Kerana Cinta

N_aqilla tarafından

40.8K 3.1K 447

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... Daha Fazla

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 29

385 32 0
N_aqilla tarafından

If you hate me, just hate me alone. No need to ask other to join you and force them to hate me too.

Seronok. Ya, itulah perasaan Ayra sejak tiba di kampung. Bukan saja persekitaran di situ buatkan dia rasa seronok malahan layanan opah adanya buatkan dia lebih selesa berada di situ. Arian ada usulkan cadangan untuk teruskan honeymoon ke tempat lain namun Ayra menolak. Dia lebih suka berada di sini. Lagi pula Ayra tak rasa dia akan rasa seronok sebegini di tempat lain.

"Termenung apa?"

Ayra menoleh memandang Arian yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya. Tin coca cola ditangan dibuka sebelum dihulur ke arah Ayra. Belum sempat Ayra bawa tin ke bibir, Arian tarik semula tin kemudian straw diletakkan ke dalam tin. Ayra senyum. Arian ni dengan act of service dia memang nombor satu!

"Tak ada apa." Ayra ukir senyuman sekaligus menjawab soalan Arian. Air disedut perlahan. Matanya tunak memandang Farraz yang terjerit jerit di dalam air. Hm, mandi sungai memang lah airnya sejuk. Farraz ni pula kecoh sekampung, terjerit jerit tapi masih nak berendam juga dekat air sungai tu.

"Seronok?"

Ayra mengangguk laju. "Seronok! Saya suka duduk dekat sini."

"Glad to hear that." Arian senyum. Puas hati bila Ayra rasa seronok berada di sini. Memang itu niatnya. Nak beri Ayra rasa seronok sepanjang mereka bersama.

"Terima kasih, Arian." Ucap Ayra tiba tiba.

Arian mengerut. Keningnya menjongket sedikit. "For what?"

"For being in my life?" Ayra kelihatan ragu ragu membalas.

"Sama sama kasih, sayang." Arian cubit pipi Ayra.

"Jom." Tin ditangan Ayra ditarik kemudian diletakkan di atas batu.

"Pergi mana?"

"Mandi sungai lah. Tak akan lah datang sini nak duduk je tengok Farraz tu mandi. Bukannya hot pun." Arian julingkan mata. Cemburu? Mestilah! Bini dia ni du kusyuk sangat tengok Farraz. Jangan sampai dia lemaskan si budak Farraz tu.

That jealousy...

But who care?

Ayra is fully Arian's!

Ayra pasrah. Ikutkan sajalah. Kaki mereka melangkah sedikit jauh dari kawasan tumpuan. Arian berjalan di hadapan namun tangannya setia menggenggam jemari Ayra. Sesekali batu dan ranting yang menghalang laluan di alihkan ke tepi. Memberi laluan selamat untuk Ayra.

Ayra mengerut. Tak jauh sangat ke ni? "Kenapa kita pergi jauh sangat? Kesian dekat Farraz nanti nak-"

"Saya cemburu." Arian pantas memintas. Namun, wajahnya masih statik memandang tunak ke hadapan.

"Huh?" Ayra terkebil kebil. Terus dia hentikan langkah.

Arian tarik nafas panjang. Kemudian dia kalihkan tubuh memandang Ayra di belakang. Tautan jemari mereka dia rungkai. Selamba Arian memeluk tubuh memandang tajam ke arah Ayra.

"Saya. Cemburu. Faham?" Arian sebut satu persatu perkataan. Biar Ayra dapat dengar dan hadam dengan baik.

"Ap... Apa dia?" Ayra membulat tak percaya. Arian cemburu? Dia lihat wajah Arian masih tajam merenungnya. Naik tegak bulu roma ni. Opah, tolong Ayra!

Arian mengeluh. Terus dia melangkah mendekati Ayra. "Saya cemburu, sayang."

"Sebab apa pula awak nak cemburu?" Ayra berundur setapak. Sumpah dia tak suka Arian versi ini. Jantung dia ni rasa nak melompat keluar! Tak sampai sebulan dia rasa dah penat buat senaman jantung setiap hari!

"Sebab... Hm..." Arian capai lengan Ayra. Ditarik merapat.

"Sebab awak kusyuk sangat tengok Farraz. You better look at me. Only me. Understand?" Arian jongket kening. Nak tergelak dia lihat Ayra yang macam nak putus nafas. Alahai! Kasihan!

"Faham!" Ayra segera anggukkan kepala. Bila lah darah gemuruh dia ni nak hilang agaknya?

"Good. Now, let's go." Arian tarik lengan Ayra menuju ke arah sungai. Sentuh saja jemari kaki pada air sungai, Ayra terus paut lengan Arian.

"Sejuknya!" Baru dia mengerti mengapa Farraz duk menjerit sakan tadi.

"Don't worry, you have me. I'm hot." Arian pasang wajah selamba. Ceh! Angkat bakul!

Ayra julingkan mata. "Perasan!"

"Well, science is fake. They say the hottest thing is the sun but its obviously... Me." Bibir Arian mengoyak senyuman bangga.

"Apa apa je lah, suami." Ayra dah penat nak melayan perangai perasan Arian. Makin di layan makin menjadi!

Kaki mereka terus melangkah sehingga paras air mencecah ke leher Ayra. Ayra ketap bibir rapat rapat. Gila sejuk!

"Seronoknya!" Ayra terjerit kecil. Tak pernah rasa mandi sungai, dah rasa ni... Agaknya memang setiap bulan dia paksa Arian untuk bawa dia ke kamlung semata mata nak mandi sungai.

Arian tergelak kecil. Senyap. Masing masing senyap. Ayra pandang dada langit. Redup saja. Tak panas dan tak mendung. Sesekali kelihatan beberapa ekor burung terbang melintasi kawasan sungai. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

Arian pula diam memandang wajah Ayra. Cantik. Pemandangan yang sangat menenangkan.

"Hey wife, wanna play a game?" Suara Arian buatkan Ayra kalihkan matanya. Keningnya diangkat sedikit menghantar isyarat 'apa dia?'.

"Let's stare into each other's eyes." Arian tatap wajah Ayra dalam dalam.

"Jangan pandang saya lah! Pandang tempat lain! Saya malu!" Ayra tolak pipi Arian ke kiri. Sumpah dia rasa nak lemaskan kepala sendiri dalam air.

Arian tergelak kecil. "If i look away first, you win."

Kepala Arian mengalih memandang Ayra. Jemari lembut di pipinya itu ditolak menjauh. "And if you look away first, you win too."

Ayra tergelak sinis. Dah dapat agak permainan Arian. Permainan apa bila kemenangan tetap berpihak padanya?

That bossy things.

Makhluk gatal bak kata Farraz.

"That's funny. So... what will be the reward, husband?" Ayra bergerak ke arah batu besar di belakang Arian. Tubuhnya berusaha melompat ke atas batu tersebut. Tak tahan nak berendam lama lama! Sejuk!

Arian bantu Ayra. Di paut pinggang itu sebelum dengan mudah diangkat dan diletakkan di atas batu. "Me. My royalty, wife."

"If you give me your loyalty..." Ayra sentuh dagu sendiri. Buat buat sedang berfikir.

"I give you my whole life." Rambut Arian yang jatuh ke dahi ditolak ke belakang dengan jemarinya.

Bibir Arian menyinis. "Menarik."

"Huh. Loving me is so simple..." Ayra jongket bahu. Wajahnya selamba saja. Bajunya ditarik sedikit agar tak terus melekap pada tubuh.

"If you love me right... I will give you full access of me. I'm yours. You can order me around, husband." Ayra kenyitkan mata.

Arian membulat. Terundur dia setapak. Ayra... Kenyit mata?

Farraz duduk bertinggung di tepi sungai. Matanya dijulingkan beberapa kali memandang dua manusia di tengah sungai. Kalau dah sakan bercinta tu, anak gajah lalu pun tak sedar!

Kaki Farraz melunjur ke hadapan. Sakit kaki berjalan merata cari merpati dua sejoli tu. Rupanya tengah bercinta di bawah langit. Ewah!

Dengar derap kaki menghampiri, terus saja Farraz palingkan wajah. Citra! Adumak! Apa pula manusia ni nak?

"Abang Arian mana?" Citra menyoal sambil berdiri di samping Farraz.

Farraz tayang riak jengkel. Minah ni rabun ke apa? "Mata kau tu dah macam mata opah ke? Punyalah romantik Arian tu dekat tengah sungai dengan bini dia, kau boleh pula tanya aku mana Arian?"

Citra kerling ke tengah sungai sebelum bibirnya diketap kuat. Tak guna! Sepatutnya dia yang berada di situ! Di tempat Ayra! Entah dari ceruk mana perempuan tu muncul, tiba tiba je dah kahwin dengan Arian! Segera Citra palingkan tubuh. Ingatkan nak luangkan masa dengan Arian, tup tup Ayra pula yang dapat moment tersebut.

"Kau jangan ingat aku tak tahu rancangan kau dua beranak."

Suara Farraz buatkan langkah Citra terhenti. Tubuhnya kekal pada kedudukan asal tanpa berpaling sedikit pun. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Baguslah kalau kau dah tahu." Kedengaran tawa sinis Citra.

"Kau tahu kan aku boleh hancurkan kau bila bila masa?"

"Tahu. Tapi aku tahu kau tak akan berani nak hancurkan aku." Terlepas gelak Citra. Kedengaran sangat sinis.

Farraz sudah bangkit dari duduk. Belakang tubuh Citra ditatap tajam. Rahangnya diketap menahan geram. Jika tak difikirkan hbungan kekeluargaan mereka, dah lama Citra ni dia benam dalam loji najis! Biar temui cahaya keinsafan! "Kau dengar sini Citra, aku tak peduli apa pun rancangan kau. Aku nak kau hentikan semuanya. Kalau tak-"

"Kalau tak apa? Kau nak buat apa? Heh! Apa je yang kau mampu buat, Farraz?" Citra menyengih jahat. Langkah dibuka. Malas nak berlama.

"Kau jangan berani nak rosakkan rumah tangga Arian. Langkah mayat aku kalau kau nak musnahkan kebahagian Arian."

"Jangan risau, Farraz. Aku akan pastikan aku langkah mayat kau sebab hanya aku yang layak untuk abang Arian. Bukan minah tu." Citra ketawa lagi. Tak kuat tapi cukup untuk menyakitkan hati Farraz.

"Kau-"

"Dari dulu... Hanya aku yang layak untuk abang Arian. Aku ingatkan bila Nawra tu tolak pinangan dia, abang Arian akan terima aku. Tapi dia boleh pula kahwin dengan pilihan Umi. Entah apa yang Umi nampak dekat perempuan tu. Entah entah dah kena guna guna dengan-"

"Woah, you make me felt like a dangerous woman." Satu suara lunak buatkan Farraz dan Citra berpaling.

Ayra!

Mata wanita itu tajam menikam wajah Citra. Bagai nak ditelannya hidup hidup.

Ayra ukir senyuman manis. "Citra, saya rasa awak patut move on. Yelah, awak nak kejar apa lagi? Nak tungu apa lagi? Orang dah tak sudi, tak payah lah awak nak tayang muka tembok tu. Lagipun Arian tu dah sah jadi suami saya. Dah sah sah lah saya ni memang layak ada di samping dia."

Farraz peluk tubuh memandang Ayra yang lantang berbicara. Sesekali matanya mengerling ke arah Arian yang sudah bergerak hendak keluar dari sungai.

Bravo!

Ini yang kita mahukan! Lawan!

"Kau ni memang perempuan tak tahu malu."

"Saya tak tahu malu?" Ayra tunding jari pada wajahnya sambil tergeleng berkali kali.

"Kalau saya tak tahu malu, awak tu apa pula?" Jemarinya beralih menunding ke arah Citra. Heh! Engkorang ingat Ayra nak biar Citra pijak kepala dia? Jangan harap! Sebelum Citra pijak kepala dia, ada baiknya dia patahkan kaki tu dulu!

Ayra toleh memandang Arian yang sudah keluar dari sungai. Sedang melangkah ke arah mereka. "Sebelum saya nak guna gunakan mak mertua saya... Lebih baik saya guna gunakan awak dulu. Tapi tulah saya ni manusia yang suka bersaing secara sihat. Tak suka lah musnahkan kebahagian orang. Nanti hati hitam. Busuk. Jual kat pasar pun tak laku walau dah letak harga lelong."

Ayra tersengih tak bersalah. Arian yang sudah berdiri di sebelahnya dipandang dengan senyuman lebar. Ayra paut lengan Arian.

"Citra? Buat apa dekat sini?" Arian menyoal bila terpandang wajah Citra. Dah kenapa muka macam tertelan biawak pasir? Kelat sangat tu!

"Saja... Saja singgah. Hm, Citra balik dulu lah."

"Jumpa nanti, Citra." Ayra dengan wajah tak bersalah tarik tubuh Citra ke dalam pelukan.

"You wanna play a game? Sure. But be extra careful cause i will make sure that i win the game. At that time, i want you to back off!" Bisik Ayra keras. Cukup hanya mereka berdua yang mendengar. Pelukan dilepaskan. Bahu Citra diusap dengan senyuman.

"Ya, jumpa nanti." Citra anggukkan kepala. Tergesa gesa dia buka langkah untuk pergi dari situ. Liur ditelan kesat. Tak guna! Ayra ni reti pula nak melawan!

"Kenapa tu?" Arian mengerut pelik dengan tingkah Citra.

"Tak ada apa. Dia sakit perut tu." Ayra terus paut lengan Arian. Farraz pula lebih selesa mendiamkan diri. Suka melihat sikap Ayra. Bagus! Tak cliche! Buatnya Ayra tu tak reti nak melawan. Naya saja!

"Dah dah tu bercinta. Jom, balik. Dah nak maghrib, nanti opah bising." Farraz terlebih dahulu meninggalkan mereka. Nak terkeluar anak tekak tengok laki bini tu! Ye, tahu orang single kena tabah!

"Opah tak cakap apa pun. Dia je yang lebih." Arian berbisik ke telinga Ayra buatkan wanita itu tergelak kecil.

"Mengata aku belakang belakang. Aku doa nanti kau dapat anak banyak cakap macam opah baru kau tahu." Farraz acah acah nak baling selipar ke muka Arian. Mamat ni sejak dah kahwin dah makin menyakitkan hati.

"Doa tak elok nanti berbalik kat diri sendiri!"

"Diam lah kau!"

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

88.8K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
97K 3.7K 13
RAYYAN RAZIEN - Keselamatan dirinya terancam. The Great Father terang-terangan melancarkan tentangan dan bersumpah mati akan membunuhnya. "Walau apa...
2.1K 318 28
"Nama abang apa?" "Saufi." "Okay. Ika pergi dulu ya. Terima kasih tolong Ika tadi. Jumpa lagi Abang Opi. Tataaa..." Bermula dengan pertemuan di tam...
162K 10.4K 32
Adam Hirdy | Azalea