My Queen Aaira Hani (โœ“)

By xtheaura

545K 23.2K 3.3K

My Queen Aaira Hani (Encik Buaya vs Cik Lawyer) Aaira Hani, wanita muda moden dan bebas. Malah dia tidak suka... More

Aaira Hani - PROLOG
Aaira Hani - 1
Aaira Hani - 2
Aaira Hani - 3
Aaira Hani - 4
Aaira Hani - 5
Aaira Hani - 6
Aaira Hani - 7
Aaira Hani - 8
Aaira Hani - 9
Aaira Hani - 10
Aaira Hani - 11
Aaira Hani - 12
Aaira Hani - 13
Aaira Hani - 14
Aaira Hani - 15
Aaira Hani - 16
Aaira Hani - 17
Aaira Hani - 18
Aaira Hani - 19
Aaira Hani - 20
Aaira Hani - 21
Aaira Hani - 22
Aaira Hani - 23
Aaira Hani - 24
Aaira Hani - 25
Aaira Hani - 26
Aaira Hani - 27
Aaira Hani - 28
Aaira Hani - 29
Aaira Hani - 30
Aaira Hani - 31
Aaira Hani - 32
Aaira Hani - 33
Aaira Hani - 34
Aaira Hani - 35
Aaira Hani - 36
Aaira Hani - 37
Aaira Hani - 38
Aaira Hani - 39
Aaira Hani - 40
Aaira Hani - 41
Aaira Hani - 42
Aaira Hani - 43
Aaira Hani - 44
Aaira Hani - 46
Aaira Hani - 47
Aaira Hani - 48
Aaira Hani - 49
Aaira Hani - 50
Aaira Hani - 51
Aaira Hani - 52
Aaira Hani - 53
Aaira Hani - 54
Aaira Hani - 55
Aaira Hani -56
Aaira Hani - 57
Aaira Hani -58
Aaira Hani - 59
Aaira Hani - 60
Aaira Hani - 61
Aaira Hani - 62
Aaira Hani - 63
Aaira Hani - 64
Aaira Hani - 65
Aaira Hani - 66
Aaira Hani - 67
Aaira Hani - 68
Aaira Hani - 69
Aaira Hani - 70
Aaira Hani - 71
Aaira Hani - 72
Aaira Hani - 73
Aaira Hani - 74
Aaira Hani - 75
Aaira Hani - 76
Aaira Hani - 77
Aaira Hani - 78
Aaira Hani - 79
Aaira Hani - EPILOG
Aaira Hani SC 1
Aaira Hani SC 2
Aaira Hani SC 3

Aaira Hani - 45

6.5K 305 50
By xtheaura

DALAM diam Zafran memerhati Hani yang kelihatan begitu berselera menikmati sate ayam serta nasi impit yang dipesannya sehingga dia duduk di hadapan mata wanita muda itu pun tidak dipelawa makan sekali. Tubuhnya yang tegak sejak tadi terus disandar santai sambil mencapai teh ais yang dipesannya lalu disedut perlahan. Gelas itu kembali diletak ke atas meja. 

Suasana malam di gerai pinggir jalan besar itu dipandang penuh minat. Dia tak hairan melihat anak muda suka melepak di sini. Segalanya lengkap. Ada gerai yang menjual air, makanan western, burger, masakan kampung mahupun makanan segera.

Dan, tak hairan juga Hani mengidam mahu makan di sini. Selama ini dia tak pernah tahu kewujudan tempat yang begitu santai begini. Penuh dengan kemeriahan malam minggu. Barulah dia terasa esok hari hujung minggu dan dia juga cuti. Lepas ni akan dia ajak Mustaqim melepak di sini sambil menonton bola!

“Awak tak nak makan ke, Zafran?” Baru Hani menegur apabila sudah separuh dimakannya seorang diri.

Zafran kembali memandang Hani. Lalu, pinggan nasi impit turut dipandang.

“Dah habis separuh baru kau pelawa aku makan sama. Eloklah tu.” kata Zafran senada.

Hani gigit bibir. Rasa bersalah pula kerana langsung tak pelawa Zafran bersama. Kenyang dia seorang saja. Sudahlah dia yang mengajak dan merayu Zafran bawanya ke sini. Sudahnya dia tak pelawa sekali. Aduh!

“Makanlah kau sorang.” ujar Zafran kemudiannya. Teh aisnya disedut lagi sambil matanya terus memandang Hani.

Hani geleng kepala. Nasi impit yang masih bersisa dalam bungkusan itu dibuka lalu dimasukkan ke dalam piring bersama kuah kacang. Dan, dikacau sebelum menolaknya kepada Zafran.

“Nah, untuk awak.” ujar Hani.

“Tak payah. Kau je habiskan.” Zafran kembali menolak ke arah Hani semula.

Sorry la, kalau awak terasa. Saya tak terfikir benda lain langsung selain nak makan nasi impit ni. Sampai awak pun saya lupa.” akui Hani. Dia benar-benar terlupa Zafran berada bersamanya tika tadi.

Zafran merenung Hani seketika sebelum dia menarik kembali piring itu. Seketul nasi impit yang dah dihiris itu disuap ke mulut. Lapar juga perutnya.

“Meh aku suap kau.” ujar Zafran lalu menyua garpu yang dicucuk nasi impit itu kepada Hani.

“Hah?” Hani tersentak.

“Makanlah. Aku tahu kau suka nasi impit. Sebab tu aku tak kacau kau. Nah, makanlah... aku suap kau.” ujar Zafran ikhlas.

Sedikit tersentuh hati Hani kerana terasa dirinya difahami Zafran. Pantas suapan itu diterima dan kunyah-kunyah dengan senyuman. Sedapnya bila suami sendiri suap. Mengada!

Zafran tersenyum kecil melihat wajah Hani yang kembali ceria semula. Tidak lagi muram seperti dia menegur sebentar tadi.

“Nak makan apa lagi?” tanya Zafran sambil menyuap nasi impit ke mulutnya semula. Lalu, Hani kembali. Dan bergilir-gilir.

“Boleh ke?” tanya Hani sudah teruja. Pucuk dipinta ulam mendatang.

“Minta ajelah. Aku teman kau.”

“Okey, kalau macam tu... saya nak burger ayam special tapi, saya tak nak sayur. Nak mayonis lebih.” pinta Hani.

“Tunggu sini, aku pergi order.” Zafran bingkas bangun dan menuju ke kios yang menjual burger pula. Sebiji burger yang dipinta Hani terus dipesan.

Hani pula yang memerhati ke arah Zafran yang sedang memesan makanan di kios burger. Dari jauh dia lihat penampilan Zafran. Cukup santai mengenakan kain pelekat dengan t-shirt hitam. Dia tak sangka Zafran sesantai itu.

Zafran kembali ke meja dan berlabuh di meja makan. Dua cucuk sate yang bersisa dalam pinggan disuap ke mulut.

“Nak sate lagi?” tanya Zafran.

“Kalau saya nak lobster boleh tak?” Hani tersengih pula.

“Okey, tunggu sini... aku pergi pesan.” Zafran bangkit semula dan memesan lobster pula sebelum dia kembali ke meja semula.

“Lagi?” tanya Zafran.

Hani geleng bersama senyuman. Beberapa minit kemudian burger yang dipesan Zafran tiba dan Hani yang sudah tak sabar terus menyuap ke mulutnya.

“Awak nak?” tanya Hani sambil memandang Zafran yang hanya diam memerhati.

Zafran hanya geleng.

“Nah, kita share... banyak ni. Saya takkan dapat habiskan sorang. Nanti nak makan lobster lagi. Nah...” Hani hulur kepada Zafran.

Nak, tak nak Zafran sambut lalu dia menggigit dua mulut untuknya. Kemudian, dia menggeleng kepala tanda tidak mahu lagi.

“Sedap, kan?” tanya Hani seraya menyuap ke mulutnya semula. Nikmat!

Zafran angguk lagi sambil mengunyah burger tersebut.

“Esok awak kerja?” tanya Hani ingin tahu.

“Aku baru je balik rabu lepas. Esok kau dah nak halau aku pergi kerja balik ke?” balas Zafran lalu menggeleng kepala.

“Kafe awaklah.”

“Entah, aku tak tahu lagi.” Zafran menggeleng. Matanya sudah mula mengantuk. Pantas jam di tangan dipandang. Dah hampir angka 11 malam. Patutlah pun.

Sebaik saja menghabiskan burger, lobster dipesan pula tiba sedangkan sudah kali ke berapa Zafran menahan kuap. Ngantuk!

“Perut kau tu cap apa, eh? Boleh masuk lagi ke tu?” soal Zafran sambil mengurut belakang lehernya. Penat.

Hani tersengih spontan. “Lama tak makan sebab tu jadi macam ni. Dah lama juga saya teringin nak makan tapi kios kat sini cuma buka malam je. Nak datang malam lepas kerja tak sempat, lewat pula.”

“Macam-macamlah kau ni.” Zafran menongkat siku di atas meja sambil merenung Hani yang masih belum jemu mengadap makanan. Berselera sungguh. Tak berhenti-henti mengunyah.

( ◜‿◝ )♡

TEPAT angka 1 pagi, mereka tiba di rumah. Dengan sedikit mamai, Hani melangkah naik ke atas. Inilah akibatnya perut terlalu kenyang disebabkan makanan. Nafsu saja tu!

Sementara, Zafran terus berbaring di sebelah Hani sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik. Hani dipandang sekilas. Cepatnya isterinya ini tidur. Mungkin disebabkan kekenyangan dan penat. Kesian pula melihat, lantas selimut dibetulkan.

Tanpa membuang masa, lampu utama ditutup dan hanya membiarkan lampu tidur di sebelahnya saja terpasang. Itu lebih selesa. Sekejap saja Zafran sudah terlena. Penat.

Terasa begitu singkat dan sekejap sangat Zafran terlena sebelum dia terdengar erangan kecil di sebelahnya. Dengan mata yang teramat berat, dia buka mata dan menoleh ke sisi. Dah kenapa Hani mengerang pagi-pagi macam ni?

Kedengaran Hani berdesis perlahan sambil terdengar pula mengetuk-ngetuk sesuatu. Zafran meraup wajah lalu garu kepala. Jam di sebelah dilihat. Baru pukul 4 pagi.

“Dah kenapa dengan kau pagi-pagi buta ni? Due lambat lagi, kan.” ujar Zafran dengan mata yang separuh tertutup.

Hani menoleh memandang Zafran. Kaki kirinya diketuk-ketuk. Kebas sehingga dia terasa sedikit sakit dihujungnya.

“Kaki saya sakit, Zaf... tak tahu kenapa, kaki saya rasa kebas.” ujar Hani perlahan dan memicit-micit pula.

Zafran berdecit kecil. Dia terus bangkit lalu duduk semula. Laci di sebelahnya ditarik dan botol minyak angin diambil. Kemudian, dia merangkak ke hujung katil dan menyelak comforter yang menyelimuti kaki si isteri.

“Sebelah mana?”

“Kiri ni.” Dahi Hani berkerut menahan rasa.

Tanpa membuang masa, Zafran menarik kaki kiri Hani dan diriba. Sedikit minyak angin disapu lalu mula mengurutnya perlahan-lahan.

“Tulah, jalan banyak sangat... kan dah kebas.” Zafran mengomel lalu menguap luas. Hani ni betul-betul mengacau lenanya.

“Mana ada saya jalan banyak sangat, macam biasa je. Entahlah, tadi sakit dekat pinggang sekarang dekat kaki pula. Kebas sangat. Rasa macam nak putus.”

“Macam-macamlah kau ni.” Perlahan-lahan Zafran mengurut kaki Hani dari bawah lutut hingga ke telapak kaki dengan mata yang terbuka tutup, menahan kantuk.

“Sekarang pusing, aku nak urut belakang kau pula.” suruh Zafran setelah agak lama mengurut kaki Hani.

Hani menurut dan seketika kemudian, dia mula rasa tangan Zafran mengurutnya dengan begitu perlahan dan lembut. Dia tak sangka lelaki ini pandai serba-serbi. Sedikit sebanyak dia berasa lega disebabkan urutan Zafran ini dia rasa selesa semula dan rasa kebasnya mula beransur hilang.

“Mana awak belajar urut?” tanya Hani ingin tahu. Terasa mahu berbual kosong pula dengan lelaki ini. Yelah, selama ini mereka hanya tahu bergaduh dan bertengkar kata saja.

“Tok guru aku.” jawab Zafran.

“Siapa tok guru awak?” tanya Hani lagi. Dia menoleh sedikit memandang Zafran di belakang.

“Kenapa kau nak tahu?” tanya Zafran kembali. Sekadar ingin tahu.

“Saja. Tapi, teringin juga nak tahu siapa yang ajar awak mengurut ni. Tak semua lelaki pandai mengurut tau. Jadi, saya rasa awak ni boleh saya katakan lelaki yang serba boleh.” Ya, dia akui Zafran lelaki yang serba boleh.

“Hmm... yelah tu.”

Hani senyum nipis. Masih dinginnya Zafran. Tetapi tidaklah seperti sebelum ini yang langsung tak bersikap mesra atau manis dengannya. Senyum jauh sekali, jarang. Beku sungguh lelaki ini. Macam ais!

“Tapi, kenapa awak baik dengan saya sekarang ni?” Hani masih belum jemu bertanya. Walaupun dingin, Zafran masih melayannya.

“Sebab kau mengandung.” jawab Zafran.

Hani angguk sedikit. Senyumannya tadi mula bertukar tawar semula. Kenapa dia mengharapkan lebih dari itu? Rasa seperti itu bukanlah jawapan yang dia mahu dengar.

“Kita kan masih belajar mencintai, tak bolehlah terlalu drastik. Nanti terkejut beruk pula segala urat saraf kita ni. Biar sama-sama lebih ikhlas menerima.”

“Saya faham. Terima kasih.” Hani mengangguk dengan rasa hampa.

“Tak payahlah nak ucap terima kasih bagai, aku malaslah nak dengar.”

“Habis tu, nak cakap apa?”

“Tak payah cakap apa. Pagi-pagi buta macam ni pun masih lagi nak soal siasat aku.”

“Okeylah.” Hani menurut.

“Macam mana? Sakit lagi?” tanya Zafran menjengok sekilas wajah Hani.

“Kurang dah. Tidurlah, awak nampak mengantuk sangat.” tutur Hani, terharu dengan kesanggupan Zafran mengurutnya.

“Kau tu, tidurlah.” balas Zafran seraya menurunkan pakaian Hani dan menyimpan semula minyak angin.

“Saya nak ucap juga, terima kasih Zafran.” ucap Hani seraya mengesot dan berbaring. Zafran dipandang sekilas.

“Hmm...” Zafran terus berbaring dan lengan di dahi.

“Saya nak tidur belakangi awak, boleh?” ujar Hani lalu menggigit bibir. Bukan apa, dia tak selesa tidur menelentang.

“Tidurlah macam mana pun asalkan kau selesa.” Zafran terus pejam mata rapat-rapat. Tak mampu lagi menahan mata yang kian pedih.

Hani tersenyum lalu mengiring membelakangi Zafran. Seketika dia terkebil-kebil dan hela nafas berat dilepaskan. Tetapi, pelukan dari belakang menyentak Hani seketika. Kini, kepalanya sudah berbantalkan lengan Zafran. Selesa.

“Zafran...”

“Aku nak peluk kau je.” pintas Zafran dalam nada bisikan sambil mengeratkan dakapan. Haruman dari rambut Hani disedut, sedikit membuat dia rasa tenang dan damai. Kantuknya mulai dilayan semula.

“Okey.” Hani terus memejam mata. Tanpa sedar, bibirnya tersenyum.

“Terima kasih Hani.” ucap Zafran, sedikit perlahan.

“Untuk?” Tiada balasan suara yang dia dengar dari Zafran, sebaliknya hanya tangan itu yang bergerak dan mengusap perutnya. Hani mengangguk mengerti.

“Sama-sama. Eh, awak...” Hani bersuara lagi dan cuba menoleh ke belakang.

“Apa?” Zafran bertanya lesu.

“Saya rasa baby mengidam lagi.” ujar Hani seraya membalikan tubuhnya dan sedikit terkial-kial mengadap Zafran.

“Mengidam apa pula?” tanya Zafran penasaran. Dahinya dah berkerut kecil sambil merenung wajah itu.

Baby suka bau badan ayah.” ungkap Hani terus menyembam mukanya ke dada bidang Zafran. Tubuh bidang itu dipeluk dan hidungnya digesel-gesel di dada itu. Dia hidu puas-puas.

Menggeleng kepala Zafran lalu lengannya diangkat.

“Ketiak tak nak bau juga ke?”

Baby tak nak bau ketiak.” Hani menahan tawa.

Zafran mencebik halus.

“Ni bukan baby yang mengidam tapi kau yang mengada.” gumam Zafran seraya memejam rapat matanya. Belakang tubuh Hani ditepuk-tepuk perlahan.

Hani tergelak kecil.

“Dua-dua.”

🍔🍔🍔🍔🍔🍔

Nikmatilah saat2 ni dulu ya🤭

Thankyou support✨

14072022

Continue Reading

You'll Also Like

18.8K 1.1K 60
BOOK | 3 Status : Complete Tengku Naqib Afif - Seorang jejaka yang dingin dengan semua orang termasuk dengan pekerja nya juga. Seorang jejaka yang b...
232K 9.4K 27
3rd Story โค Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipan...
522K 16.8K 65
Previously known as My Love Qairisya โœ… complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta?" "Eh, awak yang langgar saya nak cakap...
32.2K 1.1K 78
[First book] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -ยฐ'ยฐ~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sin...