𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤

By CameliaBatrisyix

230K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
The End ✔️

Chapter 13

2.8K 85 1
By CameliaBatrisyix

Allah heard your dua, Allah know you're hurting inside and Allah know you're crying silently. Just be patient
- Luthfan Darren
____________________________________

Suasana di dalam kereta hanya sunyi, cuma bertemankan musik mp3 yang dipasang oleh Tengku Darren. Kami berdua lebih selesa mendiamkam diri, pandangan aku lontarkan ke luar tingkap kereta. Melihat pemandangan yang indah, mesti lah indah. Ciptaan Allah, semuanya cantik-cantik

"Kita nak pergi mana?" Aku menyoal apabila kereta yang dipandu Tengku Darren mula masuk ke persimpangan negeri Pahang, aku lihat Tengku Darren hanya diam sambil tersenyum nipis

Tidak menjawab, sebaliknya dia tekun memandu. Aku putar mata keatas, rasa menyampah. Kalau aku tak jawab soalan dia, tahu pula marah. Bila aku tanya soalan dekat dia, tak mahu jawab pula

Fikiran aku melayang kepada Yana, pagi tadi ada drama air mata diantara aku dan gadis itu. Siapa yang menangis? Sudah tentu aku, hahaha

Bukan apa, aku tak selesa lah bila pergi jalan-jalan tanpa Yana. Berdua dengan boss sendiri pula tu

FLASHBACK

"Tolong lah aku Adriane Dayana, kau pujuk lah Tengku Darren untuk ikut sekali. Aku tak nak pergi berduaan dengan dia!" Aku merengek seperti anak mahukan gula-gula

Yana menjeling. "Hey! Kau nak aku ikut kau pergi dating dengan boss? Memang tak lah Maya oi, tak kuasa aku nak dengar perbualan romantis antara kau dengan dia" Jawab Yana sambil berpeluk tubuh, aku bercekak pinggang

Dating? Perbualan romantis? Euw!

"Macam mana kalau Tengku Darren buat benda tak senonoh dekat aku? Macam mana kalau dia nak culik aku lepastu jual aku dekat Thailand? Kau kena tolong aku Yana, cepatlah selamatkan aku daripada Tengku Darren!" Aku merayu, bukan merayu tapi merapu! Argh tak kisah lah, yang penting perempuan ni perlu tolong aku!

Kelihatan gadis itu menggeleng kepalanya berkali-kali, mungkin penat dengan karenah aku yang seperti budak-budak ini

"Buat apa boss nak jual kau dekat Thailand tu? Duit dia dah berlambak ya Maya Darena, sedar sikit dia tu boss kau. Cuba lah jangan fikir perkara negatif" Marah Yana, aku mencebikkan bibir. Cuba meraih simpati

TING TONG

Baru sahaja aku ingin membalas, kedengaran loceng ditekan dari luar. Tak lain tak bukan, mesti Tengku Darren. Aku membuat mata ala-ala puppy eyes pada Yana

"Tak rasa simpati pun" Ujarnya membuatkan aku mengeluh perlahan, Yana mendekati pintu lalu dia membuka pintu itu. Kedengaran Yana menyapa Tengku Darren dengan sangat ramah, entah apa yang dia bincangkan dengan Tengku Darren aku pun tak tahu. Awas dia kalau dia mengumpat aku!

Air mata yang mengalir itu diseka, huh sia sia aje lakonan aku tadi. Minah tu langsung tak termakan dengan lakonan aku tadi, aku bangkit daripada kerusi lalu mendekati mereka berdua. Dari jauh, aku nampak lelaki itu memakai pakaian yang sangat santai. Hanya mengenakan baju T-shirt berwarna putih dan seluar hitam

"Dah siap?" Tanya Tengku Darren sebaik sahaja aku tiba di hadapannya, perlahan lahan kepala diangguk sambil anak mata menjeling Yana yang berada disebelah aku.

Mata Tengku Darren turun pada pakaian yang aku pakai, entah kenapa rasa seram sejuk bila dia usha aku atas bawah. "Pergi tukar pakaian kau, pakai pakaian yang santai aje. Kita bukannya nak pergi meeting hari ni" Arah Tengku Darren, aku terkebil kebil memandangnya

"Kenapa? Kita nak pergi mana?" Soal aku, eh kau? Aku dah siap pakai tudung, baju apa semua. Selamba rock aje suruh tukar?

Melihat Tengku Darren yang menjegilkan mata kepada aku itu membuatkan aku memutarkan mata keatas, ish! Sikit-sikit nak paksa orang! Yana tersengih lalu dia menolak aku perlahan, menyuruh aku untuk menukar pakaian

"Tukar aje la, kau pun satu dah tahu hari ni kau cuti. Kenapa pakai baju kerja?" Yana menyindir aku, jelingan tajam aku hadiahkan kepada gadis itu

Dengan malas aku menapak satu persatu anak tangga, sambil mulut membebel pada Tengku Darren dan Yana.

END FLASHBACK

Lama aku mengelamun, tercengang seketika apabila aku menoleh ke kanan. Tengku Darren tiada disebelah, aik? Mana hilang boss aku ni? Aku memerhati kawasan sekeliling, pantai?

TOK! TOK! TOK!

Aku menoleh ke kiri, kelihatan Tengku Darren sedang mengetuk tingkap. Dia bercekak pinggang memandang aku, jari nya menyuruh aku keluar

"Sedap mengelamun?" Soalnya dengan nada sindiran, gatal aje tangan aku nak humban orang dalam air pantai tu!

"Kita buat apa dekat sini?"

Sindiran Tengku Darren itu aku hanya buat bodoh, malas nak layan loyar buruk dia tu. Menyakitkan hati aje

"Menghirup udara yang segar, tenangkan hati dan lepaskan semua beban yang ada dalam kepala" Ringkas sahaja Tengku Darren menjawab, lelaki itu memasukkan kedua-dua belah tangan keadalam poket. Cermin mata hitam yang elok dipakai untuk menghalang sinaran matahari itu makin menambahkan tahap macho Tengku Darren

Aku hanya mengikuti langkah Tengku Darren, dengan selamba lelaki itu duduk di atas pasir. Aku duduk sebelah Tengku Darren diatas pasir putih yang berlapikkan dengan selipar, pandangan terus  dilontarkan pada ombak pantai itu. Hari ini hari bekerja, jadi hanya kami dan beberapa orang saja yang ada dipantai ini

"Cantik kan?" Aku memecahkan kesunyian, hanya kedengaran bunyi ombak yang tenang menyapa ditelinga. Lelaki itu ukir senyuman, aku tergamam seketika melihat senyumannya itu. Jarang tau boleh nampak dia senyum macam tu

"Memang cantik, ciptaan Allah" Jawab Tengku Darren, senyuman masih terukir di bibir seksi merah jambu aslinya itu. Bibir lelaki itu adalah bukti bahawa Tengku Darren tidak pernah merokok ataupun menghisap vape, limited!

Aku akui lelaki ini memang kelihatan sangat kacak, tambahan lagi jika dia ukir senyuman macam tu. Seketika aku mengeluh untuk menghilangkan semua beban yang ada didalam kepala, tenang rasanya hati bila dapat tengok pantai. Dulu masa aku kecil, arwah mama selalu bawa aku pergi pantai

"Kau fikir tentang siapa?" Tengku Darren menyoal, aku tersenyum nipis. Lelaki itu sedang memandang aku, ada wajah yang prihatin dimuka lelaki itu

"Tengku Darren nak tahu tak? Dulu masa saya kecil, arwah mama selalu bawa saya pergi pantai. Kita orang selalu juga datang dekat sini" Aku mulai bercerita, wajah lelaki itu tekun mendengar cerita aku. Dia tidak menjawab, hanya diam sambil menunggu aku untuk menyambung cerita

"Mama cakap kalau kita sedih, kita perlu cari ketenangan. Sebab tu saya selalu pergi pantai, saya tak ada tempat untuk meluah. Papa ceraikan mama masa saya berumur 15 tahun, masa tu saya tengah exam PT3. Saya langsung tak dapat fokus dalam setiap apa yang saya buat, result PT3 saya teruk sangat" Aku menarik nafas dalam, lalu di hembus perlahan

"Saya kena pukul dengan papa, saya ingat lagi papa tolak saya sampai kepala saya berdarah sebab terkena bucu meja" Sambung aku lagi, kelihatan wajah Tengku Darren berkerut. Seolah-olah tidak percaya bahawa seorang bapa yang sepatutnya melindungi, tiba-tiba bertindak menyakiti

Tengku Darren mengeluh. "Macam mana dengan mama kau?" Tanya Tengku Darren, anak mata hazelnya merenung tepat ke dalam mata aku

Aku tersenyum tawar. "Allah dah jemput mama saya waktu saya umur 15 tahun, arwah mama seorang pesakit kanser payudara. Selepas aje arwah mama meninggal, papa terus kahwin dengan perempuan lain. Saya terpaksa tinggal dengan dia orang sekali, isteri baru papa layan saya dengan teruk. Tapi papa buat bodoh aje" Sayu saja aku bercerita

"Adik beradik lain?" Soal Tengku Darren lagi, aku menggeleng kepala tanda tiada

"Saya anak tunggal, papa dan mama saya pun anak tunggal. Selepas aje arwah mama lahirkan saya. Doktor cakap mama dah tak boleh melahirkan zuriat lagi, kalau tak akan lebih merisikokan nyawa mama. Sebab tu papa cari perempuan lain" Aku tersenyum sinis, rasa menyampah dengan lelaki macam dia

"Allah heard your dua, Allah know you're hurting inside and Allah know you're crying silently. Just be patient"  Nasihat Tengku Darren dengan suara yang lembut dan prihatin, aku ukir senyuman

"Insyaallah"

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 296 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...
85.3K 4.6K 70
( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah kepada cinta sejak mereka berusia belasa...
604K 20.7K 44
Book I of the 'To Live Again' Saga In the modern world Clara Riley experiences a life changing event...death! Usually this means the end of living...
435K 24K 17
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...