Babysitter

By yusahi

36 6 0

"Mana boleh tak apa, Kak Icha! Dia jatuhkan aiskrim Aina tau!" amuk Aina. Air matanya kembali mengalir. Lakon... More

Pengenalan

Babysitter

19 3 0
By yusahi

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah mereka berdua. Bunyi jeritan riang kanak-kanak menyapa semua telinga yang ada di situ. Ada juga yang turut menangis. Berebut alat permainan di sini barangkali.

Si gadis melihat jam yang ada di pergelangan tanggannya lalu menginjak punggungnya ke kiri. Memberi tempat duduk kepada jejaka yang baru tiba.

"Alamak!" Dia terjerit kecil.

Aiskrim di tangannya lantas dijilat laju. Cepat pula aiskrimnya ini mencair. Tak semena-mena, sehelai tisu dihulurkan padanya dari tepi. Dia memalingkan wajah.

"Terima kasih." Jejaka itu hanya mengangguk.

"Kak Alisya!" Gadis itu tersentak lantas mencari gerangan yang menyeru namanya. Suara itu kedengaran sangat dikenali di pendengarannya. Jejaka di sebelahnya juga tidak ketinggalan berbuat sebegitu.

Seorang kanak-kanak perempuan berlari ke arahnya sambil air mata yang meleleh di pipi. Juga dengan sisa aiskrim yang comot diwajahnya.

"Kenapa ni, Aina?" Cemas gadis yang dipanggil Alisya tadi bertanya. Sebelah tangannya mengesat air mata dan kekotoran yang tercalit di wajah kanak-kanak perempuan yang bernama Aina tadi manakala sebelah lagi memegang erat kon aiskrimnya yang entah pada bila-bila masa akan terjatuh menyembah bumi.

"Tu...!" Aina berpaling dan menudingkan telunjuknya ke arah seorang budak lelaki yang sedang tersenyum tidak bersalah di dalam gelongsor. Terus jejaka yang duduk di sebelah Alisya bangun. Dia menuju ke arah budak lelaki yang ditunjuk Aina tadi. Tangan budak lelaki itu ditarik lembut olehnya ke tempat dia duduk sebentar tadi.

Alisya yang tidak sempat bertindak melakukan apa-apa lagi sedikit ternganga mulutnya. Terpana.

Jejaka itu duduk bercangkung di sebelah Aina yang masih lagi mengesat air matanya.

"Siapa yang buat awak?" Perlahan dia menyoal.

Aina terus menuding semula ke arah budak lelaki yang ada di samping jejaka itu. Jejaka itu berpaling ke sebelah. Dia mengangkat kening.

"Aqil buat apa dekat dia?" Lembut dia bertanya tetapi tetap ada nada tegas di dalam itu. Tanda tidak gemar akan apa yang baru budak lelaki itu lakukan.

"Mana ada, Along..." Aqil meleretkan suaranya. Mata jejaka itu membeliak garang ke arah adiknya. Haih... itu yang dari awal lagi dia tidak mahu tunaikan permintaan budak kecil ini untuk ke taman permainan. Nakal! Degil!

Alisya yang sedari tadi senyap, mula bersuara. Tidak mahu suasana menjadi terlalu tegang. "Em, Aina, tak apa lah nanti..."

"Mana boleh tak apa, Kak Icha! Dia jatuhkan aiskrim Aina tau!" amuk Aina. Air matanya kembali mengalir.

Tangan Alisya naik ke kepala yang disarung tudung instant. Menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah. Apa pulak yang dia kena buat sekarang ni?

"Aina tak sempat pon makan aiskrim tu..." lirih kanak-kanak perempuan itu. Terus jejaka itu berpaling ke arah adiknya sekali lagi.

Matanya mencerlung tajam.

Habis bulu roma Aqil menegak semuanya. Seriau melihat abang sulungnya berperilaku sebegitu.

"Ya, memang Aqil yang buat. Sekarang, jom." Aqil mengaku selamba lantas menarik lengan Aina yang didaratkan di peha Alisya lalu kedua mereka berlalu pergi dari situ. Pantas.

"Aqil!" seru jejaka itu kuat seraya bangun dari duduk cangkungnya. Dia memandang Alisya yang masih terpinga-pinga duduk di atas kerusi pengunjung.

Ergh, siap kau nanti Aqil. Berang jejaka itu di dalam hatinya.

Dia menarik tali beg tangan Alisya sambil kepalanya menyenget sedikit tanda untuk mengikut jejak Aina dan adik lelakinya.

"Oh... Ouh. Jom." Drastik mulut Alisya memberi respons sebagai jawapan atas tindakan jejaka dihadapannya.

***

"Yang awak pergi menangis teruk sangat tadi tu kenapa?"

"Sorry lah. Saya terlebih pula..."

"Hmph. Baguslah. Nanti balik rumah mesti saya kena marah teruk punya." Dia mula meroyan. Kedua matanya ditutup. Tubuhnya disandarkan di badan kereta milik abangnya sambil tangannya masih berada di sisi. Sekarang, rasa takut yang mengambil alih tempat perasaan terujanya sebentar tadi.

"Eh, Aqil!" Dia menoleh. Oh, Aina.

"Awak datang taman ni dengan siapa?" Aina bertanya sambil tangannya mula mencapai lengan Aqil. Lokasi yang mahu dituju dari mula sudah kosong. Buaian tiada orang!

Aqil duduk di atas buaian. "Saya datang seorang. Saya kan kuat! Tak payah nak ada orang tolong temankan." Pandai Aqil menjawab.

Aina membuka raut muka tidak percaya. Terus Aqil tergelak melihat itu.

"Saya datang dengan abang saya lah. Tuu..." Tangannya dituju ke arah jejaka itu duduk. Aina seraya turun dari buaian. Dia berdiri dihadapan Aqil.

"Awak! Jom kita pergi makan KFC nak?" Tiba-tiba Aina mencadang. Aqil mengangkat keningnya.

"Tu... Itu kakak sepupu saya. Kak Icha." Aqil kembali memandang ke tempat yang sama dan memaling pula ke wajah Aina.

Jadi?

"Abang saya mesti tak bagi punya. Dia tu pelik."

Jeda.

"Tak apa! Saya tahu nak buat macam mana!" Aina mula berbisik.

Aqil menggeleng. "Saya tak nak buat yang pertama tu." Dia terus membantah.

Bagaimana dia mahu setuju dengan rancangan pertama Aina? Dia perlu comotkan wajah gadis didepannya ini dengan aiskrim vanila yang baru diletakkan di tangannya. Dan kemudian jatuhkan aiskrim itu di tanah!

Tidak akan dia lakukan itu! Dia tidak ada kekuatan untuk berbuat sesekejam itu.

"Alah, Aqil. Jom lah! Nanti kita boleh makan KFC kot." Aina cuba memanipulasi fikiran Aqil.

Aqil menyambung berfikir lagi tentang rancangan Aina yang seterusnya. Yang lain semua okey. Cuma yang pertama ini yang dia tidak boleh turutkan. Haih...

Melihat wajah Aina yang berharap, dia memutuskan.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat." Aina mengangguk.

"Kita pergi KFC dekat shopping mall yang dekat dengan sekolah kita tu."

"Okey. Deal!" ujar Aina sebaik sahaja ibu jari dia dan Aqil bertemu semasa berjanji.

Tulah, ikutkan lagi cadangan kawan rapatnya. Kononnya mahu makan KFC bersama. Apa yang boleh dia katakan lagi? Turutkan sajalah. Sudahnya, dia terperangkap dalam dilema yang dicipta sendiri.

Sudahlah dia terlupa memberi amaran awal-awal pada Aina bahawa abang sulungnya itu serupa harimau!

Aina mencuit sedikit bahu Aqil. "Aqil, diorang dah sampai!" ujar Aina teruja bercampur gelisah. Automatik, terus tercelik kedua kelopak mata Aqil. Dia hela nafas sebelum melangkah ke tepi kereta supaya abangnya boleh nampak di mana dia dan Aina berada.

Tepat pada itu juga, jejaka itu juga turut memandang ke arahnya. Aqil melambai tinggi tangannya ke atas udara. Jejaka itu mula berlari laju. Turut juga dibuntuti kakak sepupu Aina, Alisya.

"Aqil..." Aqil pasrah mendengar jejaka tinggi dihadapannya meleretkan suara. Ada maksud disebalik itu. Sebelum kemarahan abangnya meletus, baik dia mencelah terlebih dahulu!

"Ehem. Disebabkan Aqil tertolak Aina tadi, dan aiskrim dia terjatuh, Aqil cadangkan kita pergi kedai! Makan sama-sama. Abang belanja," laju Aqil berkata-kata.

Dia pandang wajah abangnya. Alis keningnya diangkat dua kali.

Mata jejaka itu masih memanah tajam mata adiknya. Perkataan yang sama menjelma di fikirannya. Masalah. Masalah. Masalah.

Tangannya naik meraup rambut. Langkahannya yang mahu dituju ke tempat Aqil terbelangkai apabila mendengar hilaian tawa kecil Alisya.

Semua mata berpaling kepadanya. Dia menunduk dihadapan Aqil. Rambut Aqil diusapnya kemudian dia memaling muka ke sebelah kiri Aqil. Tempat dimana Aina berada.

"Aina lapar ke?" Laju dia mengangguk.

"Aqil?" soalnya kepada Aqil pula.

Dia angguk sebelum membuka mulut. "Abang Aqil tak bagi Aqil makan apa pun. Tak macam Aina, ada kakak. Lepastu nak makan apa semua boleh," omelnya.

"Aqil!" Sekali lagi tingkah laku si jejaka terbatas apabila Alisya menghalang. Bagi Alisya, dia tahu tidak apa yang salah di sini. Melihat cara Aina dan Aqil bercakap tadi, dia sudah mendapat tahu yang kedua-dua kanak-kanak ini adalah kawan. Keakraban mereka. Lagipun, cara Aina meragam tadi pun, lain sungguh dari dia meragam di rumah.

"Awak tak nak pergi makan?" Si jejaka memalingkan muka arah bertentangan dengan Alisya. Tidak mahu bertentang mata. Amarah dengan adik bongsunya masih terpalit di hati. Walaupun ianya bukanlah sebesar mana. Tetapi itu yang dipentingkannya. Bukankah adab itu amat penting bagi kita sebagai umat manusia? Lebih lagi, Aqil yang berperilaku sebegitu. Masih kecil pula tu. Pemimpin dunia pada masa hadapan. Kalau adab tidak diterapkan di dalam diri dari sewaktu kecil, maka pada masa hadapan, makin bertambah buruklah tingkah laku mereka.

"Alah, Kak Icha. Jom aje pergi makan. Tinggal Along dekat sini." Si jejaka berpaling. Tahu yang adiknya sedang melakonkan drama.

"Jom! Tapi Kak Icha tak bawa kereta. Macam mana kita nak pergi makan?" tanya Aina pula dengan nada pilu. Lakonan mesti diteruskan walau apapun yang terjadi!

Alisya senyap.

Jejaka itu menghembuskan nafas lelah dan mengangkat kaki menuju ke keretanya. "Naiklah." Badannya ditundukkan. Ingin memasuki keretanya.

Terus mata Aina dan Aqil bersinar-sinar. Yes, plan yang seterusnya juga turut menjadi!

Belakang badan Alisya ditolak oleh Aina. Aqil pantas membuka daun pintu kereta bersebelahan pemandu. Alisya hanya memasuki tanpa kata tanya. Dia juga tidak mahu membantah cadangan Aina dan Aqil kerana perutnya juga tengah sibuk membuat konsert.

Selesai berbuat demikian, baru kedua kanak-kanak itu memasuki pula isi kereta.

"Nak makan apa ni?" Alisya memusingkan badannya. Senyuman tidak luntur dari wajah manisnya.

"KFC. Aina nak makan KFC!" Riang Aina mengutus.

"Awak busy tak?" Jejaka itu bertanya sebaik saja Alisya menatap ke depan semula.

"Oh, sebelum tu, Kak Icha. Nama abang Aqil, Naufal," pintas Aqil.

Naufal merengus. Tidak suka akan nama itu. "Raz..."

"Tak. Naufal je," sampuk Aqil lagi. Aina dan Alisya tergelak serentak. Drama antara abang dan adik.

"Saya tak busy." Naufal mengangguk kecil.

"KFC mana ni?"

Jeda.

Aqil dan Aina hanya senyap. Tidak menyampuk. Ini perbualan antara orang besar. Baik kali ini jangan menyampuk.

"Awak tahukan Sapphire Mall? Dekat situ ada KFC kan?" Alisya memandang Naufal pandangan berharap. Dari dulu lagi dia berharap untuk menjejakkan kaki di situ memandangkan dia bukan berasal dari negeri ini. Dia juga dapat mengira dengan jari, berapa kali dia telah sampai di negeri ini. Mana dia tidak mahu untuk ke pusat membeli belah besar itu? Pusat beli-belah itu sering menjadi bualan mulut orang ramai baru-baru ini. Tambahan lagi, dia berada di samping Aina saat ini disebabkan keluarga mereka baru mengadakan kenduri kesyukuran pada malam semalam.

Sekali lagi Naufal mengangguk.

Afiq dan Aina di belakang sudah bukan main. Hanya dapat menjerit seronok di dalam hati disebabkan pelan mereka kali ini berjalan mengikut yang dirancang tanpa mereka perlu membuka mulut dan mengeluarkan sebarang kata.

***

"Family feast yang 5 pack combo. Then tambah 2 air milo." Staf pekerja KFC yang mengambil pesanan Naufal menundukkan dan menaikkan kepalanya sedikit. Faham dengan pesanan yang dibuat Naufal.

Naufal memejam mata sesampai saja di meja mereka. Riuh sungguh meja mereka. Adiknya yang berada di sebelah ditengok. Kemudian dipandang pula Aina yang duduk berhadapan dengan Aqil. Dia tergelak sendiri. Terasa macam adiknya ada dua pula sekarang ini.

Klon. Dua-dua mulut murai.

Tiba saja matanya ke arah Alisya, dia dapat menangkap pergerakan mulut yang dibuat wanita itu. 'Maaf.'

Naufal senyum. Gelengan diberikan kepada Alisya.

***

"Dah kenyang kan?"

"Dah!!" Laju mulut Aina menjawab.

"Sekarang, jom kita pergi jalan-jalan!" sambung Aina lagi. Yeay, perut dah kenyang, dah ada tenaga nak jalan!

"Emm... Aina..." pintas Alisya apabila dia melihat raut wajah Naufal berubah. Teringin juga dia mahu bersiar-siar di dalam pusat beli-belah ini tapi terus ditepis segala rasa itu bila teringkatkan yang mereka bukan datang berdua.

"Alah, Abang Naufal... Jom!!" pujuk Aina seraya tangannya mula menarik tangan kekar milik Naufal mengikuti langkahnya. Naufal pasrah. Ah, sudah.

Aqil tergelak. Yeay, balik nanti kita cerita semua dekat mama!

***

Alisya berpaling melihat ke seat belakang. Comel betul Aqil dan Aina. Desis hatinya.

"Terima kasih awak." Naufal senyum sedikit.

"Emm, awak tak nak masuk dulu ke?" soalnya sebaik saja Naufal parkir kan kereta milikya dihadapan rumah keluarga Aina.

"Tak apalah," tolaknya.

"Eh, apa yang tak apanya? Masuklah kejap. Boleh tapau makanan sikit." Dia tatap wajah Alisya sekilas dan kemudiannya mengangguk. "Awak kejut Aqil sekejap. Biar saya angkat Aina masuk rumah." Kini giliran wanita itu pula yang mengangguk.

"Eh, ha ni Naufal ni. Segak betul. Ha, mai masuk." Naufal sudah serupa burung belatuk. Asyik mengangguk saja kerjanya selepas meletakkan Aina di atas sofa.

"Ha, lupa. Nama mak cik Amanda." Tangan Mak cik Amanda didekatkan di dada. Perkenalkan dirinya.

"Terima kasih mak cik."

"Takda pa aih..." balas Mak cik Amanda laju.

Bunyi jeritan telefon seseorang mematikan langkah mereka. Dia melihat sekilas skrin telefonnya lalu menyeset skrin hitam itu untuk menjawab panggilan telefon. Tangan diangkat kepada mereka semua, tanda untuk meminta diri sebentar. Kaki diangkat jauh sedikit dari mereka yang lain.

Dia senyap.

"Naufal bawak Aqil lah pergi taman. Kan dia asyik mengamuk dari pagi tadi nak pergi sana. Dah. Dia dah siap makan. Makan KFC lagi, ma. Ya, ma. Naufal tahu. Tak hilanglah anak mama sorang tu. Ya, okey. Waalaikumussalam." Selesai menjawab soalan-soalan pegawai polis bersara itu, aka mama kesayangannya. Dia melihat skrin telefon terlebih dahulu sebelum berjalan semula ke muka pintu.

"Mak cik. Saya minta maaf. Kena bawa Aqil balik dah ni. Mak saya dah bising dah tu, anak dia sorang ni hilang lama sangat," Naufal berseloroh. Habis satu ruang rumah dihiasi gelak sakan keluarga Aina.

"Hm. Kalau macam tu, tak apalah Naufal. Bawa kereta elok-elok." Naufal mengangguk sambil tersenyum. Aqil sudah siap sedia berdiri tegak disebelahnya sebaik saja dia berkata begitu. Sempat juga dia bertepuk bersama Aina yang masih mamai, baru bangun dari tidur dan menyalam orang dewasa yang ada di dalam rumah milik Mak Cik Amanda itu.

"Ha Icha. Tolong Mak Long iringkan Naufal dengan si Aqil ni dekat kereta. Mak Long nak kena pergi sambung tengokkan kambing dekat dapur tu. Kalau tinggalkan dekat Kak Amani kau tu, mau lunyai habis isi-isi kambing tu." Mak Cik Amanda berleter sambil kakinya menuju ke dapur milik rumahnya.

Alisya tergelak kecil. Aqil lantas menggapai tangan milik Alisya. Mereka jalan beriringan bersama. Membuntuti langkah Naufal dihadapan.

"Aqil, masuk dalam kereta dulu. Along nak cakap kejap," ujar Naufal sedikit perlahan. Aqil bingung. Namun semakin lama, senyuman diwajahnya terus terbentuk. Otaknya terus memproses ayat yang abang sulungnya baru katakan.

"Okey," jawabnya diturut juga disertakan dengan kenyitan sebelah matanya. Naufal hanya membiarkan. Kaki dituju ke tempat Alisya berdiri.

Alisya mengangkat mukanya. Wajah Naufal terngadah di ruang kornea matanya. "Kenapa?" Dia mula menyoal bila Naufal hanya senyap menutup mulut.

"Umur berapa?" Muka Alisya hairan.

"Apa? Saya ke?" Naufal sudah kerut dahi. Apa, ada orang lain ke dekat sini?

"...23?" Alisya lambat-lambat menjawab. Sebenarnya dia seriau juga mahu berlama-lamaan bertentangan mata dengan jejaka itu.

Naufal mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar lalu dihulurkan kepada Alisya.

Alisya tidak terus menyambut. "Apa ni?"

"Phone lah," jawab Naufal bersahaja.

"Ya, tu saya tahu lah. Masalahnya awak nak suruh saya buat apa dengan telefon awak ni?" Apa yang dikatakan gadis itu membuatkan Naufal pandang wajahnya raut tidak percaya. Nafasnya dihela.

"Nah. Letak nombor telefon. Esok saya nak belanja food panda. Nanti rider tu terus call awak." Cepat-cepat telefon itu beralih tangan. Alisya berhenti bergerak sekejap. Berapa saat berlalu, baru dia taipkan nombor telefonnya.

"Alisya." Lembut suara Naufal memanggil. Alisya seraya mengangkat kepala.

"Kalau saya minta tolong awak satu hari nanti, awak tolong saya tau." Naufal terus sambung jalan masuk ke dalam kereta. Alisya yang mahu membuka mulut terus mengunci mulutnya.

"Tentulah," gumamnya seorang diri.

Aqil menurunkan cermin kereta seraya melambai Alisya. "Bye! Jumpa lagi nanti, kak long!"

"Woi!" Aqil gelak mengekek sambil mata masih tak lepas lagi memandang tubuh Alisya yang sudah semakin jauh.

"Aqil. Dah, dah. Duduk, pakai seatbelt." Aqil menurut. Apapun, keselamatan perlu diutamakan dahulu, bukan?

Butang radio kereta ditekan beberapa kali. "Qil, tidur dulu. Dah sampai nanti Along kejutkan." Aqil langsung menutup kelopak matanya. Sudah puas bermain setengah hari bersama Aina, sekarang masa untuk rehat pula.

Naufal melayan diri, memandu sambil mendengar lagu yang didendangkan daripada radio. Stereng dipusingkan ke belah kiri.

BAM!

Drastik kereta Naufal berhenti daripada bergerak. Naufal lantas menghadang lengannya ke sebelah. Menghalang adiknya daripada terhantuk ke dashboard kereta. Usai melihat Aqil yang tiada sebarang kecederaan, dia mula melangkah turun dari kereta. Bahagian belakang keretanya dilihat geram.

Ah, bagus. Alhamdulillah.

Cermin belakang keretanya sudah retak. Body kereta pulak elok sudah kemek. Cermin belakang itu rupa bila-bila masa sahaja mahu pecah.

Kereta yang melanggar keretanya dipandang. Pemilik kereta itu keluar dari kenderaannya. Badannya terus menuduk 90 darjah. Mulutnya pula berulang-kali mengucapkan ayat maaf buat Naufal.

Naufal menghembuskan nafas penat. Gadis didepannya dilihat sekilas. "Kau tak apa-apa kan?" Dia menggeleng.

Kini Naufal pula yang menggeleng. Tetapi perlahan. "Kau masuk kereta kau dulu. Kita uruskan dekat tempat lain. Orang tak boleh nak lalu ni," Naufal memutuskan. Dia terus mengangguk laju.

"Berhenti dekat kawasan perumahan depan tu." Naufal berlalu masuk semula ke dalam kereta.

"Qil. Okay tak?"

"Hmm."

"Nanti balik kita makan aiskrim lagi sekali. Aqil tidur dulu." Kepala Aqil diusap perlahan lalu pemanduannya diteruskan ke tempat yang sudah dia tetapkan.

***

"Saya minta maaf sekali lagi, Encik. Ini memang salah saya. Saya mahu cepat sampai ke destinasi. I have an emergency right now," tutur gadis itu bersalah.

"I will pay all of it. Which one do you want? I follow you to the car workshop or I just give you the cash payment now? But I don't have a time to follow you go to the car workshop right now. Still, you don't have to worry. I have a cash on me right now. You can choose. Also..." Naufal memicit bahagian tepi dahinya selepas meminta gadis didepannya ini untuk berdiam diri seketika.

"I know you want to take the responsibility, but first thing first, did you really can't speak malay?" Dia bertanya dahulu. Susah pula kalau bercakap panjang lebar nanti, sudahnya satu pun gadis dihadapannnya ini tidak faham. Sekali lihat pun dia sudah tahu yang gadis dihadapannya ini adalah gadis kacukan.

"Don't worry. I can understand all the things that you said." Naufal mengangguk.

"You ada emergency kan sekarang?" Dia mengangguk lagi.

"You pergi dulu tempat mana yang you nak pergi tu. But, give me your business card." Dia terus memasuki kereta jenama Mercedes miliknya. Beg tangannya diselongkar laju. Yes, found it!

Dihulur terus kepada Naufal. "Okay, Thea. Ni saya punya. Kalau saya lambat call or chat you, you can do it first bila you dah free."

"Terima kasih sangat-sangat, Mr. Razin." Naufal hanya mengangguk. Buat kesekian kalinya.

What a full day, Naufal...

***

"Kenapa kereta tu, long."

"Baru lepas accident tadi, ma." Bermalasan dia menjawab.

"Along nak pergi rehat lepas letak Aqil dekat bilik. Ada apa-apa yang mama nak Along tolong ke, sebelum tu?"

"Tak ada. Naufal pergi rehat dulu." Baru dua anak tangga dia daki, mama menyeru namanya semula.

"Oh, lupa mama nak bagitahu. Angah dengan Achik dah balik." Mata Naufal membulat. Terus laju dia mengangkat kaki. Tubuh Aqil yang didukung, dipegang erat.

Pintu bilik miliknya ditendang. Ah, dia tidak kisah. Lagipun memang kunci pintu biliknya itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Nanti-nantilah dia baiki semula.

Adik lelakinya yang elok tidur terlentang di atas katil ditolaknya. Aqil diletakkan pula diatas katil itu.

"Aduh!"

"Eh Along!" Matanya terus cerah. Aqil yang merasa tidurnya terganggu seraya membaling bantal yang terdekat dengannya ke satu arah.

"Ish." Dia mendengus. Lepas kena sepak, kena lempar dengan barang pula. Terima kasih untuk hadiah yang paling indah ini, keluarga tersayangku.

"Along..."

"Tak ada. Kau jangan cakap apa-apa. Kau nak tidur ke, apa ke, buat dekat bilik lain. Aku nak rehat dekat sini." Naufal sudah dapat agak apa yang adiknya itu mahukan. Dasar ulat buku. Disebabkan bilik dia serupa laut buku, dia mari menyemakkan diri di dalam kamar Naufal. Bilik lain berlambak lagi, bilik satu ini juga yang dia mahu duduk.

"Kau jadi jantan sikit boleh tak, Raif. Kau tengok adik kau Rafa tu, elok je duduk seorang." Raif pandang Naufal sinis.

"Kau nak aku duduk sebilik dengan Rafa ke, long," bahas Raif. Macamlah abang sulungnya itu tidak tahu yang adik kembarnya itu juga iras sepertinya. Ulat buku pun ulat buku lah.

"Kau keluar je lah. Menyemak."

"Oh, kau balik US bila?" Raif mencebik bibir. Orang baru balik tak sampai sehari, dia sudah tanya bila dia mahu pulang ke sana semula.

"Minggu depan. Insya-Allah." Ramah Raif menyebut. Kakinya mula diangkat bila tangan Naufal sudah mengarahkannya untuk keluar dari bilik.

"Along, aku pinjam kereta tau!" Kunci kereta Naufal yang ada di atas meja terus dicapai. Naufal tidk hiraukan. Pandai-pandailah si Raif tu cari kereta lain nanti bila dia nampak rupa kereta dia dah serupa apa.

Kelopak mata Naufal yang baru dipejam beberapa saat lepas terbuka semula setelah mendengar aduhan jantan adik lelakinya. Sudah. Apa pulak ni.

Dia lihat Rafa meminta maaf berulang kali kepada Raif. Bahu Raif ditariknya ke bawah. Kemudian dahi Raif yang kelihatan sedikit memerah ditiup dan diusapnya.

Raif seraya tersenyum.

Naufal menarik bibirnya. Juga mengukirkan senyuman.

Rafa duduk di birai katil Naufal. "Uih, penat betul adik ni. Along paksa dia panjat pokok durian ke apa ni?" Kepala kecil milik Aqil dibelainya sayang.

Raif tergelak kuat dan terus melangkah keluar dari bilik. Nak pergi melencong guna kereta Along, mana tak seronok? Dia juga ketawa disebabkan air muka yang Naufal baru tunjukkan.

Naufal mengawal air mukanya. Ada pula orang yang tengah tidur itu yang dia tegur dahulu. Dia bangun dan duduk bersila. Belum sempat dia mahu berkata-kata, Rafa lebih pantas mencantasnya.

"Along. Bila Rafa nak ada Kak long ni?" Membulat mata Naufal.

"Kalau soalan tu yang kau nak tanya aku, baik kau keluar sekarang." Dia memberi ugutan. Rafa mencebik. "Alah, Along ni sama aje dari dulu."

"Emo!" katanya kuat. Biar abangnya tahu bagaimana dia sedang berperangai sekarang.

"Eh, eh budak ni." Rafa buat tidak kisah. Sempat dia meng-flip rambutnya sebelum mengangkat tubuh kecil Aqil. Mahu beransur dari bilik along emo-nya.

"Cis," dengus Naufal sendirian.

***

"Okey, ni rumah saya. Thanks Thea." Naufal cuba membuka pintu kereta. Tidak boleh.

"Thea, tolong buka lock pintu kereta you boleh tak? Saya nak keluar ni," ujar Naufal tegas. Thea seperti bingung.

"Emm, Razin. Betul ke ni rumah you?" tanya Thea. Curiga.

"Yes. Can you unlock this now?" Sekali lagi dia berkata. Tersekat-sekat tangan Thea dinaikkan. Akhirnya buka juga kunci pintu kereta itu. Naufal segera keluar dan terus disapa Raif yang baru keluar dari rumah.

"Uih keluar pergi baiki kereta ke pergi dating?" Laju Raif menyakat abangnya. Naufal menggeleng kepalanya. Apabila melihat Raif yang terdiam sejenak buatkan dia hairan. Dia melikan anak mata kea rah lirikan Raif.

"Kau kenapa..."

"Lah, Long. Thea ke yang langgar kereta kau?"

"Thea! Jom masuk!" ajak Raif kuat. Senyumannya lebar sampai ke telinga. Gembira betul. Naufal pula sudah bingung sampai ke tempat lain. Dia lihat Thea juga tersenyum manis. Pagar rumahnya dimasuki Thea.

Ah, sudah. Raif, kau jangan cakap...

***

Raif sedari tadi masih senyum sampai ke telinga. Mama juga begitu. Naufal sudah tepuk dahi. Seperti jangkaannya tadi.

"Mama, Raif ni memang selalu buat masalah. Lepastu Rafa yang cover tiap kali..." Sudah. Naufal sudah penat mahu dengar semua itu apabila mama memotong percakapan Rafa dan mengeluarkan hujah-hujahnya.

"Naufal, kesianlah dekat Athea ni. Ha, Thea. Kamu biar aje si Naufal ni bayar kereta dia tu. Dia ni bukannya tak berduit." Thea tersengih janggal. "Eh tak apa, mama. Kereta tu Thea yang buat. Salah Thea. Jadi, biar Thea yang bayar."

"Betul tu ma." Naufal tersentak. Aduh, terlepas pula. Habis semua gelakkannya. Dia bangun.

"Dah, kamu nak pergi ke mana pula ni, Naufal?"

Naufal jeling Raif sekilas. Eh, aku pula.

Ingat dia sorang aje ada bakal pengantin? Dah la satu hapak tak bagitahu aku. "Nak beritahu bakal tunang Along yang mama nak datang meminang lusa."

"Eh? Seriuslah Along?!" Rafa masih dengan perangai tak menyempatnya. Teruja betul.

"Aqil. Jom. Ikut Along." Aqil bersorak riang.

***

"Em, awak ni betul-betul ke ni?" Suaranya berbunyi seperti tidak berkenan.

"Emm..."

"Awak tak suka saya ke?" Riak wajah Naufal luntur. Laju Alisya menggeleng.

"Bukan. Tapi..." Naufal bangun dari kerusi. Alisya memegang dada. Terkejut dengan refleks Naufal.

"Maaf sebab saya datang tiba-tiba. Lupakan semua yang saya cakap tadi. Saya minta maaf sekali lagi." Dua batang kaki panjangnya terus mengorak langkah. Alisya masih dudk di situ. Mengeras.

"A... awak nak pergi mana?" Naufal menoleh dan tersenyum pedih. Biarlah dia beransur dahulu. Tidak sanggup dia mahu mendengar kata-kata tolakan dari mulut Alisya.

"Saya nak pergi ambil Aqil, lepastu saya terus gerak. Saya dah buang masa awak. Awak patutnya gerak balik kampung sekarang kan?" Alisya mengangguk. Selepas itu, Naufal terus mendekatkan dirinya ke tempat Alisya semula apabila melihat muka gadis itu memerah.

"Hei, kenapa ni?"

"Awak nak pergi macam tu aje ke?" Perlahan suaranya mengalunkan. Tangisan gadis itu makin didengari di telinga Naufal.

Naufal hanya senyap. "Kenapa awak boleh pergi macam tu aje? Awak ingat saya ni mainan ke? Ajak, lepastu tinggalkan saya macam tu aje?!" Serak suaranya.

"Saya..."

"Awak ingat ni lawak ke? Awak ingat saya ni budak-budak ke?" Suaranya antara keluar tidak keluar.

"Saya tahulah ini pun disebabkan adik awak tu nak bertunang jugak, tapi..." Naufal mengepal tangannya kemuadian melepaskan amarah mada meja di sebelah mereka berdua.

Ish, Aqil.

Tangannya naik meraup muka. "Okay, enough. I like you, okay. I like you, Alisya. I like you at the first sight. Masa dekat playground kelmarin. Saya malu. Malu nak beritahu semua ni. Kita baru kenal semalam, but then bila dengar adik saya dah satu langkah forward from me, I feel inspired. I know that I have to tell you this. Saya cari alasan lain untuk dapatkan awak." Sekali lagi dia meraup kasar rambutnya. Ah, serabut! Segan!

Kerusi dicari pantas. Mahu melabuhkan punggung dengan kadar segera. Penat tadi bermadah pujangga. Tidak pernah dia meluahkan kata-kata sebegitu.

Alisya tergelak manis. Naufal mengangkat muka. "Awak... gelak?"

"Aqil pernah cakap yang awak ni pelik. Sekarang, saya dah tahu mana yang pelik tu."

"Okey, saya terima awak. Datanglah kampung saya lusa ni." Alisya seraya menghadiahkan senyuman manis.

Lidah Naufal terkelu. "Awak terima saya? I thought you are going to dump me."

Alisya bangun seusai saja menyapu air matanya yang tersisa di wajah. Sambil melangkah, dia berkata, "Siapa suruh awak fikirkan apa jawapan yang saya akan bagi? Kan saya dah kata haritu, saya akan tolong awak."

Alisya tergelak sendiri. Entah apa yang akan diusik kepadanya jika keluarganya mendengar dia melontar ayat sebegitu.

"Kejap, Alisya! Tolong saya apa?" Naufal turut bangun. Jawapan Alisya masih lagi ditunggu-tunggukannya.

Gadis itu berhenti melangkah dan perlahan-lahan berpaling. Senyuman tak lekang lagi dari wajah jelitanya.

"Tolong untuk cintakan awak."

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 81K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] ❝𝙃𝙚'𝙨 𝙢𝙮 𝙆𝙞𝙣𝙜.❞ Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...
4.7M 108K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...
8.9K 591 15
[COMPLETE] 1st MILIK SERIES SERA SEROJA x EDRA EDHAN He fall first, but she fall harder 🫶🏻 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penuli...