Sidang Dewan part 3

By comradenami

14K 611 14

Sambungan dari part 1 dan 2 More

2020 part 1
2020 part 2
2020 part 3
2020 part 4
2020 part 5
2020 part 6
2020 part 7
2020 part 8
2020 part 9
2020 part 10
2020 part 11
2020 part 12
2020 part 14
2020 part 15
2020 part 16
2021 part 1
2021 part 2
2021 part 3
2021 part 4
2021 part 5
2021 part 6
2021 part 7
2021 part 8
2021 part 9
2021 part 10
2021 part 11
2021 part 12
2021 part 13
2021 part 14
2021 part 15
2021 part 16
2022 part 1
2022 part 2
2022 part 3
2022 part 4
2022 part 5
2022 part 6
2022 part 7
2022 part 8
2022 part 9
2022 part 10
2022 part 11
2022 part 12
2022 part 13
2022 part 14
2022 part 15
2022 part 16
2023 part 1
2023 part 2
2023 part 3
2023 part 4
2023 part 5
2023 part 6
2023 part 7
2023 part 8
2023 part 9
2023 part 10
2023 part 11
2023 part 12
2023 part 13
2023 part 14
2024 part 1
2024 part 2
2024 part 3
2024 part 4
2024 part 5
2024 part 6
2024 part 7
2024 part 8
2024 part 9
2024 part 10
2024 part 11
2024 part 12 (last episode)

2020 part 13

129 8 0
By comradenami

Marina hempas beg tangannya di depan meja Adilah.

"Apa masalah anak kau ni, sial? Main petik-petik pulak nama aku depan Tuan Pengerusi?" Marina memeluk tubuh, dan memandang muka Adilah.

Fazrul dan Jeneral Firdaus masuk ke dalam bilik soal siasat kemudian.

Adilah pandang mereka bertiga dengan mata yang tak faham apa-apa. Memang muka blur.

"Ada apa ni, Mar? Faz?"

"Anak kau petik nama aku pasal plan agen Mossad kau bunuh Ali tu! Kau yang rancang nak bunuh Ali kan? Takde kaitan dengan aku kan?" tanya Marina sambil genggam penumbuk depan muka Adilah.

"Takde kaitan dengan kau, takde kaitan dengan kau!" kata Adilah, ketakutan.

"Sekarang ni, anak kau dah langgar Marina. Jangan sebab dia bercinta dengan anak Tuan Pengerusi, dia nak cari pasal dengan kitorang!" kata Fazrul.

"Aku mintak maaf, Mar! Faz, akak mintak maaf! Jeneral Firdaus, ampunkan saya. Maafkan Mili, maafkan Alif! Tolonglah saya, maafkan saya!" suara Adilah terketar-ketar ketakutan.

"Kitorang ni, dah ba'iah dengan Ali. Mustahil kitorang ada kaitan dengan pembunuhan tu. Sekarang, anak kau ni, dah silap petik nama, beb," kata Fazrul sambil light rokok Lucky Strike depan Adilah.

"Anak kau buat cerita apa depan Tuan Pengerusi ni? Dia kata aku ada kaitan dengan kematian Ali. Sekarang, Tuan Pengerusi dah termakan racun dia. Sekarang ni, aku nak kau fikir macam mana nak aku balun anak kau ni?" Marina ketuk-ketuk meja di setiap penghujung ayat.

Adilah terkebil-kebil ketakutan setiap kali Marina tumbuk meja.

Jeneral Firdaus tarik kerusi.

"Memandangkan aku ni Presiden Republik sekarang, aku tak nak ada sebarang komen. Tapi aku nak kau tahu, yang anak kau dah langgar Marina. Marina ni Peguam Negara. Kau takkan suka buat musuh dengan Peguam Negara. Jangan cari pasal dengan Peguam Negara, lagi-lagi, ex RPM. Kau budak RPM kan? Kau tau kan dorang macam mana?"

Adilah mengangguk kepala.

"Tolong jangan apa-apakan anak aku, Mar!"
"Dia apprentice Tuan Pengerusi. Kena pulak girlfriend Jugra. Kau ingat kitorang boleh buat sesuka hati ke? Kitorang datang sini sebab kitorang nak sound kau, sebab anak kau biadab dengan kitorang. Tu je," kata Marina.

--

"Eiiii geramnya aku dengan Mosus Flatearther ni! Kejap, kau tunggu aku call Facebook Gelanggayu suruh ban mangkuk tingkat sekor ni!" jerit Merlina bila nampak video terbaru Mosus Flatearther yang mengatakan COVID-19 ini adalah konspirasi WHO untuk tutup masjid dan suruh orang untuk murtad beramai-ramai.

Azlan yang sedang tenang membaca buku tokoh ulama Imam al-Ghazali, mendengar Merlina sedang membebel-bebel tentang Mosus Flatearther.

"Lan, kau tengok mamat Mosus ni. Dia ni menyesatkan orang! Ada ke dia cakap kita ni kau sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara ni zalim terhadap Islam sebab suruh tutup masjid? Kau nampak tak mulut dia ni puaka?"

Azlan senyum.

"Bulan puasa macam ni, apa kata kau bertenang? Apa gunanya kau ambik kelas yoga kalau kau tak boleh nak kawal ketenangan kau?"
"Takde la, dah melampau dia ni."

Azlan taip pada ruang komen di FB Mosus Flatearther, dan kemudian tulis di status Facebooknya juga.

Azlan Niat : Pada tahun 2010, ketika negara ini diperintah oleh golongan sekular, saya adalah salah seorang yang menentang teori Darwin diajar di sekolah, dan berjuang mengembalikan matapelajaran agama Islam di sekolah. Dan sejak tamatnya perang saudara, saya bersama Ustaz Bakar bersama-sama membina institusi Islam di negara ini seperti Baitulmal, pembinaan masjid-masjid yang langsung tidak dibiayai kerajaan, serta membangunkan semula sistem perundangan Islam pada tahun 2014.

Mungkin saudara nak marah kerajaan mengapa arah tutup masjid. Buat pengetahuan saudara, yang beri arahan tutup masjid ialah Perdana Menteri atas nasihat KKG, kerana wabak ini telah merebak di luar kawalan.

Rasulullah bersabda, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” 

Kita sedar bahawa masjid adalah tempat ummah berkumpul, akan tetapi wabak yang sedang berleluasa ini memudaratkan lebih ramai orang.

Saya sendiri pun rindu untuk beribadah di masjid, mendengar kuliah atau bertemu dengan para jemaah. Namun kita sedang dalam peperangan dengan virus yang kita tidak dapat lihat ini. Sekarang ini keadaannya darurat.

Kalau tuan rasa penyakit ini adalah ciptaan Illuminati/Freemason/World Economic Forum/CIA/Mossad/dll, biarlah mereka yang menerima akibatnya kelak dari Allah swt.

Saya selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Gelanggayu agar sentiasa dilindungi dari musibah, dan jika saya berdosa kerana terlibat dalam arahan penutupan masjid ini, saya mohon ampun ke hadrat Allah swt.

Niat saya cuma satu, untuk memastikan COVID-19 ini tidak merebak sehingga menjatuhkan negara kita bersama. - AMN

--

Azlan

Jawapan aku terhadap Mosus Flatearther ni mudah sahaja. Islam ni tak semestinya kena duduk dalam masjid sahaja. Kalau dah wabak merata macam ni, kita tak nak nyawa umat Islam sendiri terancam.

Aku tau, menjawab di ruang Mosus Flatearther ni adalah perbuatan buang masa. Dan aku percaya golongan teori konspirasi ni memang ada yang menempelak aku berdasarkan apa yang aku cakapkan ni.

Agen Illuminati la, vaksin mikrocip la. Eh, aku dah tau pasal virus ni sejak 12 tahun lepas. Masa tu aku dengan Merlina belum kahwin lagi. Aku tau la virus ni kerja siapa, toksah nak palatao sangat.

Sure, aku boleh je minta Fazrul sebagai Menteri Dalam Negeri untuk call SB atau Sayap Hitam, tangkap mamat ni, lepas tu call Facebook Gelanggayu suruh ban page dia ni. Tak ada masalah.

Tapi aku ambik pendirian berhikmah. Aku tau kuasa ni tempting untuk musnahkan pengkritik kau.

Dalam Machiavelli pun ada masa kau kena guna brute force kau, tapi ada masa kau kena let go. Dalam tulisan buku sejarah Rom, Tacitus pun ada cakap tentang pemimpin yang menggunakan kebijaksanaan macam Augustus atau pemimpin yang guna emosi macam Nero.

Aku tak nak jadi macam Nero, mengamuk satu bandar Rom nak dibakarnya.

Ini yang aku ajar pada Mili hari tu. Seorang yang berkuasa macam aku, tak boleh menggunakan kuasa aku sewenang-wenangnya. Macam suka hati aku nak bebaskan mama dia atau nak tangkap orang macam Merlina nak aku buat untuk halang Mosus Flatearther ni.

Mosus Flatearther balas balik komen aku, dia kata bahawa aku ni cuma alat kepada WHO.

Aku cuma reply, "apa kata kita debat live di Facebook Live dan disiarkan di TV?"

Bila aku dah cakap macam tu, tau dia krik-krik, dan kemudiannya delete video tu. Sebab followers aku dah masuk dan start kena kecam.

Aku sebenarnya malas nak layan orang macam Mosus Flatearther ni. Bumi tetaplah akan oblate spheroid, walau macam mana sekalipun manusia nak percaya macam mana bentuknya. Tapi aku nak tunjuk pada Merlina macam mana kuasa digunakan.

Kau bayangkan, ahli geologi Islam bernama ibnu Hazm seawal kurun ke-11 dulu pun dah cakap bumi ni berbentuk bukan rata, tapi bulat, sfera, pada zaman keemasan tamadun Islam dahulu.

Sekarang ni zaman gelap Islam, maka aku mahu umat Islam keluar dari kegelapan ini dengan Renaissance. Renaissance hanya boleh dicapai dengan keterbukaan dan perdebatan, bukannya tangkap orang yang tak bersetuju dengan kita.

Ya, ada masa kita kena bertindak keras. Kau pun tahu berapa ramai yang aku bertindak keras. Golongan woke yang menyerang kerajaan aku ni, aku tangkap je masuk dalam ISA.

Sebab woke ni merosakkan struktur masyarakat. Flatearther ni terang-terang bodoh. Bodoh tapi tak ada niat jahat ni kenapa kita nak hukum. Woke lain, ini memang ada niat jahat nak runtuhkan institusi agama dengan fahaman songsang Herbert Marcuse tu.

Jadi sebagai Pengerusi aku kena buat timbang tara dengan adil. Wujudnya golongan flatearther dan antivax ini adalah kerana kekurangan dalam sistem pendidikan kita zaman dulu.

Zaman sekarang dah lain, generasi sekarang memang silibus pelajaran pun berbeza. Aku tengok Mosus Flatearther ni pun baya-baya Merlina, dah pasti dia bersekolah zaman Tun Azmi Ibrahim jadi PM dulu.

Walaupun Tun Azmi nak masyarakat pandai sains, tapi aku tak nampak langkah dan polisi dia berkesan pun.

Bagus juga aku nampak Mosus Flatearther ni. Nampaklah sistem pendidikan negara ni masih lemah untuk diperbaiki.

--

Bulan puasa semasa lockdown ni, aku banyak luangkan masa aku untuk berzikir, dan berdoa agar roh ayah, ayah mertua, dan isteri pertama aku, Mina, sahabat baikku Hafiz, dan abang tiri aku Ali dicucuri rahmat. Mastura pun, walaupun dia tak ada peranan yang signifikan dalam hidup aku, aku doakan agar dia dicucuri rahmat.

Aku sedar di sebalik jawatan Pengerusi yang berkuasa di seluruh negara ini, aku cuma insan kerdil di hadapan Allah swt.

COVID-19 membuatkan aku sedar bahawa jarak hidup dan mati kita macam isi dan kuku sahaja. Tersangatlah dekat.

Sambil aku bagi makan kucing, aku berzikir. Sambil aku siram pokok bunga, aku berzikir. Aku harap semua makhluk ini mendoakan aku agar aku selamat di alam baqa' nanti.

Aku sedar, zaman muda aku dulu penuh dengan dosa dan kekhilafan. Dan aku sedar aku pun bukan seorang yang sempurna. Jadi aku cuba tutup ketidaksempurnaan aku itu dengan zikir, dan solat sunat taubat, agar di akhirat nanti, aku dapat syafaat.

"Alaaaaa! Kalah lagi dengan awak! Macam mana awak boleh terror main chess ni!" jerit Mili depan Jugra.

"Arwah atok saya dulu juara chess Europe."
"Tapi saya rasa kan, Uncle Alan lagi hebat main catur."
"Ye ke? Tak pernah pun nampak piala ke apa."
"Awak ni, takkan tak tau. Ayah awak ni suka buang piala. Mak saya ada simpan piala dia."
"Mak awak ada simpan piala daddy?"
"Ya, piala pertandingan piano tahun 1976. Mula-mula masa saya terjumpa piala tu, saya tanya mama, mama tahu main piano ke? Mama cakap tu bukan piala dia, tapi tu piala Uncle Alan."
"Mama awak tu crush teruk la dengan daddy. Tahap kronik."
"Awak pernah tengok gambar daddy awak tak masa muda? Handsome gila!"
"Ada macam saya tak?"
"Tak, awak poyo!"

Aku boleh tak ingat piala aku menang pertandingan piano tu, rupanya Adilah yang simpan.

Masa tu arwah ayah baru meninggal, sebab aku kecewa sangat, aku nak ayah tengok aku main piano masa tu. Tapi dia dilanggar dan jatuh ke gaung.

Semuanya kerja Izham, Datuk Mohd Nor dan Wan Radzi.

--

Aku mengambil keputusan untuk berbuka puasa dengan Adilah di penjara. Masa aku datang ke kantin penjara tu, semua tahanan seperti terkejut orang macam aku sanggup datang ke tempat macam ni untuk makan bersama-sama dengan para banduan.

Apa yang para banduan ni tak tahu yang sebenarnya aku dah lama kerap datang melawat Adilah ke sini.

Aku melawat Adilah ni ada tujuannya, untuk aku dapat tahu banyak lagi perkara yang aku tak tahu. Memandangkan dia adalah anak kepada ketua Sayap Kuning, keturunan Wan Demang ni mestilah dah pegang rahsia sejak dahulu lagi.

Tapi untuk permulaan, aku tanya soalan ringan dulu sementara nak tunggu waktu berbuka puasa.

"Dila, aku nak tanya sesuatu boleh tak?"
"Tanyalah."
"Kenapa kau masih simpan lagi piala pertandingan piano yang aku menang tahun '76 tu?"
"Sebab dari dulu lagi aku cintakan kau. Kau tak tahu dari dulu lagi aku kejarkan kau. Aku ada semua album Digital Tribe, aku ikut semua perkembangan cerita pasal kau."
"Tu bukan cinta, Dila. Tu obses."
"Aku tak dapat bezakan antara dua tu."
"Kau nampak tak pokok bunga yang tengah kembang mekar kat pasu tu? Cantik, kan?"

Adilah mengangguk.

"Kalau kau cintakan pokok bunga tu, kau baja dia, kau siram dia, kau buang ulat yang cuba makan daun dia, agar dia berkembang mekar. Tapi kalau kau obses, kau cuma mau petik, dan bawanya ke bilik kau. Tak lama kemudian, dia pun layu."
"Kenapa kau tak pernah cintakan aku?"
"Entah. Aku percaya kepada proses."
"Berapa lama kau jatuh cinta dengan Natasha?"
"Nat? Aku rasa aku start kenal dia tahun 1980 sebab dia ni dulu jiran kepada Pengetua. Aku start rapat dengan dia tahun 1985, dan couple tahun 1986. Break up kali pertama 1992, kemudian tahun 1997 start contact balik, sampai lah tahun 2002."
"Mina?"
"Aku tak cintakan Mina dari awal sebab aku anggap dia macam adik aku. Dulu, masa arwah ayah tinggal di Jalan Cendana, dia masih lagi bayi dan aku dah tiga tahun. Sampai ke hari dia meninggal tu barulah aku sedar yang sepatutnya aku cintakan dia."
"Maafkan aku pasal tu, Azlan. Aku yang minta FSB bunuh dia sebab FSB marah pasal Mia mati kerana letupan bom tu."
"Benda dah lepas."
"Kau dengan Merlina ni?"
"Aku mula-mula kenal dia sebab dia kerja dekat tempat printing company ibu aku. At first aku ingat dia pekerja, tapi rupanya dia ni partner ibu aku. Ibu cakap, seawal 9 tahun lagi dia dah ada syarikat sendiri."
"Boleh ke macam tu?"
"Ibu tolong uruskan bagi pihak dia sampai umur dia 18 tahun."
"Bijaknya dia."
"Ya, dia memang bijak."

Azan maghrib berbunyi. Makanan yang disediakan oleh penjara serba sederhana, namun pada aku cukup menyelerakan.

Nasi putih lauk kari ikan sardin, sayur kobis dan kurma serta sepotong tembikai. Alhamdulillah.

--

"Aku nak tanya kau banyak perkara. Pertama sekali, kau tahu pasal estet keluarga al-Daulah bernilai $250 billion tu?" aku tanya Adilah.

"Asalnya $750 billion, tapi Norman bengap mismanaged duit tu. Antaranya kehilangan lesap wang forex bernilai $26 billion masa tahun 1992 dulu. Lepas tu dia banyak labur kat projek yang bukan-bukan, macam pembinaan Kota Warisan tu. Dan kemudian dia habiskan duit beli senjata untuk perang dengan Jeneral Yahya. Tapi bila Jeneral Yahya gulingkan dia dan tubuhkan republik, dia dapat tahu yang semua duit tu dah lesap. Dengan ibu kau sekali tak tahu mana duit tu menghilang."

Aku gelak je sebab aku tau mana duit tu berada sekarang.

"Kenapa kau gelak?" tanya Adilah.
"Duit tu ada pada aku sejak 2008. Sebelum kerajaan republik diasaskan, Sultan Norman dah transfer semuanya ke akaun Jugra."

Adilah tercengang, kemudian dia ketawa.

"Macam tu je kau game Jeneral Yahya, tok guru kau?"
"Ibu aku yang game pada dia, sebenarnya."
"Jadi, bila Jugra dah cukup umur, dia akan dapat duit tu?"
"Dia akan dapat duit tu bila aku dah tak ada nanti. Sebab tu aku sekarang ajar anak kau, Mili. Sebab dia bakal berkahwin dengan Jugra. Jadi, kalau kau nak buat move, aku beritahu kau awal-awal supaya kau jangan buat macam tu."
"Aku dah serik, Azlan. Aku dah tak ada siapa lagi kecuali anak aku. Semua orang buang aku."
"Termasuk Saiful?"
"Ya, termasuk dia. Tak ada siapa yang lawat aku ni kecuali kau dan Mili. Masa aku dah tak lama ni."
"Aku nak tanya, harta keluarga al-Daulah ni semua datang dari mana?"
"Panjang ceritanya, Lan. Tapi aku boleh start dengan cerita di Amerika pada tahun 1770an."
"War of Independence?"
"Gelanggayu adalah sebuah kerajaan yang kaya sejak dulu lagi, Lan. Sejak zaman Raja Gautama asaskan kerajaan di Wijayapura tahun 1000 dulu, pelbagai kerajaan cuba untuk menakluk negara ni. Chola cuba takluk tahun 1025, gagal Mongol cuba takluk tahun 1293, gagal. Majapahit serang tahun 1321, gagal. Suvarnabhumi serang dua kali, 1445 dan 1456, gagal. Portugis serang 1511, dipatahkan. Sepanyol serang 1578, dipatahkan. Belanda cuba takluk tiga kali, 1641, 1657, 1702, semua gagal. Masa perang Amerika 1775, bila George Washington nak tuntut merdeka, pun kita yang tolong."
"Ada kaitan dengan Gelanggayu? Tak ada tulis dalam buku sejarah pun?"
"British takkan nak cerita benda yang dia malu, Azlan."
"Malu?"
"Kau pun tahu British kalah dalam perang tu kan? Sampai merdekanya Amerika bila Perjanjian Paris 1783 tu. Dah tu macam mana British boleh bina empayar yang lebih besar lepas kehilangan tanah jajahan seluas Amerika?"

Mindblowing cerita Adilah ni.

"Nantilah aku cerita ya, Azlan. Sebab sebagai orang yang diramal sejak Sayyid Muluk, kau harus tahu cerita ni. Anggap sahajalah ini cara aku untuk sampaikan cinta aku pada kau, yang tak terbalas selama ni. Aku kena ikut solat tarawikh dengan banduan lain. Aku beransur dulu."

--

Adilah

Aku nak cakap tentang Mili depan Azlan, masa dia jumpa aku tadi. Tapi aku takut. Aku takut nak keruhkan keadaan. Cukuplah kekalutan yang aku cetuskan selama ini.

Marina tak terlibat langsung dengan hal ni, tapi dia terkena getah ni disebabkan dia kenal Avram Ben Samir ni. Avram Ben Samir ni adalah ketua operasi antarabangsa Mossad.

Yang kenal ni ialah Marina, tapi Avram ni misinya memang nak hapuskan Ali, sebab Ali tolong pejuang Hamas beri bekalan senjata masa perang Israel-Hezbollah kat Lebanon sekitar tahun 2006 dulu.

Lagipun organisasi Ali ni memang CIA, MI6, even unit counter terrorism NATO pun dah mark muka dia, sebab dia tolong set up Wagner Group, iaitu tentera upahan Rusia yang sedang bertempur di Ukraine sekarang.

Marina ni junior aku. Semua orang kenal dia masa sekolah dulu. Kaki pukul, kaki buli, kaki ragging. Dia memang sejenis perempuan alpha, macam aku masa aku sekolah dulu.

Dia memang jenis kombatif. Kalau orang terlanggar bumper kereta dia pun, dia nak ajak bertumbuk. Jenis gedebe.

Dia tak macam adik dia. Adik dia jenis kreatif-kreatif, jenis artistik dan tak campur orang.

Aku harap Marina tak apa-apakan Mili.

--

Fazrul pakai baju Jackass, seluar jeans dan kasut Converse. Marina pula pakai baju Alien Workshop, seluar jeans dan kasut Penguin.

Mereka berdua tunggu di bus stop, menunggu seorang peniaga char kuey teow.

"Kawan kau si Adli Margera ni boleh pakai ke?" tanya Marina kepada Fazrul.
"Ni Kecik yang rekemen. Kaki dajal paling power."
"Budak mana ni?"
"Alah, kau jangan banyak tanya la Mar. Yang penting kita kena ajar dulu Mili ni."

Seorang lelaki yang memakai baju band ska punk Majapahit, Tipe-X dengan seluar jeans koyak dan kasut Jack Purcell datang ke arah mereka berdua.

"Fazrul dengan Marina?"
"Adli Margera?"
"Fulamakatak! Baju Jackass doh! Mana kau dapat ni?"
"Bundle Padang Besar."
"Sampai ke Suvarnabhumi baju ni rupanya. Yang ni lagi best, baju Alien Workshop!"

"Eh, dah dah. Aku nak straight to the point. Sebelum Mili balik dari 2 Jalan Cendana, baik kita gi rumah nombor 6 tu cepat."

--

Adli, Fazrul dan Marina cekak pinggang di rumah nombor 6 yang kelihatan seperti bangunan lama yang agak terpinggir berbanding rumah-rumah lain di Jalan Cendana.

"Rumah ni vibe angker la. Meremang bulu roma aku," kata Adli Margera sambil memantau keliling rumah.

"Aku dengar rumah ni dulu tempat tentera Ryukyu seksa tahanan, rogol tahanan," kata Marina.

"Kau ada idea macam idea aku tak?" tiba-tiba Fazrul senyum.
"Idea apa?" tanya Adli Margera.
"Kita margerakan dia guna roh hantu tentera Ryukyu! Kacau rumah dia."
"Aduhhhh, kalau nak buat hantu tentera Ryukyu, kena tau cakap Ryukyu! Aku bahasa Ryukyu ni, aku tau ikeeeee ikeeeee jee! Tu pun aku belajar dengan Maria Ozawa!"
"Cissss! Dia tu dah la tau cakap bahasa Ryukyu," kata Marina cekak pinggang.

"Shit! Dia dah balik la pulak! Eh, dia dengan siapa pulak tu?" tanya Fazrul.
"Tengok bentuk badan macam Jugra?"

Mereka bertiga perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu belakang. Mereka nampak Mili bawak lelaki yang badannya macam Jugra tu masuk ke dalam bilik.

"Dorang tengah beromen ke?" tanya Adli Margera.
"Shhh!" Marina suruh senyap.

Belum apa-apa, Fazrul dah buka pintu belakang.

"Mana kau dapat kunci?" tanya Marina.
"Aku mintak kat Murad," jawab Fazrul.

Mereka masuk ke dalam rumah, kemudiannya duduk di tepi dapur.

"Sah, dorang beromen!"

Fazrul, Marina dan Adli Margera terus ke bilik Mili dan nampak Mili dan Jugra sedang bersenggama.

"Amar maaruf nahi mungkar!" jerit Fazrul sambil ketuk pintu. Menggelupur Jugra dan Mili bila mendengar suara Fazrul.

"Jugra, aku beritahu daddy karang. Baik kau bukak pintu ni, lekas," kata Marina.

Jugra buka pintu dalam keadaan ketakutan.

"Like mother like father betul korang ni," kata Marina.

Muka Mili merah padam. Jugra dah tutup muka.

"Serius la, Jugra. Takkan pahlawan pejuang Palestin buat kerja tak clean macam ni," kata Adli Margera.

"Apa...apa...apa bro Adli buat kat sini?" tanya Jugra terketar-ketar.
"Kau la! Bapak kau bulan puasa berzikir, bertadarus, kau pulak buat maksiat! Dah la musim pandemik!" Marina tengking Jugra.

Mili jadi takut bila pandang muka Marina mencekak pinggang. Marina bertindak ambik gambar mereka berdua dalam keadaan macam Edry dan Linda Rafar.

"Sekarang ni, gambar korang berdua ada pada phone aku. Jadi aku nak tanya, Mili, macam mana kau nak settle ni? Kalau kantoi kat Tuan Pengerusi pasal benda ni, apa kau nak jawab?" tanya Marina.

Mili terus diam dan rasa malu.

"Kau pakai baju, kita slow talk," kata Marina.

--

Muka Mili menjadi takut bila Marina merenung tajam ke arahnya.

"Kau ni bijak, Mili. Pelajar SPG terbaik di seluruh Gelanggayu tahun 2017. Pemenang surat Perdana Menteri. Sekolah Kolej Melayu Wijayapura. Kau apprentice Tuan Pengerusi. Tapi sayang, kau berlaga bahu dengan aku, dan kau cari pasal dengan aku."

"Tapi memang betul kan, Aunty Mar kenal pembunuh Ali tu?"
"Aku kenal ramai orang, Mili. Kalau aku cakap aku kenal George W Bush, adakah aku terlibat dalam jenayah perang kat Iraq? Aku memang la kenal Avram tu, tapi dia yang deal dengan mak kau, untuk bunuh Ali. Apa kait mengait dengan aku?" kata Marina.

Mili terkebil-kebil. Dia dah tahu dia salah langgar orang. Marina ni bukan calang-calang.

"Aku fikir kitorang nak dajal korang kaw-kaw tadi. Tu yang aku bawak Adli Margera ni. Tapi aku fikir Jugra ni je," kata Fazrul.

"Sekarang aku nak kau clearkan nama aku kat Tuan Pengerusi. Aku dan Fazrul dah ba'iah dengan dia. Aku dan Fazrul ni dah bersama dengan dia sejak awal lagi. Jangan salahgunakan hubungan kau dengan Jugra demi kepentingan kau, Mili," kata Marina.

"Kau jangan cari pasal dengan Peguam Negara. Banyak benda dia boleh korek kalau nak kenakan kau. Aku harap kau belajar dari kesilapan kau ni," kata Fazrul.

"Dah, jom gerak! Jugra, baik kau gerak cepat sebelum kantoi dengan Tuan Pengerusi," kata Marina.

Adli Margera tersengih-sengih bila pandang Jugra yang dalam keadaan kuyup bila lepas kena tangkap basah.

Sambil memandang Jugra, Adli Margera menjerit, "ikeeeeee....ikeeeeee!"

Continue Reading

You'll Also Like

44.2K 6.5K 63
စာရေးသူ - ယွီရှောက်လန်ရှန်း ဇာတ်ဆောင် - ရှန်ချန်းလင် x ချင်ရှောက်ယွီ - ယဲ့ကျင် x ရှန်ချန်းဖုန်း
6M 393K 74
Losing this war means captured by the enemy empire and considered as their prostitutes and servants. Dreaming that situation made my heart race even...
Beyond Times By Woody

Historical Fiction

100K 6.2K 57
-"And where do I reside?" -"You reside in my heart, Priye!" Two broken souls, who endured pain and loneliness all their life. Destiny united them and...
54.3K 5.4K 55
" The darkness closed in around him, like a shroud of silence. Veeranshu's eyes fluttered open, and he was met with an unfamiliar ceiling. Groggily...