Ziyad Hayder โœ”๏ธ

By _EISHA

998K 89K 14.1K

COMPLETED โœ”๏ธ BLURB โMaaf maaf, itu je yang kau tahu?โž - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama ka... More

๐“๐”๐€๐ ๐™๐ˆ๐˜๐€๐ƒ ๐‡๐€๐˜๐ƒ๐„๐‘
๐ ๐‘ ๐Ž ๐‹ ๐Ž ๐† ๐” ๐„
Chapter -1
Chapter -2
Chapter -3
Chapter -4
Chapter -5
Chapter -6
Chapter -7
Chapter -8
Chapter -9
Chapter -10
Chapter -11
Chapter -12
Chapter -13
Chapter -14
Chapter -15
Chapter -16
Chapter -17
Chapter -18
Chapter -19
Chapter -20
Chapter -21
Chapter -22
Chapter -23
Chapter -24
Chapter -25
Chapter -26
Chapter -27
Chapter -28
Chapter -29
Chapter -30
Chapter -31
Chapter -32
Chapter -33
Chapter -34
Chapter - 35
Chapter -36
Chapter -38
Chapter -39
Chapter -40
Chapter -41
Chapter -42
Chapter -43
Chapter -44
Chapter -45
Chapter -46
Chapter -47
Chapter -48
Chapter -49
Chapter -50
Chapter -51
Chapter -52
Chapter -53
Chapter -54
Chapter -55
Chapter -56
Chapter -57
Chapter -58
Chapter -59
Chapter -60
Chapter -61
Chapter -62
Chapter -63
Chapter -64
Chapter -65
Chapter -66
Chapter -67
Chapter -68
Chapter -69
Chapter -70
Epilog

Chapter -37

12.6K 1.1K 92
By _EISHA

SUDAH hampir tiga bulan mereka diarahkan untuk duduk di rumah dan tidak ke mana-mana oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Namun kini, pihak kerajaan sudah melonggarkan syarat-syaratnya dan membenarkan rakyat jelata di Malaysia untuk keluar tetapi perlu patuhi SOP yang sudah ditetapkan.

Dan untuk masa tiga bulan itu juga, Sarah sudah selamat menghabiskan pengajiannya dan kini dia sudah mendapat sijil izajah sarjana. Senyuman usah dikata, kalau boleh setiap hari nak senyum!

Dan dia juga sudah mampu untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Ziyad. Dahulu betapa berharapnya dia bahawa Ziyad akan kembali semula kepada dia namun dia silap, jejaka itu malah menghilangkan diri.

Sejambak bunga itu dihidu sedalam-dalamnya. Wangi! Bunga itu adalah pemberian daripada Isaac. Isaac tersenyum gembira apabila melihat Sarah gembira.

Meskipun semalam dia dibelasah oleh Ziyad kerana dia menyatakan bahawa dia sudah mula suka pada Sarah namun dia tetap juga gagahkan dirinya untuk menghadirkan dirinya pada hari konvokesyen Sarah.

"Senyum tu kalau boleh nak setiap hari." Tegur Isaac. Sarah memandang Isaac, "biarlah! I happy sebab I akhirnya akan jadi seorang peguam!"

"Tahniah princess. Jadilah peguam yang amanah dan jujur!" Isaac memberi semangat. Sarah gelak lalu dia menganggukkan kepalanya. Akur dengan nasihat Isaac.

"Papa dengan ibu mana?" Sarah terpusing-pusing mencari kelibat ibu dan ayahnya. "Mama?" Dia juga turut mencari mamanya. Namun, tiada.

"Isaac..." Mata Sarah sudah berkaca-kaca. Sedari tadi, hanya ada Isaac sahaja. Mana yang lain?

"Jangan nangis princess, tu papa dengan ibu awak." Isaac menunjuk ke arah pasangan yang jalan bergandingan.

Baru Sarah hendak menangis, terus tak jadi!

"Papa! Ibu!" Sarah berlari lalu mendapatkan kedua orang tuanya. Tubuh mereka di dakap erat.

"Sarah ingat papa dengan ibu tak datang.." Sarah menjuihkan bibirnya; merajuk. Dato' Hashim senyum manis lalu kepala Sarah diusap perlahan.

"Kejamlah papa kalau tak datang majlis konvo anak papa ni. Sorry lambat sikit sayang, flight papa dengan ibu tadi delayed. Nasib sempat sampai sini." Terang Dato' Hashim.

Datin Rosa menghulurkan sebuah beg kertas kepada Sarah, "Sarah, ni ibu ada belikan Sarah something sempena konvokesyen Sarah. Tahniah anak ibu." Ucap Datin Rosa.

Isaac berjalan mendekati mereka lalu dia bersalaman dengan Dato' Hashim. "Wah Dato'! Muka banyak happy, amacam honeymoon?" Usik Isaac. Keningnya dijungkit banyak kali.

"Mengadalah kamu. Saya ni pergi Samarkand sebab ada business meeting. Bukannya honeymoon pun, kan Rosa?" Datin Rosa mengangguk setuju.

Isaac senyum mengusik, "ya je... ni saya tengok dua-dua muka berseri-seri! Habislah awak princess, nanti ada adik lagi. Tak dapat dah panggilan anak manja papa!"

"Kakak!" Sarah terkejut apabila terasa bajunya ditarik oleh seseorang. Sarah menunduk memandang seorang kanak-kanak kecil yang berumur dalam lingkungan umur 6 tahun.

"Ya adik?"

"Ada orang bagi!" Budak kecil itu memberikan Sarah sebuah anak patung berwarna merah jambu. Sarah terkebil-kebil. Untuk dia?

"Untuk akak ke?" Budak kecil itu mengangguk. "Haah! Ada pakcik ni bagi! Pakcik tu hensem! Pakai cermin mata hitam dan anak dia pun hensem! Kita suka!"

Sarah diam seketika. Ziyad ke?

***

SARAH membelek anak patung beruang itu. Belek dan belek lagi dan dia mengharapkan bahawa dia akan terjumpa sebarang nota. Namun hampeh, tidak ada.

Seketika kemudian, Sarah terjumpa sesuatu. Zip! Zip di bahagian tepi anak patung beruang itu. Masuk akal atau tidak bahawa ada nota diselitkan di sebalik zip itu?

Dengan penuh rasa ingin tahu, Sarah menarik zip itu. Jari runcingnya diseluk masuk ke dalam patung beruang itu dan ya! Ada nota di dalam itu.

Dengan penuh rasa ingin tahu, Sarah membuka nota itu.

Congratulations, I'm so happy for you.
Do your best

Sarah sendiri tidak pasti ini pemberian dari siapa. Tak akan daripada Ziyad? Ziyad sudah lama menghilangkan diri dan dia sendiri sudah move on daripada Ziyad.

Tak akan Ziyad sanggup muncul kembali semata-mata hendak melihat dia konvokesyen? Dan selepas itu, hilang semula.

Kalau budak kecil itu kata, pakcik hensem, ada anak... confirm itu Ziyad! Siapa aje kenalan Sarah yang mempunyai anak? Atau lebih tepat, memegang status duda anak satu? Hanya Ziyad sahaja!

Kenapa Ziyad muncul kembali? Adakah jejaka itu sudah lupa apa yang telah dia buat tiga bulan yang lalu? Dia meninggalkan Sarah begitu sahaja! Membiarkan gadis itu menangis kerana ditinggalkan.

Ting!

Sarah kalihkan pandangannya memandang ke arah telefonnya. Argh! Siapa yang mesej malam-malam sebegini? Sarah mencapai telefonnya lalu dia membuka aplikasi Whatsapp.

Isaac Muslim

Princess!!!!!!!
Ayuh! Jgn lupa kita ada date!
Jomlah kita makan K-Fry, Dakgalbi, Kyochon
Saya dh dkt luar rumah, nk jumpa dato

Terbuntang mata Sarah. Gila ke Isaac ni? Nasib baru pukul 8 malam, masih dikira awal untuk keluar makan. Lalu, Sarah terus ke walk-in closet dan mencapai sehelai baju yang bersesuaian untuk dia keluar malam ini.

Yang menarik perhatian Sarah adalah sehelai blaus dan seluar palazo. Tudung pula hanyalah tudung pleated, malas nak gosok! Lagipun, Isaac sudah berada di rumahnya. Tidak mahu jejaka itu menunggu dia.

Beg tangan dicapai lalu barang keperluannya yang dia ternampak dan dia rasa dia perlu bawa diambil lalu disumbat ke dalam beg. Lalu dengan cepat dia keluar dari biliknya itu.

Tiba di tingkat bawah, kelihatan Isaac sedang bergelak ketawa bersama dengan Dato' Hashim. Dan di samping Isaac, terdapat seorang lelaki yang tidak dapat Sarah cam itu siapa.

"I'm done!" Bicara Sarah sekaligus hendak menarik perhatian para jejaka itu. Dato' Hashim, Isaac dan lelaki yang Sarah tidak kenal itu siapa terus menoleh. Dato' Hashim sudah semestinya tersenyum melihat anak gadisnya itu. Sejak Sarah bertudung, wajah Sarah tampak berseri-seri dan ceria! Malah, lebih anggun! Macam bidadari.

"Dato sure ni tak nak ikut kitaorang? Sarah seorang je perempuan ni. Kalau Dato ikut at least Sarah tak adalah janggal sangat and maybe manis sikit kot hehe." Isaac senyum manis.

"Kan awak cakap tadi nak bawa sorang lagi kawan perempuan. Lupa?" Dato' Hashim jungkit keningnya. Memandang Isaac dengan pandangan tertanya-tanya.

"Ouh haah! Baru teringat nak bawa Zayra. Okey lah bos. Sarah pun dah siap, kitaorang pun dah ready, nak gerak dah ni! Nak salam, nak minta restu." Isaac hulur tangannya pada Dato' Hashim.

Selesai sesi bersalaman, Isaac dan kawan lelakinya itu terus keluar dari rumah Sarah. Tingallah Sarah seorang diri di situ.

"Sarah, jaga diri. Papa tahu Sarah keluar sebab nak pergi makan je but still, take care princess." Ucap Dato' Hashim lalu dia mengusap ubun-ubun Sarah. Sarah hanya mengangguk faham dan gadis itu tidak membantah.

"Okey papa! You too! Jangan kunci rumah tau! Nanti Sarah tak boleh masuk."

"Papa akan tunggu Sarah sampai Sarah balik. Have fun with your friend especially Zayra."

***

SUASANA di dalam restoran K-Fry itu senyap sunyi. Sarah sesekali memandang ke arah lelaki yang berada di sebelah Isaac. Sedari tadi lelaki itu hanya diam membatu dan sedikit pun tidak mencelah perbualan di antara dia dan Isaac ketika di dalam kereta.

Zayra juga sama, hanya memilih untuk senyap.

"Err you guys ada any plan ke this weekend?" Sarah membuka bicara.

"Ouh weekend ni saya—" Belum sempat Isaac hendak menghabiskan kata-katanya, lelaki yang Sarah anggap kawan Isaac itu terus menyiku perut Isaac.

"Kau lupa ke kita dah ada game this weekend? Kau dengan kelas memanah kau lagi, nak main golf lagi. Kau ingat sempat nak berjalan?" Soal lelaki itu.

"Relax lah. Memanah berkuda tu aku boleh tunda kelas dia." Isaac senyum bersahaja. Pandangannya terarah kepada Sarah, "by the way, ada apa this weekend?" Soalnya.

"I ingat nak..."

"Sorry lambat." Ada satu suara mencelah.

To Be Continue

hellooo, ayuhlah kita bersemangat nak habiskan! Marilah vote 🤙🏻😎 dengan hasil vote dan komen anda, insyaAllah saya lebih bersemangat nak habiskan buku ini huehueh

MAAF KALAU STORY NI BOSAN 🙏🏻 I WILL TRY MY BEST TO SATISFY ALL OF YOU MY LOVELY READERS❤️

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 89.5K 93
P/s: Buku masih belum diedit . Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan harap dimaafkan . Mengisahkan Xmusic yang menjadi idaman wanita!Apabila semua...
374K 2.7K 9
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
2.2M 62.2K 58
๐“ผ๐“ฎ๐“ฌ๐“ธ๐“ท๐“ญ ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ธ๐“ฏ ๐““๐“ช๐“ท๐“ฒ๐“ฎ๐“ต ๐“ช๐“ท๐“ญ ๐“๐“ฎ๐“ฒ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐ŸŒบ Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
661K 38.2K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...