Kerana Cinta

By N_aqilla

45.1K 3.3K 451

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog
NEW STORY ALERT!

Bab 27

433 42 4
By N_aqilla

I don't need medicine, i just need you.

Sunyi saja makan malam mereka. Masing masing fokus menjamah makanan di hadapan mereka. Arian kerling isterinya yang senyap di sebelahnya. Nak tergelak dia lihat wajah kelat Ayra.

Bukannya dia tak tahu yang Ayra tak selesa dengan pandangan Mak Ngah dan Citra yang sejak tadi pandang dia macam nak telan.

"Ayra, kenapa sikit sangat makan tu? Tak sedap ke opah masak?" Suara Opah bergema buatkan Ayra terkebil kebil memandang seisi meja. Semua orang sedang makan. Nasi masing masing dah tinggal separuh. Hanya tinggal dia dengan nasi yang langsung tak berusik. Hanya ulam yang dia makan sejak tadi. Farraz pula di lihat masih menunduk makan ulam dengan sambal belacan. Tak henti sejak tadi!

"Sedap, opah." Ayra segera ukir senyuman menutup kejanggalan.

"Orang dah berpeluh sakan nak bagi dia makan tapi tak reti bersyukur. Duk kuis kuis nasi tu." Sindiran Mak Ngah buatkan Ayra bungkam. Kan dah kata! Mak Ngah memang tak suka akan kehadirannya. Sejak dia bersua empat mata tadi tak habis habis perlian singgah di telinganya.

"Kamu ni dah kenapa nak marah marah cucu aku?" Opah menyoal jengkel. Mak Ngah tayang wajah tak puas hati bila disoal begitu. Terus saja dia teguk air di gelas. Soalan Opah dihiraukan tanpa balasan.

Arian gelengkan kepala. Pinggan Ayra ditarik rapat ke arahnya. Tangannya mengaul nasi di dalam pinggan Ayra sebelum di suap ke dalam mulutnya. Keningnya berkerut pelik.

Seisi meja memandang kelakuan Arian. Ayra tak ketinggalan. Wajahnya mengerut tak mengerti. Dah kenapa makan nasi dia pula?

"Isteri jenis apa lah kamu ni Ayra. Suami kamu beri makan sisa? Tak belajar adab sebagai isteri ke?" Usai air diteguk suara Mak Ngah kembali bergema.

"Mak Ngah, boleh senyap tak? Farraz tengah menikmati sambal belacan ni. Kalau Mak Ngah nak membebel boleh tak tunggu lepas makan. Membebel depan makanan, bersembur liur tu. Ni lagi satu adab isteri? Mak Ngah tinggalkan suami dekat rumah semata nak menyibuk dekat sini tu kira ada adab ke?" Farraz menyembur dengan nada serius. Nak makan pun tak tenang!

"Kamu ni-"

"Sayang, cuba rasa ni. Rasa dia pelik sikit lah." Arian tiba tiba memotong. Tangannya yang sudah berisi nasi bersiap sedia untuk menyuap ke mulut Ayra.

"Pelik?" Ayra menyoal namun dia tetap buka mulut menerima suapan suaminya. Nasi dikunyah perlahan sambil otaknya memikirkan apa yang pelik di lidahnya.

Usai makanan ditelan Ayra pandang wajah Arian dengan kerutan. "Apa yang pelik? Tak ada yang pelik pun saya rasa."

Arian mengerut. Nasi disuap lagi ke dalam mulut dan dia mengangguk sedikit. "Betul lah ada yang pelik."

"Ni rasa yang ni." Arian gaul nasi dengan ayam masak merah kemudian di suap semula ke mulut Ayra.

Ayra gelengkan kepala. Sekali lagi menolak kenyataan Arian. Tak ada yang pelik pun. Rasa ayam lah tak akan nak rasa kambing perap pula?

"Eh, betul lah ada yang pelik. Sayang, kena rasa betul betul." Bersungguh Arian mengangguk. Tangannya terus menyuap Ayra sehingga nasi di dalam pinggan habis.

Opah sudah tersengih melihat tingkah suami isteri itu. Oh, rindunya zaman masih muda. Sekarang ni gigi dah banyak tak ada. Tak sempat kunyah, makanan dah sentuh gusi.

"Kan dah habis." Arian senyum kemenangan sambil tayang pinggan yang sudah kosong itu pada Ayra.

"Awak kenakan saya?" Masam wajah Ayra. Namun, dia turut tergelak kecil.

"Untuk kebaikan bersama." Arian tergelak bila raut wajah Ayra bertukar cemberut. Gelas dicapai kemudian disua ke bibir Ayra. Ayra tersenyum dengan tingkah Arian. Terlalu baik untuknya.

"I like your eyes, especially when you smile." Arian komen selamba. Tak sedar bibirnya turut mengukir senyuman.

"And you're the reason." Ayra tayang wajah bangga. Eleh! Bangga lah, ada husband sweet! Anda single, jangan iri!

"I might love it more, lifeline." Arian ukir senyuman lebar. Ya Allah, bagaimana hatinya tak jatuh tergolek pada Ayra sedangkan dengan hanya memandang seraut wajah itu saja sudah mampu buatkan jiwanya tenang.

"Dah macam tak ada tangan nak makan sendiri." Dengus Mak Ngah seraya bangun dari duduknya. Meluat lihat aksi suap menyuap itu.

"Mak Ngah tu cemburu sebab suami dia tak suapkan nasi. Ye lah, nak suap tapi bini asyik membebel je." Farraz tergelak jahat. Kemudian dia kerling Citra yang seakan berapi memadang Ayra.

"Tak apa, nanti mesti Citra suapkan Mak Ngah bubur dekat hospital." Sambung Farraz disambut gelak kecil opah.

"Kamu ni Farraz, dah makan. Tercekik ulam nanti." Opah tepuk bahu cucunya. Kepalanya memggeleng kecil. Ada ada saja lah budak Farraz ni.

Arian gelengkan kepala. Tahu sangat perangai Farraz ni. Kaki melawan!

Ayra bangkit dari duduk. Pinggan dan cawan kosong dicapai kemudian di bawa ke singki.

"Tak apa, opah. Ayra basuhkan."

"Eh, kamu pergi duduk Ayra. Kamu tu tetamu."

"Opah dah masak sedap sedap dekat kita orang. Tak apa yang ni Ayra basuhkan." Ayra ukir senyuman seraya bahu opah ditolak lembut.

"Hm, kalau macam tu..." Opah menunduk mencapai sesuatu di bawah singki.

"Ni pinggan tengah hari tadi. Opah lupa nak cuci. Nak harapkan Citra tu memang tak lah dia nak basuhkan." Opah hulur besen yang dipenuhi pinggan dan beberapa cawan. Bibirnya menyengih geli hati.

Ayra tergelak kecil sambil kepalanya tergeleng perlahan. Boleh pula hulur dia pinggan tengah hari tadi. Tangannya mencapai huluran opah. Sekarang dia dapat teka perangai tiga suku Farraz tu dapat dari siapa. Mesti dari opah!

"Tak apa, Ayra basuhkan."

"Ha, basuh elok elok." Ujar opah sambil melangkah ke ruang tamu. Tinggal lah Arian, Citra dan Farraz di meja makan.

Tak lama selepas itu Farraz dan Arian bangkit dari duduk membawa beberapa pinggan yang sudah selesai digunakan. Berkerut kening Arian memandang besen yang dipenuhi pinggan. Sejak bila pinggan kotor jadi sebanyak itu.

"Banyaknya." Komen Arian seraya meletakkan pinggan di singki.

Ayra mengangguk. "Opah kata ni pinggan tengah hari. Lupa nak cuci."

Arian menggeleng.

"Citra! Kau ada gigi ke tak? Lama sangat makan tu." Farraz melaung sambil membasuh tangan di singki sebelah. Usai membasuh tangan terus saja dia bergerak ke meja makan dengan kain kecil di tangan.

"Ni kain. Tolong bersihkan meja. Kau tu anak dara cubalah buat kerja rumah sikit." Dihulur kain pada Citra. Wajahnya menyinis memandang wajah tak puas hati Citra. Bukan dia tak tahu, minah sorang ni kerja goyang kaki je.

"Ish! Kau nak mengarah aku kenapa?" Kasar Citra membalas. Kain tersebut ditolak kembali ke arah Farraz. Wajahnya memerah menahan marah.

"Kenapa? Tu kau nampak tak bini Arian basuh pinggan dekat sana?" Farraz tunding ke arah Ayra. Dapat dia lihat Arian menolak lembut isterinya ke tepi dan menggantikan tugas Ayra membasuh pinggan. Haih! Ni lagi sorang, tak habis habis buat scene romantik!

"Kau tolong lah sikit. Tak akan lah kau ni reti makan je kan. Macam mana lah nak-"

"Diamlah kau! Membebel macam opah!" Citra rampas semula kain itu. Sempat dilibas kuat ke bahu Farraz.

"Aku ni kuat membebel ada juga lah income. Kau tu tak membebel, tak ada duit pun. Goyang kaki, tak reti pergi cari kerja. Apa class!" Farraz menambah minyak. Biar terbakar Citra tu.

"Aku sepak kau kang, Farraz!"

Arian yang mendengar sekadar menggeleng. Citra tu memang perangai dua kali lima mak ngah. Busuk hati tu melekat sampai sekarang. Bukannya dia tak tahu niat dua beranak tu nak sakitkan hati Ayra. Yalah, sebelum ni mak ngah tu bukan main menyinis masa pinangannya untuk Nawra ditolak. Katanya lebih baik Arian di satukan dengan Citra. Eh! Tup tup Arian ada calon lain pula. Sebabkan sakit hati mak ngah sekeluarga langsung tak datang ke pernikahannya.

Farraz tu pula speasis melawan. Kena pula perangai Farraz suka mengapi apikan dua beranak tu. Kalau dah bergaduh mulut memang sampai ke sudah tak jumpa penghujung.

Continue Reading

You'll Also Like

704K 40.1K 59
COMPLETE [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...
1.5K 270 15
Jalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di j...
2K 102 22
๐Ÿ“Œupdate: weekend only Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan unt...
Kau Takdir Aku (OG) By myaz

Mystery / Thriller

6.4K 196 5
Tengku Qays Lucca Bergvall- Seorang lelaki yang dingin membuat orang gerun dengannya dan dia mempunyai rupa paras yang boleh membuatkan wanita tergod...