𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫...

By raisynee

11.8K 565 38

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐊𝐚𝐲𝐥𝐞𝐧𝐞 - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya h... More

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 00
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 01
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 02
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 03
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 04
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 05
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 06
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 07
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 08
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 10
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 11
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 12
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 13
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 14
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 15
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 16
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 17
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 18
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 19
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 20
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 21
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 22
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 23

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 09

405 23 0
By raisynee

"Ziyyad Rafael!"

Scylla Acantha mendengus kasar. Sudah banyak kali dia menjerit memanggil nama jejaka itu di lobi yang kelihatan agak menyeramkan. Ini terakhir tau Ziyyad, kalau you tak keluar jugak, I balik!

"Ziyyad-"

"Hey hey! What are you doing here Miss Scylla Acantha? Kau nak mati ke hah? Kalau orang tahu kau datang sini macam mana, hm?" Kalut Ziyyad berjalan turun dari tangga dan mendekati Scylla yang mencebik bibir. Gadis itu memeluk tubuh dan memalingkan badan, tidak suka dengan nada yang digunakan Ziyyad.

"Alah, I datang sini sebab nak jenguk you lah!" Selamba gadis itu membalas. Tak salahkan? Ziyyad meraup wajahnya kasar. Bukan apa, musuhnya ramai. Dan tempat ini hanya Scylla yang tahu selain daripada rakan-rakan baiknya.

Itupun Scylla tahu apabila Seif Arath yang membawanya ke sini 2 tahun lepas atas beberapa sebab. Ziyyad risau kalau-kalau ada musuhnya yang mengintip Scylla secara diam-diam dan mengetahui tentang tempat dia dan anak buahnya bekerja bahkan nyawa gadis itu turut akan melayang.

"Tak boleh ke? Tak apalah kalau tak boleh, I balik je lah." Scylla menekur lantai, seraya bersuara perlahan. Sengaja nak mengada-ngada dengan Ziyyad, memandangkan dia memang dah lama kenal dengan jejaka beku itu.

"Hey no, just stay here."

"Closely by my side."

Scylla senyum lebar saat lengannya dihambar Ziyyad lantas menghentikan langkahnya untuk keluar.

"Thank you!" Spontan gadis itu memeluk lengan Ziyyad. Jejaka itu mengeluh halus. Nak tak nak, seharianlah dia bersama gadis ini. Dah sampai, takkan dia nak halau pula.

"Adrian hantar kau?" Scylla mengangguk, menjawab soalan Ziyyad. Oh ya, baru dia teringat, jejaka itu sedang menunggunya di luar.

"Sekejap you, dia ada tunggu I dekat luar. I nak suruh dia balik dulu. You tunggu tau!" Cepat-cepat Scylla berjalan ke kereta setelah Ziyyad mengangguk, tanda berjanji untuk menunggunya di situ.

Ziyyad melihat Scylla berjalan dengan ekor matanya. Tanpa sedar, jejaka itu melepaskan keluhan. Tubuh dipeluk, sambil itu dia memikirkan sesuatu. Scylla membuka pintu dan berjalan keluar mendekati Adrian yang sedang menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta.

"Adrian,"

"Miss,"

"Kalau you nak balik ke nak pergi mana pun, pergi lah. I duduk sini dengan Ziyyad. Nanti kalau I nak balik, I call you," ujar Scylla. Gadis itu senyum manis. Adrian melihat jamnya, sambil berfikir seketika.

"Alright miss. Take your time."

"Okey, hati-hati bawa kereta!" Adrian angguk perlahan sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta. Sempat Scylla melihat sekelilingnya, risau juga dia berdiri di luar ini lama-lama. Terus dia berlari anak masuk ke dalam sebaik saja kelibat Adrian hilang.

"You're done?"

Ziyyad bertanya saat ternampak bayang-bayang Scylla dari dalam. "Dah!" Ziyyad senyum nipis dan terus menarik lengan gadis itu untuk mengikuti langkahnya.

"You..." Scylla memanggil Ziyyad meleret. Lebih kepada merengek. Riak jijik dia tayangkan. Sungguh dia katakan, rupa bangunan itu penuh dengan pokok dan lumut di dindingnya. Sekali imbas, pasti saja orang menganggap bangunan ini tidak berpenghuni.

"Hm?"

"You tak rasa jijik ke dengan tempat ni? Kotor lah you." Scylla menutup hidungnya. Ziyyad pula hanya ketawa halus mendengar rungutan gadis diva itu. Haa siapa suruh datang? Orang tak suruh pun.

"No."

Ziyyad membalas ringkas. Lagi pula dia terpaksa. Lebih senang nak menyorok daripada musuh. Scylla mencebik. Tanpa sedar, mereka tiba di sebuah bilik. Bilik di mana tempatnya Ziyyad dan anak buahnya berbincang strategi mereka untuk menyerang musuh.

Buka saja pintu, Scylla menjerit kecil melihat kesemua inspektor lelaki mahupun perempuan yang berada di situ. Bibirnya terkunci. Dirinya kini menjadi tumpuan. Oh tidak! Mati-mati dia fikirkan hanya Ziyyad yang berada di situ. Haih.

Ziyyad menggeleng kecil, perangai siapa ni gedik sangat?

"Err hi you all." Scylla menyapa malas. Senyuman kekok dilemparkan. Malu lah pulak. Matanya meliar mencari tempat duduk untuk dia duduk, namun kesemua kerusi sudah penuh dengan manusia. Dia mengeluh perlahan.

"Hai Scylla!"

Tidak terkejut mengapa kesemua mereka mengenali gadis diva ini. Butiknya cukup terkenal, jadi tidak aneh mengapa Scylla turut terkenal.

"Duduklah. Kau teman je kita orang berbincang." Scylla senyum mendengar ulah seorang detektif wanita, yang dikenali sebagai Amira. Mana dia tahu? Tu, ada tertulis pada tag nama yang dipasang pada baju.

"Tapi--"

"Sit here." Ziyyad menyampuk lantas menarik lengan Scylla sehinggakan gadis itu terduduk di atas ribanya. Mata Scylla membulat terkejut. Dapat dia rasa hangatnya hembusan nafas Ziyyad. Jantungnya mula berdegup kencang. Tidak sedar, mata-mata anak buah Ziyyad juga turut terkejut.

"Tak berat ke? Sorry, I ganggu waktu you kerja." Scylla mencebik bibir, terasa bersalah. Dia menunduk, terus-menerus menyalahkan diri. Kalau dia tahu lelaki itu sedang bekerja dengan anak buahnya hari ini, tidaklah dia datang ke sini tadi.

Pasti sukar untuk mereka fokus sekarang.

"No, you're not disturbing us, and you're not heavy at all."

"Dosa kau je berat." Mata Scylla membulat lagi sekali. Baru saja dia ingin tersenyum, terus mati senyumannya saat suara Ziyyad sekali lagi mengetuk gegendang telinga.

"Ziyyad Rafael! Main-main eh you!"

"I'm just joking, gorgeous."

Diam.

Scylla terdiam. Bibirnya terkunci rapat. Terkedu dengan panggilan mesra jejaka itu. Apa dia lupa? Mereka sering kali bergaduh dan mustahil jejaka itu suka akannya dan dia juga suka akan jejaka bernama Nur Elvian Naufal itu.

"Erk, tak apa lah. You all sambunglah berbincang. I duduk sini diam-diam okey? Don't mind me." ujar Scylla lalu dia mengeluarkan airpod dan telefon pintar dari beg sandangnya. Manakala, Ziyyad hanya memerhati. Sebaik saja dia memakai airpod, dia memasang lagu tanpa menyedari Ziyyad merenungnya dari tadi.

Anak-anak buah Ziyyad yang melihat sudah tersengih sumbing dalam diam. Dalam diam betul ya tuan mereka ni. Ingatkan hati beku sangat, tak ada kekasih hati! Rupanya ada. Pasti saja Ziyyad akan menjadi bahan usikan mereka nanti. Lihat saja.

"Okey Nazim, continue." Nazim angguk apabila Ziyyad memberi arahan. Hujahnya terhenti tadi apabila Ziyyad memberitahu bahawa Scylla berada di bawah.

Usai saja perbincangan mereka pada pagi itu, Ziyyad menyuruh anak-anak buahnya pulang awal saja hari ini. Sebaik saja kesemua mereka keluar, Ziyyad mengambil peluang ini untuk merenung sepuasnya wajah Scylla yang sedang tertidur di atas ribanya.

Wajahnya tersembam pada dadanya, badannya pula elok terduduk di atas paha Ziyyad.

Perlahan matanya melihat bulu mata gadis itu yang lentik, kulit wajah yang lembut dan berseri-seri. Kemudiannya, matanya tertancap pada bibir merah delima Scylla.

"I wanna kiss your lips so bad Scy."

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

lah ghisau ye dengan ayat terakhir tu BAHAHAHAHA ,

i pun blushing sekali waktu tulis bab ni 🥰

Continue Reading

You'll Also Like

350K 22.7K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
73.1K 9K 24
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
681K 39.2K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
33.2K 3.4K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...