The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

Throwback: Dee...ar

1.9K 175 31
By akuorgbiasa

Salam and hello all,

A lil throwback. Hehe.. Kisah An dan Dira ni pernah ada di sini dulu. Tapi kita dah turunkan for some reason. InshaaAllah, ada plan nak publish. Tapi bukan dalam masa terdekat. Prosesnya lama.. Memang kaw-kaw kena edit sebab immature sangat penulisan masa tu. Haha..

So, enjoy.. Happy weekend!

*****************************

Dira bersandar di kepala katil hospital itu. 

Boringggg!!!!!!!!!!!!

Siaran tv ditukar satu persatu. Semuanya bosan.

Dah lah telefon tak ada. Kuangjaq betul lah peragut ni! Sia-sia je korang beriya meragut aku. Dalam tu cuma ada telefon bimbit lamanya, beg kecik yang berisi duit RM5.60, baki duit selepas makan tengahari semalam, dan nota yang dia catat semasa kelas hari itu.

Memang dah jadi tabiat, Dira tak suka membawa beg dompetnya ke kelas dek pernah tercicir dulu ketika di asasi. 

Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Kakak yang menemankannya hari ini turun ke kafeteria. Makan.

An ni memang tak nak melawat aku ke? Tak ada rasa belas kasihan ke apa ke dekat aku ni? Kalau bukan sebab dia, tak adanya aku nak pergi Taman Tasik tu tengah-tengah hari buta sampai kena ragut gini...

Dasar stone cold!

Rasa sayu pula tiba-tiba. Dira mengeluh. Hish, dah, dah! Jangan fikir!

Tok! Tok! Pintu diketuk. Tak lama pintu terkuak, dan seorang jururawat di muka pintu membawa raga berisi puluhan bunga ros merah.

"Ada orang hantar ke kaunter tadi. Untuk Cik Nadirah," ujar jururawat itu lalu meletakkan raga itu ke atas kerusi.

Dira garu dahi yang berbalut.

"Siapa?"

"Tak pasti. Nanti ceklah. Macam ada card tu. Sekarang ni, saya nak cek tekanan darah dan suhu sekejap, boleh?"

Dira hanya mengangguk dan membiarkan jururawat itu menyelesaikan tugasannya. Sesekali mata memandang jambangan bunga itu. Jauh di sudut hati, dia dapat mengagak pengirimnya. 

Siapa je yang tahu dia berada di hospital? Takkan abang! Bapak geli abang bagi bunga pulak!

An lah, kan?

Dira tersenyum sendiri. Boleh bayang muka An berkerut dahi memilih dan memesan bunga. Mesti dia cakap dekat tokey tu, "Ambik je lah mana-mana. Asalkan bunga..."

"Amboi, tersenyum-senyum dapat bunga. Boyfriend bagi la tu kut!" usik jururawat yang sedang mengemaskan alatan usai mengambil tekanan darah Dira.

Dira tersipu sendiri. 

"BP okey, suhu pun okey. Tak ada demam," beritahu jururawat itu sebelum berlalu keluar.

Dira terus mencapai sampul merah jambu yang terselit di tepi bakul itu. Sepucuk surat. Entah kenapa, hati Dira berdebar-debar mengeluarkan surat itu dari sampulnya.

Dan lembaran kertas itu dibuka.

Assalamualaikum,

''''''''''''''''""""""

Hari sebelumnya,

An termenung di meja belajarnya. Jam dah pun menginjak 1230 malam. Sekembalinya daripada merokok dan bersembang dengan Kimi tadi, dia balik ke bilik dan mendapati ada mesej baru yang diterimanya.

Una: an, aku dah tanya syirah. Dia kata Dira dah sedar. Alhamdulillah. Tak ada apa. Dia ok je..

Una: tapi aku nak tanya kau ni, apa yang kau buat dekat Dira sampai dia tak nak jumpa kau lagi! Syirah suruh aku bagitahu kau, dira tak nak jumpa kau! Dia pesan jangan datang hospital dulu! Sebab dira belum betul-betul sembuh! Apa benda kau buat dekat anak dara orang, An??

Walaupun hatinya agak lega kerana mendapat tahu yang Dee dah sedar, dan tidak hilang ingatan atau buta, namun, kenyataan Una yang mengatakan Dira tak mahu berjumpa dia lagi itu membuatkan dia termenung hampir sejam lamanya. Sehingga kini.

Serius ke Dee tak nak jumpa aku lagi? Dia serius sangat ke nak putus dengan aku? Sebab aku mengamuk siang tadi? Ke sebab aku ni beku?

An mengeluh untuk kesekian kalinya.

Kalau aku tak boleh jumpa dia, macam mana nak mintak maaf? Macam mana nak bagitau dia yang aku serius dengan dia? Nak call pun tak boleh! Telefon dia dah hilang!

"Aduhh!" Dia mengeluh perlahan. Lantas telefon bimbit mendail panggilan hayatnya itu.

"Hello...." Suara serak menjawab.

"Har, dah tidur ke?"

"Mmm...."

"Har, aku nak luahkan perasaan aku dekat Dira, Har. Tapi aku tak tau nak cakap apa!"

Sepi. "Mohammad Johan!! Kau tau tak sekarang pukul berapa dekat sini? Dekat 2 pagi bongok!! Esok aku orientation lagi seharian. Kau kacau aku tidur suruh aku karang ayat cinta untuk kau?? Serius lah???"

An tersengih. "Ala, Har! Tolong lah aku Har!"

"Kau cakap the truth je lah, An! Apa yang kau dah buat untuk dia selama ni. Kau jaga dia dari jauh.."

"Tapi itu tak sweet! Aku nak ayat manis..."

"Oi, mangkuk! Dah memang cara kau sayangkan dia tak sweet langsung. Dah tu, mana datang sweet nya!"

"Tolong lah aku, Har!"

"Esok je lah. Nanti aku call kau. Aku nak tidur ni. Tidur pun tak senang!" Har membebel-bebel sebelum mematikan talian.

An mengeluh. Tak guna Har! Sampai hati kau pilih tidur daripada aku! Nampaknya aku kena selesaikan hal ni sendiri.

Telefon dia tak ada. Tak boleh whatsapp.

Dia tak nak jumpa An, jadi luahan secara 'face-to-face' juga dipotong dari senarai!

Email? Hish, lambat! Dibuatnya dia tak cek email?

Apa lagi cara aku boleh guna?

An mengetuk dagu. Berfikir.

Surat!! Yes, surat!!!

Lantas dia membuka komputer riba. An membuka lembaran Microsoft Word yang baru. Memang taklah nak tulis tangan. Makin pening mak cik tu dibuatnya baca tulisan An yang macam cacing.

Nak tulis apa eh? Dia menggaru kepala. Har kata, bagitau 'the truth'. Hmm....

Tangannya mula menaip.

Assalamualaikum,

Hi Dee! An ni! Dee apa khabar? An mintak maaf, kalau surat ni ganggu Dee.

********************

Hospital Pusrawi

Dira betulkan duduk dan meneruskan bacaan.

Macam mana kepala Dee? Ok? An mintak maaf. An tak sempat nak protect Dee tadi. An tak sedar Dee jauh tertinggal dekat belakang. An nak lari dekat Dee sebelum diorang buat apa-apa, tapi tak sempat. An mintak maaf.

Una bagitau An, Dee tak nak jumpa An dah. So, An tak datang hospital. An tak nak Dee lagi pening tengok An. Tapi ada banyak benda yang An nak bagitau Dee. Yang tak terluah selama ni. Jadi,An hantar surat dengan bunga ni. Kali ni, percayalah, memang Johan yang hantar bunga. Bukan Johar! 😅

Dira tersenyum membaca ayat terakhir itu.

Jujur, An terkejut bila Dee mintak putus tadi. Macam nak berhenti jantung An, Dee cakap macam tu. Sumpah, An speechless. An tak boleh nak cakap apa. Sebab tu An ajak balik. I need time to process and digest.

Dah bertahun kita kawan, An ingat Dee dah cukup kenal An. Rupanya Dee memang belum kenal An. Apa la Dee ni! Slow betul minah ni!

Dira berhenti. What??? Dalam surat pun sempat menyakitkan hati aku??

You were right when you said cara kita mulakan hubungan kita ni pelik. Sebab An jumpa Dee hari tu, nak mintak maaf. Har kata dia nak start clean dengan Dee. Dan An pun kena mintak maaf. Untuk puaskan hati Har, An jumpa Dee. Tak sangka yang sebenarnya Har dah plan benda lain.

Tapi, masa Dee tiba-tiba cakap, "Kita sayang awak jugak", sumpah, demi Allah, An rasa macam nak pitam dekat dalam Nandos tu! Masa tu pukul 1143 am, Saturday, 6th of April. I will never forget that moment. One of the best moment in my life. Saat di mana mimpi An jadi nyata, Dee mengaku Dee sayangkan An, di kala An rasa, An memang tak kan dapat memiliki hati Dee.

But again, I was speechless. There were soo many things that I wanted to say actually, but out of the sudden, yang keluar dari mulut An, "Kita couple, ok?". Macam bangang je kan?! Tapi masa tu Dee setuju. So An anggap, Dee faham, kenapa An ajak Dee couple. Of course bukan sebab An nak bagi Dee muka yang macam Dee anggap.

Dee kenal An, kan? I'm no angel, Dee. Macam yang Dee selalu cakap, An ni stone cold. Tak ada perasaan. An tak bagi muka dekat orang sebab kesian. Especially berkaitan hal hati dan perasaan. An ajak Dee couple hari tu, because I really really want you, to be my girl!

Dira memegang dada. Oh em geee...

Rasa terharu. Dan dia teruskan bacaan.

An mintak maaf, An tak pandai nak bermadah pujangga, bagi pick up line, buat benda sweet-sweet untuk Dee untuk buktikan cinta An pada Dee macam lelaki lain. An mengaku, An noob gila bab-bab tu!

Cara An sayangkan Dee, dengan cuba memastikan Dee selamat dan ok. 

Dekat Sg Chiling, sebenarnya An tau budak perempuan yang menonong masuk hutan tu Dee. An tipu bila An cakap An tak tau siapa yang masuk hutan tu. I folllowed because I knew it was you, and I wanted to protect you!

Masa Dee kerja Al-Ikhsan, An dah kawtim dengan Man, your supervisor untuk inform bila Dee balik lambat. Dan An tercongok tunggu dalam kereta tiap-tiap malam Dee balik lambat, untuk pastikan Dee tak kena kacau dengan mat rempit lagi. Termasuk malam yang hujan lebat, tiba-tiba ada pakcik bagi Dee payung tu! Bila Dee kena kacau dekat kedai, An suruh Man tolong Dee.

An suka buat Dee marah, sebab An suka tengok muka Dee bila marah. Your eyes become bigger, your cheeks blush, your pouting lips are so cute. Cantik! An suka! Sebab tu An suka sakat Dee biar Dee marah..

An tak banyak cakap bila An dengan Dee, sebab An nak dengar Dee cakap and berceloteh. Dee tau tak masa Dee berceloteh pot pet pot pet tu, you look soo damn cute? Sebab tu An diam. An nak pandang Dee.

Sometimes An menjauh dari Dee,bukan sebab Dee tak penting. Sebab waktu tu An tengah stress. Tak ada mood. Dan An tau An ni kepala angin,cepat mengamuk. Jadi lebih baik An jauhkan diri sekejap, sebab An tak mau sakitkan hati Dee dengan benda-benda kasar keluar daripada mulut An. Macam semalam! 

Truth is, An pilih UIA sebab An nak jumpa Dee hari-hari. An rasa An tak boleh kalau jauh dengan Dee. An rindu. Sebab tu An tolak tawaran Jepun.

Tapi bila Har dah pergi Jepun, hati An sakit. An sedih. An rindu dengan Har. Kami tak pernah berpisah jauh lebih lama-lama. 

So An jadi tak keruan. I was not ready to see anybody. I wasn't ready to share my feelings. Bila Dee datang jumpa An semalam, An memang tak boleh kawal perasaan. Jadi, An cakap benda gila. An mintak maaf! I'm truly sorry! An memang salah!

Tolong jangan tinggalkan An, Dee. Please don't break up with me! Bagi An satu lagi peluang. I'll treat you better. An belajar control my temper. An janji An belajar jadi mamat sweet bersemut, dengan ayat super cheesy, romantik gila cakap 'I love you' hari-hari, kalau itu yang Dee nak.

Percayalah Dee, semua yang An buat, sebab An sayangkan Dee. An tak sangka, kata-kata cinta tu penting sangat, sampai buat Dee ragu pada cinta An pada Dee. Maafkan An sebab tak lafazkan sayang An pada Dee selama ni. Kalau itu yang Dee nak, berjuta kali pun An sanggup..

Dee,

AN SAYANG DEE! AN CINTAKAN DEE! AN RINDUKAN DEE!

Bagi An satu lagi peluang, please Dee..ar?

From,
An

Dira tergamam. Eh, jadi Dee itu untuk 'Dear'?? Dear kan maknanya 'sayang'? Jadi selama ini, memang dia panggil aku Sayang lah?!!! Dah lama kut! Sebelum kami declare lagi.

Ya Allah!! Nadirah, kenapa bebal sangat kau ni!

Dira merapatkan surat itu ke dada. Pipi basah dengan airmata. Entah bila jatuhnya. Dia sendiri tak sedar. Dia dah menangis teresak-esak.

Wajah si sepet itu menerpa di fikiran.

An!! Kita rindu An!!!


Tak kira berapa ramai pun artis baru, sis tetap rasa dia ni je yang sesuai gambarkan An (and Har). Sebab mamat ni kalau muka serius tu mmg garang. N mata dia sepet..hihi 

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
902K 26.2K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
163K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
301K 5.9K 22
Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah.