Kerana Cinta

By N_aqilla

45.1K 3.3K 451

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog
NEW STORY ALERT!

Bab 40

395 31 10
By N_aqilla

You didn't through all that for nothing.

+Aip! Jangan lupa comment tau! Saya ni memang busy body orangnya so jangan lupa comment sebab saya nak tahu apa korang rasa masa baca chapter ni! Ingat tau saya nak tahu! Baik lah selamat tersenyum!

Farraz ukir senyuman lebar. Tersenyum senyum dia menikmati sambal petai di hadapannya. Opah yang sedang membasuh pinggan sesekali melirik memandang cucunya.

"Farraz? Kamu kenapa? Tersenyum senyum macam ada kawan khayalan." Opah labuhkan duduk di kerusi berhadapan Farraz.

"Opah masak sedap." Farraz angkat ibu jari.

"Tahu. Makan lah. Habiskan." Opah tolak mangkuk lauk yang sudah tinggal separuh ke arah Farraz. Serentak itu bibirnya tersenyum melihat Farraz yang berselera makan.

"Lepas ni Farraz dah kena balik..." Farraz hentikan suapan. Jari telunjuknya menguis nasi di dalam pinggan.

"Lah... Nanti ada masa kamu datang lah lagi. Macam tak biasa." Opah menggeleng perlahan. Terus dia kembali bangkit mencapai beberapa mangkuk yang sudah kosong.

Farraz mengangguk perlahan. Nasi dikunyah sehingga habis. Terus dia bangun membawa pinggan kotor ke singki.

"Farraz nak keluar sekejap. Pergi rumah mak ngah. Nak jumpa budak Citra tu." Farraz sekadar memberitahu. Ada perhitungan yang hendak dia buat dengan Citra. Dah buat hal tahu pula nak lari balik kampung. Ingat dia tak tahu? Heh! Semua rahsia budak tu ada dalam kocek seluar dia!

"Ha pergi lah." Opah mengangguk membenarkan walaupun hatinya sudah dijentik rasa pelik. Tak pernah pernah Farraz rela hati nak menghadap dua beranak itu.

"Farraz... Farraz sayang opah!"

Hampir terlompat opah dengan jeritan nyaring Farraz. Matanya menghantar pemergian cucunya itu sambil tergeleng perlahan. "Ish, budak ni!"

Handle bars di pulas sekuat hati. Terlepas makian di bibirnya saat kereta dibelakangnya semakin memecut merapatkan jarak dengan motor miliknya.

"Bodoh! Aku tak nak main lah!" Seolah olah pemandu dibelakang mendengar setiap makian, Farraz terus terusan mencarut geram. Naik sakit hatinya saat ini. Kereta di belakangnya itu seolah tak berputus asa mengejarnya sejak keluar simpang kampung. Awalnya Farraz langsung tak mengesyaki apa apa. Namun, bila mana kereta itu mengekorinya rapat dia yakin ada sesuatu yang tak kena.

Sebelah tangan Farraz bergerak mencapai telefon di kocek seluar. Bersusah payah dia mengeluarkan objek itu. Bila berjaya, jemarinya menekan sesuatu dengan pantas.

"Arian! Aku... Ergh! Ada kereta follow aku!" Tanpa salam Farraz terus menerjah. Kedengaran Arian di hujung talian menolak kerusi.

"Aku... Aku tak tahu nak buat apa!" Farraz semakin panik bila motornya dihimpit rapat. Seketika matanya terpejam rapat. Kelajuan motor ditingkatkan. Suara cemas Arian di hujung talian buatkan air matanya berkumpul di pelupuk mata.

Ya, Allah.

Jagakan sahabat ku.

"Aku... Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab selalu marah kau." Suara Farraz sudah kedengaran serak. Suara Arian yang memekik dihiraukan.

"Janji dengan aku... Jadi diri kau sendiri. Lakukan apa yang buatkan kau bahagia. Hidup ni terlalu singkat..." Mata Farraz menangkap kereta yang semakin rapat dibelakangnya. Nafas ditarik.

"Sangat singkat untuk memenuhi harapan orang lain." Matanya dipejam bila dia sedar akan kelekaannya sehinggakan dia tersalah masuk selekoh. Jalan mati. Nafas ditarik lemah. Pasrah jika ini takdirnya.

"Aku..."

Bam!

Tercampak telefon Farraz. Terpelanting tubuhnya. Matanya terpejam rapat bila tubuhnya sudah terseret ke tengah jalan. Bahkan topi keledar yang pada asalnya terletak elok di kepala juga sudah hilang entah ke mana.

Farraz pejam kelopak mata bila silauan kereta yang mengejarnya tadi menyuluh tepat ke matanya. Kepalanya sakit. Telinga sudah berdengung dengan kesakitan yang maha hebat. Tangan dan kakinya seakan lumpuh tak mampu bergerak. Menitis air matanya merasakan kesakitan yang tak terhingga itu.

Sakit.

Sangat sakit.

"Aku dah kata jangan berani nak lawan aku."

Suara seseorang buatkan Farraz angkat sedikit wajah memandang sosok itu. Dengan penuh bersusah payah, bila matanya dapat mengecam wajah itu terus saja bibirnya tersenyum lemah.

"Aku... Aku dah agak itu kau..." Penuh bersusah payah Farraz bersuara. Dadanya rasa sesak seolah olah jantungnya tak dapat bekerja dengan baik. Wajahnya sudah penuh dengan darah. Dari kepala, hidung dan telinga. Hampir kesemua anggota tubuhnya sudah dibanjiri darah.

"Dah nak mati pun, banyak mulut lagi kau ni." Kaki itu selamba menendang kuat kepala Farraz.

"Ergh!" Terteleng wajahnya. Tak mampu melawan. Kudratnya seakan hilang di bawa bayu malam. Sakit. Hanya sakit yang tinggal.

"Why? Did I hurt you?" Kedengaran gelak sinis itu.

"Kau tak akan-"

"Kau pernah cakap, aku kena langkah mayat kau dulu kalau aku nak buat apa apa dekat laki bini tu. So..."

"No. Don't... Don't do that. Kau perlu beralah... Takdir Allah-"

Pak!

Belakang tubuh Farraz dihentak sesuatu buatkan nafasnya semakin memberat. Tercunggap cunggap dia mengambil nafas. Sesekali dia terbatuk dan saat itu ada darah yang tersembur dari bibirnya.

Farraz pejamkan mata. Sakit. Dia tak rasa dia tak mampu bertahan lagi. "Its not the stab in the back kills me... Its when I turn around and see who holding the knife..."

"Diam!" Kuat suara itu menjerkah sebelum kembali tergelak kecil.

"Maafkan aku, Arian... Aku tak mampu nak terus jadi... Sahabat kau. Jumpa aku di sana..." Saat ini ucapan itu hanya mampu terluah di hati. Bibirnya terkunci dengan kesakitan ini. Pandangannya sudah berbalam.

Pak!

Sekali lagi tubuh Farraz dihentam sesuatu. Kali ini nyawanya bagaikan dicabut dengan kesakitan yang tak terperi. Sangat sakit. Menitis air matanya. Ya, Allah. Tarik saja nyawaku. Aku sudah tak sanggup menanggung kesakitan ini. Perlahan matanya terpejam rapat.

Tubuh yang tadinya berdiri tegak kini bertinggung di sebelah Farraz. Nadi lelaki itu diperiksa sebelum dia tergelak lagi. Lagi dan lagi. Tawanya terus mengisi kepekatan malam.

"Yeay! Farraz dah mati!" Dia melonjak keriangan. Seakan akan apa yang sedang dia lakukan langsung tak salah. Seakan akan kesakitan lelaki itu seperti satu hiburan buatnya.

"Boleh langkah mayat kau!" Tubuh Farraz yang terbaring kaku itu di langkah beberapa kali dengan senyuman.

"Sekarang... Dah tak ada siapa boleh ganggu rancangan aku dan kau boleh berehat di taman syurga." Dia mengekek lagi.

Psiko!

Kejam!

Gila!

Akalnya bagaikan dah tak ada fungsinya. Seketika keseronokkannya terhenti. Matanya meliar ke sekeliling. Kukunya di gigit sedikit.

"Tapi... Macam mana kalau... Kalau abang Arian tahu... Hm..." Kakinya mundar mandir tak tenang. Bila dia rasakan perasaan takut semakin menghempap diri, terus dia memboloskon tubuh ke perut kereta. Enjin kereta mengaum kuat sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

Atau lebih tepat...

Meninggalkan jasad tak bernyawa itu sendiri.

"Lifeline?" Mata Arian meliar ke sekeliling. Ruang tamu dijenguk seketika sebelum keluhan kecil terlepas di bibir.

"Wife?" Sekali lagi Farraz melaung dan kali ini terdapat sahutan dari arah dapur yang membalas. Terus saja dia buka langkah besar menghampiri dapur. Kembang kempis hidungnya bila menangkap bau enak di ruangan itu.

"Sedapnya bau. Masak apa tu?" Tubuh Ayra dipeluk dari belakang. Satu kucupan singgah ke pipi itu. Selamba dagunya mendarat mesra di bahu Ayra.

Tubuh Ayra kaku tak bergerak. Terkejut tiba tiba dapat pelukan. Mujur saja Encik Khalid tidak ada di rumah. Katanya nak pergi jenguk cafe. Ayra pula sudah tinggalkan pesan bahawa dia akan datang sedikit lewat ke sana atas sebab hendak masakkan lelaki yang sedang mengidam rendang daging itu. Siapa lagi kalau bukan Farraz!

"Rendang daging untuk Farraz."

"Kan abang dah kata tak payah-"

"Sekali sekala. Tak apa lah. Mesti dia teringin sangat tu sampai minta Ayra buatkan."

"Budak tu memang tak reti nak tunggu raya." Arian mengomel kecil. Ayra sudah tergelak. Kepalanya menggeleng.

"Lepas. Saya nak salin rendang ni ke mangkuk." Ayra tepuk sedikit tangan Arian di pinggangnya. Dapur gas terus dimatikan sementara menunggu Arian meleraikan pelukan.

"Tak nak." Arian menggeleng dengan suara meleret.

"Nanti kan boleh peluk lagi."

Arian mengeluh kecil. Tubuh Ayra dipusingkan sebelum satu lagi kucupan singgah ke dahi itu.

Forehead kiss.

And...

Guess what?

Ayra butterfly, again!

And

Again!

"Just wanted to let you know, my lifeline. You're always be my first thought in the morning, my last thought before i go to sleep and almost every thought in between."

Ayra tersenyum kecil. Baru dia hendak membalas, bunyi deringan telefon bimbit Arian sudah memecah suasana. Arian berpaling kemudian duduk di kerusi. Telefon di lekapkan ke telinga. Ayra senyum sedikit sebelum dia kembali fokus pada kerja memasaknya.

"Kau kenapa Farraz?" Suara garang Arian buatkan Ayra lepaskan tawa kecil. Kepalanya tergeleng kecil. Apa lagi lah Farraz tu nak buat kali ini. Tak habis habis nak bertelingkah dengan Arian.

Mangkuk yang sudah di isi dengan rendang diletakkan ke atas meja. Kemudian dia kembali berpaling ingin membersihkan kawasan memasak.

"Arian! Aku... Ergh! Ada kereta follow aku!"

"Huh?!" Arian terbangun dari duduk. Kerusi terseret kasar ke belakang buatkan Ayra berpaling dengan kerutan. Wajah cemas Arian dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Aku... Aku tak tahu nak buat apa!"

"Kau dekat mana?!" Kuat suara Arian melengking sehingga bahu Ayra terhinggut akibat terkejut.

"Aku... Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab selalu marah kau."

"Bodoh! Kau dekat mana?!" Terburu buru Arian mencapai helmet miliknya. Kunci motor yang di sangkut dicapai terburu buru sehinggakan kunci kunci yang lain jatuh menyembah lantai.

"Janji dengan aku... Jadi diri kau sendiri. Lakukan apa yang buatkan kau bahagia. Hidup ni terlalu singkat..."

"Berhenti mengarut! Kau dekat mana?!" Arian kembali mengulang soalan. Helmet disarung ke kepala dengan ala kadar.

Ayra terkebil kebil mengejar langkah suaminya. Hatinya diserbu rasa tak enak. Seakan akan ada perkara buruk sedang berlaku buatkan Arian jadi secemas itu.

"Sangat singkat untuk memenuhi harapan orang lain."

"Beri tahu aku kau dekat mana lah bodoh! Berhenti merepek!"

"Aku..."

Baru Arian hendak undurkan motor keluar dari garaj, bunyi dentuman di hujung talian buatkan nafasnya bagaikan terhenti. Ritma jantungnya seakan tak stabil. Terketar ketar tangannya menjauhkan telefon tersebut dari telinga. Skrin gelap itu diandang dengan mata yang sudah berkaca. Akalnya menolak sebarang kemungkinan.

"Argh! Sial!" Telefon miliknya dicampak kasar. Entah ke mana perginya telefon itu, Arian sudah tidak kisah. Tubuhnya melorot jatuh di samping motor yang juga sudah jatuh menyembah bumi.

"Farraz..." Arian merintih bagai anak kecil. Bahunya terhinggut hinggut melepaskan sesak di dada.

Ya, Allah...

Uji aku dengan apa saja...

Tapi...

Tolong...

Jangan tarik nyawa sahabatku...

"Ya, Allah! Abang! Kenapa ni?" Ayra yang tadinya berada di dalam rumah untuk menyarung tudung ke kepala akhirnya keluar dengan kejutan di matanya. Wajah merah Arian ditatap. Tubuh itu ditarik ke dalam pelukan.

Ya, Allah.

Apa yang sudah terjadi?

"Farraz... Farraz... Dia... Kemalangan..."

Dan saat mengungkapkan kata itu Arian tahu bahawa dia sudah tak mampu menyangkal anasir negatif dalam mindanya. Dadanya sesak. Jiwanya meronta dengan kepastian yang tak ada siapa dapat jelaskan. Hatinya tak putus merayu agar Farraz selamat saat ini. Bunyi dentuman tadi seolah berputar bagaikan piring hitam dalam kotak mindanya.

Ayra kelu. Matanya membulat.

Ya, Allah...

Ujian apakah ini...

Continue Reading

You'll Also Like

9.6K 627 9
ο·½ πƒπšπ«π’π¬π¬πš 𝐈𝐫𝐯𝐚𝐧𝐚 𝐟𝐭 π”π°πšπ’π¬ 𝐀π₯-𝐐𝐚𝐫𝐧𝐒. Akad nikah yang dilafaz menyatukan dua insan ini. Cinta mereka yang suci dari dasar ha...
2K 101 22
πŸ“Œupdate: weekend only Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan unt...
42.7K 1.9K 46
[Not-edited] [Slice of life + Romance + Slight Horror] Sebuah mahligai cinta yang dibina runtuh tanpa asbab yang kukuh. 4 tahun yang lalu Daiyan keh...
14.2K 656 25
Aryan Zihni, nama yang diberi merangkap pangkat Leftenan Komander yang berkhidmat di dalam pasukan elit TLDM, PASKAL. Mempunyai personaliti yang rian...