๐“๐ก๐ž ๐‹๐š๐ฌ๐ญ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐Ÿ–ค

By CameliaBatrisyix

230K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
The End โœ”๏ธ

Chapter 16

2.7K 83 1
By CameliaBatrisyix

You are the love that came without any warning, you had my heart before I could say no
- Luthfan Darren
____________________________________

"Ada apa-apa cadangan, Cik Maya?" Suara Tengku Darren itu membuatkan aku tersentak, bibir bawah digigit. Topik yang di bincangkan hari ini adalah berkenaan anniversary syarikat ini, tadi Raisha dah cadangkan untuk buat konsep Cinderella. Tengku Darren perlu berpakaian seperti seorang putera raja

Aku ukir senyuman. "Saya tak tahu macam mana nak terangkan, tapi jangan risau. Saya ada gambar" Ujar aku sambil tangan menekan skrin telefon, tak sampai seminit. Gambar itu sudah muncul di skrin telefon, aku menghulurkan pada Tengku Darren

"Konsep dia saya tak pasti, tapi saya rasa lebih baik kita buat majlis ni dekat mana mana resort yang berhampiran dengan pantai? Masa makan nanti, tetamu akan dapat rasa angin pantai dan boleh berjalan je kalau nak ambil gambar dekat kawasan pantai tu" Sambung aku lagi, Yana yang berada disebelah membuat thumbs up kepada aku sambil tersenyum

Ramai kepala yang terangguk-angguk seperti burung belatuk, mungkin turut bersetuju dengan cadangan aku tadi. Namun Tengku Darren masih lagi diam dan tidak memberi apa-apa reaction, dia hanya memerhati setiap inci gambar itu

Secara tiba-tiba ada tepukan daripada Tengku Darren, pada awalnya perlahan namun bertukar menjadi tepukan yang gemuruh. "Cadangan yang bagus, kita akan buat dekat LA Mawar's Resort dan pakaian yang kita akan pakai ialah warna putih. Tentang pakaian jangan bimbang, saya akan transfer RM 500 untuk setiap orang. Beli lah pakaian yang kau orang suka, janji warna dia putih" Lelaki itu ukir senyuman

Kedegaran ada yang bersorak gembira kerana dapat sponsore untuk pakaian, aku turut tersenyum. Yana menggoncangkan tubuhku perlahan, dia mendekatkan bibir ke telinga aku yang berlapikkan tudung

"LA Mawar's Resort tu bukan ke resort arwah mommy dia?" Bisiknya ditelinga aku, terdiam seketika. Dia? Siapa dia? Tengku Darren ke?

Aku menjongket bahu. "Mungkin? Sebab tak silap aku haritu Raisha ada bagitau yang nama mommy Tengku Darren tu Mawar, tapi tentang kematian... aku tak tahu. Mommy dia dah meninggal ke?" Soal aku hairan, Yana turut menjongket bahu dengan pertanyaan aku

Tumpuan kami kembali fokus kepada Tengku Darren yang sedang membentang sesuatu. "Jadi ada apa-apa pertanyaan sebelum kita akhiri mesyuarat ni?" Soalnya kepada semua pekerja, dengan serentak kami menggeleng menandakan tiada. Tolong lah hentikan mesyuarat ni, hampir tiga jam kami berada didalam bilik meeting. Mau cramp punggung aku ni kang

"Okey semua boleh sambung buat kerja masing-masing"

Baru sahaja aku ingin keluar daripada bilik mesyuarat, suara Tengku Darren kedengaran. "Maya tunggu sini" Sapaan lelaki itu membuatkan aku mengeluh perlahan, Yana tersengih nakal sebelum dia melambai kepada aku dengan gaya yang mengejek

Ish, benci!

Aku mendekati Tengku Darren yang sedang bersandar dimeja, mata lelaki itu menikam tepat pada wajah aku

"Boss nak coffee ke?" Aku bertanya hairan, dah kenapa panggil aku? Orang lain dah boleh buat kerja, kenapa aku masih kena tahan dengan dia? Ergh! Badan aku dah lenguh ni

Tengku Darren hanya diam, dia menatap aku dalam membuatkan aku hairan. Dah kenapa boss aku ni? Freeze ke? Tangan di lambai-lambai dihadapan wajahnya

"Hello?" Tegurku, kelihatan lelaki itu sedikit tersentak. Dia berdehem seketika sebelum melarikan pandangan kearah lain, aku tersenyum

Oh mengelamun!

"Nanti lunch dengan aku?" Tawaran lelaki itu membuatkan aku menahan tawa, apa yang dah hasut boss aku ni? "Kenapa dalam ramai-ramai pekerja, awak ajak saya untuk pergi makan tengahari?" Tanya aku dengan hairan

Dia berpeluk tubuh. "Ikut aku" Nadanya sedikit dingin membuatkan aku ketap gigi, salah cakap ke? Lelaki itu pergi meninggalkan aku

Tangan naik memukul kepala sendiri, ish ini semua kau punya pasal la Maya!

.

.

.

Bebola daging dipotong perlahan sebelum aku menyuakan kedalam mulut, digigit perlahan-lahan untuk menikmati daging yang lembut dan juicy itu. Tambahan pula dengan blackpepper sauce yang pekat tu, pergh!

Wajah Tengku Darren yang sedang memandang aku itu membuatkan kunyahan terhenti, bebola yang sudah di potong itu dicucuk dengan garpu lalu aku hulurkan kepadanya

"Awak nak?" Pelawa aku, bukan apa tapi muka dia nampak macam nak makan meatball aku aje. Lelaki itu menggeleng kepalanya, bahu dijongket lalu aku menyua kedalam mulut sendiri. Dah orang tak mahu, buat apa nak merayu. Kan?

Tengku Darren menyandarkan badannya ke kerusi. "Sebenarnya ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau" Kata Tengku Darren, aku memandang wajahnya. Kepala diangguk, menyuruh dia meneruskan kata

"Aku selesa dengan kau"

UHUK! UHUK!

Tangan kanan menepuk-nepuk dada yang terasa sakit, ya Allah tersedak aku di buatnya! Kelihatan bibir lelaki itu menarik senyuman, dia menghulurkan segelas air putih kepada aku. Air itu diteguk dengan rakus untuk menurunkan bebola daging yang tersangkut ditekak

"Maksud awak?" Tanya aku inginkan kepastian, hati secara tiba-tiba berdegup dengan laju. Tengku Darren berpeluk tubuh sambil tersenyum, aduhai cair lah tengok senyuman dia tu!

"Maksud aku, aku rasa selesa bila dengan kau. Selama ni aku susah untuk rasa selesa dengan mana-mana perempuan, tapi bila dengan kau. Aku rasa lain, kenapa eh?" Dia bertanya, jelas sekali wajah tampan lelaki itu kelihatan kehairanan

Aku hanya diam, bibir seolah-olah tak mampu untuk berbicara

"Kau jampi aku ke?"

"Hei! Mulut tu jaga sikit eh, tak ada masa lah saya nak jampi awak!" Marahku, terletus ketawa Tengku Darren melihat aku yang mula naik angin

"Okay I'm sorry, but honestly. You are the love that came without any warning, you had my heart before I could say no" Penuh romantik suara Tengku Darren saat ini, aku gigit bawah bibir. Jantung seolah-olah ingin keluar daripada tubuh, sesi luahkan perasaan ke apa ni?

"I won't forget the first time we met each other, that was unexpected start of you and me. Maya Darena" Tengku Darren ketawa, aku turut tersenyum

Benar, cara perkenalan kami memang diluar jangkaan. Aku terlanggar dia semasa sedang berjogging, air cappucino yang elok elok dalam cawan tiba-tiba berpindah ke baju mahalnya itu

"Saya pun selesa dengan awak, Tengku Darren. Tapi saya tak sedia" Ujarku dengan jujur, ya aku belum sedia untuk kenal lebih rapat dengan mana-mana lelaki. Sebab aku tahu, pada awalnya memang akan manis. Tapi macam mana pula dengan pengakhiran cerita? Tak semestinya akan berakhir dengan manis dan tak semestinya berakhir dengan pahit

Tengku Darren senyum lagi. "Aku faham, aku cuma luahkan apa yang aku rasa aje" Balasnya sambil mengangguk-angguk kepala, entah kenapa rasa comel

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 15/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Continue Reading

You'll Also Like

521 113 30
Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fotografinya. Tapi yang menjadi masalahnya...
476K 10.4K 25
When she transferred to Dauntless, she didn't plan to make friends or catch the eyes of a certain blue-eyed leader. Yet here we are. Disclaimer: I do...
290K 10.8K 35
EBOOK IS OUT ON Shopee! Adellia diupah menjadi isteri kepada Hazeman Iskandar yang lumpuh itu selama 3 bulan. selama 3 bulan itu dia perlu bikin lela...
3K 260 44
|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medinaโ• Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya...