Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

๐’๐ฒ๐š๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐š๐ฌ | ๐€๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐Ÿ๐ข๐ณ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐ข๐ณ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ | ๐…๐ข๐ž๐ง๐š ๐€๐ซ๐ข๐ฌ๐ฒ๐š Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 46

235 19 0
By hanihisbiscus

NAFAS Anan menghela lemah. Sisa bahang masih terasa, raut muka Anan kemerahan habis dipandang Syaf penuh bersalah. Anan menggumam perlahan, hujung mata terpejam rapat tetap galak menitiskan buliran mutiara. Lengan merangkul erat Anan dirungkai perlahan, menjarakkan posisi. Jari Syaf menyentuh kulit pipi sang isteri, dikesat lembut sisa air mata mengucup laman wajah Anan.

"Awan sayang..." serunya meleret. Celah rengkung dihimpit sesak, setiap titisan air mata basah Anan membelai raut polos itu masih jelas terlayar di deria penglihatannya. Sesekali tumpah menitik pada dadanya, tanda kecewa Anan tidak dapat dibendung lagi.

Telapak tangan dilekapkan pada dahi luas Anan. Bawah bibir digigit resah, terpamer riak gelisah di muara wajah Syaf. Kepala Anan diusap, menyisir lembut rambut lebat kesayangan yang melekit dengan peluh. Tubir mata Syaf memberat, dia labuhkan ciuman pada ubun-ubun Anan. Lama.

"Badan kau dedar ni, awan." Syaf memberitahu resah berbaur kerisauan. Renik keringat membasahi sekujur tubuh Anan dibaluti selimut, suhu badan Anan menaik secara mendadak juga. Semuanya kerana silap dia melayan Anan kasar disebabkan amukan emosi memburu ganas dalam jiwa.

Sontak, Syaf tarik hujung selimut Anan ke atas menutupi paras bahunya. Dia bingkas bangun, menonong keluar kamar sebelum masuk semula dengan sebekas air di tangan. Sehelai sapu tangan turut dibawa sama, merendam lama lalu direnyuh sepuasnya.

Sementelah selesai, selimut menutupi Anan dibuka. Syaf mengelap hampir keseluruhan lekuk tubuh wanitanya, penuh hati-hati dan lembut. Anan merengek tidak selesa, namun tidak menolak waima sekali. Jasad menggigil sejuk dengan lurah pipi basah, cukup memadai dan difahami Syaf sendiri.

"Aku minta maaf..." Bebola mata jatuh pada ukiran lama dan tanda baru yang menghuni tubuh Anan. Dia sudah biasa melihat parut tersebut, tapi yang dilakukan jauh lebih teruk daipada itu. Mengapa sakitnya terasa menyengat hingga ke ulu hati? Sungguh, andai Anan katakan dia tidak sempurna bahkan lebih daripada itu, maka dia pula bagaimana?

Jari dibawa elus setiap garis halus penuh kasih, kali ini dia sedar sesuatu. Hampir keseluruhan batang tubuh Anan tidak lepas daripada parut. Jikalau dia katakan, seni terindah itu adalah Anan sendiri adakah dia menerima? Bukan luaran yang menjadi perhatiannya menyebabkan dia jatuh hati pada gadis awan ini, tapi hati yang tulus dan luhur dia ada sangat dicemburui.

"God, I love you so much."

Anan masih menutup mata, walhal dia tahu setiap perbuatan Syaf kepadanya. Jujur, dia tidak berani mahu melakukan pergerakan waima skala kecil sekalipun tika ini. Dia terbayang sentuhan kasar Syaf yang diterima, memikirkan cukup buatkan dirinya menggeligi gentar. Namun bisikan romantis yang beralun lembut di halwa telinga masih terngiang, membujuk pelayaran biarpun disemai benih kebencian atas perilaku Syaf.

"Abang Syaf."

Terhenti. Pupil mata Syaf mengerdip pada Anan yang tetap menutup mata. Membiarkan buliran jernih gugur dalam lenanya. Anan mengepal kuat tangan sendiri, tidak sanggup celikkan mata kerana trauma melanda. Sekiranya ini mimpi, benarkan dia menari dalam dimensi bahari yang mengulit bahagia. Takut untuk hadapi realiti, dia ingin terus nyenyak tanpa menghadapi segalanya lagi.

"Anan nak awak gelarkan diri abang. Anan mohon sangat, teman Anan..." ngomel Anan, perlahan. Seakan merayu dalam bait aksara yang disusun. Permintaan untuk terus menganyam angan-angan indah begitu mustahil, maka berikan detik yang ada untuk dia hargai sebaiknya.

Syaf diam. Tidak membalas tetapi tangan ligat memerah kain sapu tangan. Dilipat separuh sebelum diletakkan cermat pada dahi Anan. Dibelai lembut tempurung Anan dengan perasaan bercampur-baur. Mata tunak dengan tubir bergenang diberikan, menitis merentasi tulang pipi.

"Abang sayangkan Anan."

Air matanya luruh, hati Anan kian goyah dan luluh. Hendak dibalas ungkapan suaminya, namun peti suara seakan lumpuh tidak berguna. Sekadar senandika bagi menjawab semula, kerana sungguh detak jerih menekan setiap penjuru hatinya.

Anan sayangkan abang juga. Terlalu sampaikan Anan keliru. Anan tak boleh terima abang buat masa ni, tapi Anan tak mampu nak bencikan abang.

Pinggang terasa memberat dililit hangat. Wangian idaman menusuk rongga nasal, rasa suam melekap segenap kulit membuatkan Anan terbuai. Syaf menarik tubuh Anan lebih mendekat. Erat dan kejap, sebelum dijatuhkan kucupan belakang leher isterinya. Telapak tangan mengusap lembut perut Anan sembari berbisik sesuatu.

"Jaga mama awan ya, baby. Bagitahu mama awan yang dia kena jaga kesihatan diri demi awak. Papa minta maaf sebab tak mampu ada bersama mama awan dan awak selalu. Papa sayang mama awan. Papa sayang awak..."

Anak mereka, Syaf mahu pergi dengan ada malaikat kecil menghuni rahim wanitanya. Dia tahu, Syaf bakal mungkiri. Dia sedar, masa mencemburuinya dengan terpaksa menerima.

Nafasnya yang ditahan bercempera lelah, sebak bertandang dengan butir bicara sang suami. Syaf menyedari terus merenggangkan sedikit rangkulan, namun Anan bertindak drastik menyentuh kekura tangan itu dari beransur pergi. Anan gigit bawah bibir, tubuh terus pegun dan kaku dengan kelakuan spontan sendiri.

"My cloud..." Syaf memanggil lembut. Memahami, dia kemaskan lengan kekarnya melingkari pinggang Anan. Membawa rapat ke dada bidang, rentak jantung kedengaran jelas menjamah gegendang telinga. Anan diselimuti getaran, masih gentar dengan kejadian menimpa sekujur anggota dianiya begitu perih. Syaf ketahui dan sengaja dia eratkan pelukan.

Syaf benamkan wajah pada lehernya, menghirup wangian lili kesayangan. Tidak lama sebelum dia menggumam sesuatu. "Aku tahu aku tak layak kata macam ni. Lepas apa yang jadi, aku minta maaf... Aku memang selfish, tapi tolong sayangku awan..."

Jeda. Syaf ratakan kucupan sekitar situ, setia membelai perut leper sang isteri. Kaget, Anan statik walaupun kasat mata rengkung dada masing-masing berombak kasar. Air matanya menitis lagi, untuk hari ini sahaja jiwa dirusuh hebat sehingga remuk dan hancur teruk.

"...tolong tunggu aku, Anan Nurfiza." Belenggu cinta tetap berbaki, bertali-arus air mata mengalir tanpa henti. Sebak. Anan benarkan Syaf lakukan semahunya kepada dia, menyelusup setiap lekuk hodoh dan buruk yang ada. Rela jika ini mampu menjadi bekalan memori, dia sanggup serahkan walau tiada sisa tertinggal untuk diri.

Kerana hampir semua telah diteroka habis. Hanya dia yang bodoh, tetap teguh dengan harapan dan janji. Hanya dia yang gila, setia pada yang menyakiti agar diterima seperti yang diimpi. Izinkan dia mempercayai, penantian yang mungkin meranap sekeping hati. Simpati, dia yang pilih jalan ini.

"Penawar kasih pawana, Anan Nurfiza. My lovely cloud..." Menitis, Syaf menangis. Kali ini, biarkan dia bersama dalam kasih penuh jerih yang tiada hentinya. Perlahan-lahan, kantuk menjemput begitu nyenyak dalam dakapan sang suami. Anan senyum simpul sebelum dibawa arus mimpi.

Too much love yet too much pain.

SAYUP-SAYUP bunyian azan berkumandang membelai halwa telinga. Subuh menjelma, mengejut mereka yang dibuai lena.

Kelopak mata Anan buka, berbalam-balam pandangan dikaburi fikiran yang masih mamai. Kamar masih suram, sekadar berbekalkan lampu tidur di sisi katil. Dia toleh sebelah, tiada Syaf. Mana suaminya pergi? Kala dia mahu angkut susuk tubuh, terasa bagai dihempap bongkah batu besar.

Kejang.

Anan merengsa kecil, tangan mencengkam cadar kasur menahan pedih. Dia usir segalanya seraya memaksa diri untuk bangkit. Sekali cubaan.

Rebah. Kepala Anan berpinar dengan bunga kerutan terukir di dahi. Berat dan sesak. Nafas mengah dengan melekit peluh. Dipejam mata, menghangat tubir dengan raut pucat.

Masih belum kebah. Semput dengan segenap epidermis disengat kesejukan entah dari mana. Dada berdebar-debar cuba menenangkan diri, dia tidak mahu diserang waktu ini. Sekurang-kurangnya bukan masa sekarang.

"Allah..." keluh Anan bersama luruh air mata membasahi pipi.

Dengan daya yang ada, Anan cabar dirinya untuk bangun. Dia ampu tangan pada kepala katil, berkerunyut melawan sakit di jemala. Digantungkan kaki di birai katil, perlahan-lahan menjatuhkan telapak kaki ke lantai marmar. Dingin. Saat dia berjaya berdiri, lutut terasa longgar. Selimut pada anggota badan diperbetulkan, cuba menapak namun langkahnya longlai.

Bilamana sedar, keperitan mencengkam setiap inci tubuhnya. Sengal untuk menggerakkan sendi, bagai dicarik dengan sekali rentapan. Anan hilang kawalan lalu melorot jatuh. Sempat ditahan telapak tangan meja kecil di sisi katil, berdenyut dan gemelugut hebat seluruh jasad Anan tika ini.

"Abang tipu Anan." Setitik demi setitik, butir mutiara menitis merentasi cerun pipi. Tangan kecilnya meligih mengenggam erat selimut membungkus diri. Menutup fitur yang dia tak mampu lihat oleh tuan badannya sendiri.

"Sejuk," ujar Anan sepatah sebelum dia gunakan sisa tenaga yang ada untuk bangkit. Tetap melangkah sebelum dia rebah kembali dalam bilik mandi. Tersungkur dalam kenyataan bersama air mata yang galak mengguyur tanpa henti.

"Abang tipu Anan." Anan mengulang lagi sebait aksara itu. Suaranya serak dan rapuh, dia cuba ukir senyum. Senyum nanar tika semua memori malam tadi sekadar sandaran meraih kepercayaan agar dia terpedaya. Lebur hati yang mekar sedalam-dalamnya dengan cinta, namun dia masih sama mengharapkan hanya ilusi semata-mata.

Anan mendongak tinggi, menala siling nirmala dengan mata berkaca. Masih harapkan Syaf di sini, hadir memujuk dia seperti selalu. Ya Tuhan, apa salahnya yang dia lakukan? Adakah kerana dia terlalu asyik bahagia sehingga alpa pada Dia?

"Anan minta maaf..." mendayu-dayu suara Anan dengan esak tangisan sumbang kedengaran. Memeluk erat jasad sendiri, berikan waktu dia terima semua yang terjadi.

"Abang sayang Anan. Awan aku," bisikan syahdu Syaf berpuput lembut di halwa telinga. Dia masih ingat betapa suaminya membujuk sebelum dibawa sekujur jasadnya dibawa berlayar oleh sang nakhoda. Dikemudi jerih bahana gelora badai mengawal jiwa si perjaka hingga akhirnya berubah dengan belaian penuh kasih.

"Abang tipu Anan." Mata dikatup rapat, biarkan fitur keseorangan mengenang kenangan yang disulam. Manis itu seketika, selebihnya palitan derita yang perlu dia galas dengan daya dan sisa yang ada.

Sayang, Syaf mungkir janji.

Sayang, mereka pergi.

Sayang, besar maknanya pada dia tapi mengapa diremehkan saat tuturkan tanpa rasa.

Sayang. Sayang. Sayang.

Dia benci perkataan 'sayang' yang diberi, semua dusta sekali.

Namun, tetap ada gelodak aneh menyelusup sulit tika menerima bait kata itu. Seolah-olah Anan berharap lagi agar mereka benar-benar maksudkannya walaupun hakikat tersebut begitu tipis sekali.

SUDAH terlambat. Segala barangan peribadi Syaf sudah tiada lagi dalam almari, yang ada hanyalah pakaian malam tadi di dalam bakul. Sungguh, Anan rasa mahu meraung. Dibawa baju suami ke rongga nasal, menghidu aroma kesayangan dalam-dalam sehingga ke peparu.

"Kenapa..." Rapuh nada Anan disulami sayu. Menggigil kuat dek sesak dihimpit, terasa dada begitu sempit. Sakitnya merajah tanpa belas ihsan, malahan berganda juga lebih dari sebelum ini.

Kaki gontai menapak keluar, dipeluk baju Syaf erat ke dada. Berkelip-kelip mata tatkala disambut hidangan atas meja, dibuka tudung saji sebelum dihamparkan sepiring nasi goreng dengan telur mata. Tidak dilupakan pil ubat turut disediakan di situ juga.

Kecur liur. Dia mahu lupakan seketika, perut berdangdut minta diisi. Segera, Anan labuhkan duduk. Sekali, disua sesudu ke dalam mulut. Birai mata kian berkaca.

Disuap kali kedua, rintik mutiara menitik di pipi tirusnya. Lagi dan lagi sebelum juraian air mata jatuh tak terseka, bertandang lagi hiba merayap tangkai jiwa. Dada dipegang, tangan menggengam baju sendiri sebelum direnyuh kuat. Loket rantai yang turut ada, dipulas sekali. Cuba buang silir sendu yang merebak ruang hati.

"Kenapa mesti seksa Anan macam ni, bang?"

Tiada jawapan. Desir kipas angin menyapa cangkerang telinga, nihil tanpa rasa. Tawar, tak ada lagi bicara dapat diungkap sebenarnya.

Sebaik nikmati juadah sarapan, Anan gegas ke kamar semula. Menggunung kerinduan tak tertanggung, pedih saat mata melingas kanan kiri. Dia dibayangi gerangan yang cuba diusir dalam fikiran, Syaf Inas.

Kosong. Dia sedar ketiadaan Syaf, naluri mengatakan berbeza namun hati utuh memegang harapan yang diusung tinggi.

Sengaja. Syaf memang benar-benar menghantui, Anan resah. Ruas mata basah tak sudah, kesedihan hebat membadai buatkan dia lelah. Di dapur, teringat kegilaan Syaf. Di ruang tamu, layanan beku Syaf terlayar jelas. Di bilik, Anan nampak kegelapan suram tika Syaf menyakiti dia.

"Allah, bantulah hamba-Mu ini..." gumam Anan, penat. Rebah tersungkur dengan segala kejadian, diratah kenyataan menjilat sanubari. Tidak suka dihambat kenangan ngeri, bukankah sepatutnya didamaikan dengan gelora bahagia yang dihajati.

DHUHA.

Berteleku. Anan duduk bersimpuh di tikar sejadah, mata menekur ke bawah. Sesekali bibirnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Bibir mengoyak senyum segaris biarpun pelupuk mata hangat melimpahkan linangan sahmura.

Mata disorotkan pada senaskah buku nota dalam pegangan. Lembaran dibuka, ada titian aksara tersusun kemas di setiap garisan. Tinta hitam sang penulis, hikayat hidup dirantai dalam bentuk puisi.

Tanpa sedar, titisan ratna menitis di helaian kertas. Bibir dikemam kuat, cuba untuk kentalkan hati dibedil amukan emosi.

"Selamat tinggal kekasih." Anan menggumam, senyuman tipis meniti di dua ulas bibirnya. Menyelinap hangat dalam hati tika sepasang aksa mengerjap bundar, membaca bait-bait nukilan tersirat tersendiri.

Lambaian kasih penuh mesra.

Belaian santun menyentuh sukma.

Cinta, janji dan harapan dikata.

Betapa tinggi aku impikannya.

Moga sayang kita bersama.

Namun, yang tinggal sekadar fatamorgana semata-mata.

Menangis. Dipukul dada yang melaung sebu. Hati kecil membengkak hebat. Semangat lebur dan luntur sehabisnya. Menggeletar jari-jemari menyentuh hujung helaian karbon, cuba menenangkan rawan yang melanda.

"Anan tahu, Anan tamak. Anan paksa orang tu bersama Anan, sehinggakan Anan lupa ada Dia yang sentiasa menemani," tutur Anan dengan tangan mulai tutup naskah buku tersebut. Menggigil setiap sendi, gelisah dimatikan dengan mengepal tangannya kuat. Bibir keringnya digeligit, sebak bertandang lagi menyelit. Sejenak, tawa kecil berbaur serak terhambur. Lucu, terhibur bekali walaupun sedu-sedan tangisan kian kedengaran.

Kepala digeleng. Telapak tangan sebelah masih setia mengusap lembut perut sendiri, mengasihani kandungan yang sedang membesar. Anak kecil ini turut diduga juga, pasti dia bersedih melihat keadaan mama dia dilarut melankolia.

"Meow..."

Dan-dan Anan toleh, dia kernyih kecil. Kehadiran haiwan berbulu lebat menggesel di hujung kain mukenah, mengiau pinta perhatian kepadanya. Nampaknya dia lupa tutup pintu bilik sebaik memberi makan pada Karin sebentar tadi. Sekurang-kurangnya dia masih ada Allah, dianugerahkan bintang cilik menghuni rahim dan juga Karin menemani kala sepi.

"Tapi, Anan faham sekarang. Setiap pertemuan, dan juga perpisahan, telah diaturkan dengan sebab yang tertentu. Andai kata, dengan asbab memisahkan dua jasad biarpun hati kuat menyatu..." meleret nada Anan. Kepala dipanggung ke hadapan dengan air mata menyirami laman wajah. Bayangan kenangan berlegar dalam minda, menggamit rindu yang berpanjangan walaupun baru seketika. Tangan pula beralih arah membelai Karin, lembut penuh kasih.

"Anan terima. Insya-Allah, moga takdir mempertemukan kita kembali satu hari nanti. Anan akan tunggu, abang. Anan reda dengan perpisahan ini, biarpun Anan tak tahu silapnya di mana." Kepala dimiringkan, mata dipejamkan. Berat dan berdenyut pelipis dirasakan, sengal serta lemah segala sistem tubuh.

Fitur direbahkan perlahan ke tikar sejadah, mengalas jemala dengan buku nota miliknya. Karin tidak melepaskan peluang, turut mengambil tempat berdekatan dadanya sebelum melentok manja.

Anan ketawa. Ekor jingga itu sengaja menggeletek wajahnya. Bibir rabak dengan senyum manis biarpun buliran dingin dan asin jatuh tak sudah pada lurah pipi. Telapak tangan menepuk-nepuk lembut badan Karin, memopok santun untuk hentikan dan bertenang. "Karin, toksah nakal-nakal. Anan cubit nanti..."

Karin akur, dia ngiau kecil sebelum melelapkan mata dengannya. Anan sengih, batok Karin digaru dengan jari penuh mesra. Entah mengapa, Karin mengingatkan dia pada sesuatu sebelum akhirnya menemui jalan buntu.

"Cuma, Anan tak boleh halang rasa rindu yang hadir dalam ni. Anan tetap cintakan abang, tapi kali ni izinkan Anan mencintai Dia, tidak melebihi cinta kepada manusia. Kerana Dia pemilik untuk setiap hati, sama juga abang pun milik Ilahi." Anan mengomel perlahan, jiwa berkecamuk namun dia cuba sehabis upaya agar mental terus waras pada landasan sepatutnya.

Sejujurnya, dia lelah untuk berlari. Apatah lagi sekadar statik tanpa sebarang tindakan sendiri. Semput dikelilingi insan yang sentiasa menunding jari, biarkan tempoh diberi untuk dia mulakan proses menemukan sesuatu yang hilang dalam diri. Kali ini, dia akan cuba bangkit. Insya-Allah, dengan izin dan bantuan-Nya dia sandarkan segalanya setelah berusaha dengan kudrat yang ada.

"A... nan rin... du..." Tersangkut-sangkut dia menggumam. Nafas bahangnya dihela semput. Kesejukan yang entah mana mencumbui segenap roman kulit, Anan kurang selesa. Terasa tidak berdaya, ingin rehat dan berdansa dalam indahnya mimpi lena.

Mama yang ingin bersama.

Syaf berkongsi rasa telusnya cinta.

Anak mereka membesar bahagia di depan mata.

Dan dia, ceria dan syukur menerima semuanya.

"Anan rindu..." Lancar sebutan tapi berdendang lirih. Perlahan-lahan, Anan terlelap dengan sisa tangisan berbekas di pipi. Membiarkan tubuh diselimuti hangat rindu dan perih. Didakap lena bahari ciptaan dimensi sendiri.

HENING. Jari-jemari Ummar ligat mengetuk stereng kereta. Lampu isyarat di depan sememangnya lama, setiap lampu mengambil masa sebanyak lima puluh detik. Berkurun nak menunggu, berjanggut dah rasanya.

Sementara itu, Syaf pula sekadar membuang pandangan ke luar dengan perasaan bercampur-baur. Sesekali, ekor mata Ummar jeling sekilas pada Syaf. Dia mahu sembur ikutkan, mengatakan kebodohan Syaf tak terkira banyaknya tika ini.

"Kau pasti dengan keputusan kau, Syaf?" soal Ummar, bersahaja. Syaf tersentak dari lamunan, refleks memalingkan muka dengan riak dungu.

"Ya," balas Syaf, ringkas. Mengangguk-angguk lantas bibir melorek senyum nanar.

Seakan tidak mengerti perasaan rakan, Ummar cebik sebelum melepaskan keluhan panjang. Wajah diraup kasar, mendengus geram selepas itu.

"Kau tak sihat ke? Apa benda kau pakai kat leher tu?"

Syaf tidak melatah. Dia hanya senyum segaris, jari bermain hujung fabrik badana yang diikat kemas pada tengkuknya. Dan-dan, mata Syaf tancap garang dan tajam pada sulaman sedikit tebal di situ.

"Ni..." Gugup. Jujurnya, dia capai kain ini pun dari laci barangan miliknya. Tidak pasti sejak bila dia punyai, cuma sekarang baru dia menyedari. Sebaris nama dijahit dengan bebenang kuning, diamati teliti sebelum senyuman hambar terukir di bibir.

Kenapa, awan? Kau suka buat hati aku berbolak-balik macam ni. Saat hampir punah angan, musnah semua capai kenyataan, tapi mengapa kasih itu tetap hadir menjelma meraih tangan?

"Kau paksa dia, Syaf. Kenapa tak beritahu aje perkara sebenar? Lagipun, kau yang paksa diri simpan rahsia sedangkan boleh berbincang dari hati ke hati. Kau juga pembongak, tak kisah masa lalu konon tapi apa kau buat sekarang memang ada kaitan pun kan." Ummar mendesak, dia tak mahu Syaf menyesal di kemudian hari. Masih ada masa sekiranya ingin berpatah balik semula. Sepasang netra tak bisa menipu, dia nampak kesan dan tanda kasat mata yang ada pada Syaf sekarang ini.

Syaf tawa perit. Dia geleng dengan birai matanya basah. Serasa bila-bila masa sahaja dia bakal tumbang, pincang langkah apatah lagi hati yang dia sendiri tidak pasti ke mana dipandu arah. Lihatlah jasad ternyata bernyawa ini, hakikat mati dimamah realiti jiwanya kini.

Lampu bertukar warna. Brek ditarik. Deruman kereta mengaum kuat, membelah jalan sebelum memasuki simpang lebuhraya.

"Kau fikir, aku sanggup ke, Mar? Andai kata aku tak mampu hadap muka orang yang darah daging aku aniaya. Hampir buat dia gila hadap semuanya. Dia ada pertalian dengan aku sejak dulu lagi, aku tahu semua tentang dia. Aku jatuh cinta kat seseorang dengan sekilas pandang, aku nak bantu dia. Tapi..." Sakit. Memberat segala rasa, sebu dan ketat celah rengkung yang sedia sempit. Syaf menahan nafas yang kian lelah, semput.

"Aku tak boleh tipu hati aku, Mar. Dendam bodoh apa aku nak sebenarnya, tak berkudis pun kalau aku tak jejaki dia. Boleh aje aku biarkan dia macam tak pernah wujud dalam dunia. Mungkin, dia masih dalam hidup dalam keadaan sama kalau tetap bertahan. Seksa diri nak raih perhatian orang yang tak hargai dia." Nada Syaf melirih, sebu untuk nyatakan lagi. Hanya linangan air mata tumpah membasahi pipi. Tak sanggup menoleh, dia hadapkan wajah ke sisi tingkap. Dia tahu, Ummar sudah kerling dirinya dari cermin kereta hadapan sejak tadi. Pandangan sinis bercampur sayu, dia nampak jelas sekali.

"So, what? Kau reti sangat ke ataupun kau lebih kurang dua kali lima aje sebenarnya?" sindir Ummar keras lagi tajam. Menyinis pada Syaf secara terang-terangan.

Syaf buang keluh. Lubang-libu hati, retak untuk menafi. Ya Tuhan, mengapa hamba keliru kini? Sudah pudar segala kekuatan, kian luluh saat kenangkan rontaan dan rayuan kesayangan. Terngiang-ngiang bicara isteri, memohon agar hentikan rancangan. Leraikan dia tanpa menyakiti, sehingga gadis awan tersebut pasrah sepenuhnya dengan titisan mutiara merentasi wajah mulus dan polos kecil itu. Dengung sumbang menyiat ngilu, merobek dan carik tanpa belas ihsan kerana celaru.

"Fine, memang salah aku. Aku cuba nafi perasaan aku, Mar. Aku suka dia. Aku sayang dia. Aku cinta dia. But, I hate her..."

Bawah bibir dikulum sekejap. Mata dikerdip sekali, pedih dek berburam dan menumpahkan isinya. Sejujurnya, air mata dia tiada lagi harga setelah dihancurkan hati wanita sebaik Anan. Entah bagaimana mahu jelaskan, tangisan yang sia-sia sedangkan berkali-kali Anan pohon penjelasan kepadanya.

"Rumit betul jadi manusia, sampaikan dia pun tak faham dirinya juga. Kembalilah balik pada Dia, Syaf. Cari petunjuk dan bantuan daripada Allah, Dia paling memahami. Dia pemegang hati-hati manusia dan lebih mengetahui sesuatu yang kau sendiri tak pernah tahu," nasihat Ummar di luar kewarasannya. Sungguh, buang tabiat gamaknya seorang Hirraz Ummar jadi begini.

"Aku tahu, aku tak baik mana. Takkan nak tunggu aku sempurna, ambang maut menjemput atau mereput jadi mayat, baru nak nasihat kau kan. Aku pun jahil, banyak dosa pikul sekali kat bahu. Apatah lagi kau, tanggungjawab kau sekarang bertambah dengan gelaran suami. Jangan sia-siakan, Syaf. Wanita sebaik isteri kau, nak cari kat mana lagi? Please, hargai dia macam nyawa kau sendiri walaupun aku pasti..."

Ummar hentikan bicara. Rasanya tidak perlu dilanjutkan lagi, Syaf lebih tahu keadaan gadis awan dia. Nafas dijujut dalam, kereta dipandu dalam keadaan sederhana perlahan. Usah kelam-kabut, untung keluar sekali kerana urusan kerja. Mamat sebelah di yang sibuk nak ikut, mengada masalah sendiri tak nak pula jahit lukanya dengan ikatan yang sedia halal.

"Dia akan sanggup gadaikan segalanya, termasuk nyawa sendiri demi orang tersayang," sambung Syaf, sebak. Ngilu mencengkam sanubari, dia tahu tetapi keputusan ini demi yang dicintai.

"Aku benci dia yang polos dan diam. Aku benci bila dia sengaja usik tarik perhatian aku. Aku benci air mata dia yang tumpah sebab mereka tak pernah menghargai. Aku benci dia yang memaafkan. Aku benci dia yang perlekehkan dan merendahkan diri sendiri. Aku benci dia cuba jadi terbaik untuk semua, korbankan cebisan hati yang sedia hancur. Aku benci dia tetap hulurkan pertolongan, sedangkan dia pula merana dalam kegelapan. Aku benci dia, Mar. Aku benci..." suara Syaf bergetar. Panjang lebar tutur kata, hanya merajah sebak hurungi dada. Jiwa goyah dimamah jerih. Dia punah saat lontarkan hamparan pembohongan kurang masuk akal dan aneh. Luluh.

"Yeah, teruskan sirami diri dengan penipuan... sampai satu saat, kau sendiri yang lelah untuk teruskan. Biarpun kebencian kau tu, ia sebab utama kau jatuh pada dia pada awalnya..." intonasi Ummar, rendah tapi lebih kepada menyindir sang rakan. Mata terbias tanda mengejek kala kilauan jernih tetap menitis dari celahan mata Syaf di sisi.

"I swear, I hate her damn much..."

Ummar pasang muka bosan. Bagai mencurah air ke daun keladi, harap berbekas pada hati. Secoet pun jadilah, kalau tak membazir bil air dia kali ni.

"Aku dengar, Syaf. Sungguh, aku masih diberi nikmat mendengar dan belum pekak lagi setakat ni. Daripada kau sibuk ulang benci tu, baik kau zikir. Dapatlah juga tambah amalan."

Noktah. Terputus begitu sahaja perbualan sehingga tiba ke destinasi yang ingin dituju.

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
180K 9.1K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
25K 1.3K 70
โ” #๐‡๐„๐‘ ๐•๐„๐๐†๐„๐€๐๐‚๐„. โด THE FIRST OF HER SERIES, #1 โต โ› Antara kita... Siapa lebih derita?โœ ๐‘ฌ๐’๐’—๐’Š๐’๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’“๐’Š๐’”๐’”๐’‚, dia protagonist dan...
218K 12.5K 57
โ†ณ *๐๐จ๐œ๐ญ๐จ๐ซ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐ฏ๐จ๐ฅ ๐Ÿ* เผ‰โ€งโ‚Šหšโœง Prinsip Puan Soraya hanyalah satu. Dia mahu melihat anak-anaknya bahagia tatkala mereka sudah berkahwi...