Akhir Tak Pasti

By hanyadarlea

290K 19.5K 767

[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Epilog

Bab 23

6.8K 509 11
By hanyadarlea

ADEL menitipkan Puan Merlyna ke Mika oleh kerana dia semakin sibuk dalam pembelajaran. Mika pula sudah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di Sarawak dan pindah ke Johor semula. Dia mula bekerja di rumah dengan bisnes baju yang pernah dia usahakan ketika dahulu.

"Kau tahu tak, tadi aku kena marah dengan lecturer. Sakit kepala aku." Rinne mengurut kedua pelipisnya. Kepalanya tak henti berdenyut sakit akibat keletihan.

"Sabar je Rinne, kita lagi sikit je nak habis belajar, kan?" Adel cuba menenangkan rakannya itu.

Gadis itu mengangguk lalu dia perasan sesuatu yang janggal dengan wajah rakannya itu. Adel terlihat sedikit pucat seperti orang yang sakit. Apabila dia lihat makanan Adel yang tidak habis itu, dia makin hairan. Tak pernah lagi Adel kurang selera, dialah perempuan paling kuat makan pernah Rinne jumpa.

"Adel kenapa wajah kau pucat semacam je. Kau tak sihat ke?" Rinne cuba memeriksa dahi milik gadis itu sama ada panas atau tidak.

Adel menggeleng.

"Biasalah, badan aku ini kan lemah sikit. Kau tahu kan, aku ini setiap bulan ada je sakit dia," jelasnya sambil meneliti bahan kajian di dalam komputer tersebut.

" Ye lah tapi aku perasan kau asyik batuk-batuk je. Bukan seminggu je tapi dah berbulan-bulan kau batuk teruk, kan? Adel janganlah biasakan pergi farmasi je...Kau kena periksa juga tau, risau aku."

Pen biru itu ditekan berkali-kali oleh Adel sambil dia fikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rinne. Ya, dia dari kecil jarang pergi ke klinik. Ibunya selalu beri ubat farmasi sahaja. Oleh disebabkan itu, Adel hanya berfikir semua masalah kesihatannya tidak serius dan boleh diubati tanpa pemeriksaan doktor.

"Kau jangan risaulah, Rinne. Aku dah pergi klinik, doktor kata tak ada apa pun. Cuma biasalah aku kalau batuk memang lama nak sembuh," bohong Adel.

Rinne mengangguk lalu bayangan Nadeem Amsyar yang berada di luar kafeteria itu membuat dia berdehem berkali-kali.

"Ehem, ehem."

"Aik kau sakit tekak pula ke?" tanya Adel tersengih melihat gelagat Rinne.

"Isy, kau ini lembablah! Tolehlah belakang itu, ada bidadara syurga kau," sakat Rinne.

Adel pun menoleh lalu Nadeem berjalan masuk ke kafeteria sambil membawa sebuah beg kertas dan mendekati mereka berdua. Adel pun hanya menunggu, mana tahu Nadeem menegur dia secara tiba-tiba.

"Asalammualaikum." Ternyata Nadeem benar-benar menegur dia.

Adel pun menjawab salam sambil tersenyum.

"Awak dah makan ke?" soal Nadeem.

Adel mengangguk. Tidak sangka Si Nadeem Amsyar ini rupanya prihatin terhadap dirinya. Berbunga-bunga hati dia ketika itu.

"Oh! Ingatkan nak bagi nasi lemak umi buat, kalau macam itu saya bagi dekat-" Belum sempat Nadeem menghabiskan kata-katanya Adel pun mencelah.

"Eh ye ke? Terima kasih! Sebenarnya saya tak kenyang pun, boleh je muat lagi ini perut saya," celah Adel walhal Rinne menjadi saksi gadis itu tidak berselera makan.

Rinne menahan dirinya daripada tertawa. Oh jadi benarlah Nadeem Amsyar ubat penyembuh segala masalah Adellea Arelyne. Kalau tak sihat, bolehlah dia tenung wajah Nadeem itu lama-lama.

"Oh ok." Nadeem terus memberikan beg kertas tersebut lalu beredar.

"Amboi! Tadi kemain tak ada selera, nasi goreng pun tak habis. Nadeem datang terus berselera ya?" usik Rinne.

Adel mencebik.

"Isy! Rezeki mana boleh ditolak lagi-lagi rezeki yang ingin dikongsi oleh ibu kepada crush saya." Kedua alisnya diangkat berkali-kali dengan bangga.

Adel kemudian meminta diri untuk ke tandas. Ketika di dalam tandas dia batuk-batuk dan mengeluarkan kahak berdarah. Kepalanya mula pening dan tekaknya loya.

"Tak sedap badanlah..."

Adel pun melangkah keluar apabila selesai membereskan diri. Namun langkahnya terhenti apabila Syed yang tiba-tiba muncul dan menarik pergelangan tangan Adel dengan kuat. Gadis itu berkali-kali menepis tangan lelaki itu namun siapa sangka kali ini Syed benar-benar menahannya dengan kuat seperti dia sudah lama ada dendam yang tak pernah dilepaskan.

Syed membawa Adel ke sebuah tempat yang sunyi di kampus. Tangannya itu terlalu kuat mengenggam pergelangan tangan gadis itu hingga berbekas kemerahan.

"Kau nak apa! Aku dah cakap kan aku bayar sikit-sikit! Semalam aku dah kirim duit dekat akaun bank kau. Kau boleh tak sabar sikit!" teriak Adel marah dengan Syed yang selalu bertindak ganas terhadap dirinya.

Bahu Adel ditolak kasar olehnya lalu dia menekan kuat kedua bahu itu. Gadis itu merintih sakit.

"Kau tahu kan sebenarnya aku cintakan kau?" soal Syed dengan agresif.

Adel cuba menepis sekali lagi.

"Kalau kau cintakan aku, kau tak akan kasar macam ini dan satu lagi kau tak akan berani sentuh aku!" Adel kemudian menampar pipi kanan Syed dengan kuat lalu dia menendang kaki kanan Syed dengan kuat dan cuba untuk lari.

Habis naik mendadak amarah lelaki tersebut lalu dia mengejar gadis itu hingga dapat dan akhirnya leher Adel itu dicengkam. Timbul urat di seluruh tangannya menunjukkan betapa kuatnya cengkaman itu.

"Kau dengar sini! Jangan nak berlagak baik sangatlah! Kau fikir orang macam Nadeem itu nak ke dekat kau? Eh dia itu lelaki baik tak akan nak dekat perempuan macam kau, cuba sedar diri itu sikit!" herdik Syed.

Bunyi nafas Adel yang tersekat itu membuatnya tertawa sinis lalu dia melepaskan cengkaman kemudian tudung gadis itu direntap dengan kasar. Adel takut dengan Syed yang bertindak luar kawalan itu.

"Aku dah jumpa satu rahsia yang akan pisahkan kau dengan Nadeem. Aku yakin dia akan benci orang macam kau sebab kau hina dan jijik!"

"Kau sepatutnya buka je tudung ini, perempuan munafik!" sambungnya lagi lalu dia ludah muka gadis itu.

Adel menjerit kuat namun tiada siapa yang lalu di kawasan tersebut. Dia merintih kesakitan lalu berteriak kesal sekali lagi. Dia bukan kesal pada rahsia yang ingin diberitahu Syed kepada Nadeem namun dia kesal tidak mampu melawan lelaki yang kasar itu.

"Tak sangka perempuan macam kau ini rupanya ada kisah silam yang akan memalukan diri kau. Kau ingat lagi pantai? Mungkin lebih terperinci kalau aku sebut seorang perempuan yang bergandingan tangan dengan lelaki bukan mahram waktu malam di tepi pantai?" Selepas mendengar ucapan Syed itu Adel terus membisu manakala dadanya naik turun terkejut mendengar itu.

Adel mengepal tangannya kuat. Tidak disangkakan rupanya Syed ini begitu licik. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai hasratnya. Betullah apa yang Nadeem katakan, dia memang bahaya.

"Terkejut macam mana aku tahu? Kau yakin tak pernah jual badan kau? Kau yakin dia tak sentuh badan kau?" soal Syed dengan sinis.

Adel berteriak kesal lalu dia mencakar wajah lelaki tersebut dengan kukunya yang tajam itu. Habis bergaris merah wajah lelaki itu. Adel sudah tidak tahan lagi dihina oleh Syed hingga dia pun bertindak luar kawalan.

"Jantan tak guna!" teriaknya sambil menampar wajah Syed berkali-kali.

Tangannya itu kemudian dihalang oleh Syed.

"Walaupun dia tak sentuh badan kau hanya tangan kau sahaja, aku boleh cerita yang dia sentuh segala-galanya dekat Nadeem," ugut Syed.

Mendengar ucapan itu, Adel sedikit cemas. Ya, sebenarnya dia tak mahu terlihat buruk di mata Nadeem. Dia cintakan lelaki itu hingga dia takut Nadeem pergi. Mata Adel melilau tanpa arah lalu seluruh tubuhnya menggeletar teruk. Nafas dia tidak stabil kerana terlalu panik. Akhirnya, dia berlutut memegang kaki kiri lelaki itu.

"Jangan! Jangan bagitahu Nadeem," rayunya.

"No! Kalau aku tak boleh buat kau cintakan aku, aku akan buat kau tidak dicintai sesiapa pun." Kaki kirinya kemudian menendang kasar tangan gadis itu.

Adel terduduk di atas jalan tar dengan fikiran yang kosong. Dia termenung beberapa minit sehingga bayangan lelaki itu hilang.

Rinne mengeluh kecil. Sudah lama Adel berpamitan ke tandas, tak akan cirit birit pula?

Tak lama kemudian dia melihat Adel kembali.

"Dah kenapa tudung kau, baju kau renyuk-renyuk ini. Tadi elok je aku tengok." Rinne melihat Adel dari atas hingga bawah.

Adel memalsukan senyumannya.

"Tak ada apalah. Tadi aku sembelit lepas itu panas pula dekat tandas, aku pun buka je la tudung," bohong Adel.

"Dah jom balik, aku penatlah nak rehat," sambung Adel .

"Ok."

BAHU Nadeem disapa oleh Syed. Kemudian tangannya menyeluk saku seluar. Senyuman senget diberikan manakala Nadeem menunjukkan wajah yang tegang. Pasti ada sesuatu yang tidak beres hingga Syed mendekati dirinya. Nadeem terus menjarakkan diri daripada Syed. Mata lelaki itu ditenung.

"Kau suka dekat Adel ke?"

Dahi Nadeem berkerut.

"Ya, aku harap kau tak kacau dia lagi." Walaupun Nadeem masih ragu-ragu tentang perasaannya namun dia menipu demi keselamatan Adel.

Lagipun dia tahu Syed seorang lelaki gila yang obses. Dari kecil lagi, Syed memang tak mahu orang lebih daripada dia.

"Dia itu bukan suci pun." Perkataan yang keluar daripada mulut Syed itu menarik perhatian Nadeem.

"Kau nak tahu tak kenapa dia benci pantai?" Syed cuba memancing perhatian Nadeem secara perlahan.

Nadeem memandang mata Syed seolah-olah dia tertanya.

"Sebab dia pernah buat maksiat dekat situ," sambung Syed.

Nadeem menghembus nafas berat. Dadanya pula naik turun menahan amarah. Dia berpalingkan muka daripada Syed sambil geleng kepala.

"Jangan marah dulu."

"Dia pernah pegang tangan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki dalam gelap. Oh lupa, lelaki itu pun dah pegang badan dia agaknya." Syed tertawa sinis.

Nadeem menutup buku bacaan dia dengan kuat lalu dia bingkas bangun. Bibirnya diketap kuat menahan geram. Ingin sahaja dia melepaskan penumbuk itu ke arah Syed.

"Kau tahu kan dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh. Kalau betul dia buat, itu masalah dia dan yang penting dia dah berubah. Allah itu maha memaafkan. Allah terima taubat dia, kau siapa nak menghakimi dosa-dosa yang sudah berlalu? Aku harap kau berubah Syed, berhenti jadi macam budak-budak bila kau tak dapat apa yang kau nak," pesan Nadeem sebelum beredar.

"Asalammualaikum, aku pergi dulu."

Continue Reading

You'll Also Like

300K 19.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
922K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
132K 11.9K 55
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
37.8K 1.9K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...