𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤

נכתב על ידי CameliaBatrisyix

230K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... עוד

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
The End ✔️

Chapter 12

2.9K 89 6
נכתב על ידי CameliaBatrisyix

In the end of the day, I learned how to be strong alone
- Maya Darena
____________________________________

Sekejap pusing ke kiri, sekajap pusing ke kanan. Tempat tidur yang sedia kemas menjadi bersepah, aku meraup kasar rambut panjang yang hampir paras punggung kerana terlampau bosan. Ini semua gara-gara Tengku Darren! Sebab dia lah aku dah meroyan tahap gaban sekarang ni, bosan gila!

Jam digital yang berada diatas meja kecil dikerling, sekarang pukul 6 pagi, tubuh dibangkitkan daripada tidur lalu aku melepaskan keluhan kecil. Haih, kenapa lah aku rasa hidup aku sunyi? Rasa macam semuanya seolah-olah kosong dan sepi, aku ukir senyuman pahit. 

Hidup aku kan memang kosong? Ada keluarga tapi macam tak ada, sebab apa? Semuanya berpunca daripada Papa yang ceraikan mama sewaktu aku berumur 15 tahun, Papa dah tawar hati dengan arwah Mama aku. Arwah? Kenapa arwah? Sejujurnya Mama aku adalah seorang pesakit kanser payudara dan kanser ovari, ya kedua-dua sakit itu serentak menyerang arwah mama. Arwah mama selalu sakit, muntah darah dan dah tak boleh melahirkan zuriat, jadi Papa ceraikan mama sewaktu mama tengah nazak. Jahat kan? Patut ke manusia seperti itu dipanggil sebagai seorang 'lelaki'?

Selepas aje arwah mama meninggal, papa meneruskan rancangannya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang seksi dan lebih cantik daripada mama. Aku terpaksa tinggal dengan papa dan isteri baru dia tu, tapi sayangnya. Memiliki rupa paras yang cantik tidak menjaminkan attitude seseorang itu juga cantik, betulkan?

Mommy Mona a.k.a isteri baru papa, melayan aku dengan sangat teruk. Boleh dikatakan dulu setiap hari aku bergaduh dengannya, papa? Hanya buat bodoh aje bila 'isteri baru' yang konon kononnya tercinta tu pukul aku, aku tersenyum sinis. Agak-agak apa yang papa dengan ahli sihir tu buat sekarang? Adakah hidup papa bahagia? Ataupun sebaliknya?

Aku pun tak tahu, sewaktu aku berumur 16 tahun. Aku membuat keputusan untuk melarikan diri daripada rumah neraka tu, jujur eh jujur! Perasaan benci kepada papa dan ahli sihir tu semakin membuak-buak. Orang luar akan cakap yang 'alah teruk macam mana pun, dia tetap ayah kandung kau, tanpa dia kau tak akan wujud didunia ni'. Hahaha, entahlah setiap kali orang cakap macam tu pada aku. Aku hanya mampu ketawa

Geli hati dengan manusia yang mempunyai mindset macam tu, aku pun tak minta dilahirkan di bumi ni. Tak semena-mena air mata mengalir membasahi pipi, masih ingat wajah arwah mama yang tersenyum manis kearah aku semasa aku masih kecil. Mama... I miss you so much, kenapa mama pergi tinggalkan Maya? Kenapa mama biarkan Maya sendirian dekat sini? Papa jahat.. papa langsung tak contact Maya, papa lebihkan isteri baru dia dari anak dia. Maya terluka.. Maya sakit, bila tengok orang lain bahagia dengan ahli keluarga dia.

Sedangkan Maya? Hahaha Maya tak berhak untuk rasa bahagia ke, mama? Semua yang Maya sayang, Maya cinta. Semuanya pergi tinggalkan Maya! Semasa keputusan SPM dikeluarkan, aku mendapat 9A+. Semua orang ada keluarga mereka sendiri, bergambar diatas pentas bersama orang yang tersayang, Tapi aku? Hanya aku sahaja yang tiada ahli keluarga, lawak bukan? Anak orang lain, disambut setiap kejayaan yang mereka peroleh. Tapi aku... aku hanya sendiri!

In the end of the day, I learned how to be strong alone.

Aku meraup wajah dengan sedikit kasar, pagi-pagi dah menangis! Cengeng betul lah kau ni Maya, aku berjalan masuk kedalam bilik air untuk mengambil wudhu

.

.

.

Hari ni betul-betul hari yang membosankan ya tuan-tuan dan puan-puan, habis semua kerja rumah aku buat hari ni. Jam dinding dikerling, sekarang baru pukul 8:30 minit pagi. Aku mengeluh

Yana awal-awal dah pergi kerja, nampak gayanya dia memang tak sabar nak pergi kerja? Nak mengorat Tengku Darren ke? Ish, apa yang kau merepek ni Maya? Kalau dia mengorat Tengku Darren pun.. bukannya ada kaitan dengan kau. Betul kan?

Aku menggelengkan kepala berkali-kali, okey Maya. Kau dengan Tengku Darren tu cuma pekerja dan seorang boss, kau fikir kau layak ke untuk jatuh cinta dengan lelaki bekerjaya macam dia? Lelaki itu serba boleh dan semuanya ada, contohnya? Rupa, wang dan berpendidikan tinggi!

Sedangkan aku? Apa aje yang aku ada? Ahli keluarga pun tak ada, apatah lagi wang? Sedang aku sibuk mengelamun, kedengaran telefon pintar aku berdering minta di angkat

Boss Garang🦁

Sebelah kening automatik terangkat, aik? Aku baru aje bercakap pasal dia, tiba-tiba dia telefon aku? Nujum pak belalang ke ni?

Butang hijau ditekan lalu telefon diletakkan ditelinga kanan. "Hello? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Aku menyoal, lama juga dia senyap dihujung talian

"Kau buat apa?"

Aku gigit bawah bibir, kalau aku jawab saya tengah fikir tentang Tengku Darren. Agak agak kena buang kerja tak? "Tengku Darren dekat mana tu? Office ke? Bukan ke hari ni Tengku ada meeting ke?" Bertubi-tubu soalan aku ajukan pada dia, kedengaran Tengku Darren menghela nafas

Aku salah cakap ke?

"Aku dah cakap kan? Bila orang tanya tu jawab, ini tak. Orang tanya, kau tanya balik. Sampai kiamat pun tak habis jawabnya" Aku memutarkan mata keatas, asyik-asyik nak kena jawab soalan. Dia ingat ni exam ke?

"Tak buat apa-apa pun, saya baru aje lepas kemas rumah. Kenapa?"

"Kau dah sihat kan? Esok aku datang rumah kau, kita pergi jalan-jalan. Aku tahu kau bosan" Ujarnya ditalian. Aku terdiam seketika, dah buang tebiat ke Tengku Darren ni?

Dah kenapa tiba-tiba aje nak bawa aku pergi jalan-jalan? Dan macam mana dia tahu aku tengah bosan tahap gaban?

"Kenapa?" Tanya aku hairan, aku tahu soalan ni boleh mengundang makian seseorang. Lebih-lebih lagi seseorang yang seperti Tengku Darren ni

"Risau kalau tiba-tiba masuk hospital sakit jiwa, bosan tahap gaban kan?"

Aku gigit bawah bibir, ish ini malas ni! Aku rasa dia memang ahli nujum pak belalang, semua benda yang ada dalam fikiran aku memang dia tahu ke apa?

Ini tak lain tak bukan, mesti si Yana cakap dekat Tengku Darren! Tanpa menunggu kata-kata aku, Tengku Darren menamatkan panggilan telefon

Eh biadab punya boss!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 09/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

המשך קריאה

You'll Also Like

476K 10.4K 25
When she transferred to Dauntless, she didn't plan to make friends or catch the eyes of a certain blue-eyed leader. Yet here we are. Disclaimer: I do...
156K 4.3K 40
The random group chat of twice where lots of shit happens because the writer is a moody teenager
604K 20.7K 44
Book I of the 'To Live Again' Saga In the modern world Clara Riley experiences a life changing event...death! Usually this means the end of living...
5.1K 313 21
Menjadi bijak dan genius tidak diinginkan langsung oleh gadis bernama Ayshara Dania. Dia hanya inginkan kehidupan yang sederhana dan penuh dengan kas...