13 Keajaiban, 13 Manusia

By Linlancun25

197 9 11

Ayla dan 12 rakannya hidup dalam keadaan harmoni dan normal. Mereka gembira bersama keluarga masing-masing, p... More

Pembuka
Kenali๐Ÿค—
Latih-latihan...?
Bukan Diundang
Gagal tapi Berjaya๐Ÿค”
Mana Jalan.๐Ÿง

MโŒš dan J๐Ÿ”—

34 1 2
By Linlancun25

____________

Sedutan chapter yang lalu : -

"Oh ya, sebelum kita bersurai, saya ada benda lagi nak bagi korang," kata Ayla. "Saya percaya benda ini akan membantu kita semua dalam mengawal kuasa masing-masing."

Senyuman lebar yang terukir di wajahnya bertukar sinis. Membuatkan rakan-rakannya saspens.

"Apa bendanya, tunjuklah!" Gesa Ghanee yang tidak sabar.

"Saya juga percaya, korang semua akan sukakannya," katanya, kali ini dengan senyuman penuh makna.

Sesuatu yang mereka tahu, bukanlah petanda yang baik. Selalunya lah.

_____________

Pak!

"Aduh! Apa ni, Leeya! Sakitlah!" Adu Ayla sambil menggosok kepalanya yang dihempuk Aleeya dengan buku novel yang entah bila ada dalam genggamannya.

Aleeya si pelaku menjelingnya. "Kau tak payah nak buat saspens sangat ya, Ayla. Nanti ada juga yang aku sumbat mulut tu dengan stokin!" katanya dengan rasa geram.

Mendengarkan itu, Ayla memuncungkan mulutnya. Baru nak buat saspens, dah kena marah. Sedihnya!

Maream yang tak ingin melayan karenah Ayla, menyampuk. "Apa benda yang awak nak tunjukkan tu? Cepatlah tunjuk," katanya.

Melihatkan rata-rata rakan-rakannya memang tidak sabar menunggu, Ayla mengalah. Dia meletakkan beg galasnya ke atas tanah padang yang berumput pendek itu dan membuka zip tengah.

"Benda yang saya nak bagi ni bukannya senjata korang pun. Ia lebih kepada alat-alat yang membantu kita dalam mengawal kuasa sendiri. Sebab walaupun nanti kita akan boleh kawal kuasa kita dengan lebih baik, kuasa-kuasa itu sendiri boleh tiba-tiba menjadi tak stabil dan tak terkawal. Jadi, inilah gunanya benda-benda yang saya nak bagi ni! Kejap ehh," terang Ayla.

Dia menyeluk bahagian dalam beg galasnya buat beberapa saat sebelum dia menarik keluar sebuah kotak kayu yang kelihatan unik. Kelihatan sebuah logo berbentuk harimau yang diukir di atas penutupnya dalam pandangan sisi, sedang duduk tegak sambil memandang lurus ke hadapan. Kesemua logo itu berwarna emas dan turqoise.

"Wau, besarnya kotak tu," kata Liliy dengan mulut yang dibulatkan. Rakan-rakannya yang lain juga ada yang menganga kecil melihatkan Ayla mengeluarkan kotak kayu tu yang berukuran hampir sepanjang satu lengannya.

Kuat betul.

"Hah!" Ayla meletakkan kotak besar itu ke atas tanah dengan helaan nafas yang kuat. Beratnya bukan main. "Okey, ni dia! Dalam kotak ni, ada alat-alat yang boleh tolong kita tu!" Katanya dengan senyuman.

"Besar betul. Padanlah awak bawa beg bukan galas kat bahu, tapi gendong atau seret je tadi," komen Asha. Ayla mengangguk dan menyengih. Bukannya dia mahu pun bawa kotak besar tu ke sekolah, tapi mak dah suruh kenalah buat.

Tihani medekati kotak besar itu dengan sepasang matanya melekat pada logo yang ada di atas penutupnya.

"Ni logo apa, Ayla?" Soalnya ingin tahu sambil membetulkan cermin matanya yang sedikit melorot jatuh ke hidungnya.

Ayla meletakkan satu tangan di dagunya sambil memandang logo itu dengan posisi yang sedikit menunduk ke arah kotak itu.

"Hmm... Oh, saya dah ingat! Mak saya kata, ini ialah logo Planet Asadan. Planet asal untuk kuasa saya, penyembuhan," terang Ayla sambil terangguk-angguk.

Kesemua rakan-rakannya mengangguk dengan mulut yang dibulatkan.

"Planet tu jauh ke dari bumi?" Soal Ghanee. Itu membuatkan Ayla menggaru kepalanya.

"Err, saya tak tahulah, Ghanee. Saya tak pernah lagi pergi sana," balasnya membuatkan Ghanee sedar dan menyengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kawan-kawan lelakinya pula mengusiknya. Buat malu je.

Tihani dan Ayla tertawa kecil melihatkannya manakala yang lain hanya menggeleng kepala. Ada-ada je.

"Okeylah, apa kata awak buka kotak tu, Ayla? Kitaorang nak tahu apa yang boleh bantu kita sangat tu," kata Husna dan diangguki Ayla.

Ayla mencangkung di hadapan kotak itu. Dengan sebelah tangan, dia menolak selak yang ada di penutup kotak ke atas supaya ia terbuka.

Entah kenapa, dia berdebar-debar pula. Padahal dia dah tahu apa isinya. ;-)

Dengan sekali tolak, penutup kotak itu terbuka luas dan terlihat jelaslah isi kotak besar itu.

Jika bahagian luarnya kelihatan antik dan unik, maka bahagian dalamnya kelihatan lebih unik dan berharga.

Apatah lagi benda-benda yang ada di dalamnya.

Ia tak berat, tapi diperbuat daripada besi. Ia tidak disalut emas, tetapi selalu sahaja dijumpai di kedai dengan harga yang mahal.

"Ha, apakah ia?" Soal Ayla tiba-tiba.

Buat seketika, suasana menjadi hening. Kesemua 12 pasang mata tertumpu kepada gadis bernama Ayla itu.

Ayla yang hairan dengan keheningan melanda tiba-tiba itu memandang mereka semua. Terdapat riak datar di wajah masing-masing, dan ia terarah kepadanya.

Eh?

"Kenapa korang pandang aku macam tu? Ada benda kat muka aku eh?" Soalnya, lambat tangkap.

Hampir serentak, kawan-kawan sekelasnya menepuk dahi masing-masing.

Dasar Ayla Arlina.

"Sudahlah, Ayla. Lebih baik awak terangkan apa kegunaan jam-jam ni sebelum saya yang luku kepala awak," kata Asha yang membuatkan Ayla laju mengangguk.

Masih dalam keadaan mencangkung, Ayla memanjangkan tangannya untuk mengambil jam yang terletak paling kanan dalam barisan pertama. Warnanya sama dengan warna cahaya yang keluar dari tangannya tadi, semasa merawat luka lecur di tangan Liliy.

"Okey, seperti yang korang lihat, ini ialah jam," katanya setelah memakaikannya di lengan kanannya. Dia membelek-belek jam itu sebelum memandang kawan-kawannya.

"Jam ini," Ayla mengangkat tangannya untuk menunjukkan jam itu. "Ia mungkin kelihatan biasa dan senang dijumpai. Tetapi," tangannya yang kosong dibawa naik untuk memusingkan pemutar kecil di sisi kanan jam itu.

Satu. Dua. Tiga. Setelah tiga kali putaran, jam itu berbunyi 'Tik!' sebelum kedua-dua jarumnya berputar laju.

Ayla yang melihatnya tersenyum, sementara rakan-rakannya terpinga.

"...ia juga boleh membantu kita dalam keadaan yang memerlukan. Dengan cara ini!"

Setelah mengatakan itu, kelibat Ayla yang tadinya betul-betul di hadapan mereka semua lesap. Seolah-olah dia dipadam dari situ.

Buat seketika, separuh dari mereka panik. Hanya Maream, Aleeya, Tihani, Mukhsin, Fahim dan Liliy sahaja yang tidak. Mereka memilih untuk merenung tempat yang Ayla berdiri tadi.

Sehinggalah, mereka perasan satu perkara. Rumput yang dipijak Ayla tadi, kelihatan masih seperti dipijak walaupun tiada yang kelihatan berdiri di situ.

"Ayla? Awak ada kat sini lagi, kan?" Soal Fahim. Serta-merta, kedengaran bunyi ketawa kecil dari tempat yang tadinya Ayla kelihatan berdiri.

"Maksudnya, kau jadi halimunan?" Soal Mukhsin dengan dahi yang berkerut. Suara ketawa itu menjadi semakin kuat sebelum kelibat Ayla kembali muncul. Senyuman lebar di wajahnya.

"Wah, pandailah korang ni! Macam mana tahu saya ada lagi kat sini?" Soalnya dengan teruja. Aleeya dan Tihani yang melihatnya tertawa kecil manakala Maream tersenyum.

"Tak susah, kitaorang perasan tempat kau berdiri, lebih tepat lagi rimbunan rumput yang kau berdiri atasnya masih lagi kelihatan seperti dipijak. Bermakna kau masih ada di situ, cumanya tak dapat dilihat dengan mata kasar," terang Tihani lancar dan diangguki mereka yang sudah tahu dari awal.

"Wah, tajam pemerhatian korang!" Puji Rayna manakala Husna dan Asha hanya menepuk perlahan kedua tangan mereka.

Ayla yang tadinya diam mendengar turut mengangguk laju, mengiyakan.

"Selain daripada boleh jadi halimunan, jam ini pun mampu untuk memindahkan kita ke tempat lain yang jauh atau dekat," terang Ayla.

"Teleport," sampuk Liliy, Ayla mengangguk ke arahnya.

"Selain dari dua itu, jam ini berguna dalam keadaan-keadaan yang memerlukan. Kalau nak pergi lebih dalam, kita buat hari lain," kata Ayla sebelum mencangkung di hadapan begnya semula untuk mengambil sesuatu.

Tetapi, dia menghentikan pergerakannya dan memandang setiap satu rakan-rakannya. "Oh, korang boleh ambil jam ni seorang satu. Ikutlah kata hati korang," katanya sebelum kembali memasukkan kedua lengannya ke dalam beg galasnya.

Mereka berdua belas bertukar pandangan. Kenapa pelik je ayat Ayla tu?

Tidak ingin berfikir keras, mereka bergerak ke arah kotak itu untuk mengambil jam yang ada. Didahului lelaki dan diakhiri perempuan.

Ketika Maream, menjadi yang terakhir mengambil jamnya, berwarna putih dan peach cream, dia dikejutkan dengan bunyi Ayla yang menhentakkan sebuah kotak yang sama panjang dengan kotak jam di hadapannya. Hanya berbeza warna.

Maream terkebil-kebil memandangnya. Ayla yang perasan setelah mengelap peluh di dahinya, mengukir sengih.

"Sorry, Mar. Kotak ni berat sangat," katanya. Maream hanya mengangguk faham.

"Okey, korang semua dah ambil jam masing-masing?" Soalnya sambil meliarkan pandangannya ke sekeliling.

Hampir serentak, mereka mengangguk. Ayla mengukir senyum melihatkannya.

"Bagus," katanya sambil sebelah tangan bergerak membuka kunci yang ada di penutup kotak kayu itu menggunakan sejenis kunci berbentuk silinder. "Kali ini, barang-barang yang saya nak bagi ini ialah barang yang benar-benar boleh membantu kita semua."

Kata-katanya membuatkan mereka semua ingin tahu dan tertarik. Dengab sabar dan sedikit rasa berdebar mereka menanti Ayla membuka peti kayu itu.

PAP!

Saat penutup peti kayu itu ditolak Ayla sehingga mengetuk tanah, mendedahkan isinya, kesemua dua belas mereka ternganga.

"Ha, amacam? Cantik, kan?" Soal Ayla dengan senyum sinisnya. Suka melihat kawan-kawannya terkagum.

Manakan tidak, apa yang ada di dalam peti kayu yang kelihatan lama itu ialah beberapa utas rantai yang buahnya ialah sejenis patung yang seperyi diukir dari kristal sebenar. Setiap satu berbentuk lain, dan cantik. Sangat cantik dang berkilau.

Manakala di bahagian atas tempat rantai-rantai itu berada, terdapat beberapa bentuk cincin yang tersusun rapi dan tersemat cantik di dalam kusyen berwarna merah. Namun, hiasan atasnya bukanlah sebutir berlian, tetapi batu yang berlainan warna dan di dalamnya seolah-olah ada ukiran. Yang pastinya, ia cantik dan memukau mata.

"Wah, seriuslah awak nak bagi kitaorang ni?" Soal Husna yang sudahpun mencapai salah satu rantai yang ada. Dia merenung buah rantai yang berbentuk kiub dan berwarna coklat cair itu dengan teruja dan kagum.

Sungguh indah. Kiub kristal itu seperti ada kilauan tersendiri di dalamnya.

"Haah, Ayla. Rantai dan cincin ni semua nampak terlalu berharga," kata Tihani. Dia juga telah mengambil rantai yang buahnya berbentuk kepingan salju, tetapi hanya separuh. Manakala separuh lagi kelihatan seperti separuh bulatan yang berceracak di sekelilingnya. Ia berwarna putih dan biru cair. Nampak pelik tapi cantik.

Lalu, setiap dari mereka mengambil satu barang kemas itu. Rantai untuk perempuan manakala yang lelaki mengambil cincin.

Mereka melihat barang kemas di tangan masing-masing dengan rasa kagum yang sejak tadi tidak luput.

Ayla yang melihatnya tertawa kecil. Lagi sekali, dia suka melihat wajah kagum kawan-kawannya.

"Iya, benda tu dari sekarang menjadi milik korang! Pakai dan jaga elok-elok! Benda ini ada satu je dalam dunia ni, atau mungkin planet ni," kata Ayla dengan sengihan apabila memikirkan yang barang-barang kemas itu tidak dibuat di planet Bumi ini. Tapi ia tetap mahal, bak kata ibunya.

"Tapi," suara Asha yang kedengaran serius membuatkan semua mata memandang ke arahnya. Meluputkan rasa kagum mereka buat sementara.

"Macam mana barang kemas macam ni boleh bantu kita dalam mengawal kuasa yang kita ada?" Soalnya dengan dahi yang berkerut. Anak matanya memandang Ayla, meminta jawapan dari kawannya itu.

Mendengarkannya, senyuman Ayla mengembang. Senyuman penuh makna.

Malah, kelihatan seperti ada kilauan dalam kedua anak matanya. "Soalan yang bagus, Ash!" Ucapnya dengan keterujaan yang jelas dalam nadanya.

"Begini," Ayla memulakan penerangannya sambil mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Seutas rantai, buah kristalnya berbentuk bulatan yang ringkas dan berwarna turqoise.

"Rantai ni ada buah yang nampak macam diperbuat daripada kristal, bukan?" Soalnya dan dibalas dengan anggukan kesemua rakannya. "Ha, itu sebab buah rantai ni memang betul-betul diperbuat daripada kristal asli yang semestinya bukan berasal dari planet kita ni."

"Kalau ya pun, apa yang kristal-kristal ni boleh lakukan untuk membantu kita mengawal kuasa kita semua?" Soal Aleeya, dalam masa yang sama menyampuk penerangan Ayla.

Mendengarkan itu, Ayla mengukir senyum. "Ya, saya faham. Sebab tu lah awak kena bagi saya selesai jelaskan dulu." Aleeya hanya mengangguk faham sebagai balasan.

"Berbalik kepada tadi, selain daripada rantai-rantai ini semua, cincin-cincin yang Baniin* pakai pun bertatah berlian bukan batu. Ia cuma kelihatan seperti batu memandangkan jenis kristal di planet-planet lain dengan kristal di planet kita," sambung Ayla.

"Namun, bukan kristal ini semua yang mampu untuk membantu kita dalam mengawal kuasa kita. Sebaliknya, apa yang diletakkan di dalamnya."

"Apa itu?" Soal Rayna, ingin tahu.

Ayla mengukir senyum, tangan yang memegang rantainya diangkat dan ditunjukkannya ke arah mereka semua.

"Kuasa kita sendiri," seolah-seolah mengerti, buah kristal di rantai Ayla bersinar cantik. Warnanya sama dengan kuasa yang dia gunakan tadi, untuk menyembuhkan sedikit kelecuran di tangan Liliy. Cantik.

Mereka yang melihat terdiam dengan rasa kagum.

"Oleh itu, apabila setiap kali kita menggunakan kuasa kita melebihi yang sepatutnya, ataupun kita tiba-tiba hilang kawalan, kuasa di dalam kristal-kristal ini akan keluar dan menghalang kita. Ia memang kuasa yang sama, tetapi ia diberi tujuan yang berbeza," terang Ayla.

Selepas itu, suasana menjadi hening seketika. Mungkin kerana jumlah informasi yang diberi, mereka mengambil masa untuk memprosesnya dan menghadamnya betul-betul.

Sehinggalah Husna bersuara, memecahkan keheningan yang ada. "Selain itu... Ada apa-apa ke lagi yang rantai dan cincin ni semua boleh buat?".

Ayla membalasnya hampir serta-merta, menganggukkan kepalanya laju.

"Ada! Rantai dan cincin ni semua boleh bertukar menjadi pelindung, senjata dan juga alat simpanan," katanya sebelum riak wajahnya bertukar seperti baru ingat sesuatu. "Oh, ya! Jam kita ni pun boleh digunakan untuk alat komunikasi, macam telefon tapi lebih canggih, boleh tembak laser juga dan boleh hasilkan sejenis alat pengesan kecil. Hebat, kan!" Sambungnya dengan keterujaan jelas di wajahnya.

"Wah, canggih gila!" Komen Liliy dengan wajah kagum sambil dia meneliti aplikasi-aplikasi yang ada di dalam jamnya. Skrinnya boleh sentuh, bukan main lagi.

"Haah, rantai ni pun cantik!" Kata Maream, bersetuju dengan kawannya itu.

"Uiyoo, aku rasa macam ejen-ejen dalam cerita filem tu lah! Tak sabar nak guna benda ni!" Kata Ghanee yang sememangnya yang paling teruja antara mereka tiga belas orang.

Mereka yang lain juga tiada bezanya, menzahirkan perasaan kagum masing-masing akan kecanggihan jam di tangan dan kecantikan serta perincian rantai dan cincin mereka.

Ayla yang melihat, tertawa sendiri. Dia suka melihat rakan-rakannya kagum dan teruja. Lagipun, reaksinya dulu juga tidak kurangnya seperti mereka semua sekarang.

"Jadi, itu je kan yang kau nak bagitahu kitaorang?" Soal Mukhsin, mengalihkan perhatian Ayla kepadanya.

Itu membuatkan Ayla tersedar yang mereka semua sudah menghabiskan masa yang lama di situ. Sampaikan sinar mentari yang tadinya terik menjadi redup.

Ah, masanya untuk pulang.

"Haah, itu je. Jadi, semua!" Ayla menepuk tangannya kuat, mengambil semua perhatian rakannya yang lain. "Perjumpaan kita semua sampai di sini sahaja! Sekarang, bolehlah semua bersurai! Jam dan barang kemas tu jaga elok-elok! Ia tiada ganti tau!."

Dengan itu, mereka semua pun bersurai. Tetapi mestilah, perjumpaan seperti ini akan terjadi lagi di masa hadapan.

Selagi mana mereka masih belum menguasai kuasa masing-masing, selagi itulah mereka akan terus berkumpul dan berlatih bersama.

Ayla pulang dengan menaiki kereta ibunya, melambaikan tangannya ke arah beberapa kawannya melalui tingkap. Mereka yang masih sedang menunggu ibu bapa masing-masing untuk diambil dan dibawa pulang.

Sebaik sahaja kelibat mereka hilang dari pandangan, Ayla menyandarkan tubuhnya ke kusyen kerusi kereta yang boleh tahan lembut.

Seiring dengan perjalanan mereka, kedua kelopak mata Ayla perlahan-lahan tertutup. Dengan kepala yang berat, dia biarkan mindanya hanyut ke alam mimpi.

Dia tidur dengan tenang. Tapi dalam masa yang sama, gagal untuk menyedari sepasang mata yang sejak dari awal hari setia mengekori dan memerhatikannya.

"Hah, nampaknya mereka dah ambil tindakan. Bermakna aku perlu beritahu "dia". Cis, budak-budak hingusan tak guna!"

---------Bersambung------

Maklumat diri, 4;

Nama: Husna Zinnirah Binti Ayman
Umur: 11 tahun
Lahir: 19 Jun 2007
Tinggi: 155cm
Berat: 40kg
Darah: B
Nama panggilan: Husna, Ira
Anak: Pertama dari dua adik-beradik
Kuasa: Tanah(Earth)
Warna kuasa: Coklat cair/perang
Kemahiran: Pantas, lincah, pandai berlakon, atletik, lawak
Senjata: 'Sekali lagi, rahsia...'
Ayat bila teruja: "Uish, jomlah try! Jomlah, jomlah, jomlah! Jommm!!".

----------⛰️⛰️----------

*Baniin: panggilan untuk budak lelaki.

Muahahahahahhaha! Habis juga!! Setelah berhari-hari bersusah pa–! PAK!

OKEYLAH BYE, SAYA DAH MENGARUT NI! JUMPA DI CHAPTER SETERUSNYA, INSYA ALLAH! BYE-BYE!!😃😃

And sorry sebab tak ada gambar untuk rantai dan cincin tu semua. Kalau ada kesalahan bahasa pun, komenlah saya tak kisah.😁

As always;


Enjoy!😀

Continue Reading

You'll Also Like

13.7K 82 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
1.5K 14 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
7.6K 45 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia