu perlahan-lahan membuka mata apabila tubuhnya ditolak sangat kuat.

"Bangun, Raysa! Keluar dari sini!"

Raysa masih terkebil-kebil, mamai.

"Kau bawa pakaian kau ni semua keluar dari bilik aku!" Kuat Heriz menengking. Dia bangun dari katil sebelum melangkah ke bilik air.

Melihat wanita itu masih tercegat di atas katil, dia menengking lagi.

"Kau berangan apa lagi?! Keluar dari bilik aku! Aku dah tak perlukan kau!" Marah Heriz.

Terhinggut bahu gadis itu sebelum dengan laju melangkah keluar dari bilik. Baru selangkah dia keluar dari bilik itu, pintu dihempas kuat dari dalam. Tahulah dia Heriz yang menghempasnya.

Dia melepaskan keluhan berat.

•••

"Morning, Heriz." Sapa Raysa mesra sebaik sahaja dia melihat figura lelaki itu keluar dari lif dan melangkah ke dapur. Dia yang sedang menyiapkan sarapan mula mendekati Heriz sebelum dahinya berkerut seribu.

"Awak nak pergi mana ni?" Soal Raysa.

"Aku tak ada 3 hari, fly ke Amsterdam."

"Tapi kita baru je kahwin, awak dah nak kerja?"

"Lepastu? Kau nak aku menghadap kau 24 jam ke? Lebih baik aku pergi kerja, lagi bagus!"

Terdiam Raysa. Tiada guna dia melawan kata-kata lelaki itu.

"Aku nak pergi dah."

"Eh, breakfast lah dulu." Tahan Raysa.

"Aku makan kat airport je."

"Tapi saya dah masak."

"Siapa suruh kau masak? Aku tak minta pun kan?" Kasar sahaja nadanya.

Terkelu lidah Raysa seketika.

"Aku tak minta kau masakkan untuk aku. Jadi, ikut suka aku lah kan nak makan ke tak. Kau boleh buang je."

"Membazir lah nak buang. Bukan murah barang-barang masak ni."

"Then, kau makan je lah! Tak payah paksa-paksa aku!" Tengking Heriz.

Raysa hanya diam.

"Sebelum tu, aku suruh kau makan pil tu, kau dah makan belum?" Soal Heriz serius.

Raysa diam seribu bahasa. Kepala hanya ditundukkan ke bawah, tidak berani menentang mata lelaki itu.

"Aku tanya, kau makan ke tak?!" Herdik Heriz.

Raysa diam lagi.

"Kau memang cari pasallah!" Terus tubuhnya melangkah ke dapur sebelum kabinet dapur itu dibuka kasar. Pil yang berada di tangannya dipandang geram. Langkah dibawa ke arah Raysa lantas rambut gadis itu dicengkam kasar.

"Sakit, Heriz..." rintih Raysa. Tangannya memegang tangan Heriz yang mencengkam rambutnya.

"Tahu pun sakit. Hati aku lagi sakit tau bila aku dapat tahu kau tak makan pil yang aku bagi. Apa masalah kau hah?!" Tengking Heriz.

"Sa... saya... saya lupa, Heriz." Tergagap-gagap Raysa membalas.

"Kau lupa ke kau buat-buat lupa?!"

Raysa hanya diam. Sejujurnya memang dia sengaja tidak makan, sebagai seorang isteri, sudah tentu dia memasang niat untuk menjadi ibu kepada anak-anak suaminya. Begitulah juga sekarang. Walaupun Heriz tidak akan terima kandungannya, dia tetap ingin mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki itu. Itu impian terbesarnya.

"Kau memang suka buat aku marah lah, Raysa!" Sebiji pil itu dikeluarkan lalu dia mencengkam kasar rahang Raysa.

"Buka mulut kau, Raysa!" Wanita itu masih degil tidak mahu membuka mulutnya. Ditutup rapat.

"Aku kata, buka!" Marah Heriz. Dicengkam kuat rahang wanita itu. Dibuka kasar mulut gadis itu sebelum dimasukkan kasar pil itu ke dalam mulut Raysa. Terbatuk-batuk wanita itu. Terus dilepas kasar rahang Raysa.

"Itu pun susah!" Terus dia beredar dari situ meninggalkan Raysa yang sudah lencun dengan air mata.

Apabila dia sudah memastikan tiada lagi kelibat lelaki itu, laju dia berlari ke dapur dan memuntahkan pil di singki. Dicuci mulutnya sehingga bersih. Iya, dia tidak telan ubat itu. Dia hanya letak sahaja di lidah.

Dengan langkah longlai dia melangkah ke meja makan sebelum dengan perlahan dia duduk. Matanya meliar melihat makanan-makanan yang dia masak untuk Heriz. Macam-macam dia masak namun lelaki itu pandang pun tidak.

Tangisannya mula pecah. Kuat.

•••

Begitu asyik dia melihat skrin telefon sehingga tidak perasan dia telah melanggar tubuh seseorang.

"Eh, sorry miss!" Kalut dia memohon maaf.

"It's okay."

Terus matanya memandang wajah gerangan yang dilanggarnya sebelum matanya membulat besar.

"Aleeya!"

Kepala gadis itu terdongak memandang figura yang melanggarnya itu. Terkelu dia seketika.

"Tak sangka dapat jumpa awak kat sini. Awak buat apa kat sini?" Ramah sahaja Heriz menyoal Aleeya.

"Saya nak jemput family saya, mereka baru balik dari luar negara." Mendatar nada Aleeya.

"Oh ya ke? Mereka dah sampai?"

"Belum. Katanya flight delayed."

Heriz mengangguk perlahan. "Okay, kalau macam tu, jomlah pergi breakfast dulu. Selalunya flight delayed ni lama." Heriz sudah membuka langkah untuk memanjangkan lagi pertemuan mereka.

"No, it's okay."

"Ni, Raysa macam mana? Dia sihat?" Alang-alang dah terjumpa lelaki ini, lebih baik dia tanya. Walaupun baru beberapa hari dia tidak bertemu wanita itu, dia sudah rindu. Haih...

"Kalau awak nak tahu pasal dia, awak kena setuju untuk breakfast dengan saya. Saya akan jawab soalan awak." Heriz mengambil kesempatan.

"Apa ni, Heriz? Jawab je lah sekarang!" Bentak Aleeya kasar.

"Sekarang? Di tengah-tengah airport ni? Awak biar betul?" Senyum senget diukir mesra.

Seketika Aleeya meliarkan mata melihat sekeliling. Iya, sekarang mereka berada di tengah-tengah airport. Dia mengeluh perlahan. Dia tidak mahu bersarapan dengan lelaki itu tapi dalam masa yang sama dia ingin tahu perkembangan Raysa. Dia menelefon wanita itu, tidak dijawab.

"I'm still waiting for your answer, Aleeya." Kedua-dua keningnya diangkat berkali-kali.

"Iya lah. Tapi sekejap je!" Mendengus kasar gadis itu.

"Okay!" Senyum lebar lelaki itu. Sarapan di rumah yang dibuat isterinya tidak mahu dijamah, malah mengajak perempuan lain sarapan bersamanya...

•••

"So, Raysa macam mana? Is she okay?" Tanpa berlengah, terus ditanya selepas order sudah dipesan.

Heriz ketawa kecil.

"Baru je lepas order, awak dah tanya pasal dia. Chill lah."

"I'm serious right now, Heriz. Dia okay je kan?" Wajah Aleeya langsung tidak mengukir senyuman.

Heriz mengangguk perlahan.

"Dia okay je lah. Kenapa awak macam takut sangat ni?"

"Lelaki macam awak ni bukan boleh percaya sangat." Sindir Aleeya. Dijeling tajam lelaki itu.

"Kalau tak boleh percaya, kenapa minta saya kahwin dengan dia?"

"Sebab saya tahu betapa besarnya cinta dia pada awak."

Heriz mengangguk lagi. "Cinta dia pada saya, awak tahu, tapi kenapa cinta saya pada awak, awak tak nak ambil tahu?"

Aleeya terdiam.

"Saya ikhlas cintakan awak, Aleeya. Saya betul-betul ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Tapi kenapa awak tolak saya serupa saya tak ada hati?" Perlahan nada Heriz. Wajahnya sudah berubah mendung.

"Saya tak berminat nak kenal dengan mana-mana lelaki especially lelaki yang kawan saya suka."

"Raysa tu kawan baik saya, Heriz. Saya tahu betapa sayangnya dia pada awak, tapi dia tetap sokong dan tolong awak untuk kenal dengan saya. Dia sanggup korban hati dan perasaan dia untuk kebahagiaan awak. Awak fikir mudah ke nak biarkan orang yang kita cinta, cintakan orang lain? Kalau awak berada di tempat dia, awak kuat ke untuk ikhlaskan orang yang awak cinta, mencintai orang lain?"

Heriz hanya diam membisu.

"Saya tahu dia merana. Sebab itu saya buat permintaan macam tu. Saya cuma nak tengok dia bahagia, Heriz. Kebahagiaan dia adalah keutamaan saya."

"Jadi, saya mohon, jangan sakiti dia. Kalau awak rasa awak dah cukup terluka, dia berlipat kali ganda terluka. Kalau awak rasa awak dah cukup berkorban, dia lebih banyak berkorban untuk awak."

"Hargai kewujudan dia, Heriz. Sekali dia tawar hati, awak takkan dapat cinta dia semula."

Heriz melepaskan keluhan berat. Bukan dia tak cuba untuk menerima Raysa, tetapi setiap kali dia ingin berbaik dengan wanita itu, telinganya mula membisikkan kata-kata dendam. Bukan mudah untuk dia melawan semua itu.

'And of all a sudden I felt really tired. Like the world has drained me for everything that I had.'

Continue Reading

You'll Also Like

285K 19.6K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
1.6M 76.2K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
706K 40.1K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...
533K 21.5K 36
Code : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan y...