Kerana Cinta

By N_aqilla

40.8K 3.1K 447

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 23

647 56 2
By N_aqilla

Don't ever bullied people, you may remember it as a moments but they remembered it as long as they live.

Arian toleh ke sebelah. Secara spontan bibirnya melakar senyuman memandang Ayra yang sudah lena sambil kepala terlentok ke cermin kereta. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Selamba badak je dia tidur. Nasib lah ni kereta suami awak." Bila ingat balik betapa mudahnya Ayra terlena di dalam kereta buatkan hati Arian tercuit sedikit. Arian punyalah semangat berbual tentang semut dekat Ayra, bila dia toleh ke tepi wanita itu sudah terlena. Nak kata topik Arian tentang semut tak menarik, dia rasa topik tu lah paling menarik. Semut yang gagah perkasa. Ke dia je yang rasa benda tu menarik?

Arian sandarkan tubuh pada seat kereta. Tak berniat untuk mengganggu lena Ayra. Biarkan sajalah wanita itu nikmati waktu tidurnya. Arian keluarkan telefon bimbit. Bosan. Tapi dia tak nak ganggu lena Ayra. Arian tarik nafas sebelum dia turut pejamkan mata seketika.

Tok!

Tok!

Tok!

Tak sampai seminit Arian pejam mata, bunyi ketukan bertalu talu sudah menyapa telinganya. Terkejut dia bila Farraz sudah berdiri di hadapan kereta. Tangannya pula tak henti mengetuk bahagian hadapan kereta. Wajahnya masam!

Kepala Arian berpaling ke sebelah memandang Ayra yang sudah terkebil kebil. Ergh! Tak guna punya Farraz! Terganggu lena isterinya!

Laju laju Arian keluar dari kereta. Langkah terus dibuka menghampiri Farraz, belum sempat tangannya mengetuk kepala Farraz lelaki itu terlebih dahulu berundur ke belakang.

"Aksi keganasan tak elok untuk isteri kau." Farraz julingkan mata.

"Kau ganggu tidur dia!" Bergema suara Arian.

"Tengok muka aku ni..." Farraz tunding wajahnya dengan jari telunjuk.

"Ada nampak aku peduli ke?" Matanya menjeling. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Kau!" Arian buka langkah mendekati Farraz. Nak saja dia bagi penampar pada wajah selamba itu. Ingat lawak ke?

"Awak."

Automatik langkah Arian terhenti. Perlahan kepalanya menoleh ke arah Ayra semula. Senyuman manis diukir.

"Yes, my lifeline."Arian tukar arah. Langkahnya dibawa menuju ke arah Ayra.

"Kenapa... Eh! Hye, Farraz!" Ayra melambai lambai ke arah Farraz dengan senyuman. Berkerut pelik dahi Arian. Ayra dan Farraz berkawan ke?

"Hye, gorgeous." Farraz ukir senyuman. Lambaian Ayra dibalas mesra.

Buntang mata Arian. Laju tubuhnya berpusing ke arah Farraz. Tajam matanya memandang susuk lelaki itu. Pandangan maut. Berani engkau gorgeous kan bini aku?

Farraz telan liur yang terasa kelat bila dia lihat Arian kembali buka langkah menghampirinya. Mampus! "Be-betul lah kan bini kau gorgeous." Cubaan mempertahankan diri!

"Tak akan aku nak panggil dia hodoh pula?" Sambung Farraz sambil mengusap tengkuk sendiri.

"Kau!"

"Umi!" Sekali lagi Ayra menghentikan langkah Arian. Arian mendengus kasar. Ayra ni tak kena masa lah!

"Aku tak settle lagi dengan kau!" Arian jeling sekilas wajah Farraz yang sudah serupa tertelan cicak. Dia gapai tangan isterinya sebelum ditarik lembut ke arah Umi yang sedang tersenyum di muka pintu.

"By the way lifeline, stop smiling." Arian berbisik sambil melangkah.

"Why? Dont you like it?" Ayra berkerut pelik.

"Nah, when you smiled I'm fall in love. Harder and harder. I'm tired but i like it." Komen Arian. Ayra kulum senyum. Arian si mulut manis.

"Ew, geli halkum aku." Farraz sudah tayang aksi geli geleman di belakang.

"Assalamualaikum, Umi." Ayra tunduk menyalam jemari itu diikuti Arian.

"Ha, sampai pun. Tadi Umi dengar bunyi kereta Arian tapi tak ada pula dengar suara korang berdua masuk rumah."

"Nak masuk macam mana Umi? Arian ni buat babak romantik pula tunggu bini dia bangun dari tidur." Selamba Farraz mengomel.

"Huh? Kenapa awak tak kejut saya?" Ayra rasa serba salah. Arian pun satu lah, asal tak kejut dia?

"Awak tidur comel sangat. Tak sampai hati nak kejutkan." Arian usap kepala Ayra yang dilitup tudung bawal.

"Dah dah lah tu bercinta. Nak termuntah aku dekat sini." Farraz menjeling malas. Dasar tak reti hormat orang single.

"Kau rasa lah kan kalau aku bagi penampar dekat kau, kau akan dapat cahaya keinsafan tak? Sebab-" Arian pandang Farraz. Keningnya menjungkit sedikit bila matanya menangkap sesuatu.

"Bila masa kau beli kereta baru?" Tukar soalan. Kereta yang terletak elok di garaj dipandang seketika. Masa sampai tadi dia tak perasan pula.

"Huh?"

"Tu." Jarinya naik menunding ke satu arah.

Farraz pandang arah tersebut sebelum dia tersenyum janggal. "Bukan aku punya."

"Dah tu? Awek kau?"

"Hm, tu..." Farraz pandang semua yang ada di situ. Ayra dengan reaksi ingin tahu. Arian yang sudah menyilangkan tangan dj dada menanti jawapan darinya. Umi pula sudah senyum tawar sambil mengangguk sedikit.

"Tu... Kereta Nawra dengan Taufik." Farraz hela nafas. Dia pandang reaksi dua tubuh di hadapannya. Namun, kosong. Keduanya sekadar mengangguk. Eh? Tak marah ke?

"Kau..."

"Nevermind. Jom masuk. Kesian wife aku kena cahaya matahari."

"Macam dia sorang je ada bini." Meluat Farraz.

"Kau tengok je lah. Nanti aku kahwin, hari hari aku bawa bini aku masuk office." Selamba Farraz sambung mengomel. Haih! Sakit hati!

"Bawa lah kalau kau rasa nak makan kaki aku." Arian jungkit kening. Mencabar keberanian Farraz.

"Jom, sayang." Arian tarik semula lengan isterinya. Di bawa masuk ke dalam rumah.

"Huh! Yalah kau sorang je ada sayang." Farraz sepak kasut milik Arian yang berada di hadapan pintu. Habis tercampak kasut itu ke bawah kereta milik suami Nawra.

"Ergh.... Yang tu kira dendam terbalas lah. Tak kuasa aku nak ambil semula." Farraz garu kening sendiri bila lihat kasut milik Arian sudah selamat termasuk ke bahagian bawah kereta. Laju laju dia buka langkah masuk ke dalam rumah. Sampai saja di ruang tamu matanya menangkap kelibat semua orang.

"Hm, aku pergi tolong Umi buat air lah." Farraz terus larikan diri ke dapur bila semua mata kini fokus padanya. Tak apa lah jadi anak dara sekejap dekat dapur asalkan dia tak perlu terlibat sekiranya aksi tarik rambut berlaku di situ.

Ayra mainkan jemari besar Arian. Kekok. Dia yakin yang dua pasang mata di hadapannya sedang memerhati ke arah mereka.

Sekejap jemari Arian digenggam kemudian dilepaskan. Sekejap dia sentuh urat yang timbul di jemari itu. Apa saja dia lakukan dengan jemari Arian asalkan matanya tak bertembung dengan orang orang di hadapannya.

"So, ada apa kau berdua datang?" Arian tegak kan tubuh. Jemari Ayra dicapai dan digenggam. Duk main tangan orang dari tadi!

"Hm..." Taufik peluk tubuh sendiri. Dia bersandar pada sofa.

"Dia ni ada benda nak cakap." Taufik selamba tunding jari pada Nawra

Ergh! Bulat mata Nawra. Naik merah mukanya. Selamba badak je Taufik ni! Tak ada tapis tapis langsung!

"Hm, saya..." Nawra kuis kuis karpet di kakinya. Gugup.

"Saya nak minta maaf dekat awak Arian. Saya betul betul minta maaf atas semua yang dah jadi." Matanya memandang tepat ke arah Arian. Sesekali matanya melirik ke arah Ayra yang masih lagi menyibukkan diri bermain dengan jari Arian. Seketika bibirnya menyungging senyuman. Comel!

Arian angguk. Dah dapat diteka niat itu. "Okay, saya maafkan." Selamba dia membalas buatkan Nawra terkebil sendiri.

"Huh?"

"Saya maafkan awak. You know what i'm scared that i would failed to protect the friendship that i wanted to last forever " Ulang Arian. Dia tarik nafas bila Nawra masih bungkam sendiri.

"Everything has an end but our friendship will never ends." Ulasnya sedikit buatkan Nawra ukir senyuman.

"Thank you Arian."

Farraz yang berdiri tak jauh dari situ sudah menitiskan air mata gembira. Persahabatan mereka akhirnya pulih.

"Dalam pergaduhan, perselisihan dan pertelingkahan kata maaf bukan datangnya dari orang yang paling salah sebaliknya datang dari orang yang paling takut kehilangan." Bisikan Umi dibelakangnya buatkan Farraz seka air mata sambil mengangguk.

"Huh, kau pula kenapa datang sini?" Arian jungkit kening memandang ke arah Taufik. Bukan dia tak tahu pasti lelaki itu juga ada niat datang ke mari. Mustahil sekadar menemani Nawra. "Aku temankan dia je." Sekali lagi jari Taufik menunding ke arah Nawra.

"Jangan nak tipu." Nawra jegilkan mata. Taufik ni kan!

"So, apa dia?" Arian senyum sedikit sinis.

"Aku... Hm..."

Arian jungkit kening. Sengaja nak sakat Taufik yang sedang tergagap sendiri.

"Fine! Ayra... Saya pun nak minta maaf sekali lagi. Saya tahu saya banyak sakitkan awak. Saya-"

"Saya maafkan." Ayra senyum sedikit sambil memandang Taufik. Tangan kecilnya yang digenggam Arian buatkan hatinya sedikit tenang untuk berdepan dengan situasi itu.

Huh? Reaksi Taufik sebijik dengan isterinya. Semudah itu? Bukan kah semasa majlis perkahwinannya dengan Nawra, Ayra tolak semua penjelasannya. Siap pakej maki dekat dia.

"Saya rasa semuanya dah selesai. Antara kita semua. Kata maaf dah diungkap. Kemaafan pun dah dapat. Lagi pun..." Ayra kalihkan wajah memandang Arian yang leka merenung wajahnya. Kitonya malu!

"Suami saya mampu maafkan orang. Saya pun nak contohi dia." Balasan Ayra buatkan Arian ukir senyuman lebar. Bangga. Serentak itu tangannya mengusap kepala Ayra.

"Pada akhirnya, takdir tuhan tu selalu baik." Arian komen sedikit sambil memandang semua orang yang ada di situ. Kelibat Farraz juga dia kerling seketika.

"Walau terkadang perlu air mata untuk menerimanya." Sambung Ayra buatkan semua orang melakar senyuman sambil mengangguk.

"Well..." Nawra bangkit dari duduk.

"Send my love to your new lover. Treat her better. We've gotta let go of all of our ghost. We both know we ain't kids no more." Selamba Nawra nyanyikan sepotong lagu popular dari penyanyi Adele itu buatkan Arian julingkan mata.

"Saya tahu lah suara awak tu sedap tapi tak payah lah nak buat konsert dekat sini pula."

"Akhirnya! Kau orang semua dah berbaik!" Farraz berlari ke arah ruang tamu sambil tangannya mendepa ke arah Nawra.

"Ni bini aku!" Taufik segera bangun dari duduk. Tubuh Nawra ditarik ke sisi. Farraz ni dah kenapa nak peluk bini orang pula?

"Ergh! Kalau macam tu..." Mujur Farraz sempat brek kalau tak rasanya dia dah hilang mata menggodanya makan penumbuk Taufik.

"Arian, my friend!" Dia berlari pula ke arah Arian.

Arian gelengkan kepala. Dia senyum lebar. Bila tubuh Farraz sudah hampir dengannya senyumannya terus mati yang tinggal hanyalah pandangan tajam. Dan...

Pak!

Puas hatinya dapat keuk kepala lelaki itu. Dari tadi dia niatnya tergendala. Akhirnya, lunas!

"Sakit lah woi!" Farraz mencebik. Sumpah tadi tak sempat nak elak pukulan Arian.

"Lifeline tengok husband you ni." Farraz tayang wajah kasihan pada Ayra. Ayra pula sudah tergelak. Macam mana lah Arian ni dapat kawan otak tiga suku macam Farraz.

"Berani kau lifeline kan bini aku..." Arian lipas lengan baju hingga ke siku.

"Er... Ya, Umi! Pergi perigi? Okay, Umi!" Pecut Farraz lari walhal tak ada seorang pun dengar suara Umi memanggil.

Tergeleng semua orang. Tu lah dah buat salah tahu pula nak lari.

"So, Ayra... Saya kawan Arian. Nawra. Nawra Cempaka." Nawra hulur salam perkenalan.

Ayra angguk. Salam itu disambut. "Ayra. Ayra Qistina." Serentak itu tubuhnya dipeluk erat oleh Nawra. Terkedu dia menerima perbuatan spontan itu.

"Sorry, saya excited. Saya tak pernah ada kawan perempuan." Nawra senyum janggal.

"Tak apa." Ayra usap sedikit bahu Nawra.

"Aku Taufik. Taufik-"

"Diamlah. Macam lah aku tak kenal kau." Selamba Arian memotong. Menyampah! Bukannya mereka tak saling mengenali. Taufik tu siap datang jumpa dia jelaskan semua hal tentang Taufik dan Ayra. Risau sekiranya berlaku salah faham di kemudian hari antara mereka.

"Ye lah." Taufik menjeling. Tak cool lah mamat ni!

Continue Reading

You'll Also Like

2.8K 252 10
MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung pun dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sep...
106K 5.6K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
1.4M 53.1K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...