The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

119K 10.3K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

lansi

2.1K 228 53
By akuorgbiasa

Teja menguap lebar menzahirkan kantuk yang kian terasa. Berair-air mata.

Almaklumlah, sejak beranak kecil, tidur malam tak lagi selena dulu. Belum lagi dikira malam-malam yang terpaksa diharungi di hospital dek bertugas sebagai doktor on-call seperti malam ini.

Jam baru menunjukkan pukul 130 pagi, tetapi mata dah macam digam-gam.

Pintu bilik rehat doktor itu terbuka.

"Oi! Apa bikin?"

Teja senyum sedikit pada sahabatnya, Laila masuk ke dalam bilik rehat itu.

"Mata aku macam kena gam ni. Nak study pun tak larat," balas Teja.

"Harap budak-budak HO malam ni boleh handle kes. Boleh tidur!"

Teja gelak kecil. Harapan sangatlah. Apatah nasib, doktor-doktor pelatih yang masuk kali ini semuanya manja-manja. Cubaan pertama tak dapat ambil darah, terus panggil doktor senior.

"Baby kau okey ke, babe?"

"Okey je."

"Tariq okey je jaga baby kalau kau on call ni?"

Teja senyum. "Sekarang Alisya dah minum formula milk, senang sikit. Sebelum ni perlu bantuan juga. Bila aku oncall, import mama dia datang rumah."

Laila tertawa sebelum riaknya berubah terkejut.

"Eh, dah off breastfeed ke? Anak kau baru berapa bulan?"

Teja mencebik. "Ngam-ngam dia 6months, aku introduce formula dah, Laila. Memang ambik syarat 6 bulan je fully breastfed. Padahal kita ni dok encourage mothers susukan anak sampai dua tahun. Doktor sendiri ambik syarat minimum! Alisya pulak, lepas dah introduce formula, langsung tak nak breastfeed dah. So terus stop lah."

Laila sengih. "Nak buat macam mana. Kerja macam kita ni, nak bagi commitment pam susu tu susah, babe. Dahlah bila oncall ni, kena tinggal anak lebih 24 jam. Orang yang kerja 8 jam sehari pun, kadang-kadang susah nak cukupkan stok EBM. Dapat 6 bulan tu elok sangat dah."

(EBM: Expressed breast milk)

Teja mengangguk. Ironi. Doktor galakkan ibu-ibu menyusukan bayi mereka, tetapi doktor sendiri selalu gagal melunaskan tanggungjawab sebagai ibu dek kesibukkan bekerja.

Tok! Tok!

Dua-dua kepala menoleh ke arah pintu.

"Doktor, ada kes dekat emergency. Diorang panggil paeds on call."

Laila dan Teja berpandangan sesama sendiri. Mengeluh. Spontan kedua-duanya mengangkat tangan kanan ke belakang kepala.

"Ooo.....zommm!"

Satu batu. Satu burung.

"Yeay, aku menang! Kau turun!"

Teja berdecit. "Ei, bencilah! Asyik kalah je ozom dengan kau ni!"

Laila ketawa lantas menyelesakan sandar. "Bye, Dr Teja."

Teja sengih lantas bangkit dari duduknya. Stetoskop dicapai dan disumbat ke dalam poket.

Nafas ditarik panjang.

Marilah berkhidmat, Dr Teja!

************

Teja ketap bibir memandang susuk kecil berusia 5 tahun terlantar di katil wad kecemasan itu.

"Aku kata, tak ada apa, tak ada apa lah! Dah jahit, kan? Aku nak bawa dia balik!"

"Encik, sabar dulu. Kami perlu buat pemeriksaan rapi. Takut ada hentakan pada kepala yang kita tak nampak," Dr Khalid, MO bertugas di wad kecemasan itu cuba menenangkan penjaga pesakit.

"Dia jatuh biasa je! Apa yang tak paham ni! Kata doktor, tapi bodoh! Susah sangat ke nak faham."

Dr Khalid ketap bibir. "Tunggu sekejap."

Lalu dia berlalu menghampiri Teja.

"Macam mana, Dr? What do you think?"

"Fishy. Look at the bruises dekat belakang badan ni. Tak consistent dengan jatuh one time event. He claimed this boy terlanggar bucu meja, sebab tu kepala ada cut. Tapi lebam-lebam ni mana datang? And, budak jatuh langgar meja at 2 am? What are the odds?"

"Abuse?" soal Dr Khalid lagi dengan suara berbisik.

"Further investigation is needed," jawab Teja juga dengan nada sama.

Dr Khalid berdecit. "Kenapalah, masa I oncall masuk kes-kes gini. Dah la si polan tu besar macam beruang," rungut Dr Khalid.

"I cubalah."

Lalu Teja pula berjalan menghampiri lelaki tadi.

"Encik, saya Dr Teja, dari bahagian pediatrik. Boleh saya tahu, mana mak Naim?"

"Ala..., apahal doktor-doktor sini? Sorang bodoh, sorang buta. Ada nampak perempuan ke sini? Tak ada, kan? Mak dia tak adalah. Aku yang bawa!" Tengkingnya.

"Baik, encik. Boleh saya tahu macam mana Naim terjatuh? Kepala dulu ke? Dia tersadung ke? Atau dia ditolak ke?"

Berubah wajah lelaki 'beruang' tadi. Memang macam beruang. Orangnya tinggi dan besar. Berwajah bengis.

"Kau ni dah kenapa nak tanya-tanya macam-macam. Kau doktor, kan? Buat kerja doktor lah! Nak sibuk jadi penyiasat pulak dah kenapa?"

Teja tarik nafas panjang. Haihh...dia ni. Dah la awal pagi masa orang lain patut tidur pulak dia buat hal!

"Kami perlu tahu supaya kami boleh bagi rawatan yang terbaik untuk adik Naim."

"Ei, bangang! Jangan menyusahkan aku boleh, tak? Aku bawa hospital sebab kepala dia kopak! Dah jahit, dah la! Bagi dia balik!"

Lama Teja memandang anak mata lelaki beruang itu. Sungguh, dia memang tak mampu nak bersangka baik dalam keadaan ini. Memang jelas, si beruang ni cuba menyembunyikan sesuatu.

"Okeylah. Kalau encik tak nak jawab soalan saya, saya mintak abang polis je yang tolong dapatkan jawapan yang saya nak." Selamba balas Teja dan berpaling.

"Admit this boy. Call the police.." arahnya.

Tiba-tiba, "Betina celaka!!"

Tiba-tiba sahaja Teja rasa tubuhnya melayang dek tolakan kuat seseorang ke belakang badan kirinya.

"Arghhh!!!!!" Jururawat menjerit.

Pranggg!!!! Teja dah melanggar meja makan salah satu pesakit dan tray yang masih berada di situ berdenting jatuh ke lantai, bersama-sama Teja.

"Call security! Security!!" Pekik Dr Khalid.

Dan Teja dengar derap tapak kaki berdentum-dentum berlari. Pasti lelaki beruang.

"Dr Teja! Dr Teja! Can you hear me?"

Teja yang dah terjelepuk cuba bangkit. "I'm fine. I'm fine. Sikit je."

"Dr Teja, let me check. Dia tendang you tadi! Dasar lelaki tak ada telur lah!" Marah Khalid.

"It's okay, Dr Khalid. I okey."

"No, Dr Teja! Better check. Nur, bawa Dr Teja masuk treatment room," arah Dr Khalid pada salah seorang doktor pelatihnya. 

Semua masih terkejut dengan apa yang berlaku, nak-nak lagi doktor pelatih. Depan mata nampak penjaga pesakit kasari pegawai kesihatan!

"Dr Khalid, adik Naim tu. Admit." Sempat lagi Teja bimbangkan pesakit kecil tadi sambil dipapah.

Aku yang dah besar ni kena sepak kaki besar tu sakit macam ni, apa lagi badan kecik tu..

Ya Allah... Mana hilangnya perikemanusiaan manusia.

*****************

"Aku hantar!" ujar Laila tegas.

"Hai! Syif belum habis lagi mak cik! Siapa nak handle wad kalau kau hantar aku!" marah Teja.

"Okey, aku call Tariq!"

"Jangan.... Macam mana dia nak keluar dengan Alisya pukul empat pagi ni, cik kak!"

"Dah tu, macam mana!"

"Aku drive lah! Kan dah buat xray. Tak ada apa-apa. Superficial je. Nothing serious pun."

"Berlebam, Teja Amani! Sakit tu. Kau boleh pusing stereng tak?" Laila masih risaukan sahabatnya itu.

"Boleh... Aku dah makan pain killer."

Laila berdecit. "Ei, menyesal pulak aku suruh kau turun tadi. Kalau aku yang turun, mesti tak jadi macam ni."

Teja tertawa, namun dek terasa sakit, dia berhenti. "Apa pulak, macam tu. Sama je."

"Aku ni tak seberani engkau, mak cik. Kau cabar si gila tu macam tu, ni la dapatnya!" marah Laila.

Teja senyum sambil menyandar kepala ke sofa. Nafas ditarik panjang.

"Kalau kau dekat bawah tadi pun, kau akan buat benda sama, Laila. Sakit hati tengok muka manusia tak ada hati perut buat budak-budak tempat lepaskan marah."

"Yalah. Tapi tak lah sampai bahayakan diri sendiri."

Jauh di sudut hati, Teja akui. Kadang-kadang, tindakannya cuba menegakkan kebenaran dan kebaikkan memang memakan diri. Bukan pertama kali. 

"Manalah aku nak tahu dia sampai nak bertindak macam tu depan-depan orang. By the way, kau ada dengar ke? Dapat tangkap ke si beruang tu?"

Laila menggeleng. "Tak dapat. Guard pun kena tolak camtu je dengan dia. Cabut lari."

Teja berdecit.

"Kau rehatlah. Aku pergi follow up kes Naim tu sekejap. Apa yang lama sangat dekat ED, tak sampai-sampai ke atas ni. Kang kita dah nak habis kerja, baru sibuk nak tolak atas. Dah lah kes macam ni banyak paperwork."

Teja senyum. Angguk. 

Dia pejamkan mata sebaik sahaja Laila berlalu keluar daripada bilik rehat.

Aduh mak aih. Mendapat aku kena sepak hari ni untuk pertama kalinya...

Tidur sekejap lah. Sekejap lagi baru drive balik...

********

Jam 5 pagi,

Teja berjalan perlahan-lahan menuju ke keretanya ditemani salah seorang jururawat di wadnya yang bimbang akan keadaannya.

"Thank you, Dila!"

"Doktor drive elok-elok tau!"

"Ya, saya okey. Jangan bimbang. Saya kan super woman!"

Dila berdecit. "Doktor ni kan! Ada je jawabnya. Jangan lupa pesan Dr Laila. Dah sampai nanti mesej dia. Nanti bising pula Dr Laila tu."

Teja tertawa perlahan. "Baik, bos. Bye!"

Beberapa ketika menyelesakan diri  dalam kereta, Teja mula memandu dengan bacaan basmallah.

Jalan masih sunyi sepi tanpa kenderaan. Sedang dia memandu dengan tenang, tiba-tiba ada kereta lain memasang lampu tinggi di belakang mencucuk kenderaan Teja.

"Astaghfirullah hal azim. APa kena dia ni!" rungut Teja perlahan.

Dia terus berzikir cuba menenangkan diri dan terus memandu.

Kala itu kereta itu memecut dan berjalan seiring dengannya. Teja mengintai dan dia lihat tingkap kereta itu diturunkan.

Ya Allah, si beruang!

Dia ketap bibir. Sumpah, tangan terasa menggigil. Cepat-cepat dia menekan skrin tengah menghubungi suaminya.

Ya Allah, lindungi aku, ya Allah...

Lelaki itu hon beberapa kali dan cuba merapatkan kereta dengan kereta Teja. 

"Hello..." suara serak-serak suaminya itu yang mungkin sedang lena ketika dihubungi itu kedengaran.

"Am... Ami..." terketar suara Teja.

Sepi.

"Hello?" Suara suaminya lagi.

"Ami..." Teja mula menangis ketakutan.

"Sayang? Hey, hey, kenapa ni? Where are you?"

"Ad.. ada orang ikut saya..."

"Sayang dekat mana? Bagitau saya.."

Sekali lagi lelaki itu cuba melanggar keretanya.

"Arghhhh!!" Teja menjerit. Spontan dia menekan brek mengejut. Kereta itu turut berhenti. Teja sembunyikan muka di balik stereng. Menangis tersedu-sedu.  

"AMANI!! TEJA AMANI!! Answer me!!"

Dia tak mampu menjawab soalan suaminya itu. Hanya mengintai tindakan lelaki itu seterusnya. Kalau dia keluar, Teja nekad, dia akan terus tekan pedal minyak. Lantaklah kalau terlanggar pun!

Namun si beruang tak keluar. Dia hanya senyum sinis memandang Teja dan buat gaya "I'm watching you" dengan dua jarinya sebelum kereta Waja yang dah diubah suai itu memecut pergi.

"Shit!" 

"Ami.. Ami..."

"Sayang! Can you hear me? Okey tak? Kat mana?"

"O.. okey.. Almost.. almost home."

"Okey. Saya tunggu dekat depan." Panggilan terus mati.

Teja kesat air mata. Tangan masih menggigil. 

Gila! Ini memang gila!

***********************

Tariq menoleh memandang Teja yang tersandar ke cermin tingkap kereta ketiduran. Mereka baru sahaja selesai membuat laporan polis untuk kedua-dua insiden. Laila, Dr Khalid dan bos Teja turut hadir tadi untuk memberi keterangan.

Dia letakkan kekura tangan kirinya ke dahi si isteri. Panas. Sah, dah demam.

Entahkan demam dek badan sakit ditendang, atau ketakutan diugut di atas jalan raya.

KEtika Teja tiba semalam, memang dia dalam keadaan menggigil seluruh badan. Pucat lesi ketakutan. Langsung tak dapat berbicara dek terlalu takut.

Sumpah, Tariq rasa macam nak pecahkan muka orang melihat keadaan kesayangannya itu. Apatah lagi mendengar cerita Laila yang isterinya itu ditendang oleh penjaga pesakit yang bertindak ganas.

Rahang diketap kuat. Pegangannya pada stereng kereta juga semakin ketat.

F**k! Ini orang memang tak mau hiduplah! 

Tunjuk lansi sama salah orangla, brader. Sial....

****************

Note from akuorgbiasa:

Assalamualaikum and Hi!

Hihi.. Tibehh je..

Sengaja si beruang ni membangkitkan naga yang sedang tidur. Kan?

Nak sambungan? 

Continue Reading

You'll Also Like

828K 26.1K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
880K 32.9K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
103K 1.8K 60
"Apa yang berlaku 27 tahun dulu I tak boleh cerita pada you. Kerana daddy dengan abah yang berhak untuk membuka cerita tu kalau mereka mahu macam tu...
I Like You | ✔ By Hani

General Fiction

685K 30.9K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...