Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

๐’๐ฒ๐š๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐š๐ฌ | ๐€๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐Ÿ๐ข๐ณ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐ข๐ณ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ | ๐…๐ข๐ž๐ง๐š ๐€๐ซ๐ข๐ฌ๐ฒ๐š Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 48

256 19 0
By hanihisbiscus

TERSENGGUK-SENGGUK kepala rakan di sisi, melentok tenang bersebelahan bahunya. Syaf masih berteleku membiarkan, khusyuk memberi tumpuan pada isi penyampaian Tok Lais di hadapan. Mereka semua sama-sama berkumpul di beranda rumah yang luas, menunaikan solat secara berjemaah. Malahan, diselangi tazkirah pendek seusai melaksanakan kewajipan nan satu itu.

"Masa. Pernah dengar pepatah melayu mengatakan masa itu adalah emas?"

Angguk, mengiakan penyataan tersebut. Sedikit teruja timbul di dalam diri, merasa keliru apakah topik yang ingin dibincangkan sebenarnya.

Tok Lais ukir senyum segaris, menyambung bicaranya semula. "Dalam surah al-Asr ada menyebut, 'Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.' Di sini telah pun terbukti betapa masa tersangatlah penting dalam kehidupan kita."

Tekun, yang terjaga cuba fokus dan memasang telinga mendengar bait kata tersebut. Ada seberapa orang telah tumbang ke alam mimpi, ditepuk perlahan agar sedar dan membuka mata. Tidak elok ketiduran semasa majlis ilmu. Syaf juga tidak ketinggalan, mengejut kawan sebelah untuk bersama sertai biarpun terpaksa lawan hawa nafsu yang itu.

"Di sini tok nak tanya kamu semua, sepanjang kamu lalui kehidupan entah berapa tahun mengikut usia kamu, apakah nikmat kesihatan dan pelbagai kelebihan yang Allah beri digunakan dengan sebaiknya? Pernah tak kamu salah gunakan masa untuk sesuatu yang tiada manfaat, lebih banyak berhibur berbanding membuka al-Quran dan berdoa kepada Dia? Sudahkah kamu semua cuba gunakan masa yang ada beribadah pada-Nya dengan penuh keinsafan atau sekadar melepaskan batuk di tangga?"

Terhenyak. Usah dikatakan setiap air muka para perserta seperti ayam berak kapur. Gelisah apabila dihentak kenyataan, Syaf juga tidak terkecuali.

Tok Lais raup muka sekilas, melebarkan senyuman miliknya. Dia tidak mahu menekan emosi peserta, cuma peringatan bersama. "Masa yang dikurniakan pada kita semua, 24 jam sama setiap orang. Yang membezakan kita adalah cara pengurusan masa seharian. Sama ada gunakan ke arah kebaikan, membuka mulut saat perlu, menuntut tabah dengan ujian diberi atau ke arah sebaliknya? Masa itu ibarat bom jangka, tidak diketahu sesuatu yang bakal berlaku di hadapan. Kita bukan ahli nujum, mampu meramal masa depan. Sekadar melalui tanpa ketahui bilakah semua ini akan berakhir?"

Kepala menekur ke lantai. Insaf kala nasihat tersebut terus membedil atma, membuatkan celah rengkung sesak menyedut udara. Peti suara tersekat serta-merta, kering anak tekak untuk telan air liur rasanya.

"Kerana itulah, selagi ada masa inilah kita gunakan dengan berbakti kepada mereka. Yang tersayang, luangkan waktu sebelum tiada. Jangka hayat entah bila, memperbaiki diri dan taubat memohon ampun. Masa tak boleh diundur, penyesalan pula biasa akan hadir setelah ia pergi. Manusia, bukan maksum dan sentiasa cuba bertatih dalam menggapai reda-Nya sehingga akhir usia. Kita akan sentiasa lakukan kesalahan, tapi apa alternatif atau refleksi yang kita dapat daripada kesilapan itu?"

Syaf angguk-angguk memahami. Birai mata memanas. Kilauan ratna terasa berkumpul di lensa mata, gugur setitis dengan bawah bibir digigit resah. Umpama tembakan peluru mengena sasaran, kuat menghentam sanubari tanpa belas ihsan. Dia sudah hilang segalanya, semua yang dicintai di dunia kecuali dua wanita ini. Nek Su dan isterinya, Anan Nurfiza.

Apa khabar mereka di sana? Baru seminggu bergulir waktu, tapi mengapa terasa begitu lama pula? Tanpa khabar berita, dia sekat alat komunikasi dan media luar. Sulit hakikat tersebut, tapi dia gentar untuk terima sesiapa buat kala ini? Walaupun jujurnya perasaan rindu berbaur kasih membalut lena, dia tidak pasti wajarkah andai dia menagih semula cinta dunia dan Dia setelah melakukan semuanya?

Kopiah di atas jemala, dibuka perlahan. Seakan faham, semua para peserta kian kepenatan. Dia akhiri bicara, menutup takzirah malam dengan secoet nasihat dan salam.

"Bukan sekali taubat, esok buat lagi. Selamanya, saat masih menghirup nafas di muka bumi fana ini sama-sama berusaha mengejar cinta yang hakiki dan abadi. Cinta duniawi sekadar singgahan sementara, tetapi cinta Dia insya-Allah buat selamanya. Berdoalah, terima dengan lapang dada. Moga titik takdir yang dibawa kepada kita bertemu hari ini pun, atau akan datang juga, ada hikmahnya tanpa kita sedari mahupun tidak. Assalammualaikum..."

DINIHARI. Hanya ditemani sinaran rembulan, menongkah arus sungai tika ini beralun tenang berbanding biasa. Taburan gemintang di dada langit, indah bergemerlapan memukau mata. Serayu sepoi-sepoi bahasa turut mengelumuni segenap epidermis hingga ke tulang sulbi, Syaf memeluk tubuh sendiri. Dalam masa sama, helaian rambut jatuh ditiup menutup pandangan. Kelopak mata masih kuyu, jiwa disapa sentosa dan hatinya tenteram menikmati semuanya.

Seawal begini, hampir kesemua masih diulit kantuk berat. Mereka dikejutkan seawal tiga pagi, bertahajud dan bersiap di hujung jeti memisahkan dua kawasan. Tepat jam lima suku pagi, semua harus berada di kampung bersebelahan. Di situlah program mereka akan dimulakan.

Tugas Syaf adalah sebagai pembekal bahan binaan mentah, membantu sebagai wakil dari segi pembangunan infrastruktur syarikat ke sini. Dia akan mencatit dan melaporkan penambahbaikan yang perlu kepada pihak atasan. Hal ini demi memastikan penduduk sini dapat rasai pengalaman melakukan urusan dengan lebih selesa. Misalnya, pusat pendidikan seperti madrasah dan sekolah yang memerlukan kelengkapan lebih baik agar para pelajar dan guru mudah dalam melaksanakan jihad yang satu ini.

Setiap kumpulan peserta sampai ke dasar semberang melalui alur sungai, berbaris menanti arahan seterusnya di jeti. Kira-kira dua puluh lima minit perjalanan, mereka terpaksa bergilir-gilir menaiki bot enjin yang sememangnya terhad.

Aufa berdiri bersebelahan Fizi. Dia bersilang tangan, memerhati dan mengawasi pergerakan peserta agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Fizi pula sekadar senyum sumbing, ketat sangat muka kawan dia ni. Tidak mahu menggangu, Fizi mengambil tugasnya seperti biasa.

"Syukurlah, semua sudah ada di sini. Cuba cek rakan sebelah korang, mana tahu ada yang tertinggal dalam bot tak sedarkan diri. Mabuk sungai atau larut dalam kenangan memori lalu ke..." lelucon Fizi seraya mengernyit nakal. Ekor mata menjeling Aufa yang sudah mendengus geram, mengena. Nanti-nantilah dia korek rahsia.

Syaf pula sudah terkedu. Yang lain pula sekadar menyambut dengan hilaian tawa, memasang reaksi gembira. Tidak sabar untuk teruskan misi. Sudahnya, dia berdiam diri. Agak pedih ulu hati, menusuk terus ke kalbu. Benarkah dia lakukan ini?

Sekadar membuntuti yang lain mulai melangkah, Syaf menerawang jauh memikirkan sesuatu. Perjalanan yang riuh-redah dengan bualan pengenalan diri masing-masing, nampaknya baru hari ini mereka berkesempatan berkenalan.

"Kau pula, bro?" tegur lelaki sebaya dengannya. Syaf memalingkan muka, mengerjap teliti penampilan gerangan lelaki berkaca mata itu. Pinggir bibir larik senyum, manis. Syaf membalas kekok, janggal pula apabila orang hadapan turut memandang padanya. Seakan menanti.

"Aku?" soal Syaf, bingung sembari jari dihala pada diri sendiri. Inginkan kepastian sebelum lelaki kaca mata angguk sekali. Tidak dapat menahan segan, wajah Syaf berbera. Jauh sangat aku termenung, sampai terserlah kebodohan tak bertempat kat sini.

"Syaf. Syaf Inas." Ringkas, dia senyum tipis. Cuba menutup keadaan yang sepi dilanda malaikat lalu bekali, serta-merta terdiam sampaikan Fizi yang berceloteh di hadapan pun sudah tujukan pandangan kepadanya. Apa ni? Syaf rasa nak teriak, jangan tengok dia. Dalam diam, dia lebarkan senyum. Tipu, rasa nak carik bibir yang jelas tak ikhlas senyumannya.

Lelaki kaca mata melongo. Berdehem kecil sebelum hulurkan tangan. "Aku Aliff. Selamat berkenalan."

Dan-dan, Syaf menjabat tangan Aliff. Untuk itu, ambien kembali seperti biasa. Ibarat melupakan perkara aneh berlaku kerana sikap dan emosi yang terbawa-bawa menjalani seharian. Lelah.

KEHADIRAN mereka disambut baik oleh penduduk. Kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia lima hingga sepuluh tahun membuat barisan, khas seperti jalan mengiringi langkah tetamu. Di tangan, setiap daipada mereka memegang erat dan utuh sekuntum bunga yang berwarna-warni dan jenis.

"Selamat datang," laung mereka, seirama. Ada senyuman lebar menghiasi bibir mereka semua. Syaf terpegun, tak menjangka persiapan ringkas mereka.

Sontak, perjalanan diteruskan sehingga ke tapak surau. Baru suku siap binaan itu, sayangnya dihentikan kerana tidak cukup kewangan dan bekala sepatutnya. Disebabkan itulah dia hadir sini memberi pertolongan, atau lebih tepat mengelak daripada berhadapan dengan kebenaran.

Azan kedengaran, berpuput menyentuh halwa telinga. Serta-merta dada tegap yang gah dirajah sebu dan melankolik tangis kerinduan, menjadi longlai dan tidak bermaya. Syaf tidak hiraukan lain, benak dipenuhi mahu bersujud kepada Dia dan luahkan segala yang berbuku di pekung dada.

Ya Tuhan, sesulit inikah keputusan aku buat sehingga kini berbelah-bahagi dengan rencana sendiri yang dirancang bermati-matian? Sukar sebeginikah untuk tempuhi sedangkan aku yang memulakan? Bagaimana dia di sana jalani kehidupan sedangkan aku pula separuh nyawa kewalahan tanggung kaudu tak berkesudahan.

Syaf kerjap mata. Mengawal sinar kristal berkumpul di tubir mata, roman kelihatan penat dengan tubuh yang sedikit susut berbanding dahulu. Mungkin, dia anggap diri cukup gagah walhal dialah insan paling lemah. Masakan kuat menampung sedangkan dia sendiri tenggelam timbul.

"Allah, aku rindu..." bisiknya perlahan. Mencetus dari celahan bibir merekah, lahir dari sukma yang membisu lama.

PUTARAN waktu tidak pernah terhenti. Sama ada dikau mahu terus tenggelam dalam lautan ataupun usaha cuba walapun tipis peluang dan harapan. Kau timbul, mungkin akan ada bantuan bakal dihulur, tapi sayang kerana pada akhirnya dia sedar. Siapa dia melainkan hanya diri sendiri yang mampu diharapkan.

Anan koyak senyum tawar. Berjalan payah dengan dres labuh hitam, lengan sebelah memeluk erat buku merah jambu menuju masuk ke klinik kesihatan ibu dan anak. Semua dilakukan sendiri saat yang lain berdua-duaan bersama suami gembira untuk menimang cahaya mata mereka.

Cemburu. Gelodak wanita marak inginkan Syaf berada di sampingnya. Jujur, dia rindukan hangat sentuhan dan bauan maskulin suami yang damaikan sanubari. Denyutan nadi ditemani seseorang terasa dikasihi, sekian lama dia sendiri. Dan kini, dia harus lalui lagi.

"Abang Syaf..." bergetar halus Anan memanggil. Berharap dia juga turut merasa sama, ataupun dia tuli dan buta menilai bahawa Syaf bukan kisahkan dia pun hakikatnya. Kendatipun berpuluh-puluh mesej diberi, Syaf tidak membalas apatah lagi membacanya.

Sampai masa, Anan rasa dia bodoh. Bodoh seperti tunggul kayu harapkan setiap kali Syaf dalam talian, membaca walau sepintas lalu. Malangnya, tanda itu tak pernah berubah biru.

"Anan manusia bodoh dan gila tu kan?" gumam Anan, remuk dan hancur. Punggung dilabuhkan pada bahagian menunggu, dia kerdipkan mata menahan empangan bening yang berkolam penuh. Bukan sekarang Anan, bukan. Perit dada menghentam bertubi-tubi, Anan cuba bersikap santai walaupun separuh roh bergentayangan di atmosfera.

Mata Anan melilau kanan kiri. Pelukan buku dieratkan lagi bersama riak resah, gemelugut tubuh kerana gugup dan gementarnya bertambah teruk semenjak kepergian Syaf. Tak biasa tetapi dia kentalkan hati. Suasana bingit dengan tangisan bayi dan celoteh wanita kedengaran. Namun Anan sedar bahawa ada mereka yang memilih untuk kunci suara, tiada siapa di sisi. Mungkin, Anan bersangka baik ada beberapa kenalan lelaki bergelar suami kerja luar demi negara.

Seketika, pandangan Anan tertancap pada pasangan suami isteri berpegangan tangan dengan kanak-kanak lelaki usia lima tahun di sisi. Rezeki anak kedua mereka barangkali, bibir Anan kulum senyum tipis di luar kewarasannya. Setitis, butiran ratna menitis ke pipi. Dia tewas lagi.

Terlalu ralit meladeni jeladeri emosi, pawaka rindu hangat membara dalam atma. Pupista mekar subur kian bercambah, demi sang kecil dan suami yang entah di mana. Menyeksa diri, dia terima suratan walaupun hancur dengan angan-angan yang dikait tinggi. Untuk itu, terasa ada tendangan kecil sebagai tanda si comel kian aktif. Seakan memahami perasaannya, pinta agar dia tenang dan sabar.

"Ya, anak mama. Kesayangan Anan ni kuat kan? Jangan risau, mama ada untuk awak." Anan mengusap perutnya, memberi respon dengan riak nyaman. Perlahan-lahan, jerih menjunam pembuluh darah berkurangan. Bayi ini, penguat semangat dan ubat kerinduannya. Satu-satu anugerah Dia yang sangat dijaga dan dihargai setelah kehilangan semua mendamping diri.

Seperti biasa, gerak-geri Anan diperhati dari jauh. Penuh teliti lantas telefon pintar dikeluarkan. Mengambil kepingan gambar sebelum tersenyum puas hati. Selesai sudah kerjanya yang ini, dia mahu masuk ke pejabat semula. Tidak mahu bapa dia meradang lagi. Letih menghadap amarah orang tuanya nanti kerana sikap dia seperti biskut chipsmore yang menghilang suka-suki tanpa dapat dikesan.

"Aku ni duk jaga jodoh orang, bilalah jodoh aku pula nak sampai?" ngomel Ummar. Dia simpan telefon ke dalam poket kembali lalu membolos masuk ke tempat pemandu. Meninggalkan kawasan tersebut, menjuju ke tugas biasanya.

HARI berganti minggu. Minggu berganti bulan. Sudah lama bertapak menyertai program bantuan sehingga hampir keseluruhan binaan telah selesai dalam waktu yang ditetapkan. Sejujurnya, Syaf jarang mengambil tahu di sana. Kebiasaannya, dia akan keluar ke pusat bandar untuk menghantar maklumat terkini kepada pihak atasan. Dalam masa sama, setiap berita tentang kesayangan juga sekaligus akan diketahui dijaga oleh Ummar dan orang kepercayaannya dari jauh.

Kadangkala, dia tahu Ummar sengaja menghantar beberapa keping foto isterinya. Biarpun sekadar dari sisi, terubat lara bermukim di relung hati. Perkembangan Anan dan anak mereka yang semakin membesar. Bersusah-payah gadis awan seorang ini membonceng motorsikal kapcai dia ke hulu-hilir melakukan pemeriksaan kandungan dan kerja.

"Sayangku awan, my cloud 9." Jari mengelus lembut skrin telefon. Memberi tatapan rembut penuh kasih, renjana bertakhta di nurani semakin hebat dan lihai mengguris tangkai hati. Duhai kesayangan, pancaran netra bundar itu galak cinta pada zuriat mereka kasat mata terlihat pada Anan, bening mengalir lesu tanda kesyukuran.

"Kau bahagia tanpa aku? Sungguh, aku rindu kau. Apa kau pun sama di sana, awan?" Syaf menyoal sendirian. Terasa bodoh pula dia merana. Mengapa dia yang sengsara bermati-matian padahal Anan jauh lebih baik daripadanya.

Little did he know, she's tired to pretend.

Berpura-pura bahagia walaupun jiwa dilanda melankolis.

"Abang."

Syaf segera berpaling, bibir membentuk senyum tipis. Ada tangan kecil melelar hujung bajunya. Riak polos dipamer, menjentik rasa kasih pada dirinya. Entah bagaimana, dia secara rasmi menjadi tukang masak di sini. Membantu sama menyediakan hidangan buat para penduduk.

"Kenapa Qaisya? Awak nak tambah sup ataupun tom yam?" Syaf menanya dengan alis diangkat tinggi. Syaf membongkokkan postur tubuh sembari runduk, menatap mata bening gadis toncang dua, terkerdip perlahan padanya.

Setahu dia, semua kanak-kanak akan berkumpul di pondok berdekatan nun sana. Bermain dan menikmati makanan dengan girang. Ada juga yang sanggup membawa bahan belajar, mahu dibantu oleh orang dewasa sini.

"Bukan itu." Qaisya menafi. Dia geleng dengan mulut memuncung panjang. Syaf pula sudah meledakkan tawa renyah, lucu. Qaisya tidak puas hati lantas mendengus kecil. Pipi dikembungkan, geram apabila Syaf sudah tersenyum miring padanya. Abang Syaf nakal!

"Habistu, apa dia Qaisya sayang?" nada Syaf lunak, membujuk dengan usapan santun pada kranium gadis. Netra redup dengan emosi bercampur-baur, terus-menerus menjamah laman wajah Qaisya yang kian polos.

Qaisya terkebil-kebil, aksa merenung tunak anak mata Syaf. Lama, seakan meneliti sesuatu lantas pipinya bersemu darah. Dia tunduk ke bawah dengan kaki menguis tanah, perlahan. Tangan meramas gemas baju Syaf, enggan melepaskan. Dia kemam bibir sebelum suaranya sayup-sayup kedengaran.

"Mata abang, hitam pekat. Macam langit malam, tapi ada cahaya seperti bintang. Cantik," ujarnya dengan suara halus. Qaisya angkat jemala, berburam tubir sebelum menitis satu per satu pada kulit pipi mulusnya.

Syaf bungkam. Celah rengkung mengetat, lensa mata berkaca memandang sang kecil. Sentuhan berjeda, Syaf pejam mata seketika. Bibir didekatkan pada kepala gadis itu, mengerucup penuh kasih.

"Abang ada seseorang istimewa dalam hati kan?" tekanya bersahaja. Air mata Syaf mengguyur lesu, tidak bertindak memberi balasan. Dibuka pelan kelopak mata sebelum bayangan memori berlegar dalam benak buat kesekian kalinya.

"Mesti dia cantik kan, macam mata abang yang bersinar tiap kali ingatkan dia." Qaisya meneka lagi, kali ini tangan kecilnya mengambil telapak tangan besar Syaf.  Teksturnya kasar, diraih lembut dari kepalanya sebelum menggengam dengan daya yang ada. Syaf tersentak tetapi tetap kejur. Kaku dan statik.

Kedua-dua tangan Qaisya kini memegang tangan kanan Syaf. Dia elus kecil lalu bebola mata jatuh pada urat yang timbul di kekura itu. Lelaki sejati mesti macam ni, macam arwah abah dulu gigih demi anak-anaknya. Tanpa sedar, bibir kecilnya mencium lembut kekura Syaf bersama butiran air matanya gugur kerinduan.

Syaf seakan dijampi, terkedu berkali-kali tetapi masih pegun dalam posisi menghadap sang gadis. Qaisya panggung kepala, senyum senget apabila layar pandangan Syaf serupa disampuk orang. Magis anak kecil.

"Abang, jangan nangis. Kalau abang rindu, abang doakan dia. Tak salah nak bersedih, tapi sentiasa ingat yang dia tunggu abang di sana. Satu masa, bila abang dah bersedia, jumpalah dia. Kata kat dia, abang rindu, sayang dan cinta selagi dia masih ada. Tolong hargai dia, jangan sia-siakan dia."

Qaisya berikan renungan kudus, seakan menyelami isi hati Syaf. Refleks, mata bening Qaisya tumpah bertali-arus kala bertaut dengan tatapan mata lelaki besar di hadapannya. Macam mata arwah umi dahulu setiap kali berbicara tentang arwah abah.

Terpana. Syaf ibarat terpukul dengan bait aksara gadis bijak ini. Bibit-bibit rindu bercampur dengan ego, walhal boleh saja diselesaikan mudah. Namun, kudrat untuk berhadapan dengan isterinya masih belum ada biarpun sehama. Parah, dasar pengecut!

"Qaisya rindu umi dan abah, tapi mereka dah tak ada. Qaisya ada kenangan, tapi sampai usia empat tahun aje. Rugi kan, yang masih ada, tapi tak endahkan mereka. Dia tak tahu ke keluarga ni satu anugerah. Anugerah apabila Qaisya dipertemukan keluarga baru di Yayasan Ihsan, kawan-kawan, akak, abang dan bonda. Cuma, itu bukan bermakna Qaisya lupa umi abah, mereka tetap keluarga kandung Qaisya. Mereka dah tak ada tapi bukan penghalang buat Qaisya lupakan mereka sebab..."

Jeda. Terngap-ngap nafas Qaisya menuturkan kata, meluahkan hasrat hati tersimpan dalam di ceruk paling sempit tanpa diketahui sesiapa pun sebelum ini. Tapi entah bagaimana, dia rela bercerita kepada gerangan jejaka bernama Syaf. Abang Syaf yang mungkin akan pergi, tak akan kembali lagi ke sini. Biarlah, sekurang-kurangnya dia rasa lapang.

"...umi abah sentiasa ada dalam ni. Selamanya, cinta agung Qaisya selepas Dia dan Rasulullah dunia akhirat." Telapak tangan Syaf dibawa ke dadanya. Qaisya senyum manja, membiarkan air matanya menguncur. Raut ditayangkan comel, tidak mahu Syaf gusar. Mata Syaf membulat besar, terus ditarik tangan sendiri. Terkejut bukan kepalang.

Qaisya kernyih nakal, dia seka buliran cecair jernih di wajah. Syaf mencerun tajam padanya, Qaisya sekadar beriak polos, kepala dimiringkan. Dalam kebisuan, mentol idea wujud di fikirannya.

"Sudahlah abang, asyik berangan aje. Qaisya cakap dengan awak, bukan tembus sampai sana ke hati orang tu," usik Qaisya sebelum menekup mulut, tahan hibur. Kaki diundur beberapa tapak, bersedia untuk larikan diri. Sengaja kacau, reaksi Syaf tercengang menjadi santapan.

Sontak, Syaf berdiri lurus dengan gaya bercekak pinggang. Mempamerkan ekspresi garang, tetapi Qaisya pula persis kera sumbanng. Macam mak-mak lah dengan apron merah jambu polkadot putih. Sekonyong-konyong, dia berpaling lantas mengangkat kaki diiringi gelak tawa. Berlari anak dengan rambut toncang dipegang sama sendiri sebelum jeritan Syaf bergema kuat.

"Eh, budak bertuah ni kan!"

Continue Reading

You'll Also Like

493K 23.4K 57
Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalany...
218K 12.5K 57
โ†ณ *๐๐จ๐œ๐ญ๐จ๐ซ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐ฏ๐จ๐ฅ ๐Ÿ* เผ‰โ€งโ‚Šหšโœง Prinsip Puan Soraya hanyalah satu. Dia mahu melihat anak-anaknya bahagia tatkala mereka sudah berkahwi...
1.4M 53.5K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
121K 1.2K 15
Rania Ramanshah ร— Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharapkan lelaki semata mata. Dia kuat, tapi t...