Sidang Dewan part 3

Par comradenami

14K 611 14

Sambungan dari part 1 dan 2 Plus

2020 part 1
2020 part 2
2020 part 3
2020 part 4
2020 part 5
2020 part 6
2020 part 7
2020 part 8
2020 part 9
2020 part 10
2020 part 11
2020 part 12
2020 part 13
2020 part 14
2020 part 15
2020 part 16
2021 part 1
2021 part 2
2021 part 3
2021 part 4
2021 part 5
2021 part 6
2021 part 7
2021 part 8
2021 part 9
2021 part 10
2021 part 11
2021 part 12
2021 part 13
2021 part 14
2021 part 15
2021 part 16
2022 part 1
2022 part 2
2022 part 3
2022 part 4
2022 part 5
2022 part 6
2022 part 7
2022 part 8
2022 part 9
2022 part 10
2022 part 11
2022 part 12
2022 part 13
2022 part 15
2022 part 16
2023 part 1
2023 part 2
2023 part 3
2023 part 4
2023 part 5
2023 part 6
2023 part 7
2023 part 8
2023 part 9
2023 part 10
2023 part 11
2023 part 12
2023 part 13
2023 part 14
2024 part 1
2024 part 2
2024 part 3
2024 part 4
2024 part 5
2024 part 6
2024 part 7
2024 part 8
2024 part 9
2024 part 10
2024 part 11
2024 part 12 (last episode)

2022 part 14

141 6 0
Par comradenami

"Mana Azam ni...zam zam ala kazaaaaammmm...." kata Julia sambil tongkat dagu, bosan nak tunggu buah hati pengarang jantung Rachel untuk tiba di lapangan terbang.

"Entah, boyfriend kau ni lembab la," kata Jugra, cekak pinggang.

Merlina tengah kira duit.

"Eh, apasal bagi duit euro? Apasal bukan duit krone Denmark?" tanya Jugra.
"Malas la aku nak pergi Denmark. Bosan doh. Aku nak pergi Jerman," kata Merlina.
"Habis tu, kan daddy dengan Aunty Nat pergi Denmark?"
"Biar je lah dorang berdating dengan cinta lama," kata Merlina.
"Mommy, daddy tu kan suami mommy?" tanya Julia.
"Masa aku baya Rachel lagi aku dah tau dorang ni lovey-dovey. Aku kasi chance la. Lagipun, boring la Denmark. Ada apa kat situ?" tanya Merlina.
"Mama Mer nak pergi Jerman, nak pergi mana?"
"Frankfurt. Aku nak shopping saham syarikat-syarikat kat Eropah yang mana jatuh, aku nak beli, lepas tu ambik teknologi dia, bawak balik Gelanggayu," kata Merlina.
"Fuuhhh! Macam tu, Jugra nak ikut la! Tapi nanti boleh tak pergi litar F1 Nurburgring? Nak tengok racing la," kata Jugra.
"Julia pun nak ikut mommy pegi Jeghman!"

Azlan sedang briefing Natasha sedang bincang tentang scopejob dia selaku Penghulu Syahbandar. Walaupun dia Syahbandar Dalam Negeri yang mengawal perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, tapi dia juga kena tolong Syahbandar Antarabangsa dan Serantau untuk misi perdagangan antarabangsa dan rantau Pentas Sunda.

Kelihatan Azam berlari-lari dan termengah-mengah untuk mendapatkan mereka semua.

Dari resah, kepada gembira kerana akhirnya Azam sampai.

"Satu, dua, tiga! Dia datang! Jeng jeng jeng! Dengan termengah-mengahnyaaaaa!" nyanyi Julia sambil troll Rachel yang dah muka merah sebab Julia membahannya.

"Boleh I cakap something tak before you go?" tanya Azam kepada Rachel.
"Sure, ada apa?"

"Nak cakap I love you la tuuuu! Muah muah muaaahhh!" Julia terus membahan.

"Julia, lek la. Takyahlah troll kuat sangat. Aku skandalkan kau dengan Joshua tu nanti baru tau!" kata Jugra.
"Tak nak lah! Joshua tu kaki kowek hidong! Eiiuu!"

--

"Ada apa, babe?" tanya Rachel.
"Last few days ni, I've been thinking. Ada dua perkara," kata Azam.
"What is it?"
"I ingat lepas kira keuntungan profit company I tu, I nak beli rumah untuk mak I dan Saleha. Kalau boleh rumah landed, senang sikit mak I nak gerak."
"Kalau you nak beli rumah untuk mak you, you nak kat Teknojaya ke, Wijayapura? Kalau Teknojaya, I boleh dapatkan mur-mur."
"Sini lah, Teknojaya jauh. Takde orang kenal kat situ. Kat sini, dah tau jalan semua. Lagipun, kubur arwah ayah dekat."
"Nanti I tanya mommy I."

Rachel bercadang nak belikan rumah lama mommynya untuk Azam, cuma tak naklah beriya sangat.

"Yang nombor dua..."
"Hmmm..."
"Sebenarnya, masa kat Khidmat Negara lagi, I had crush on you. Tapi I sedar diri I ni siapa. I ni macam gagak dengan merak kayangan...."
"Shut up!" Rachel dah excited, kemudian dia letak jarinya ke bibir Azam, sebelum dia memeluk erat Azam.

"I pun crush dengan you!"
"What? Really?"
"Of course, you dumb silly! Tak nampak ke effort I selama ni?"
"I nampak, tapi I tak berani nak buat move."
"Sekarang baru berani?"
"Will you be my lover?"

Rachel menangis gembira, dan mengangguk kepalanya.

"Rachel, time to go!" kata Natasha.
"I have to go. Nyco, thank you! I love you!" Rachel mencium pipi kanan Azam.
"I love you 3000!"

Rachel terasa seperti berjalan-jalan di atas awangan.

"Cringe siot," kata Jugra.
"Diamlah! Tau la dulu you crush dengan I tak dapat!"
"Sebab kau kakak aku la, lahanat!"

--

"Aku, Jugra dengan Julia pergi Frankfurt tau. Lagipun Jugra nak tengok F1. Kau pergi la rumah nenek Rachel tu. Aku kalau ada situ pun bukannya aku kenal pun. Menyemak je," kata Merlina kepada Azlan.
"Ish, tapi takkan kau nak aku dengan perempuan lain pulak? Ex girlfriend aku pulak tu?"
"Alah, aku kasi chance la. Aku pun ada life gak. Kau ni pun. Kau dengan Nat, borak la dengan si nenek Rachel tu. Lagipun memang ni masanya kau spend masa dengan Rachel pulak. Dengan Julia kau main Roblox, dengan Jugra kau ajak camping, ni kau dengan Rachel, kau spend la masa dengan Nat."
"Serius?"
"Haaa laaa! Lagipun boring doh Denmark. Aku suka bandar, havoc-havoc. Kau ye la, suka ketenangan, keindahan alam. Haaa, lagi satu, aku dapat tau, ada chartered flight dari Copenhagen ke Reykjavik. Ish, susah betul nak sebut nama bandar dia. Kau kan teringin nak ke sana? Kau pergi la."
"Balik nanti?"
"Balik nanti, kau suruh pilot kau pickup kitorang kat Frankfurt. Atau Amsterdam, aku nak seludup biji benih."
"Kita pergi Amsterdam ke, Mama Mer?" tanya Jugra dari belakang seat Merlina.
"Sibuk la kau. Baru makan space baklava aku dah gabra!" kata Merlina.
"Sekarang Jugra dah pandai hisap! Uncle Fidot dengan Uncle Kecik yang ajar masa camping hari tu," kata Jugra.
"Kau tengok, baru sekejap pergi camping dengan kau, dah pandai hisap bob marley!" Merlina piat telinga Azlan.

--

Tiba di Copenhagen, Rachel perasan yang Merlina, Jugra dan Julia tak turun ke lapangan terbang, sebaliknya kapal terbang itu bergerak ke arah lain.

"Daddy, kenapa Aunty Mer, Jugra dengan Julia tak turun?" tanya Rachel.
"Dorang nak pergi Germany."
"Your wife just left to Germany?" tanya Natasha.
"Yes, it's all three of us now."
"You gila ke? Nanti orang cakap you gaduh dengan your wife pasal I pulak?"
"Bukan I yang decide. Dorang yang nak ke sana."
"Kenapa you tak nak ikut dorang?"
"I nak jumpa Mrs Birgitt. Dah lama I tak jumpa dia."
"But...she's your wife."
"She has her own life. Biar je lah."

Perjalanan dari lapangan terbang Copenhagen di Kastrup, ke Hellerup memakan masa 45 minit menaiki teksi.

Mrs Birgitt, yang sudah bertongkat, sudah dalam usia 77 tahun. Sudah tua.

"Hey, I remember you! Azlan!"
"Hello Mrs Birgitt?"
"Formor, you know him?"
"Of course I do. He's dating with your mom when he was at your age right now."

Natasha tersenyum.

"Mor, er du okay?"
"Det godt. Come, come. Let me show you something."

Mrs Birgitt datang dan tunjuk gambar ayah Azlan, Muhammad Niat selaku juara Eropah tahun 1954, bergambar dengannya selaku juara Denmark di kejohanan catur antarabangsa di Izmir, Turki.

"Muka daddy sama la macam muka atok," kata Rachel.
"You and his father are chess competitors? Did you guys have a match?" tanya Natasha.
"A match? Dozens of match. I won some, he won more. He almost defeating the reigning champion that time, Boris Spassky. He lost to the great Bobby Fischer as well, but he's among the greatest," kata Birgitt.
"I never thought my father was a larger than life character," kata Azlan.
"You are larger than life character, young boy! Everybody in Wijayapura talks about him when he was young," kata Mrs Birgitt.
"Uuuu, daddy hot stuff masa muda!" kata Rachel.

--

Azlan berjalan berdua dengan Natasha di tepi pelabuhan marina kapal layar di Tuborg Havn, sambil memandang Selat Øresund.

"You tau tak, seberang tu dah masuk Sweden?"
"Really? La, sebelah je ke rupanya Copenhagen dengan Sweden?"
"If you go northeast, you akan sampai Helsingborg. Kalau you pergi southward, you sampai Malmo."
"I see. So, orang Malmo ke Copenhagen, orang Helsinborg ke Copenhagen, naik feri je?"
"Naik feri pun boleh, naik kereta pun boleh. Tu, ada terowong bawah laut. Bukan macam terowong bawah laut tak siap kat Pulau Kelapa tu," kata Natasha.
"Entahlah, memang nak kena ketuk si Lim Gan Ng tu. Buat kerja tak siap. Kena kitorang jugak tambah duit nak siapkan terowong tu. Tahun 2026 siap," kata Azlan.

Natasha dan Azlan memandang ke arah selat itu, kemudian mereka berdua duduk di bangku kayu yang menghadap selat itu.

"Nat, memandangkan kita pun dah tua macam ni, apa kata you ikut je saranan Mer tu."
"Kahwin?"

Azlan mengangguk.

Natasha pandang ke depan, kemudian diam dan berfikir panjang.

"You kena pilih, kalau you nak I kahwin dengan you, I tak boleh jadi Syahbandar."
"Why?"
"I don't condone cronyism. Tak elok."
"So, better this way?"
"Yup. As a leader, you need to learn how to accept 'no' from others. You tak boleh jadi macam raja zaman dulu lagi. I tau you takkan mengaku diri you raja with your gibberish title Tuan Pengerusi Agung tu, tapi you still, for me, The King of Gelanggayu."
"Kalau you perasan, sejak pertabalan tu, I dah tak keluar TV, or join politics. I sekarang into beekeeping, lepas tu hiking, camping..."
"Main Roblox. I know, Rachel told me that."

Azlan senyum.

"Don't get me wrong. I loved you back then, Azlan. Our history, together as lovers, I will always cherish until I die. You are the greatest love I ever had. But, it's time to move on."
"Fine, friends?" Azlan hulur tangan untuk bersalam.
"More than friends, but less than lovers. Lagipun kan kita sama-sama janji kan, nak jaga Rachel?"
"Dia pun dah ada pakwe dah sekarang."
"Let's hope they're better than us."
"Of course. They will be better than us."

Natasha senyum, tapi menitiskan air matanya.

"I spend masa sehari kat sini dengan you, Mrs Birgitt and Rachel, esok I nak naik flight."
"Pergi mana?"
"Iceland."
"Alone?"
"Yup. I want to discovering myself."
"Good luck. Jangan lupa balik. You ada negara untuk diperintah."

--

Merlina bertemu dengan CEO e.on, Leonard Birnbaum, wakil Gelsenwasser AG, Ludwig Schumacher, MD kepada Wintershall DEA, Rudolf Nollenburg dengan wakil dari Nigeria, Obasanjo Adigun untuk membincangkan pelaburan untuk projek paip Trans-Sahara dari Warri di Nigeria, ke Algeria, seterusnya disambung ke Eropah.

Disebabkan industri minyak dan gas Nigeria sering mengalami masalah apabila tentera melancarkan kudeta, maka tak banyak syarikat antarabangsa yang nak melabur di Niger Delta, tempat pusat perlombongan petroleum dan gas di situ.

Namun, penglibatan Petrogayu terutamanya sejak tahun 2003 apabila Sultan Norman buka tempat carigali di situ, sebelum ia disambung oleh Azlan selepas kerajaan republik merampas kuasa.

Petrogayu Nigeria akan menjual lebih kurang 10-20 billion meter kubik setahun kepada syarikat tenaga Jerman sebagai alternatif kepada gas asli Rusia.

Merlina tawarkan harga yang agak tinggi, dan CEO-CEO ini tidak bersetuju sebab ia akan memaksa syarikat untuk naikkan harga lagi.

Merlina berhujah kos untuk membina paip ini, dengan kerjasama tiga buah negara iaitu Nigeria, Niger dan Algeria, dan kawasan paip gas itu melalui kawasan Boko Haram yang perlu diupah pengawal keselamatan yang cekap, serta melalui kawasan Gurun Sahara yang mencabar pembinaannya.

Kalau tak, Merlina cakap selamba je kepada CEO-CEO Jerman itu, dia jual kepada Perancis. Merlina tahu, walaupun Perang Dunia Kedua dah lama tamat, national interest antara Jerman dan Perancis akan sentiasa bercanggah antara satu sama lain.

Dan Perancis tak kisah untuk letakkan tenteranya di Niger dan Algeria macam dia buat di Mali.

CEO-CEO ni dah la hari tu kena tekan harga ruble Rusia tiga kali ganda dengan Merlina, kali ni dia bawa orang Nigeria pula jual gas. Mahu tak mahu, CEO-CEO syarikat elektrik itu pun bersetuju memandangkan bekalan dari Rusia tidak stabil ekoran dari perang di Ukraine.

Kemudian Merlina ke Karlsruhe untuk memberi ucapan di KIT, iaitu universiti dalam bidang kejuruteraan.

Sebagai Puan Permaisuri Pengerusi, Merlina menjemput KIT untuk membuka universiti kejuruteraan di TeknoMandala, iaitu kawasan pinggir bandaraya Teknojaya, bersebelahan Seri Kenidiri, iaitu pusat pentadbiran baru negeri Kenidiri.

Merlina juga pergi ke universiti-universiti sekitar Jerman untuk menaja mereka dalam penyelidikan biodiversiti di Gelanggayu.

Sebab mengikut mazhab geopolitik Peter Zeihan, Jerman ni bakal mengalami kekurangan modal yang serius akibat deglobalisasi.

Sebelum jurutera-jurutera Jerman ni tua kerepot dan mati, baik tawarkan mereka ini mengajar dan bekerja di TeknoMandala, yang memang berdekatan dengan industri automobil dan sektor teknologi di kawasan itu.

"We don't have winter in Gelanggayu," itu je ayat pancing dia, sambil membuatkan pakar jurutera Jerman itu terbayang yang Gelanggayu ini seindah Hawaii.

--

Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu bertemu dengan Menteri Luar Gelanggayu, Hassan Ariffin di Wisma Kelana, ibu pejabat Kementerian Luar.

Mevlut kini dalam misi untuk meminta bantuan kewangan akibat krisis ekonomi yang melanda Turkiye akibat berlakunya inflasi sehingga hampir 44%, walaupun hakikatnya ada yang kata sampai 80%.

Pada tahun 2012, harga 1 lira Turkiye bernilai RG2.80. Semasa Azlan melawat Istanbul pada tahun 2016, dah jatuh ke RG1.40. Kali kedua datang, dah jadi RG0.70. Sekarang dah RG0.25. Dalam masa sepuluh tahun akibat polisi ekonomi yang salah, lira Turkiye sudah kehilangan nilai sepuluh kali ganda.

Maka Mevlut meminta beberapa kerajaan seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Goryeo Selatan, dan Kwantong, namun masih belum mencukupi dalam perbelanjaan mereka.

Lalu Hassan mencadangkan agar syarikat e-wallet Gelanggayu, YouCanDuit, iaitu anak syarikat kepada Tapau Inc., yang dimiliki oleh Alif dan Merlina, untuk membuka e-wallet di sana.

Melalui syarikat e-wallet, wang ringgit dengan modal sebanyak RG20 billion (81 billion lira) akan dipinjamkan ke Turkiye.

Sebagai gantinya, Turkiye akan memberikan Gelanggayu 20 buah helikopter yang bernilai RG1 billion semuanya, 20 buah kereta kebal Altay yang bernilai RG700 juta, kereta perisai Otokar Cobra bernilai RG500 juta, IFV ACV-15 berharga RG500 juta, dua kapal perang frigate berharga RG3 billion setiap buah, tiga buah kapal supertanker berharga RG300 juta sebuah, drone Anka-B, sistem peluru berpandu ATMACA, peluru berpandu balistik jenis Khan, dan peluru berpandu jenis Hisar-U yang boleh menembak sejauh 150km. Semua ini selepas dikira-kira ada dalam RG18 billion.

Lebih RG2 billion akan digunakan untuk mengimport minyak zaitun, gandum durum, kacang hazel, buah aprikot dan selebihnya didermakan kepada masjid-masjid di Anatolia berjumlah RG45 juta.

Kalau dulu nak shopping sakan macam ni, memang Jeneral Firdaus tak dapat macam ni. Tapi disebabkan lira sedang jatuh melarat, boleh beli macam-macam.

Senjata dapat, data orang Turkiye melalui e-wallet pun dapat, tapi akan dijual kembali ke parti Erdogan iaitu AKP.

--

Tegucigalpa, Honduras

Mili tiba di Honduras dan bertemu dengan Presiden Xiomara Castro-Zelaya. Xiomara ni isteri kepada bekas Presiden Honduras, Manuel Zelaya.

Dalam politik Amerika Latin, suami isteri jadi presiden ni adalah perkara yang normal.

Mili tak datang keseorangan, sebaliknya datang bersama Syahbandar Antarabangsa, Dalilah Harun. Memandangkan Honduras ni adalah pengeluar kopi dan pisang terbesar, maka Mili berhasrat nak beli ladang-ladang kopi di kawasan Honduras.

Selain itu, Mili juga nak buka kilang untuk tekstil di Honduras untuk pakaian bagi pasaran Gelanggayu. Sejak Kwantong tutup sempadan, ramai pemilik syarikat tekstil ni tak tahu nak ke mana cari buruh yang murah.

Majapahit punya kos buruh pun makin mahal, Bangladesh dan Pakistan pun sudah semakin mahal.

Tapi Honduras masih lagi mundur dari segi infrastruktur. Maka Mili bawa pelabur-pelabur Gelanggayu melabur di pusat perindustrian mereka di San Pedro Sula.

San Pedro Sula ni terletak di Lembah Sula, lembah yang subur, dan Mili bercadang untuk membuka ladang kapas.

Tetapi baru Mili nak cadangkan perkara tu, pihak kerajaan Honduras beritahu Mili yang sebuah syarikat dari Gelanggayu dah masuk di kawasan San Pedro Sula ini.

Mili jadi terkejut, dan bila dia tengok, nama syarikat Alif sudah bertapak di situ.

Mili menahan marahnya. Tak sangka Alif sudah bertindak lebih pantas. Bahkan Alif dah banyak beli ladang-ladang di sekitar utara Honduras yang subur ini. Bahkan banyak ladang-ladang dari daerah Cortes ini sudah dikuasai oleh Alif.

Tapi Mili tahu, Presiden Xiomara ni orang dari Parti Libertad y Refundacion, atau dikenali sebagai Libre di Honduras, sementara kawasan di sebelah San Pedro Sula, walaupun Libre menang di daerah Cortes, tapi bandar tersebut agak pro kepada Parti Nacional yang lebih konservatif.

Maka Mili dapat rasakan yang Alif ada connection dengan Parti Nacional. Dan Parti Nacional ni dipimpin bekas Presiden yang tewas, Jose Orlando Hernandez. Dan Parti Nacional ni popular dari kalangan penduduk di sebelah barat, yang bersempadan dengan El Salvador.

Mili rasa tak apa, sebab asalkan Alif tak dapat pegang Presiden Honduras, dia masih boleh buat move dia lagi.

--

Hassan Ariffin, Menteri Luar menghadap ke Bendahara Fazrul selepas pertemuan dengan Menteri Luar Turkiye.

Beberapa orang menteri kabinet berada di dalam pejabat Bendahara. Ahli Parlimen juga datang memenuhkan pejabat Bendahara, kecuali di bahagian tompok merah permaidani tersebut dibiarkan kosong.

"Kita sekarang dalam satu sistem baru. Negara kita sekarang bukan lagi multiple party macam dulu. Parti Nasionalis, Demokrat, Pertiwi, parti-parti negeri, semua dah tak wujud lagi. Yang ada hanya satu parti, Kongres Gelanggayu. Parti ni ketuanya, Seri Paduka Baginda Tuan Pengerusi Agung, dengan timbalannya, Tuan Muda Pengerusi. Dua jawatan teratas adalah jawatan yang tidak boleh dipertandingkan. Tetapi, jawatan nombor tiga ialah jawatan Bendahara. Jawatan aku ni," kata Fazrul sambil minum air kosong di mejanya.

"Memandangkan negara kita ni one party state, adakah negara kita ni dah bukan demokratik lagi?" tanya Amira Sulaiman, Menteri Pendidikan.

"Apa maksud demokratik? Apa maksud demokrasi? Sistem kerajaan rakyat. Menurut Tuanku, dia masih nak mengekalkan sistem pilihanraya, cumanya ia dilakukan secara pemilihan Kongres. Kalian semua perlu bertanding di peringkat bahagian kalian untuk mendapatkan jawatan Ketua Bahagian Kongres. Selepas menjadi ketua bahagian, automatik akan jadi Ahli Parlimen."

"Bagaimana dengan rakyat yang tak masuk ahli parti?" tanya Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, Shahira Kadir.

"Well, mereka yang tak join parti, mereka boleh untuk mengundi, tapi mengundi untuk calon Parti Kongres. Maknanya, kita gunakan konsep open primary macam di Amerika Syarikat, yang mana kita akan mengundi calon parti walaupun bukan ahli parti."

"Bolehkah orang bertanding di luar Parti Kongres Gelanggayu?" tanya seorang ahli parlimen.

"Tak boleh. Walaupun calon bebas. Kalau nak bertanding, masuk Parti Kongres Gelanggayu, kemudian bertanding dalam pemilihan parti. Semua jawatan dalam parti kecuali nombor satu dan nombor dua dipertandingkan."

"Boleh keluar parti jika tak bersetuju?"
"Siapa Presiden Parti Kongres Gelanggayu?"
"Seri Paduka Baginda Tuan Pengerusi Agung."
"Kau nak kena chop penderhaka dengan Baginda Tuanku?" tanya Fazrul.

Fazrul bangun dari kerusi.

"Okay, baiklah. Kalau tak ada apa lagi, majlis bersurai."

--

"Kita tak boleh keluar parti, tapi kita boleh lawan Fazrul dalam parti," kata Din Tapa, ahli parlimen Puncak Jaya dari Parti Nasionalis kepada Kecik.

"Kalau kita keluar parti, kita dianggap sebagai melawan Tuanku Pengerusi," kata Karim Abu, ahli parlimen Parti Pertiwi dari Sungai Balak.

"Bro Kecik, kena ingat yang kalau kita nak lawan Fazrul, kita tak boleh nak lawan secara direct. Tuanku Pengerusi dah bertitah, bumi Gelanggayu ni diharamkan berperang," kata Sufian Ahmad, ahli parlimen Parti Pertiwi Bukit Tinggi.

"Tapi macam mana kita nak lawan Fazrul?" tanya Kecik.

"Bang, kita cantas geng-geng dia dari Ahli Majlis, lawan dia masa pemilihan parti nanti," kata Din Tapa.

Kecik bangun dari kerusi, kemudiannya dia berfikir panjang.

"Kita tak boleh lawan cara politik. Lama kelamaan Tuanku Pengerusi akan tegur jugak," kata Kecik.

"Habis tu macam mana nak lawan dia, Bro Kecik?" tanya Din Tapa.

"Kena fikir jugak yang dorang pegang banyak jawatan dalam deep state. Orang Fazrul banyak bersarang kat Kota Warisan tu. Kita kena guna balik cara Bro Ali kuasai politik," kata Kecik.

"Macam mana?"
"Agama. Kita control masjid-masjid, surau-surau. Ni cara Bro Ali, kalau dulu berjaya, akan datang pun akan berjaya, Insya-Allah."

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

529K 33.3K 122
A girl named Drishti falls into the era of Mahabharata and everything in her life goes upside down. Read to find out about Drishti's adventures in t...
252K 40.3K 67
I Became A Virtuous Wife And Loving Mother In Another Cultivation World ##start from chapter 199 **I'm just translate this and I don't own anything**
127K 11.5K 34
Before giving herself over the the inevitable marriage mart that is the London Season, Lily Beresford is determined to make a clandestine foray out i...
Erica Par Sam

Roman Historique

2.9M 109K 60
They say her voice was once bewitching to all who heard it. She was like a siren luring sailors to their deaths on quiet nights... Those are just rum...