Hati Yang disakiti

By naj_razali

9.5K 299 136

Amar Zikry, Seorang pemuda yang di besar oleh opahnya selama 10 tahun semenjak usianya 7tahun lagi. setelah... More

BAB 1
BAB 2
bab 3
bab 4
bab 5
BAB 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
Bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 24
bab 25
bab 26
Bab 27
bab 28
bab 29
Bab 30
BAB 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49

bab 23

89 6 4
By naj_razali

Pagi itu.....

Amar bersendirian di ruangan dapur. Rumah nya menjadi sunyi setelah mereka semua menuju ke tempat kerja. Begitu lah kehidupan seharian Amar sejak dia tinggal bersama keluarganya. Sering tinggalkan bersendirian.

Baru saja Amar menghirup kopi panas Terlihat kelibat seseorang yang baru saja masuk ke dalam dapur.

" Morning.... Adik.." tegur Amir yang lengkap berpakaian sukan.

Terhenti Amar dari santapan nya. Tak sangka Amir ada di rumah. Sangkakan tiada sesiapa yang ada di rumah tika ini.

" Kau tak kerja ke....asal nak pantau aku lari ke tak. Ke nak kau jadi bodyguard aku. " Sinis saja soal Amar itu. Seakan hal kelmarin masih lagi panas di hati Amar

" Saja Angah masuk lewat hari ini. Angah tak pantau adik pun, lagipun Along dah bagi Jaminan pasal adik. " Kata Amir sambil tersenyum kecil lalu dia membuka peti ais.

Mengangguk kecil Amar lalu dia melakukan hal nya sendiri. Entah mengapa kelakuan Amar menarik perhatian Amir lalu dia memandang pada adiknya yang dilandar kebosanan akibat bersendirian.

" Adik nak ikut Angah tak. " Ajak Amir sambil dia minum air sejuk dari peti itu

" Mana ? "

" Joging jom....area Taman ni je. " Kata Amir lalu dia menutup pintu peti itu dan menghampiri pada Amar yang duduk di meja marmar.

" Malas lah...kalau aku keluar korang letak dua ekor monyet tu suruh ikut aku. Baik tak payah...rimas " Kata Amar sambil menutup surat khabar utusan.

" Monyet? .....siapa ? "

" Takkan kau tak kenal monyet yang korang upah tu. Setiap kali  aku nak keluar suka sangat nak ikut. Menyampah aku tengok monyet tu ikut aku ke sana ke sini. " Geram saja Amar bila dia mengenangkan tentang bodyguard yang di upah oleh Amirul untuk mengawalnya.

Terukir senyum kecil di wajah Amir dia mengerti apa yang di maksudkan oleh Amar tadi.

" Owh....yang tu ke ....hehehe. " Tawa kecil Amir.

" Nanti angah uruskan hal tu. But...Adik kena faham kenapa Along upah dua ekor monyet tu. Bukannya Along sengaja nak buat begitu. "

" Tahu sebab apa. Takut aku lari kan, sebab tu upah bodyguard bagai. Buat aku macam orang tahanan je. " Uji Amar yang tak puas hati dengan hal itu

" Bukan macam lah...Along buat semua tu disebabkan Nek Wan. " Kata Amir sambil menerangkan tindakan Amirul.

" Nek Wan ? Apa pulak kena mengena dengan Nek Wan pulak ni. " Soal Amar dengan hairan .

" Nek Wan masih tak puas hati lagi dengan adik sebab kes tarik rambut adik  tempoh hari. " Terang Amir lagi

" Ala....Salah aku juga kan biadap dengan Nek Wan. Sebab tu Nek Wan marah sangat dengan aku. Dia tu memandai je marahkan Nek Wan dah kenapa. " Marah Amar bila dia teringat tentang apa yang berlaku di hospital.

" Bersebab papa marahkan Nek Wan tu. Papa cuma tak nak apa yang jadi dulu terjadi lagi. Apa yang Nek Wan dah buat bukan hal kecil. Kepercayaan yang papa bagi pada Nek Wan dimusnahkan disebabkan Nek Wan sendiri. Adik sendiri tahu apa yang Nek Wan dah buat pada Adik dengan opah. "

" Apa saja yang Nek Wan tak pernah tipu. Apa yang adik dan Opah lalui dulu semuanya di sebabkan Nek Wan. Kalau ikutkan hati papa, dah lama Nek Wan tu masuk penjara atas nya penganiayaan dia dah buat. " Kata Amir yang masih belum maafkan lagi perbuatan Puan Sri Zubaidah itu.

" Ka... kau pasti hal tu. " Tergagap-gagap Amar bila Amir seakan tahu mengetahui hal itu.

" Angah bukan nak takutkan Adik. sebolehnya angah nak adik hati-hati dengan Nek Wan tu. Nek Wan sekarang ni bukan Nek Wan yang angah kenal dulu. She very different " Uji Amir sambil memberi nya amaran.

" Sebab tu kenapa Along letakkan bodyguard dekat Adik. because you very important to us. Dan Angah pun tak nak jadi apa-apa pada adik Angah. " Uji Amir yang ingin Amar sedar tentang hal itu.

***************************

" Why you tell him!!.... " Bentak Amirul sebaik saja dia masuk ke dalam Bilik pejabatnya. Tak sangka dia, bahawa Amir akan memberitahu Amar tentang hal itu.

" Dia berhak tahu lah, Along. "

" Ye Along tahu tu. Tapi, Along tak nak Adik takut bila tinggal dengan kita, Angah. " Kata Amirul dengan nada tak puas hati

" Tak mungkin adik akan takut lah, lagipun dia dah biasa benda yang berbahaya macam ni. Dia bukan macam Along kenal, believe me. " Uji Amir dengan yakin.

" Yes i kown that..but angah Nek Wan.... kenapa angah tak fikir yang adik takkan terluka dengan hal ni. " Geram Amirul bila Amir seakan tak kisah tentang hal itu saja.

" Apa yang Along Maksudkan ni..? Apa yang adik Terluka. "

" Angah dah lupa ke?. Yang arwah opah dengan Nek Wan tu kembar. Walaupun iras diorang tak sama, sedikit sebanyak tetap melukakan hati adik. " Jelas Amirul apa yang risaukan tika ini.

Tersentak Amir sekejap. Sungguh dia terlupakan tentang hal itu. Sememangnya arwah hajah Sakinah hampir persis seperti Puan Sri Zubaidah. Cuma wajah saja mereka tak serupa saja. sekali imbas ianya seakan serupa namun bila di dengan betul akan ada perbezaan nya.

" Shit...." Carut Amir terhadap diri nya.

" Sorry.... Angah terlupa tentang tu. Tapi Adik asyik fikir Along sengaja letakkan bodyguard dekat dia. Hanya sebab takut dia lari. kalau dia fikir angah yang buat semua tu x pa lah juga. " Terang Amir dengan rasa bersalah.

" Pasal hal tu, dah banyak kali dah Along cakap. Dia tak percaya juga, Along pun malas nak ambil kesah pasal lah tu. Entah siapa yang letak Along pun tak tahu, Janji adik selamat bila dia dekat luar, sudah. " Kata Amirul sambil duduk menyandar di kerusi.

" So apa plan Along pasal adik. " Soal Amir yang duduk di hadapan Amirul.

" Tengah tunggu keputusan dari Pak ngah dan mak ngah dulu. "

" Nak ke ibu dia bagi. "

Mengeluh kecil Amirul sambil menggelengkan kepalanya lalu dia menggaru kulit kepalanya dengan kasar.

" Entah lah, tapi Liya ada cakap dengan Along. Kalau kita tak ikat adik dengan cara tu. Susah dia nak duduk lama dengan kita, ini saja caranya. " Uji Amirul dengan nada kesal.

" Boleh je kan, kita masukkan dia ke kolej. Takkan kita tak boleh ikat adik dengan cara tu. "

" Kalau lah semudah yang angah katakan kan. tak perlu Along bersusah-payah nak layan mogok Adik angah tu. " Kata Amirul dengan geram.

" Tak rasa sayang ke dengan masa depan dia. Kerja tu boleh cari nanti. "

" Like what I said, dia lebih suka kerja dari nak belajar. Pujuk macam mana sekali pun, dia tetap nak juga kerja. " Uji Amirul dengan nada kesal.

" Takkan papa tak cuba halang. papa tak kata apa ke ?. " Soal Amir dengan tak puas hati.

" Masalahnya, nak ke adik dengar cakap papa. Nak dengar adik panggil papa pun susah, tambah nak suruh adik dengar cakap papa. Memang tak lah angah. Nasib dengan mama dia dah berbalik, at least ada perubahan dengan adik. " Uji Amirul yang faham sangat dengan sikap Amar itu.

" Jadi adik benci dengan papa lagi ke Along.

" Benci tu Along tak pasti. Tapi Lebih kepada adik masih tak boleh nak terima papa lagi. " Kata Amirul.

" Jadi papa setuju juga lah ye, bagi adik kerja. "

" Lebih kepada terpaksa. Setidaknya, adik tak ugut nak balik Penang dah. "

" Kalau dia ugut sekalipun, bukannya dia boleh balik. " Kata Amir sambil Tersenyum sinis di bibirnya.

" Tak juga, susah sikit kalau tok lang Mah masuk campur. Angah kena ingat, apa saja yang tok lang Mah katakan, Ayah yah dan papa akan patut. " Kata Amirul sambil mengingati pada Amir.

" Kuat juga peranan Tok lang Mah pada diorang ye, Along. Sampaikan Ayah pun patuh dengan Tok lang Mah. "

" Setahu Along, Tok lang Mah yang banyak jaga papa dan Ayah dulu. Boleh dikatakan ibu kedua mereka juga lah. Sebab tu, papa tak bantah apa yang Tok lang Mah katakan pada mereka berdua. " Ujar Amirul mengingati cerita Datuk Farid padanya.

" Macam tu....." Menganggukkan kepala Amir tanda dia mengerti.

" Tak apa lah kalau macam tu. Nanti along beritahu Angah, kalau dah dapat kata putus. Andai nanti mereka berdua setuju, biar angah sendiri yang cari kan tempat yang sesuai untuk adik kerja. " Uji Amir lalu dia bangun dari kerusi sambil dia perbetulkan baju kot nya.

" Nanti along akan inform kan pada angah nanti. "

" Ok lah....angah nak kena gerak dah ni. Angah minta maaf, tak dapat nak tolong Along pasal projek tu. Banyak lagi urusan dekat syarikat daddy Sofea tu. Terpaksa angah cover sementara Sofea jaga daddy dia. " Rasa bersalah Amir bila dia tak dapat hendak membantu abangnya.

" Tak apa, Along faham. Mari Along hantar Angah....." Amirul bangun dan menghantar Amir sampai ke pintu biliknya.

" Kalau perlu bantuan Along, beritahu saja. Insyaallah....Along akan bantu mana yang mampu. " Ujar Amirul..

" Terima kasih....angah pergi dulu, Assalamualaikum. " Terus Amir Beredar seraya dia bersalaman dengan Amirul.

***************************

Malam....

" Assalamualaikum...." pintu bilik tidur di buka dan terlihat seseorang lelaki masuk ke dalam bilik tidur itu.

" Waalaikumussalam...."

Ternyata itu Amirul yang baru saja pulang dari pejabat. Wajah kepenatan menghiasi di wajahnya tika ini.

" Sayang sihat....baby pian macam mana, banyak meragam tak hari ni. " Soal Amirul lalu. duduk di hujung katil.

" Alhamdulillah....sakit biasa je, baby pian tak banyak ragam hari ni. Anak dara bie pun sama, macam dia dah faham dah yang diri dia dah jadi kakak. " Cerita Aliya sambil dia duduk bersandar pada kepala katil.

" Alhamdulillah.....ceoat betul anak dara bie membesar. Dah mampu terima adik dia. Tapi kenapa bie tak nak dia pun, ke mana Fiya pergi. " Soal Amirul bila dia tak melihat kelibat anak dara nya.

" Mama papa bawa Fiya ke masjid hari jadi cucu Datuk Firduas. Rasa malam ni, mungkin Bie tak sempat nak jumpa dengan Fiya. Mama cakap mungkin diorang balik lewat sikit. " Ujar Aliya.

" Risau pulak bie, takut Fiya buat perangai dekat sana. Kesian dekat mama papa nanti. " Uji Amirul dengan nada kerisauan.

" Tak apa bie, jangan risau. sayang ada minta mama bawa bik Yayi sekali. Boleh dia tolong jaga Fiya, kalau Fiya merap ke apa. " Uji Aliya lalu dia menepuk-nepuk perlahan baby nya.

Mengangguk Amirul lalu dia memerhatikan gelagat bayi kecil nya sehingga terukir senyuman di wajahnya tanpa dia menyedari.

" Apa kata kalau bie pergi mandi dulu. Baby pian pun lama tunggu daddy dia balik. Tak sabar baby pian nak main dengan daddy dia. " Kata Aliya bila melihat suaminya terlalu leka memandang pada anak lelaki mereka.

Tersenyum malu Amirul, lalu dia bangun dan menuju ke bilik air. Dalam Aliya menjaga anak kecil nya, fikirannya sekan mula melayang-layang memikirkan tentang sesuatu.

Sudah lama Amirul memerhatikan gelagat Aliya itu. Sejak dia keluar dari bilik air tadi Aliya sedang termenung saja. seakan Aliya tidak perasan dengan kehadirannya saja.

" Sayang...." Amirul memanggil isterinya sambil menolak kecil bahu Aliya.

Tersentak Aliya bila bahu nya di tolak perlahan. Mengukir senyuman di bibirnya lalu dia menepuk semula pada baby nya.

Hairan Amirul melihat isterinya begitu. Lalu dia duduk dihadapan Aliya sambil mengelap rambutnya yang basah.

" Sayang.....kenapa ni. " Soal Amirul dengan hairan.

" Tak ada apa sebenarnya. "

" Dah tu, kenapa sayang termenung saja. Bie tengok dari tadi sayang termenung. Ada sesuatu yang patut bie tahu ke. " Soal Amirul lagi seakan mendesak saja Aliya untuk bercerita.

Tersenyum kecil Aliya seketika lalu dia bermain-main pada jari suaminya dengan lembut. Sambil dia menundukkan kepalanya.

" Sayang tak tahu, sama ada sayang patut cerita tentang hal ini ataupun tidak. Sebolehnya sayang tak nak bebankan bie dengan masalah ni. " Terang Aliya setelah dia terasa tenang saja tika itu.

" Pasal hal apa tu. Cerita saja lah, kan bie ni pendengar permasalahan sayang. Cerita lah...I want to know. " Ujar Amirul.

" Masalah ni kecil saja, mungkin Cuma Sayang yang overthinking sangat. " Perlahan-lahan Aliya cuba membuka cerita.

" Sayang....sama ada kecil ataupun besar. Bie sentiasa nak dengar apa saja masalah sayang. Yes....I know I rarely want to spend time with you all the time. But as much as possible, I still want to know what happened is my loved wife.. " uji Amirul lalu dia menggenggam erat tangan Aliya lalu dia membawa ke bibir untuk dikucup.

Terharu saja Aliya mendengar. Sungguh dia bertuah memiliki suami yang ingin tahu juga setiap permasalahan seorang isteri.

Melihat Amirul yang bersungguh ingin tahu permasalahan nya. Membuatkan Aliya terpaksa cerita juga.

" Pasal adik....." Terang Aliya tanpa berselindung.

Mengangguk kecil Amirul lalu dia membetulkan kedudukannya. Lalu dia meramas jari Aliya pulak.

" Cerita pada bie....apa masalah adik. "

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 193 19
Haru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memb...
679 99 65
"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz...
1.4K 175 28
Mengisahkan seorang putera bernama Ali Ghazali,yang dibuang sejak usianya masih kecil lagi,dia dibuang oleh keluarganya sendiri kerana lemah dan dian...
3.1K 701 116
[COMPLETED #100+++] Puisi haiku berasal dari negara Jepun. Terikat kepada 17 suku kata sahaja dan mengikut pola tertentu 5,7,5. Kigo haiku berunsur a...