beautiful chances.

By syyalm

522 69 3

﷽ Between the person you used to loves or the person who loves you, who you rather be with? | 2022 More

faya's universe.
01 | break-up.
02 | leave the past.
03 | jantung hati.
04 | we met again.
06 | speechless.
07 | hebat.

05 | dinner.

45 8 0
By syyalm

• segala kesalahan bahasa, mohon ditegur agar saya boleh membaiki cara penulisan saya dan sila juga menjaga tutur bahasa dalam ruangan komen, terima kasih.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Datin Fazryn menuruni anak tangga perlahan-lahan. Matanya melilau mencari kelibat anak lelakinya itu. Kemana lah Muhammad Fariz Aryan ini? Seminggu lesap terus.

Matanya menangkap sosok tubuh lelaki yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur bersama botol air ditangan.

"Muhammad Fariz Aryan bin Affendi,"

Mendengarkan itu, langkah Fariz terus terhenti. Kepalanya berpaling kearah mummy yang sedang bercekak pinggang. Tersengih dia. Belakang kepala yang tidak gatal dia garu.

"Good morning, mummy!" ujar Fariz tersengih.

"Good morning,"

Datin Fazryn merapati anaknya itu lalu matanya memandang atas bawah. Fariz masih tersengih janggal. Hehe.

"You look so beautiful today, Mummy! Cantik sangat, manis pula Fariz tengok! Cantik-cantik ni nak kemana? Hehe," puji Fariz bersungguh-sungguh. Mummy mengangguk seraya menjenggilkan matanya.

"Tak payah nak hehe hehe, Fariz Aryan. Where were you seminggu ni? Mummy tanya Reza, he told me that he don't know where you at. Mind to tell me where were you, my son?" Soal Mummy sambil berpeluk tubuh. Fariz memandang riak wajah mummy yang agak menakutkan itu lalu meneguk air liur.

"Aa.. aa.. tak.. takda mummy. Fariz tidur rumah ibu lagi. Urm.. Fariz memang nak bagitahu mummy semalam.. tapi.. tapi..." Fariz menggigit bibirnya. Mummy menjongketkan keningnya, "Tapi apa?"

"Fariz selalu terlupa....." perlahan sahaja suara Fariz. Dia menunduk sambil mengembungkan mulutnya. Mummy tak marah kan?

Keluhan oleh Mummy dilepaskan. "You know what? I'm so worried about you. Sampai Mummy tak boleh nak tidur. Mummy tak kisah Fariz nak tidur rumah ibu, nak teman ibu lama-lama, but atleast tell me, okay? Mummy tak marah, mummy risau,"

Fariz mengangguk tanda faham. Tangan berkedut mummy itu dia ambil lalu dikucupnya. "I'm sorry, Mummy. I won't do anything that will makes you worried anymore, okay?"

"Anything please tell me, okay my son?" ujar mummy lembut seraya mengusap rambut anaknya itu. Fariz tersenyum lalu mengangguk sebelum dia teringat sesuatu.

"Mummy. If you don't mind, this Friday, Fariz wants to bring someone to our house, have a dinner together, is that okay?" Soal Fariz dengan sebaris senyuman lembut. "Sure. Pukul berapa nanti bagitahu, mummy nak masak. Mummy nak ajak ibu dan Aidan dinner sekali,"

"Fariz memang ingat nak ajak ibu dengan abang. Thank you, mummy! Fariz dah lambat ni, nanti Reza membebel pula. Got to go, I love you so much," ujar Fariz mengambil tangan mummynya dan mengucup tangan itu lembut.

Mummy hanya tersenyum. "Take care okay?"

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Aidan senyum. Dia menilik penampilannya didalam cermin. Kemas berpakaian t-shirt biasa biru cair berserta seluar hitam. Rambutnya dibetulkan. Hatinya gembira. Telefon dan kunci keretanya diambil. Dompet dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Amboi anak ibu, segak-segak nak kemana, sayang?" Soal ibu lembut menyapa anak terunanya itu. Aidan berpaling.

"Nak keluar kejap, ibu. Ibu ada nak kirim apa-apa tak?"

"Tak ada. Kamu nak kemana? Dari dua hari lepas ibu tengok kamu ni pelik semacam," Soal ibu pelik. Perlahan kakinya mengejar langkah anak terunanya itu. Laju betul.

"Aidan nak kejar cinta Aidan. Ibu doakan anak ibu ini ya. Insha'Allah hati dia milik Aidan Fathi semula. Say 'fighting' , ibu!" Semangat tutur bicaranya. Tersenyum manis ibu dibuatnya. Mana tidaknya, sejak Aidan pulang ke tanah air, susah nak nampak dia senyum begini!

"Hah?"

"Tak ada apa lah, ibu. Ibu doakan Aidan okay?"

"Iya, ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu. Baik baik okay?"

"Nanti Aidan bawa ibu pergi dating tau,"

Ibu mengangguk dengan senyuman hangatnya.

"Aidan pergi dulu, ibu. Jangan nakal-nakal okay ibu? Nanti anak lelaki ibu ni balik, anak lelaki ibu ni masak untuk ibu," ujar Aidan dengan tawa kecilnya. Ibu juga tertawa kecil.

Aidan mengambil tangan wanita kesayangannya itu dan mengucupnya lembut. Pantas dirinya berlari anak ke keretanya dan masuk ke dalam perut kereta. Ibu dilambainya!

"Hati-hati, sayang! Jangan drive laju-laju."

"Iya Ibu!" Ibu setia memerhati kereta itu sebelum hilang dari pandangan dengan senyuman. Sejak beberapa hari ini, tak lekang senyuman Aidan. Semoga urusan anaknya dipermudah segalanya, semangat nyawa ibu!

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Ayesha menggulum senyuman manisnya selepas sahaja dia mematikan panggilannya dengan Fariz. Ada sahaja karenah lelaki itu yang membuatkan perutnya dipenuhi dengan kupu-kupu.

Biasanya pukul 8 pagi begini, Fariz sudahpun bertolak ke galeri. Dia sentiasa menghubungi Ayesha untuk melaporkan hariannya. Sebentar tadi baru sahaja lelaki itu bilang bahawa dia tiada selera untuk sarapan kerana tiada Ayesha. Mengada!

"Welcome to SisaRasa Cafe,"

Mendengarkan itu Ayesha mengangkat kepalanya dengan senyuman. Namun terus ia luntur kerana terkejut dengan kehadiran seseorang yang tak disangka. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu.

"Hi," Sapa seseorang itu dengan suara mesranya. Mata lelaki itu menyepet tatkala dua ulas bibirnya mengukir senyuman. Ayesha berdehem. Dia mengukir senyuman paksa. Kenapa muncul semula, Aidan?

"Take away or?"

"Saya nak makan sini,"

"Rania, ambil order customer ni," Laung Ayesha sedikit kuat. Rania yang ralit berbual dengan Akmal itu terus bergegas membersihkan tangannya dan mara ke arah Aidan.

"Tapi saya nak awak yang ambil order saya, cik Deeya Ayesha,"  Ujar Aidan selamba. Senyumannya tak lekang daripada bibir. Ayesha menglepaskan keluhan berat bersama senyuman paksanya. Rania yang mengerti apa yang terjadi terus mengundurkan dirinya.

Tablet dan menu dicapai Ayesha. Kaki panjang bak modelnya itu menapak kearah meja yang menjadi kegemaran Aidan yang berada disudut kafe. Wajah lelaki dihadapannya ini ditatap malas.

Nak apa lah dia ni sebenarnya, nak balas dendam kes tempoh hari ke?

"Nak order apa?" Soal Ayesha menunduk. Malas betul nak memandang customer yang berada dihadapannya kini.

"Selalunya, kalau ambil order, kena pandang pelanggan kan? Cuba pandang saya. Tablet kat tangan awak lebih hensem daripada saya ke?" Ujar Aidan bersama senyuman mengusiknya.

"Iya."

"Apa yang iya?"

"Tablet kat tangan saya ni lebih hensem daripada encik. Nak order apa ya?"

"Bukan ke saya punya kehenseman kalah dengan Syafiq Kyle? Dulu awak selalu cakap macam itu," Ujar Aidan, mengenang segala memorinya bersama gadis yang berjaya mengunci rapat pintu hatinya buat orang lain.

"Sebenarnya Syafiq Kyle itu lagi hensem daripada awak. Dulu itu saya menipu je, nak jaga hati awak. Nak order apa?"

Aidan tersenyum. "Yeke? Bukan tadi awak kata tablet dekat tangan awak lagi hensem ke?" Soal lelaki itu sambil menongkat dagu. Memandang wajah cantik Ayesha.

"Berhenti merepek boleh tak? Orderlah cepat. Awak ingat masa saya ini, nak layan awak sahaja ke?"

"Dulu boleh je merepek," tutur Aidan perlahan.

"Itu dulu. Awak boleh tak jangan nak sama kan dulu dengan sekarang? Tengok menu, order apa yang awak nak order. Selesai makan, bayar. Selepas sahaja bayar, awak boleh keluar daripada kafe ini,"

"Kalau taknak keluar?" Soal Aidan.

"Saya berhenti kerja,"

"Okey, no. Nanti jenuh saya nak cari awak semula," Aidan senyum. "Urm.. saya nak order semua desserts yang kafe ini ada,"

"Air?"

"Iced cappucino and mineral water,"

"That's all?"

"Yup that's all. Boleh saya request sesuatu?"

"Nak request apa, encik Aidan?"

"Saya nak awak yang buat semuanya. Thank you Miss Deeya Ayesha for the excellent service," ujar Aidan selamba dengan senyumannya. Ayesha mengetap giginya geram lalu menghela nafasnya. Dia hanya mampu menghadiahkan lelaki itu senyuman paksa.

Sabar Ayesha, sabar. Dengan geram Ayesha melangkah masuk ke ruangan dapur. Akmal dan Rania yang menonton situasi tersebut hanya memandang sesama sendiri.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Malam pula menjelma, Fariz kini sedang memandu menuju ke kafe kekasihnya. Letih sangat hari ini. Hari ini dia kena hadap beberapa customer yang agak mencabar kesabaran. Nasib semuanya okey sahaja.

Nafas berat dihela. Tangannya naik untuk mengurut sedikit lehernya. Penat. Deringan telefon yang memenuhi ruangan keretanya itu dia lihat sebelum mengangkatnya. Bakal abang Ipar dia rupanya.

📞📞📞

"Assalamulaikum, Fariz,"

"Waalaikumussalam, abang ipar,"

"Banyaklah kau abang ipar. Kau dah ambil adik aku ke belum?"

Fariz yang mendengar balasan Amsyar didalam talian itu tertawa kecil.

"Gelak pulak kau, dah ambil ke belum?" Garang intonasi Amsyar. Kecut perut Fariz seketika.

"On my way to pick her up. Kenapa Syar?"

"Aku takut kau lupa. Adik aku kata kau sibuk sikit kebelakangan ini kan? Ramai orang nak beli lukisan kau dengan Reza katanya,"

"Alhamdulillah masyuk sikit bulan ni,"

"Hahaha, alhamdulillah. Elok-elok okay,"

"Aww, caringnya Amsyar ni. Risau kat aku ya?"

"Eeeee takdanya. Jangan bawa adik aku merata. Aku cari kau sampai lubang cacing nanti, Riz,"

"Hahaha, jangan risaulah. Aku akan pastikan Ayesha sentiasa selamat. Aku kan ada. Eh, aku dah sampai kafe ni. Nanti apa-apa aku call kau, Syar," ujar Fariz sebelum mematikan panggilan. Pantas dia melangkah keluar daripada perut kereta. Pintu kereta ditutup sebelum Fariz bertindak mengunci keretanya.

Matanya menangkap sosok tubuh gadisnya sedang mengemop lantai bersama beberapa orang pekerja lagi sedang membersihkan kafe. Dia menapak masuk kedalam kafe dan terus menuju kearah Ayesha.

Batang mop ditangan Ayesha itu dia ambil perlahan. "Biar aku buat," ujar Fariz sebelum sambung mengemop lantai. Ayesha tersenyum lalu dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.

"Terima kasih," ucap Ayesha lembut. Fariz menoleh kearah kekasihnya lalu berkata "sama-sama, sayang," dengan sebaris senyumannya.

"Ramai customer harini, sayang?" soal lelaki itu lembut.

"Ramai sangat sampai tak cukup tangan. Letih sangat hari ini," balas Ayesha seraya menongkat kepalanya. Matanya memerhati kekasihnnya yang mengemop lantai tersebut. Mop lantai pun hensem.

"Ala, kesiannya girlfriend aku ni. After this, aku bawa kesayangan aku ni pergi makan sushi okay? On tak on?" Fariz tersenyum sebelum sebakkan rambutnya kebelakang.

"ON!" Teruja Ayesha dibuatnya. Tahu tahu je tengah craving!

Makin mekar senyuman Fariz. Keletihan dia terus hilang usai melihat senyuman Ayesha. Sejuk hatinya melihat. Tak sabar nak bawa jumpa mummy!

"Oh ni, sayang. Lupa nak cakap, this Friday jadi tau! Aku dah bagitahu mummy tau. I will pick you up, okay?" ujar Fariz menatap wajah kekasihnya itu.

"Alright. Tapi pukul berapa?"

"Selepas kerja. Waktu macam ni. Cun tak?"

"Cun. Tapi.." Ayesha menghentikan katanya. Fariz yang masih mengemop lantai itu turut menghentikan perbuatannya. "Tapi apa, sayang?"

"About our 'gelaran' to each other. Takkan nak kau aku depan mummy?"

"It's okay. Takda apa pun. Aku ikut je mana-mana. Nak saya awak, boleh. Nak kau aku, boleh. Even aku awkward sikit nak ber'kau aku', tapi sebab kau, aku okay je. Janji sayang selesa. Kau pilih. Which one?"

"Urm.. what about saya awak?"

"Sayang selesa?"

"Tak salah mencuba, kan?"

Fariz mengangguk lalu mengukir sebaris senyuman. Ayesha juga tersenyum. Sejak bersama dengan Fariz, Ayesha ada beritahu Fariz bahawa dia tidak mahu menggunakan gelaran 'saya awak'.

Tetapi sebaliknya Ayesha mahukan gelaran, 'kau aku'. Katanya tidak selesa. Fariz tiada masalah. Jadi, Fariz menurut sahaja segala kemahuan Ayesha. Asalkan gadis itu selesa sepanjang bersama dengannya.

write on ; 20 of July 2022.

[ jangan lupa vote dan tinggalkan comment tau, thank you! 🖇️🌷 ]

Continue Reading

You'll Also Like

229K 7.2K 17
Hidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis...
44.7K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...
68.2K 5.9K 12
Tuhan...benar aku cinta dia, sampai mati. A sad romance by -Akyelrahim-
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...