The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

Versi Ustaz Naqib

2.2K 191 19
By akuorgbiasa

Telefon bimbit yang terletak di atas katil dicapai dan dimasukkan ke dalam tas tangan. Kemudian dia terus melangkah keluar daripada bilik.

"Abang, jom! Nanti lambat," ujarnya sambil membetulkan awning tudung bawal yang digayakan hari ini.

"Amboi, amboi, cantiknya dia! Nak pergi reunion ke, ke mana ni? Cik adik cuba attract attention siapa ni?"

Zahra mencebik. "Abang ni... Ke situ pulak..."

Naqib ketawa melihat reaksi sang isteri. "Jom!" Kunci kereta dicapai daripada tempatnya dan mereka beriringan keluar daripada rumah.

Malam ini, mereka suami-isteri bakal menghadiri majlis makan malam reunion bekas pelajar-pelajar Malaysia di Sydney.

"Dan kenapa pulak diam je ni?" Soal Naqib apabila isterinya itu diam seribu bahasa.

"Sebenarnya okey ke attire saya ni? Abang rasa over ke?"

Naqib kerut kening sejenak. Mata dikalih memandang Zahra dari atas ke bawah sebelum memandang jalan raya semula.

"Okey je. Kenapa?"

"Habis abang tadi cakap macam saya poyo je."

Naqib terkebil sejenak sebelum ketawa. "Ya rabbi. Abang gurau, habib. Saje usik habib."

"Betul? Abang... err... abang approve attire saya ni?"

"Kalau abang tak approve, dekat rumah tadi abang suruh tukar. Okey je. Cantik," jawab Naqib bersahaja.

"Cantik... err... cantik yang tabarruj ke, cantik biasa-biasa?" Soal Zahra lagi.

"Abang tak rasa tabarruj. Okey je. Menutup aurat, sopan, dan taklah terang benderang or elaborated sangat sampai menarik perhatian. Just nice. Suits my habib well."

Zahra tertunduk segan dipuji sang suami.

"Susah jadi orang perempuan, ya? Cantik salah, tak cantik salah. Dah cover aurat pun, kadang cantik sangat, dituduh tabarruj pulak," sambung Naqib.

"Tahu takpe. Struggle is real. Tu yang sampai kena pakai niqab tu. Nak cover kecantikan punya pasal," bebel Zahra

Naqib tertawa. "Habib nak pakai niqab?"

Zahra terdiam sejenak. Terkebil-kebil memandang Naqib yang sedang memandu.

"Err, ab.. abang nak saya pakai niqab ke?"

Naqib menoleh sejenak dan ukir senyum. "Abang tak ada preference. Habib nak pakai, abang support. Habib tak nak, abang alright je.."

Barulah Zahra senyum lega. Adoiyaii... Ingat dia nak suruh berpurdah pulak!

"Saya belum sedia. Niqab dan purdah ni mulia pada saya. The highest level. Pakaian para isteri dan anak Rasulullah. Saya... saya takut tak mampu bawa imej tu. Lagipun, saya rasa macam, saya ni taklah menarik perhatian sangat sampai kena cover dengan purdah. Kan?"

Naqib mengangguk. 

"Oh, maknanya abang rasa saya tak cantik, lah?" Laju soal Zahra melihat Naqib mengangguk tanpa ragu.

"Eh? Dari mana pulak datangnya kesimpulan tu?"

"Abang angguk tadi. Bila saya cakap saya ni tak cukup menarik perhatian. Tak cantik la, kan?"

Naqib tercengang sejenak, sebelum ketawa berdekah.

"Memang complicated makhluk Allah bernama wanita ni. Haih..." balas Naqib sambil menggeleng.

"Abang...." rengek Zahra

"Iya...." balas Naqib dengan lenggok yang sama.

Zahra akhirnya tersengih dan memukul lengan Naqib manja.

"Abang angguk tadi, sebab abang setuju with your statement, niqab ni pakaian isteri dan anak Rasulullah. Ada banyak hadis support. And, perubahan ke arah kebaikan, adalah lebih baik dibuat sedikit demi sedikit, tapi istiqamah. That is my stand lah."

"Except for benda yang diwajibkan syarak. Solat lima waktu, tak boleh lah nak buat subuh and maghrib je dulu sebab baru nak berubah. Solat yang sunat, bolehlah cuba buat sikit-sikit. Improve from time to time. Contoh lain menutup aurat. Tak bolehlah pakai tudung hari Jumaat je, sebab baru nak berubah."

Zahra terangguk-angguk mendengar tazkirah pendek suaminya itu.

"Agak-agak kenapa yang wajib kena terus buat?" Soal Naqib.

Entah kenapa Zahra terus terasa cuak mendapat soalan daripada sang suami.

"Sebab, wajib kan? Memang suruhan Allah. Kenalah buat."

"Yalah, kenapa tak boleh buat sikit-sikit? Minggu ni, aku solat dua waktu je dulu. Minggu depan, tambah 3 waktu."

"Hmm, entah. Dah memang perintah. Buat jelah. Allah suruh lima. Lima lah. Yang pandai-pandai nak diskaun dah kenapa?" jawab Zahra polos.

Naqib ketawa. Ditepuk peha Zahra sekali.

"Sebabnya, kita tak tahu bila kita mati, sayang... Dan semua perintah yang Allah wajibkan, akan dihisab dan kalau kita tak buat, teruk kita kat sana. So, kalau kita buat sikit-sikit, tiba-tiba belum sempat cukupkan 5 waktu sehari, dah gol. Hah, camana agaknya nasib kita?"

"Habislah. Telungkup!" Jawab Zahra semangat.

Naqib gelak lagi. "Benar sekali. Pandai."

"Yang paling penting, Fatimah Zahra abang ni cantik, manis, comel, adorable. Cantik menarik tertarik kau memang da bomb.."

Zahra kerut kening. "Eh? Apa kaitan?"

"Tu ayat ambik hati isteri... Sunat juga tu.."

Pecah ketawa Zahra. "Random betul ustaz Naqib ni..."

*********

Zahra berpelukan dengan rakan-rakannya di Sydney dulu.

"Rindunya weh!!" ujar Hasanah.

"Tulah. Zahra, sorry aku tak dapat datang reception kau. Tak dapat cuti. Tak boleh nak turun KL," kata Yaya pula.

Zahra sengih. "Tak apalah! Faham."

"Mana cik abang kau?" Soal Hasanah sambil mata melilau-lilau mencari kelibat Naqib.

"Ada tu ha. Dengan kawan-kawan dia."

"Lah, kata newly wed. Kenapa sorang sana, sorang sini. Tengok Aini dengan Piyon tu. Sana-sini berpegangan tangan," ujar Yaya.

Zahra ketawa. "Tu diorang. Biarlah."

"Elok pun macam ni. Menyampah aku tengok. Macam sengaja nak tunjuk mesra pulak dua ekor tu. Siap lap-lap kan muka. Kau dah kenapa..." sampuk Hasanah mengundang ketawa Zahra dan Yaya.

"Ke ustad tak romantik, Zahra? Dia tegas eh? Jenis ustad-ustad yang isteri kena ikut je cakap laki. Layan suami macam raja."

Zahra buntangkan mata.

"Amboi, berat tuduhan tu, babe. Kau pernah nampak ke ustad-ustad yang buat gitu?"

"Si Wahid tu du.."

"Eh, dah, dah! Syhhh...." belum sempat sahabatnya itu habiskan bicara, Zahra memotong.

Zahra geleng kepala. Senyum.

"Naqib okey je. Tapi kami selesa gini. Dia kan ada kawan-kawan yang dia nak mingle with, aku pun ada korang yang aku nak lepak. So, bawa haluan masing-masing. Rugilah kalau nak berkepit je. Bukan selalu boleh jumpa kawan-kawan lama."

Hasanah dan Yaya terangguk-angguk.

"Cool lah korang!"

Zahra sekadar sengih.

"Zahra, ustad tu camana orangnya? Dia skema tak? Dekat rumah dia buat apa? Memang mengaji je ke?"

Kali ini Zahra ketawa kuat sehingga terpaksa menekup mulut. Soalan Yaya itu buat Zahra geli hati teramat sangat.

"Apa benda korang ni? Astaga.. Kau ingat dia wali songo ke, mengaji je? Taklah.."

"Yalah. Dia kan macam, stok-stok alim gitu. Aku bayang, kalau ada masa lapang, mesti dia duduk dekat katil, baca tafsir Quran, atau baca buku agama. Pastu kau pun datang, bawa air, pastu kata, airnya, abang. Pastu dia pun, ya Fatimah, tahukah enti..."

Kali ini, Hasanah turut tumpang sekaki ketawa terbahak-bahak.

"Yaya, kau ni banyak sangat tengok drama la.." ujar Zahra mengesat air mata.

"Dah tu?"

"Tapi honestly kan, babe. Aku pun fikir benda sama gak," ujar Hasanah pula.

Zahra geleng kepala. Masih tertawa.

"Korang tak ingat ke masa dia ceramah dekat Sydney, dia petik lirik lagu Metallica, and sebut pasal filem Marvel?"

Hasanah dan Yaya berpandangan.

"Oh, ada, ada! Aku ingat!" Jawab Hasanah.

Yaya geleng kepala. "Aku memang tak pernah join pun ceramah-ceramah. Iman aku kan senipis bawang," selamba Yaya mengakui kelemahan diri.

Zahra tertawa dan menepuk lengan sahabatnya itu. Memang ya pun. Yang sorang ni, kalau majlis bersuka-ria, bersosial, laju. Ajak pergi dengar ceramah agama, banyak alasan. Tapi bukanlah tak baik. Yang wajib dia buat.

"Dia macam kita je korang. Biasa je. Hantu PUBG and ML tu. Sabtu malam Ahad, memang time dia depan PC dia main game. Lagu-lagu dia layan pun biasa je. But, tang baca buku tu, yes. Dia suka baca. Mungkin sebab tu dia banyak tahu. Baca Quran tu.., sepanjang aku dengan dia, belum pernah dia miss baca Quran. Hari-hari mesti baca. Kejap pun jadi. Sebab dia hafiz. Dia kata kalau dia lupa, dia rasa zalim pada al-Quran."

"Dia romantik tak, Zahra? Ke beku? Ke skema?"

"Hmm... romantik tu macam mana sebenarnya?"

Hasanah yang bertanya berdecit. "Dia tanya kita yang single poreber pulak, Ya!"

Yaya sengih. "Dia sweet tak? Selalu buat hati kau berbunga-bunga tak? Tu macam couple of the year tu, hah! Peluk-peluk. Lentok-lentok kepala. Cakap tu sambil pandang mata kau dengan pandangan cinta membara.. Sesekali usap rambut kau."

Menjeling ke arah Aini dan Piyon, pasangan alumni yang baru juga mendirikan rumah tangga. Memang jelas, mereka sedang bahagia. Bermanja dan bermesra di khalayak.

Entah kenapa Zahra malu sendiri. Lalu dia tertunduk dan tersenyum sendiri.

"Kalau itu benchmark, memang kami jauh ketinggalanlah. Memang taklah gitu.." balas Zahra.

"Tapi.... Naqib sweet dengan cara dia la. Memadailah aku cakap, aku selesa. Alhamdulillah. Jadilah kan..." sambungnya lagi.

"Kann... Aku setuju. Budak-budak tak matang je nak buat macam tu. Sempoi-sempoi sudah. Kadang-kadang yang mesra-mesra depan orang ni, dekat rumah buat hal masing-masing je. Tak lak mesra. Acah mak enon je depan orang. Nak tipu siapa pun tak tahu," ujar Yaya.

Zahra mengangguk dan senyum.

"Ecececeh... Tengok Zahra malu-malu tu. Maknanya Ustaz Naqib dekat rumah romantik, Yaya... Sweet depan Zahra je. Tak payah display to public."

Zahra terus tersipu. Dia tepuk perlahan lengan Hasanah yang mengusiknya.

"Ya ampun, neng.... Bestnya.... Nak cari gak satu macam tu. Dia ada adik lelaki or abang tak yang available?" Ujar Yaya pula.

"Sorry, babe. Dia anak lelaki tunggal. And he's not available. Taken. By me."

Yaya dan Hasanah ketawa. "Untung arr...."

Zahra menoleh memandang suaminya yang sedang khusyuk mendengar teman-teman berbicara.

Seperti berjanji, tiba-tiba Naqib juga menoleh memandangnya. Senyum.

Zahra turut senyum.

Naqib kenyit mata padanyasebelum dia berpaling semula ke depan.

Zahra tergelak kecil. Geleng kepala.

Cik abang kita tak show affections publicly. Tapi dia sweet dengan cara dia tersendiri.

Romantik versi Ustaz Naqib...

Dan tiap kali buat Fatimah Zahra punya hati dup-dap...

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...
3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
I Like You | ✔ By Hani

General Fiction

657K 30K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...
400K 23.4K 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tap...