The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

lansi (part 2)

2.1K 292 75
By akuorgbiasa

Sambungan.kalau tak best, maafin..haha..

Kita sekeluarga demam...start dengan anak-anak. Start pagi ni kita n husband pun dah mula tak sedap badan... huhu..

Mohon didoakan...

And jaga diri semua. Musim penyakit bertebaran...huhu.

************

Teja buka kelopak mata apabila terdengar namanya disebut.

Saat itu dia lihat wajah mak di hadapan mata.

"Mak..." Dia tenyeh mata.

"Bila mak sampai?"

"Baru je."

"Dengan siapa?"

"Jebat lah. Siapa lagi. Kak, macam mana boleh jadi macam ni, kak? Ya rabbi, sampai kena tendang anak aku..."

Teja berdecit perlahan. Dia jeling Tariq yang bersandar di dinding memandang.

Dia ni kan! Sengaja je tau! Kan dah cakap tak payah bagitau mak.. hishh...

"Tak ada apa, mak. Jangan risau. Sikit je."

"Sikit apa? Kena sepak dengan kudrat orang lelaki, ingat sikit? Mujur tak patah riuk. Yang kakak pun berani tak bertempat dah kenapa?"

Teja sengih. "Mak, orang cakap sikit je. Bukan hina-hina dia pun. Orang memang bersalah, gitulah dia. Dia takut kantoi rahsia dia dera budak tu, tu yang emosi." Teja cuba mempertahankan diri.

"Nasib baik tak apa-apa. Luruh jantung mak ni dengar tahu. Mak tinggal sini dulu temankan kau beberapa hari ni sampai demam kebah. Sambil-sambil mak boleh tengokkan Alisya."

Teja lantas memegang tangan ibunya. "Terima kasih, mak. Sorry buat mak susah hati."

"Sorry, sorry. Tapi tu lah kerja kau orang. Ei, budak-budak ni!" Bebel Mak Biah.

Teja hanya sengih.

"Ni mak ada bawa kelapa muda ni. Elok minum sejukkan badan. Mak hidangkan kejap."

Mak Biah berlalu pergi.

Teja alihkan kepala memandang suaminya dengan pandangan tajam.

"Ingat wa gentar la pandang camtu?" Soal Tariq selamba dan menghenyak punggung di sisi Teja.

Teja berdecit. "Ami ni saje tau! Kan dah cakap tak payah bagitau mak."

"Memang saje. Nak tengok budak degil ni kena bebel dengan mak."

Teja berdecit lagi.

"Macam mana rasa badan? Better?"

Teja alihkan badan sambil mengaduh.

"Better..." jawabnya.

"Liar... Aduh duh duh, tu apa?"

"Tu saje je. Penambah rencah," sendanya.

Sejak semalam, Tariq kelihatan lain benar. Raut wajahnya tak semanis biasa.

Kelihatan bengis, tajam, garang.

Teja bimbang melihat raut wajah itu. Itu petanda tak baik. Sisi kasar dan ganas seorang Edison Ng @ Muhammad Tariq sudah terjagakah? Sky mulai muncul?

Namun sejak semua insiden ini berlaku semalam, dia tak daya nak bersembang dengan Tariq. Demam terlalu tinggi, badan terasa terlalu lemah. Jadi dia tidur sepanjang hari.

"Sayang...." panggil Teja manja.

Tariq sengih sedikit. "Dia ada la tu. Tiba-tiba bersayang-sayang pulak..."

Teja turut sengih. "Saya minta maaf buat Ami risau."

Tariq pandang wajah Teja lama. Mengeluh dan menunduk.

"I'm mad." Akuinya.

"I know. I'm sorry..."

"Bukan pada awak. Pada lanc... err... pada dia tu..." Tak jadi dia teruskan memanggil lelaki yang bertanggungjawab mencederakan dan menakutkan Teja itu dengan kata carutan.

"Tahu jugak. Tapi saya tetap nak mintak maaf. Jangan marah..."

"Dia naik kaki dekat awak, sayang! Macam mana saya tak marah..." balas Tariq dengan suara tertahan. Penumbuk digenggam erat, hingga naik urat biru.

Teja diam. Dia usap lengan Tariq perlahan.

"Sabar, sayang. Benda nak jadi..." pujuk Teja.

Tariq geleng kepala. "Ikut hati saya, memang saya cari dan saya bunuh celaka tu... Berani dia sentuh isteri aku. Sial!"

"Jangan, ami.. Jangan.... Please, jangan... Saya dan Lisya perlukan awak..." Cepat Teja memeluk lengan itu.

"Salah saya sebab berani sangat. I should have known my limit. Lepas ni saya janji tak buat ikut suka hati saya. Saya akan lebih hati-hati. Saya janji. Ami janji jangan buat bukan-bukan jugak, okey? Janji?"

Tariq diam.

"Ami...?"

"Kak..., ni air kelapa. Minum. Mak campur air zam zam sikit." Suara Mak Biah memecah hening.

Terpaksa Teja lepaskan pelukan. Tariq juga terus berdiri menjauhi.

"Eh, sempat bercinta pulak dua ekor ni."

Tariq tertawa. Teja masih serius memandang suaminya.

Tariq enggan berjanji. Aminya enggan mengucap dia janji dia takkan lakukan apa-apa.

Dan Tariq sering kata "Saya takkan janji benda yang saya tak mampu tunaikan..."

Maknanya....

Ya Allah, semoga polis jumpa beruang lebih dulu...

****************

"Okey. Wa ada info, wa kasi tau lu.."

Telefon dijauhkan daripada telinga dan dicampak ke atas meja. Meja taiko Phoenix. Rambo.

Dia tarik nafas panjang.

"Alex! Long! Masuk!" Jeritnya.

Dua orang ahli Phoenix itu masuk ke dalam biliknya.

"Ada kerja. Tapi ini kerja side."

Dua orang itu mengangguk.

"Cari kereta ni..." Helaian kertas yang bertulis jenis kereta dan no plat itu dicampak ke hadapan.

"Kalau jumpa?"

"Kasi tau wa lokasi."

Long berkerut kening. "Tak payah buat apa-apa?"

Rambo senyum. "Itu lauk orang lain. Kita kasi hidang saje ma..."

Kedua-dua orang itu mengangguk. "Roger that, boss!" Dan keduanya berlalu keluar.

Rambo sengih. Geleng kepala.

Apa lu bikin, mamat? Cari mati ka?

**************

Wajah diraup dengan tapak tangan usai dia berdoa. Dia lantas bangkit.

Masjid sunyi sepi. Tiada lagi manusia. Dah tengah malam. Mana ada manusia lagi.

Dan dia masih di luar. Tak kembali ke sarang. Kerana dia ada urusan yang perlu dia selesaikan malam ini.

Telefon di dalam poket bergegar lagi. Tak perlu dia periksa, dia tahu siapa pemanggilnya. Isterinya. Teja Amani.

Bukan dia tak tahu, dia tak mampu menipu kesayangannya itu dengan mengatakan dia ada kerja yang perlu diselesaikan di pejabat.

Isterinya itu tahu.

Nafas ditarik panjang. Selagi perkara ini tak diselesaikan, selagi itu dia tak puas hati. Sudahlah tu, maklumat terakhir daripada balai, lelaki itu masih belum berjaya ditahan polis.

Semakin gusar hatinya, andai kata Teja diganggu lagi.

"Ed..." Langkahnya terhenti tatkala namanya diseru.

Laju dia berpaling. Berkerut dahi melihat Dani tenang berdiri di situ.

"How..."

Dani senyum. "Hey, jangan pandang rendah pada old man. I still have some fangs you know."

Ed sengih dan menunduk.

"Let me guess. Teja?"

Dani angguk. "She's worried to death..."

"Don't try to stop me, uncle. That asshole needs to be taught a lesson."

Dani senyum. "I agree. I'll join you."

Kali ini Ed sengih sinis. "You think I can't handle that guy?" Jujur, dirinya tercabar apabila lelaki berpangkat pak cik ini mahu turut serta dia bersemuka dengan si bedebah itu seperti dia tak mampu selesaikan masalahnya sendiri.

Dani tarik nafas panjang. Geleng.

"I know you are more than capable of handling him on your own, Ed. Itu yang buat uncle bimbang."

Ed menunduk.

"Kalau uncle jadi you, I will do the same too. No one mess with my family. But you need to know your limit, son. You bukan Sky lagi.
," pujuk Dani.

Ed angkat wajah memandang Dani.

"Let me join. I promise, I won't interfere if not necessary."

Ed angguk. "Jom. I have the location."

Dua lelaki itu bergerak dalam kegelapan malam.

Dua naga yang telah dikejutkan daripada tidur yang lama...

***************

Kedua-dua kepala memandang satu premis di bangunan rumah kedai di Brickfields itu.

Tariq sudahkan menggulung kain kasa ke buku limanya erat-erat.

"Ready?" Tanya Dani.

Tariq senyum senget. Terus dibuka pintu kereta yang diparkir 50 meter daripada lokasi.

Hoodie dan pelitup wajah dikenakan.

Pintu besi yang menutup premis itu digegar kuat.

Tak lama, pintu terbuka sedikit.

"Wa cari Badang," ujarnya.

"Ada apa cari Badang?"

Sekali lagi dia lorek senyum sinis.

"Kasi tau Badang, wa datang nak belasah dia." Selamba sahaja Tariq menjawab.

Pintu tertutup semula. Tariq dan Dani berundur beberapa tapak ke belakang.

Beberapa ketika, pintu itu terbuka luas dan pagar besi dingangakan.

"Siapa dowh, datang tempat orang tak bagi salam, nak belasah-belasah orang..." ujar salah seorang daripada tiga orang lelaki. Paling tinggi. Paling besar.

"Walah wehh.. Ini lah Badang. Manyak femes ah lu ini hari. Cari dua tiga budak gemuk jadi geng, terus claim taiko la buat lansi!"

"Kau nak apa, budak? Aku tak ada masa nak layan budak-budak berhingus ajak main tumbuk-tumbuk. Kang menangis, jenuh nak pujuk..."

"Muka buruk. Perangai pun buruk. Mulut lagi longkang! Lu pahal buat kecoh dekat hospital? Pukul budak kecik, pukul perempuan. Ada telur, tak ada, brader?"

"Eh, dia ni, meminta!" Badang maju ke hadapan.

Tariq senyum.

"Sini... Tak payah cerita banyak. Wa memang datang nak bagi lu rasa cium tar ini hari. Assalamulaikum. Masuk!" Cabarnya.

Badang meluru dengan penumbuk. Mudah sahaja ditepis lawannya dan dibalas penumbuk ke perutnya.

Terundur Badang sambil terbatuk-batuk senak.

"Tengok apa? Belasah dua ekor tu!" Jeritnya pada kawan-kawannya.

Maka tiga lagi rakannya mampir. Ternyata, hanyalah samseng jalanan yang tak punya skill mempertahankan diri. Hanya menumbuk dan menendang semberono.

Langsung tak setanding kedua-dua lelaki yang hadir mencabar.

Badang telan air liur melihat kawan-kawannya dah mengaduh sana dan sini.

Dia berundur cuba untuk lari.

Namun pantas ditangkap Tariq. Badang cuba melepaskan tumbukan dan penendang, satu pun tak mengena.

Buk!! Tulang pipi kirinya menerima habuan.

Buk!! Sekali lagi, di sebelah kanan pula.

"Badan besar, tapi pengecut. Sini, kalau lu berani. Pukul wa sini. Tendang wa sini. Lu belasah budak kecik, apahal!!!" Tengking Tariq.

Badang angkat kaki cuba menyepak, ditahan Tariq dan terus dia hentakkan sikunya ke peha itu.

"Arghhhhhh!!!!!" Menjerit lelaki berbadan besar itu terus terduduk.

"Sakit? Ha, tau sakit? Nak menangis?? Masa lu belasah budak, lu naik kaki lu dekat perempuan, rasa kuat?"

Tariq lepaskan tendangan pada peha yang sama.

"Arghhhhh...... Sakit, bodoh!!!" Teriak Badang lagi.

"Dalam banyak-banyak spesis manusia, wa paling pantang spesis macam lu ah, b**i! Yang belasah perempuan and budak kecik. Pengecut! Dayus!" Sekali lagi tubuh besar itu diterajang sekuat hati.

Badang dah tersungkur ke tar. Terbatuk-batuk mengeluarkan lendir.

Tariq pijak tengkuk lelaki itu dan menekan ke tanah. Membiarkan kulit muka si dia bergeser dengan tar yang kasar. Dia menunduk sedikit, membiarkan beratnya tertumpu pada lututnya.

"Lu kacau salah orang, brader. Lu usik sarang ular bisa..." ujarnya dengan suara rendahnya.

Rambut Badang ditarik membuatkan kepalanya terdongak. Dia keluarkan pisau  kerambitnya dan diletakkan di leher itu. Sengaja dia melalukan pisau tajam itu membuat luka halus.

"Oi, oi! Jangan! Jangan! Aku mintak maaf. Aku tak buat lagi. Jangan bunuh aku... Tolong..."

"Son! Sudah tu..." Pantas Dani menghentikan sambil menepuk bahu Tariq perlahan.

Tariq berhenti takat itu. Dia alihkan kerambitnya dan hempaskan semula kepala Badang ke tar.

"Dengar sini baik-baik. Lepas ni, pergi cari telur lu dua bijik yang hilang tu. Jangan pukul budak kecik. Jangan pukul perempuan. Serah diri pada polis. Percaya cakap wa, lu lebih selamat dalam lokap sekarang daripada duduk luar."

"Lu cuba buat onar dekat hospital lagi, berani ugut-ugut mana-mana staff hospital lagi, lu tau nasib lu. Hari ni consider wa baik hati. Lain kali, wa kerjakan lu, sampai lu kena minum pakai straw seumur hidup!"

"Faham??"

Badang mengangguk laju. Air mata mengalir laju di wajah itu.

Tariq sengih. Dia angkat tangan mengacah, terus sahaja Badang mengerikut menutup wajahnya dengan lengan.

Tindakan si besar itu buat Tariq ketawa.

"Ada hati mau lansi, tapi penakut serupa baby! Hak tuih!!" Ditampar sekali wajah itu sebelum bangkit.

Dia lihat tiga lagi lelaki turut bergelimpangan dikerjakan Dani.

Masih berbisa...

"Chow!"

Dan mereka berdua berjalan laju meninggalkan kawasan itu.

Puas hati.

Benar, itu bukan cara terbaik menyelesai sengketa. Tetapi, ego seorang bekas gangster sudah terusik.

Si dia menjolok tebuan dengan mencederakan cinta hatinya. Maka, si dia perlu diajar cara beradab.

Brader, jangan lansi kalau takut mati....

**************

Teja cuba pejamkan mata. Suaminya masih belum kembali. Anak yang sudahpun lena itu ditepuk-tepuk perlahan.

Mana babah ni, Lisya. Kenapa tak balik-balik lagi? Mana dia pergi...

Tak lama, dia dengar bunyi pintu bilik terbuka. Langsung dia duduk laju.

"Aduh, duh..." laju juga dia mengaduh. Terlupa pula badan masih cedera.

"Sayang... Slow-slow la..." Lelaki itu menerpa mendapatkannya.

"Ami pergi mana? Lewatnya balik," tanyanya dengan suara berbisik.

"Lepak."

Teja kerut kening. "Kata ada kerja."

Dia pandang wajah sang suami di sebalik samar cahaya lampu meja.

"Ada kerja. Lepas tu lepak sekejap."

"Dengan siapa?"

"Uncle Dani."

Teja diam.

"Bukan awak ke yang mengadu dekat Uncle Dani pasal saya?" Soal Tariq pula menduga.

Teja menunduk. Memang benar, dia yang hubungi lelaki itu dek bimbang dengan gelagat suami yang mencurigakan.

"Don't worry, okey?"

"Macam mana tak worry. Rupa awak macam nak bunuh orang..."

"Memang pun..."

"Ami!!"

"Syhh... Lisya tidur, bonda..."

"Ami pergi mana tadi...?"

Tariq senyum. Diusap wajah Teja penuh kasih sayang.

"Heart to heart session."

"Dengan uncle?"

Tariq hanya senyum tanpa menjawab. Dia turunkan kucupan di dahi Teja.

"Sleep. Sorry to keep you waiting. I'm back. In one piece. Safe and sound..." ujarnya.

Dan dia berlalu ke tandas diperhatikan Teja. Nafas ditarik panjang.

Semoga esok tak keluar berita pelik-pelik pasal seekor beruang ditemui mati di mana-mana. Aamin....

*************

"Kau dah okey ke, Teja?"

Teja julingkan mata ke atas. Entah orang ke berapa yang tanya soalan yang sama. Kecoh satu jabatan dibuatnya.

"Okeylah. Kalau tak, takkan aku masuk kerja, Bad."

Bad terangguk. "Aku dengar, mamat tu kena tahan polis dah."

Teja berpaling laju. "Dapat tangkap dah?"

Bad angguk. "Dia serah diri."

"Heh??"

"Kan... Acah ganas buat kecoh dekat hospital, serah diri sudahnya."

Teja masih terkebil-kebil.

"Mana, mana kau tau, Bad?"

"Kak Kinah tu kan wartawan. Ada je source dia."

Teja hanya tersenyum sedikit.

"Eh, aku nak buat phone call, jap!"

Bad hanya mengangguk.

Lalu Teja terus berlalu keluar daripada wad dan menekan telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum, Ami..."

"Waalaikumussalam, sayang. Yes, what's up? Everything ok?"

"Hmm... awak tahu tak, bapak adik Naim tu dah kena tangkap polis?"

Sepi.

"Bapak Naim? Saya perlu kenal ke Naim tu siapa?" Berbalas soalan juga.

Teja mengeluh. "Ala, Naim, adik yang kena abused tu. Bapak dia yang tendang saya tu. Yang threat saya."

"Aaa.... I see. Kena tangkap dah?" Balas suaminya itu tenang.

"Hmm... Pelik eh?" Ujar Teja pula.

"Kenapa pelik? Memang dia wanted pun, kan?"

"Sebab dia serah diri sendiri pada polis," jawab Teja.

"Oh ya ke? He turned himself? Alhamdulillah. That's a relief. At least lepas ni saya tak risau keselamatan awak. Kalau tak, saya rasa nak berhenti kerja. Apply jadi guard dekat PPUM tu. Or body guard Dr Teja ke."

Teja berdecit.

Orang serius, main-main pulak leng chai ni!

"Ami... jawab saya betul-betul. Ada kena mengena dengan Ami ke?"

Diam tanpa jawapan. Hanya dengar krup-krup bunyi kunyahan.

"Ami?"

"Eloklah dia dah insaf. At least dia buat benda betul untuk serah diri. Kadang-kadang, manusia ni kena bagi peringatan sikit untuk kembali ke jalan yang benar."

Teja sepi beberapa ketika sebelum kembali bersuara perlahan. "Apa yang awak buat, Ami?"

Dia dengar suara gelak kecil suaminya itu.

"Makan apple saya. You know how much I love my apple, kan Teja Amani? And I hate it when people touch my apple..."

Teja gumam sejenak. Eh, apa maksud tu?

"Okey, sayang. Kita jumpa nanti. Banyak kerja ni. Kejap lagi ada meeting dengan Tan Sri." Suaminya itu cuba mengakhiri perbualan.

"Ami..."

"I love you. Take care. Assalamualaikum..."

Panggilan berakhir. Teja lepaskan keluhan panjang.

"Waalaikumussalam..."

Entah kenapa, dia terbayang kata-kata Uncle Dani suatu ketika dulu.

The dark side in him will never dissappear. But, it's forced to be dormant.
Jangan dibangkitkan naga yang sedang tidur....

Teja ketap bibir.

Ya Allah, lindungi suamiku.... Jauhi dia daripada bisikan syaitan untuk melakukan kejahatan dan keganasan yang pernah dia lakukan dulu...

Tidurkan naga ganas itu... supaya tak perlu dia kembali berjaga....

**********

Habis dah.

Berapa 🌟 boleh dapat? 🤭🤭

Continue Reading

You'll Also Like

3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
849K 32.3K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
22K 1.6K 21
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...