š“šžš§š š¤š® š‡šššŸšŸššš³ šƒļæ½...

By missdiraa

1M 38.2K 1.3K

š”š§ššžš« š“šžš§š š¤š® š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šŠš§šØš°š§ š€š¬ š‡š¢š¬ šš«šžšœš¢šØš®š¬ š–š¢šŸšž š“šžš§š š¤š®... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 6

51K 2.4K 179
By missdiraa

"SUDAH!"

Jeritan Hanim yang begitu kuat tidak dipedulikan oleh Haffaz dan Haziq. Ketakutan si bongsu saat melihat kedua-dua abangnya bertumbuk satu sama lain sehingga pecah bibir.

"Kau tau tak kau tu dah melampau! Jangan jadi lelaki dayus! Jangan terlampau ego! Inara dengan Darisa bukan orang yang sama, sial!" berhabis-habisan Haziq memaki hamun Haffaz. Sakit hati dan geram. Bengang dengan sikap Haffaz yang tidak ubah seperti lelaki dayus.

"Abang Ziq, sudahlah.." Hanim menarik bahu bidang abangnya sekuat hati.

"Baik Hanim menjauh sebelum Hanim sendiri terkena.." kata si abang dengan nada suara kedengaran tegas.

"Abang, berhentilah.. Tak kesian ke dengan umi nanti?!" marah Hanim. Tidak berputus asa meleraikan abang kedua dan abang sulungnya. Tidak suka melihat perkelahian antara dua beradik ini.

Disebabkan kasihan dengan Hanim, mahu tidak mahu Haziq melepaskan kolar baju Haffaz. Namun begitu, api kemarahan masih lagi membara-bara.

"Kenapa semua orang nak backup dia? Kenapa takde seorang pun nak backup aku! Padahal aku yang kene bodoh-bodohkan! Terpaksa kahwin dengan perempuan licik tu!"

Haziq kemam bibir rapat, tolak tubuh Haffaz sehingga bersandar di dinding.

"Kau dengar sini, kau kira baguslah dapat kahwin dengan Darisa daripada kau berkahwin dengan si Inara... Bayangkan kalau kau kahwin dengan Inara, kau rasa kau bahagia? No bro.. kau patut bersyukur ada Darisa yang sanggup berkahwin dengan kau!" marah Haziq, jari telunjuknya tepat ditujukan kearah wajah tampan si abang.

"But I don't love her!"

"So trying to love her!! Bukan benci jalan penyelesaiannya! Takde guna pun kau benci Darisa, she's already your wife!!"

Kata-kata Haziq benar-benar memancing kemarahannya. Hati lebih sakit bila semua orang mula membela Darisa seperti dia yang bersalah dalam hal ini.

"Sudahlah!! Abang Haffaz dengar sini.." Hanim yang sudah tidak dapat lagi melihat pertengkaran kedua abangnya segera menolak kasar dada tegap Haziq. Lalu sepasang anak mata gadis muda itu merenung tajam kedalam anak mata abang sulungnya.

"Sekarang abang bergelar suami Kak Risa, tak boleh ke abang sedar sikit.. Lupakan benda lama dan cuba mulakan hidup baru dengan kak Risa! Tanggungjawab jangan dipandang remeh, Allah paling benci orang yang tak jalankan tanggungjawab dengan baik.. "

"Hanim kenal abang macam mana, kenal sangat.. Abang tu baik, lembut dengan perempuan.. jangan terlalu ego! tolonglah terima kak Risa" sedaya-upaya Hanim memujuk si abang. Berharap agar hati Haffaz dapat dilembutkan.

"Hanim tak faham apa yang abang rasa.. Hanim tau tak macam mana hati abang sakit disebabkan perempuan tak guna tu?"

"Siapa? Inara?" gadis itu mengangkat sebelah keningnya.

"Inara dengan Kak Risa orang berbeza, different! memanglah dorang ada pertalian darah, tapi tak bermakna Kak Risa sama macam Inara.."

Berkali-kali Haffaz menghembuskan nafas geram. Memang Inara dengan Darisa orang yang berbeza, tapi tidak mustahil Darisa pun akan mengkhianatinya suatu hari nanti.

"Tolonglah abang, jangan dayus.. Hanim faham kenapa abang marah, tapi tolong redakan kemarahan abang dan cuba terima Kak Risa.. Kenali Kak Risa baik-baik, jangan macam ni.." lengan sasa Haffaz kini digenggam erat. Hanim terus-menerus memujuk abangnya. Haziq pula mendiamkan diri saja dibelakang tubuh adik perempuannya.

Membiarkan Hanim memujuk Haffaz, lagipun Haziq tahu bagaimana rasa sayangnya anak sulung itu kepada anak bongsu tersebut.

Satu-satunya adik perempuan yang mereka ada. Bagaikan puteri didalam keluarga Tengku Raihan.

"Sorry, I can't"

"No, you can.. jangan tutup pintu hati abang, bukak.. Bukak untuk Kak Risa, only for her.. "

Sekali lagi lelaki itu mampu mengeluh. Tangan naik menyeka rambut ke belakang dengan begitu kasar. Si adik pula tidak lepas merenung wajah tampannya.

"Abang tak boleh cintakan dia, Hanim.."

"Boleh! Cinta memang tak boleh dipaksa, tapi kalau abang mencuba.. Insha Allah, dengan izin Allah, cinta tu akan ada.. Kak Adelia pun macam tu, mula-mula je dia tak suka dengan abang Haziq, but now, see.. dah ada anak dah pun.." tiba-tiba saja kisah cinta abang keduanya diungkit. Tergamam Haziq mendengar, mesti ini kes Tengku Nina bercerita kepada Hanim.

"Tak sama.."

"Apa yang tak sama? Hanim rasa sama je, bercinta lepas nikah.." hambur Hanim yang sudah serupa seperti seorang ustazah. Orang kata sepatah, dia jawab panjang lebar.

Kini Haffaz dalam keadaan dilema. Sama ada untuk menerima keberadaan Darisa ataupun tidak. Namun jauh di sudut hati lelaki itu, dia tidak sanggup untuk bertindak kejam terhadap seorang wanita.

Kerana wanita sepatutnya dihargai dan bukannya disakiti. Tapi disebabkan insiden dimana Inara mengkhianati dia, Haffaz mula dikuasai dengan egonya.

"Abang tak rasa abang boleh buat semua tu.." berkeras Haffaz menolak. Dia tidak mahu ada wujudnya perasaan cinta antara dia dengan Darisa. Takut dirinya sendiri yang terluka.

"Jangan cakap macam tu.. Allah dah temukan abang dengan Kak Risa dalam ikatan yang sah.. Jangan sia-siakan seorang bidadari yang hadir tanpa dipinta.. dia wanita berharga untuk abang.." kata Hanim. Lagi dia memujuk. Tidak habis dengan kata-kata memujuk, dia pun mahu abangnya bahagia. Takkan disebabkan hal yang lepas, semua orang perlu terseksa.

Namun begitu, Haffaz hanya diam. Tidak membuka mulut sama sekali. Mengunci rapat-rapat mulut itu daripada terbuka. Satu persoalan bermain-main dalam minda lelaki itu.

Dapatkah dia mencintai gadis itu?

TOK! Tok

Sebaik sahaja mengetuk pintu bilik itu, Darisa memusingkan tombol bilik dengan perlahan kemudian ditolak daun pintu itu. Terlebih dahulu dia mengintai didalam bilik tersebut, memandang Haffaz yang sedang menunaikan kewajipan kepada sang Pencipta.

Dengan senyap, gadis itu memasuki segenap ruangan bilik tidur mereka. Menutup pintu bilik kembali tanpa sebarang bunyi.

"Kau dari mana?" suara garau yang begitu kuat menghinjutkan kedua-dua bahu isterinya. Darisa terkaku di tempat ia berdiri.

"Kenapa diam? Aku tanya kau dari mana?" lagi dia menyoal.

Darisa meneguk air liurnya. Nafas dihembus perlahan bagi mengurangkan rasa takut.

"Sa-Saya dari bawah.. " tergagap-gagap Darisa membalas.

"Buat apa?"

"..."

"Aku tanya, buat apa.. Kalau aku tanya tu, jawablah, bukannya membisu.." marahnya. Sejadah yang dibentangkan tadi kini dilipat lalu diletakkan diatas katil.

"Saya tolong Dewi sekejap tadi.." beritahu gadis itu takut-takut. Kepala ditundukkan sahaja. Tidak mahu merenung anak mata suaminya, gerun.

Tiba-tiba bunyi derapan kaki kedengaran, Darisa mengangkat wajahnya. Terkejut saat melihat Haffaz mengatur langkah menghampirinya dengan raut wajah serius. Perlahan dia melangkah mengundur. Ketakutan. Tubuh tidak pasal-pasal menggigil sendiri.

"Bagi aku tangan kanan kau.." arah Haffaz sebaik sahaja berdiri menghadap isterinya.

Terpinga-pinga gadis itu ketika mendengar. Disaat Darisa lama mendiamkan diri, tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Haffaz dengan lembut mencapai tangan kanan isterinya kemudian menyelakkan sedikit lengan baju panjang gadis tersebut.

"Aw--"

"Sakit?" tiba-tiba soalan yang agak asing keluar daripada mulut Haffaz. Terdiam Darisa dibuatnya.

"Dengar tak? Aku tanya ni sakit ke tak?" soal lelaki itu sekali lagi sambil memegang pergelangan tangan Darisa yang sudah kelihatan kebiru-biruan. Lebam.

Darisa mengemamkan bibir merahnya. "Tak sakit sangat.. Saya boleh tahan.." ucap gadis muda tersebut. Tangannya cuba dilepaskan daripada genggaman suaminya. Namun, Haffaz terlebih dahulu mengeratkan lagi pegangan.

"Tak payah tipu, lebam macam ni nampak sangat sakit.. "

Sungguh ketika itu Darisa tergamam. Tiba-tiba sahaja Haffaz berubah. Tadi bukan main marah, bukan main ganas cakap benda ini, benda itulah.

Adakah disebabkan pujukan Hanim, Haffaz berubah?

"Saya okay.. Sakit sikit je.." sekali lagi cuba ditarik tangannya.

"Kau tak payah degil boleh tak, kira baik aku dah layan kau lembut macam ni.."

"Saya tak mintak awak layan saya baik macam ni, kenapa awak tiba-tiba berubah? Bukan ke awak cakap awak tak anggap saya isteri?" kata gadis itu, dia memandang wajah suaminya yang habis berluka-lukaan disebabkan perkelahian tadi.

Haffaz yang mendengarkan hal itu, terus diam. Tunduk kepala memandang pergelangan tangan Darisa yang lebam itu. Tidak menunjukkan sebarang raut wajah.

"Saya dengar awak bertumbuk dengan Haziq tadi , sebab saya ke?"

Sekali lagi diam.

"Saya mintak maaf kalau saya buat awak serabut.. Saya memang tak patut hadir dalam hidup awak.." kata Darisa, kini dia merasa sebak. Airmata cuba ditahan daripada gugur.

"Darisa.." tiba-tiba namanya diseru. Lembut, tidak kasar seperti sebelum ini.

"Ya?" Darisa menyahut.

"Lepas lima bulan kita kahwin, aku lepaskan kau.."

Ketika mendengarkan ayat itu, Darisa terpana. Tanpa disedari, airmata yang bertakung kini gugur membasahi pipi mulusnya.

"Awak nak ceraikan saya?"

Haffaz mengangguk mengiakan. "Aku taknak seksa kau, kita berkahwin tanpa cinta.. Jadi, lebih baik aku lepaskan kau.. Lagipun takde alasan aku nak simpan kau lagi.. Kau sekadar pengganti"

Hati bagai dihunus dengan pedang. Darisa merasa sakit, baru sahaja berkahwin. Takkan Haffaz sudah merancang untuk menceraikannya.

Lima bulan?

Adakah lima bulan ini memang tidak ada cinta antara mereka berdua?

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

798K 32.3K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
3.3K 227 10
soon, pbakl 2023 šŸ«¶šŸ» terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited šŸ«¶šŸ» preorder melalui Shopee penerbitansuarahati atau boleh dapatkan di...
1.5M 92.3K 75
"š‘Æš’š’˜ š‘³š’š’—š’† š‘Ŗš’‚š’ š‘©š’† š‘ŗš’ š‘Ŗš’“š’–š’†š’ š’€š’†š’• š‘ŗš’˜š’†š’†š’• š‘Øš’• š‘»š’‰š’† š‘ŗš’‚š’Žš’† š‘»š’Šš’Žš’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...