Kerana Cinta

By N_aqilla

40.8K 3.1K 447

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 34

316 25 0
By N_aqilla

Let's pretend that it didn't hurt.

Berkerut hebat kening Ayra bila Arian berhentikan kenderaan. Matanya meliar memandang sekeliling. Kawasan hutan. Sudah tentu kelihatan agak sunyi. Seketika kepalanya menoleh memandang Arian yang sudah bergerak menanggalkan tali pinggang pada tubuh.

Arian berpaling. Wajah Ayra ditatap seketika.

"Why lifeline?" Ternaik sedikit kening Arian ketika menyoal.

"Kita buat apa dekat hutan?"

Arian yang mendengar sudah mepeaskan tawa kecil. Seketika kepalanya menggeleng.

"Dating."

"Tapi ni hutan lah, Arian. Banyak nyamuk." Omel Ayra. Matanya ligat memerhati sekeliling. Arian pula sudah keluar dari kereta. Terus dia bergerak ke pintu bahagian penumpang. Tali pinggang di tubuh Ayra segera ditanggalkan sebelum dia berdiri tegak sambil memeluk tubuh.

"Last warning, lifeline. One more time you call me Arian I will do something to you." Bibir Arian naik sedikit. Mencabar keberanian yang Ayra miliki.

Ayra tayang wajah jengkel. Lidah ni dah nak tergeliat tahu tak? Abang! Abang! Sejak bila pula kita adik beradik? Okay, gurau!

"Fine. Kita buat apa dekat sini, abang?" Ayra lenggokkan panggilan abang tersebut. Nak bagi Arian puas hati.

"Dating, my lifeline..." Mendayu dayu nada Arian membalas.

Ayra menjeling. Ya, tahu lah nak dating tapi dekat sini? Macam nak camping je lokasi dia.

"Tahu lah dating tapi-"

"Keep quite, lifeline. Now, let's go." Terhenti suara Ayra. Tak tunggu lama tubuhnya sudah selamat berdiri di hadapan Arian.

Pak!

Selamba tangan Ayra melayangkan penumbuk di bahu Arian buatkan lelaki itu tersengih tak bersalah. "Kalau saya jatuh tadi macam mana?"

"Tak akan jatuh punya. Abang tak akan pernah biarkan sayang jatuh. Jatuh dalam hati abang tak apa. Abang lagi suka." Arian kenyitkan mata. Wajahnya merapat ke muka Ayra. Terus terundur wajah Ayra ke belakang. Terkejut punya pasal!

This guy...

He's good in flirting.

Dah masuk dah jin gatal dalam badan Arian. Rasa nak ketuk ketuk bagi jin tu keluar. Berbahang pipi ni woi!

"Diam lah. Mulut awak tu lama lama kena potong. Diabetes!"

Arian tergelak namun tangannya bergerak ke belakang tubuh Ayra. Dan...

"Abang!" Terkial kial Ayra memaut leher Arian. Mana tak terkejutnya dia tiba tiba rasa tubuh melayang. Arian ni pula boleh buat muka selamba dukung dia.

"Jatuh kang!" Ayra tampar dada bidang Arian sambil kakinya berayun kasar. Nak turun! Kus semangat, nak melayang roh dalam badan ni rasanyatadi!

"Tenang, sayang."

Cup!

Serentak itu kucupan singgah ke dahi Ayra. Terhenti rontaan Ayra. Matanya terkelip kelip perlahan. Pipinya terus membahang panas.

Argh!

Ayah!

Tolong Ayra!

Ayra kalihkan mata memandang ke hadapan bila ekor matanya menangkap cahaya malap dari satu arah. Seketika matanya membulat memandang ke satu laluan lurus. Laluan itu tak besar dan tak kecil. Namun, cukup memuatkan dua ke tiga tubuh manusia.

Arian turunkan tubuh itu kemudian laju tangannya memaut pinggang Ayra agar berdiri rapat dengannya.

"Cantiknya." Mata Ayra meliar memadang laluan tersebut. Di kedua belah pinggir laluan terdapat beberapa lilin kecil tersusun menerangi jalan kecil itu. Di tengah tengah pula terdapat taburan kelopak bunga ros berwarna merah dan putih.

Arian tersenyum. Kaki mereka melangkah ke hadapan sehingga lah tiba di hujung laluan kecil itu. Terdapat meja dan dua kerusi yang sudah di susun elok di hujung laluan.

"Dating? Tengah hutan? Rare sangat ni."

Arian mengganguk sambil tergelak kecil.

"Come." Satu kerusi ditarik kemudian dia mempelawa Ayra untuk duduk.

Arian.

Act of service.

Do doubt.

He's on top!

Ayra terus saja labuhkan duduk. Mulutnya terkunci rapat. Segan nak mulakan sebarang perbualan. Rasa malu dah menyerbu!

Arian tegakkan postur tubuh. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Ayra. Seketika bibirnya mengukir senyuman. Ya Allah! Ini kah yang di namakan cinta?

Tenang. Suara senyap tanpa sebarang bunyi. Hanya deruan nafas mereka ditemani bunyi alam.

"When we first meet, I never thought you would become this important to me but you are..." Arian tergelak kecil mengenangkan pertemuan pertama mereka. Di tuduh hendak merompak? Dan ya dia benar benar sedang merompak. Merompak derita Ayra dan meninggalkan sisa baki kebahagian buat mereka.

"And I never want to lose you. You mean everything to me." Sambung Arian. Kali ini nadanya lebih rendah. Seolah olah satu doa. Sungguh! Dia tak mahu rasa kehilangan lagi.

Ayra ukir senyuman kecil. Arian tetap akan jadi Arian. Lelaki itu juga takut. Tapi Arian lebih banyak menyimpan semua rasa itu sendiri. Tak seperti dia yang jelas jelas menunjukkan personaliti dirinya yang takut akan masa silam.

"You know what, I used to have a plan but life had other ideas." Serentak itu Ayra ukir senyuman lebar. Benar, sebelum ini dia sudah takut untuk ada hubungan dengan lelaki. Namun, lantai takdir itu indah. Allah temukan mereka. Satukan mereka. Segalanya bagaikan satu kejutan. Kejutan yang indah. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ayra lupakan semua yang telah terjadi dan buka lembaran baru dalam hidupnya.

Mungkin juga...

Ini masa yang sesuai untuk dia luahkan isi hatinya.

Mungkin juga...

Dia sudah tak perlu takut akan risiko patah hati kerana dia yakin Arian mampu mengubati.

Jemari Arian bergerak mencapai jari runcing Ayra. Di genggam erat. "I want you to see all my weakness and still loves me."

Berkaca mata Ayra saat ini. Tidak kah lelaki itu tahu bahawa segala kekurangan adalah dari diri Ayra sendiri? Arian lelaki sempurna saat ini.

"I'm lucky to meet someone like you, I love the way you treat me. I love everything about you." Tak sedar bibir Ayra sudah berlaku jujur saat ini.

Mata Arian membulat tak percaya.

Ayra...

Dah terima dia?

Ayra...

Dah letakkan sepenuh kepercayaan padanya?

"You are you. The past is past. I'm not going to compare you with my past because once I choose you it means you're better than my past and i will not let you compete with other man because you're still the winner." Serentak itu air mata Ayra jatuh ke pipi.

Melepaskan rasa di dada.

Melepaskan kesakitan yang selama ini membunuh dalam diam.

Ya, dia akan lepaskan semuanya. Arian destinasinya saat ini.

"I choose you... and I will always choose you. Over and over. Without doubt, without pause. In a heartbeat. I will keep choose you." Tika ini Ayra bersumpah akan perjuangkan segalanya untuk hubungan mereka.

"I will choose you too. Fi duniya wal akhirah." Nada Arian gemersik kedengaran. Serentak itu jemari Arian menyapu pipi Ayra yang sudah dibasahi air mata. Menghapus air mata sekaligus menghapus kenangan pahit wanita itu.

"You remind me to dandelions, my lifeline."

"Why?"

"Dandelions is a sweet love song where a woman wishes the man she loves will be hers forever..." Serentak itu Arian keluarkan bangkit dari duduk. Dia bergerak ke satu arah di balik pokok tak jauh dari situ. Tangannya mencapai sesuatu.

"The lyrics describe everything about her feeling. Not even how deep she inlove with that man but also her feeling and hopes for the rest of her life..." Arian kembali melangkah mendekati Ayra dengan jambangan origami berbentuk bunga di tangan.

"People blow dandelions to make wish and use the lyrics to express how much someone put trust. Hoping that happiness for her." Serentak itu Arian capai jemari Ayra. Dikucup lembut sebelum jambangan di tangannya bertukar tangan.

Ayra capai huluran bunga tersebut dengan mata yang sudah kembali berkaca. Dadanya serasa sesak dihimpit rasa terharu. Seketika matanya menilik kepelbagaian origami bunga yang ada dalam jambangan tersebut. Ada bermacam macam jenis dan warna bunga.

Rose.

Tulip.

Magnolia.

Daisy.

Lavender.

Sunflower.

Baby breath.

And...

Dandelions.

Ayra terharu. Wajah Arian dipandang dalam. Senyap. Bibir mereka seakan terkunci. Namun, mereka tahu ada satu rasa yang kian bercambah di dalam dua hati.

Cinta.

Ya rabb, if you make me fall in love with someone. Please, they are the right person who will stay together. Fi duniya wal akhirah.

Continue Reading

You'll Also Like

8K 460 30
KARYA KEDUA - NURUL ASYIQIN Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?" - Tengku Addyan Zareef "Encik c...
2.8K 252 10
MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung pun dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sep...
38.9K 2K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
89.3K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...