Masih Terus Berharap (Tajuk a...

De azwari85

9.5K 136 0

Ready stock kisah Karl dan Ema Mais

Blurb
Teaser 1
Teaser 2
Teaser 3๐Ÿ˜˜
Teaser 4
teaser 5โค๏ธ
Teaser 6
Teaser 7
last teaer
Ready Stock
Teaser 8 ( Ready stock)
Teaser 9
Teaser 10๐Ÿ˜˜
Random bab
Ready stock
Teaser โค๏ธโค๏ธโค๏ธ
Teaser remuk๐Ÿ’”
โค๏ธโค๏ธโค๏ธ
๐Ÿ’”
Teaser ๐Ÿ’•
Ready stok ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Teaser jantungku berdegup ๐Ÿ˜†

304 2 0
De azwari85

Ready stok 💥

#masihterusberharap

“Kau nak cakap aku gila.” Kali ini nada suara Karl sudah bertukar kasar.

“Bukan macam tu, Karl. Aku…”

“Kalau kau rasa aku bebankan kau, lepas ni aku takkan minta tolong kau lagi. Pandailah aku berdikari.”

“Tengok tu. Sikit-sikit nak sentap. Aku cakap macam ni sebab aku risaukan kau.” Dia yakin sakit yang dialami oleh Karl bukanlah sakit biasa. Tapi mungkin melibatkan mental. Perkara itulah yang merisaukan Aizat.

Karl mengeluh kasar. Wajahnya diraup perlahan.

“Aku minta maaf. Aku tak suka kau paksa aku pergi jumpa doktor. Aku tak sakit.”

“Baiklah. Aku takkan sebut pasal ni. Yang penting, kau lupakan semua perkara yang mengganggu fikiran kau. Termasuklah perempuan tak guna tu.”

Bengang juga dia apabila mendapat tahu bekas tunang Karl curang dibelakang sahabat baiknya. Tak cukup dengan kes curang, tergamak pula membuat cerita kononnya Karl menduakan gadis itu.

“Aku akan buktikan kata-kata perempuan tu tak betul. Dia ingat, dia hebat sangat.”

“Maksud kau?” Bingung Aizat. Melihat senyuman sinis di bibir Karl, dia berasa tidak sedap hati. Janganlah Karl buat perkara yang bukan-bukan.

“Dia belum kenal aku siapa? Aku takkan lupa apa yang dia hina aku sebelum ni.”

Masing tengiang-ngiang lagi ayat yang terkeluar dari mulut Airin.

“You dah dengar kan. Tak pekak lagi. Kira bernasib baiklah I pernah terima you sebagai boyfriend. Siap pakej tunang lagi. Kalau perempuan lain, jangan haraplah dia boleh tahan.”

Nafas dihembus sedikit kasar. Setiap kali dia ingat kata-kata Airin, tubuhnya menggigil menahan marah. Dia takkan maafkan gadis itu sampai bila-bila. Lekas dia mencapai beg galas dan ingin beredar dari situ.

Sebaik saja dia berpusing ke belakang, tubuh tegapnya terlanggar seseorang di belakangnya. Habis barang-barang gadis itu terjatuh ke lantai. Tergesa-gesa gadis bertoncang satu itu mengutip barang-barangnya.

Karl merengus kasar. Jaket yang dipakainya sudah basah gara-gara terkena air minuman gadis itu. Bahunya dicuit Aizat.

“Hoi… kau tengok apa? Pergilah tolong.” Bisik Aizat.

Karl julingkan biji mata. Terpaksalah dia menunduk untuk membantu gadis tadi. Mengecil anak mata Karl saat terpandang nama yang ada di belakang kalkulator itu. Tangan gadis itu segera dicengkam kemas.

Tergamam gadis itu. Keduanya saling berpandangan.

“Karl…”

“Awak siapa?”

Tertelan air liur gadis itu. Karl masih lagi merenung tajam ke arah gadis itu. Sengaja dia tidak melepaskan tangan gadis di hadapannya.

💥

EMA merengus geram. Hampir setengah jam dia menunggu. Tapi bayang Wardah masih belum kelihatan. Jam di tangannya dikerling sekilas. Perutnya betul-betul lapar. Sejak pagi tadi, dia hanya menjamah dua keping roti saja.

Sekali lagi cuba menghubungi Wardah. Masuk panggilan kali ketiga, barulah gadis itu menjawab panggilan darinya.

“Kau dekat mana?” Sembur Ema kurang sabar.

“Dekat biliklah. Kenapa?”

Ema tepuk dahi sendiri. Sah, rakan sebiliknya terlupa lagi. Disebabkan semester kali ini banyak kelas mereka berbeza, terpaksalah mereka berdua membuat rancangan untuk makan bersama.

“Kau lupa lagi.” Hampir menangis dia dibuatnya.

“Kejap. Lupa apa ni?” Bingung Wardah di hujung talian.

“Kau cakap nak makan tengah hari dengan aku. Aku dah habis kelas setengah jam yang lepas. Lama tu aku tunggu kau.”

“Ya Allah. Sorry, Ema. Aku tertelap tadi.”

“Hishh… tak apalah. Aku nak pergi makan. Nak tunggu kau, kebulur jawabnya nanti. Nak kirim apa-apa tak?”

“Betul kau tak nak aku ke sana?”

“Tak payah. Aku lapar sangat dah ni.”

“Kau belikan aku nasi ayam. Nanti duit makanan kau tu, claim dengan aku. Aku belanja.”

Mencebik bibir Ema. Talian segera ditamatkan. Keluhan terlepas dari bibirnya. Memang betul-betul buang masa dia menunggu di sini. Dia pandang ke sekeliling sudut bacaan di luar perpustakaan.

Tegak terus tubuh Ema saat terpandang kelibat seseorang. Lelaki itu. Lelaki yang pernah meminjamkan dia kalkulator dulu. Wajahnya segera menunduk ke bawah. Takut juga jika lelaki itu mengecam wajahnya.

Sebenarnya sudah acap kali dia ternampak kelibat lelaki itu. Boleh dikatakan, dia mempunyai banyak peluang untuk memulangkan kembali kalkulator tersebut. Namun dia berat hati untuk memulangkan kepada tuan asalnya.

Dalam diam, Ema jatuh hati dengan pemilik nama M. Karl. Mungkin dia boleh dianggap gila bayang kerana sukakan sesuatu yang belum pasti akan menjadi miliknya. Sejak pertama kali mereka bertemu, dia tidak pernah berhenti berharap untuk berbual dengan lelaki itu.

“Kenapa kau nak sorok muka kau? Bukan dia kenal dengan kau.” Tergelak kecil Ema seketika.

Timbul agenda nakal di dalam fikirannya. Tidak salah dia cuba menguji lelaki itu. Sebelum ini, memang mereka kerap bertembung. Namun lelaki itu tidak pernah mengecamnya.

Kali ini dia mencuba nasib. Bekas pensil dan buku dipeluk kemas. Air mineral yang sudah terbuka sedikit itu dicapai. Dengan lafaz Bismillah, dia berjalan mendekati meja lelaki itu.

Namun nasib dia tidak baik apabila lelaki itu berdiri dan berpusing ke arahnya secara mengejut. Disebabkan terlalu cemas, barang di tangannya jatuh ke lantai. Lebih malang lagi, air mineralnya tertumpah di atas jaket yang tersarung di tubuh lelaki tersebut.

Berbahang wajah Ema. Terasa menyesal kerana membuat kerja gila tadi. Kan lebih bagus dia segera ke gerai makanan. Belum sempat dia mengambil kalkulator, tangannya dicengkam kemas. Bulat matanya seketika. Sebaik saja anak mata mereka bertembung, dia tak sengaja menyebut nama lelaki itu.

“Karl…”

“Awak siapa?”

Ema segera menarik tangannya kembali. Dia berdiri tegak. Karl turut berdiri di hadapannya sambil memegang kalkulator tersebut.

“Ini… saya punya kan?” soal Karl.

“Err… ya.”

Karl pandang ke arah kalkulator yang diambilnya tadi. Sesekali anak matanya pandang ke arah gadis itu.

“Kejap. Jadi awak yang…”

“Ya. Awak pernah pinjamkan kalkulator ni dekat saya dulu. Maaf. Sebab tak pulangkan lagi.”

Aizat yang berada di situ berasa hairan Tak berani pula dia nak mencelah. Dari cara Karl menegur gadis itu, seolah-olah mereka sudah saling mengenali.

“Sekarang ni, awak nak pulangkan dekat saya.”

“Err… ya.” Tergagap-gagap Ema dibuatnya. Terasa tebal kulit wajahnya ketika ini.

Karl tersenyum nakal. Sejak dari tadi gadis itu tidak memandang wajahnya. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Airin. Rasanya sudah tiba masanya untuk dia menyahut cabaran wanita itu.

“Takkan nak pulangkan macam tu aje. Tak nak belanja saya apa-apa?”

Bulat mata Ema. Dia pandang ke arah lelaki itu. Pada masa yang sama, Aizat turut terkejut. Kali pertama Karl bersikap seperti ini. Takkanlah…

“Saya lapar. Belanja saya makan.” Karl kenyitkan mata.

Terbatuk Ema dibuatnya. Dia berdeham menghilangkan rasa debar di dada.

“Saya tak lapar.” Takut-takut Ema menjawab.

Krukk…

Terpejam mata Ema. Mulutnya dikemam menahan malu. Rasa nak sorokkan aje mukanya di bawah meja. Karl tergelak kecil. Aizat di sebelah cuba menahan ketawa.

“Tapi perut awak bagi jawapan lain.”

Bengang Ema. Sengaja betul lelaki itu mengenakan dia. Nak tak nak, terpaksalah dia bersetuju. Nanti dikatakan tak mengenang budi pula.

“Yalah. Saya belanja. Tapi makan dekat kantin aje.”

“Okey. Saya tak kisah.” Karl pandang Aizat. Dia berikan isyarat mata kepada lelaki itu agar beredar.

Berkerut dahi Aizat. Sah Karl sedang merancang sesuatu. Terpaksalah dia beredar setelah menerima isyarat lelaki itu.

Hilang saja kelibat Aizat, Karl berikan isyarat tangan kepada gadis itu untuk berjalan terlebih dahulu. Akur dengan arah itu, Ema cepat-cepat berjalan. Mati senyuman Karl sebaik saja gadis itu berjalan membelakanginya. Kali ini dia nekad untuk membuktikan yang kata-kata bekas tunangnya tidak benar.

❤️

Perbuatan yang bakal memakan diri Karl👉👈

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

704K 37.2K 21
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐€๐ง๐ข๐ค๐š ๐‘๐š๐ข ๐ฑ ๐Š๐š๐›๐ข๐ซ ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ...
1.4M 34.3K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1.4M 126K 44
โœซ ๐๐จ๐จ๐ค ๐Ž๐ง๐ž ๐ˆ๐ง ๐‘๐š๐ญ๐ก๐จ๐ซ๐ž ๐†๐ž๐ง'๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐’๐š๐ ๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ โŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
835K 26.8K 68
"Real lifeแ€™แ€พแ€ฌ แ€…แ€€แ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฒแ€ท แ€…แ€”แ€ญแ€ฏแ€€แ€บแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€™แ€›แ€พแ€ญแ€˜แ€ฐแ€ธ แ€•แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€แ€„แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€แ€ฒแ€ทแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€ปแ€ฌแ€บแ€ธแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€•แ€ฒแ€›แ€พแ€ญแ€แ€šแ€บ" "แ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€•แ€ฒแ€Šแ€ญแ€แ€บแ€•แ€ฑแ€ธ Bae แ€™แ€„แ€บแ€ธแ€„แ€ผแ€ฎแ€ธแ€„แ€ฝแ€ฑแ€ทแ€›แ€œแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€กแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€‘แ€ญ แ€„แ€ซแ€แ€ป...