MY 'RUDE' WIFE

By ByCikNorCinta

2.4M 28.3K 1.7K

SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur m... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Pesanan Author CikNorCinta
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43

Bab 33

10.7K 167 1
By ByCikNorCinta

Follow cnc 👇👇
FB : Ciknorcinta Novelis
IG : taeamo.ciknorcinta
(Untuk beli buku/be my friend ☺)

❤ Firdaus baru sahaja menyudahkan perbualannya dengan Dee. Wanita itu membatalkan janji temu mereka kerana harus ke Melaka atas urusan penting. Firdaus merinduinya namun Firdaus memahami tugasnya sebagai pengurus projek syarikat. Mahu tidak mahu,dia terpaksa menahan rindunya terhadap Dee. Dia duduk di sofa lalu melakukan kerja-kerjanya yang sedikit terbengkalai.

“Abang,tolong urut Melur sekejap. Pinggang Melur sakit.” tiba-tiba dalam ralit menekuni kerja di komputer ribanya,Melur datang menerjah dengan permintaan itu. Firdaus mendongak memandangnya.

“Eishh! Mengada-ngada la pulak.” kata Firdaus sedikit rasa terganggu.

“Melur tak ada masa nak bertekak dengan abang. Cepat sikit. Melur banyak kerja lagi ni.” kata Melur tanpa mengendahkan kata-kata Firdaus. Dihulurkannya sebotol minyak urut kepada Firdaus. Firdaus terdiam memerhati minyak panas kayu merah itu.

“Abang,cepatlah.” desak Melur lagi sambil tangannya mengurut-ngurut belakang pinggangnya. Melihatkan itu,Firdaus terus mengambil minyak angin itu dari tangan Melur. Dia tahu Melur tidak bergurau atau sengaja mengada-ngada dengannya. Melur terus berbaring meniarap di atas karpet beralaskan sebiji bantal. Firdaus duduk di sisinya lalu membuka zip baju ala romper yang Melur pakai. Matanya tertancap di situ.

‘Fuhh...kulit dia...’desis hati Firdaus. Perlahan Firdaus menuang minyak angin ke belakang pinggang dan sebahagian lagi di tengah belikat Melur. Dia mula mengurutnya perlahan-lahan.

‘Ya Rabbi,boleh luruh bulu roma aku ni. Budak ni selamba dia je suruh aku urut bagai.’ kata hati Firdaus lagi. Matanya tidak mampu dialihkan dari melihat kulit Melur.

“Kuat-kuat sikit abang.” kata Melur perlahan tapi jelas. Firdaus mengikut.

‘Alamak,sekali macam Tau Fu Fa daa... Letak sirap madu,sedap ni.’ katanya lagi merujuk kepada kulit Melur yang lembut dan gebu itu.

“Mm..sedapnya...pandai abang urut. Lepas ni boleh terbanglah Melur.” kata Melur bersama mata yang terpejam. Sesekali dia berkerut kelegaan. Firdaus hanya mampu menelan liur.

“Mmh...sss...sedapnya...mmh...” kata Melur lagi bersama wajah yang menggambarkan perasaannya ketika itu. Firdaus terus mengusap belakang Melur sambil menahan nafasnya.

‘Dia buat bunyi macam tu pulak dah. Dah seriau dah aku ni.’ bisik hati Firdaus lagi.

“Kuat sikit abang. Mmhhh...” Firdaus meniup nafasnya.

‘Mak aii...dah la macam Tau Fu Fa,ada seductive sound pula tu.’ kata Firdaus lagi dalam usaha menahan rasa. Sekejapan Melur menukar posisinya dengan berbaring terlentang mengadap Firdaus. Dia berpaut pada leher Firdaus dan memaksa lelaki itu mendekat dengannya. Wajah mereka bertemu dengan jarak sejengkal cuma.

“Ada rasa macam nak 'ngap' Melur tak?” soal Melur serius. Firdaus berkerut. Terkejut.

“Hah? Selambanya? Soalan apa tu?” soal Firdaus semula. Melur ketawa kelucuan dapat mengenakan Firdaus. Dia melepaskan leher Firdaus dan duduk sambil menggeliat kecil. Ditegakkan postur tubuhnya sambil memegang pinggangnya. Dia memejamkan matanya sambil menarik nafasnya. Lega. Firdaus diam memerhati. Melur membuka matanya semula, senyum dan mengucapkan terima kasih kepada Firdaus. Lelaki itu tidak senyum.

“Jom tolong Melur masak.” kata Melur bagai membuang ralit Firdaus terhadapnya sambil menarik tangan Firdaus untuk bangun bersamanya.

“Ishk,abang tak pernah masuk dapur la. Memang tak pandai langsung.” balas Firdaus tidak mahu. Melur mengisyaratkan agar Firdaus menutup zip bajunya semula. Firdaus menurut. Melur berpaling mengadapnya.

“Bawang,abang kenal kan?” soal Melur. Firdaus hanya mengangguk perlahan.

“Okeylah tu. Jom.” jawab Melur sambil menarik tangan Firdaus ke dapur.

Mereka masuk ke dapur. Ternyata semuanya sudah tersedia di atas meja persediaan memasak. Ada dua bakul yang berisi dengan pelbagai bahan masakan. Di dalam sinki pula,ada sebesen sederhana besar yang memuatkan pelbagai jenis makanan laut di dalamnya.

“Okey,dok sini. Tolong potong bawang-bawang ni. Hati-hati pisau ni tajam.” kata Melur mengarahkan. Juga Firdaus menurut.

“Ni Melur nak kenalkan,yang ni bawang merah,ni bawang putih dan yang ni bawang besar. Yang ni pula halia,kunyit dan yang ni lengkuas. Ni cili merah dan yang ni cili hijau. Yang  kecil ni cili padi merah dan yang ni cili padi hijau. Yang ranum ni capsicum,ada merah, kuning dan hijau. Macam traffic light. Yang comel ni pula baby corn,yang gebu ni kentang, dan yang arnab suka ni carrot. Ada versi besar dan versi baby. Akhir sekali,tomato. Ini yang mummy tomato dan yang ni baby tomato.” kata Melur memperkenalkan rempah ratus itu kepada Firdaus bersama senyumannya. Firdaus diam memerhati.

“Yang ni daun bawang,daun sup,daun kucai dan yang ni daun seleri. Yang ni pula daun kari, daun kunyit,daun kesum dan yang ni daun limau purut. Ni pula serai,daun salam,limau purut, limau nipis,limau kasturi,batang saderi,dan bunga kantan. Abang hidu setiap satu untuk abang tahu perbezaannya.” Firdaus menurut lagi. Dihidunya satu persatu daun-daun yang Melur sebutkan itu. Sengaja Melur mengeluarkan semua rempah ratus itu untuk Firdaus belajar tentangnya. Kemudian Melur ke rak bahan herba kering pula.

“Haa,ni semua rempah empat sekawan. Kenalkan yang ni kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kalau masak sup,kari,nasi,gulai-gulai,biasanya guna mereka nilah. Bestkan bau dia?” Firdaus mengangguk perlahan.

“Yang ni ketumbar,jintan manis dan jintan putih. Yang ni pula dalam bentuk serbuk. Lagi senang nak guna. Perap satay guna bahan-bahan nilah. Dan yang ni lada hitam,lada putih dan serbuknya. Yang ni pula buah pala,buah keras,biji sawi dan halba.” sambung Melur lagi. Firdaus diam sambil mengkaji setiap bahan tersebut tanpa disedarinya.

“Herba-herba mat saleh macam oregano,thyme,basil,rosemary,dill,terragon segala bagai tu, nanti-nanti Melur kenalkan. Yang penting bahan-bahan masakan kita dulu kena arif. Banyak lagi ni yang Melur nak tunjuk. Macam serbuk kari,serbuk kurma,serbuk kari ikan,rempah kerutub,rempah kuzi,rempah nasi beriani semua tu. Banyak lagilah. Satu-satu ya?” kata Melur lagi mengharapkan Firdaus berminat untuk belajar. Sepertinya tidak.

“Sekarang bawang-bawang ni buang kulit dan potong cun-cun ya?” kata Melur menyudahkan muqadimahnya. Kali ini juga Firdaus menurut arahannya tanpa banyak bicara. Dia mengupas bawang-bawang yang tersedia dan memotongnya seperti yang Melur ajarkan. Bukan seulas dimayangnya. Hampir penuh satu mangkuk. Tidak lama,Melur terdengar bunyi esakan kecil dari arah belakangnya. Dia yang sedang menyiang ketam dan udang,menoleh memandang ke arah Firdaus. Melur senyum dan mendapatkan Firdaus.

“Ishk,tak payahlah nangis. Melur bukan pukul abang pun. Melur suruh abang potong bawang je. Itu pun nak sedih? Touching la abang ni.” kata Melur bergurau sambil menghulurkan tisu kepada Firdaus. Firdaus menjelingnya.

“Perlilah tu. Ingat senang ke potong bawang ni? Lepas ni jangan suruh abang masak pulak. Tak kuasa.” jawab Firdaus sedikit marah. Manakan tidak,mata dan hidungnya sudah berair.

“Hello,orang lelaki pun kena pandai masak juga tau? Tak adalah nanti kalau isteri sakit,si suami order makan kat kedai pulak. Masak sendiri boleh ikut tekak sendiri. Lagi bersih, selamat dan suci macam iklan ubat gigi tu.” balas Melur tidak mahu mengalah.

“Sorry,tak minat. Bukannya tugas abang nak kena masak ni semua. Leceh.” Giliran Firdaus pula membalasnya. Melur mendengus perlahan.

“Leceh tak leceh,Melur nak abang belajar memasak. Sekurang-kurangnya boleh masak untuk diri sendiri. Manalah tahu,besok-besok Melur sakit dah tak larat masuk dapur,abang boleh masakkan untuk kita.” kata Melur bertegas.

“Abang sado pun kena pandai masak juga. Ni harap muscle je besar tapi tak boleh guna. Sia-sia jadi lelaki.” pintas Melur sebelum sempat Firdaus berkata apa-apa.

“Dah dah. Jangan nangis. Potong cantik-cantik.” sambung Melur lagi tanpa mempedulikan keengganan Firdaus untuk belajar memasak itu. Melur berlalu ke sinki menyambung kerjanya semula. Melur bukan mahu memaksa Firdaus melakukan tugas yang menjadi tanggungjawabnya sebagai isteri,tetapi Melur mahu Firdaus belajar sesuatu tentang kehidupan sebagai suami. Sekurang-kurangnya Firdaus tahu menyediakan sarapan sendiri andai Melur sudah tidak berdaya nanti. Mahu tidak mahu Firdaus terpaksa menurut.

‘Selamba dia je suruh aku buat semua ni. Ingat aku ni perempuan ke apa?’ rungut Firdaus di dalam hati. Tangannya mengupas kentang tetapi matanya menjeling kepada Melur.

“Auchh!” Terkejut Melur mendengar suara suaminya. Cukup kuat di telinganya. Suara itu membuatkan Melur sekali lagi mendapatkan Firdaus.

“Kenapa? Luka?” soal Melur cemas. Firdaus hanya mengangguk sambil meniup jarinya yang sakit itu. Melur ke peti ais mengambil ais dan kembali semula. Melur memasukkan jari telunjuk Firdaus ke dalam mangkuk berisi ais itu.

“Okey tak?” soal Melur selepas seketika. Firdaus mengangguk lega. Melur senyum dan keluar mengambil peti ubat. Dia datang semula lalu menyapu krim antiseptik,ubat luka dan membalut jari Firdaus.

“Encik Pisau ni nakal dia ya? Biasa dia tu. Nak kena punish dia ni.” kata Melur serius kepada pisau yang telah melukakan jari suaminya. Di hujungnya dia menahan senyum. Firdaus menjelingnya. Melur mengucup hujung jari Firdaus lalu merapatkan tubuhnya ke tubuh Firdaus yang sedang duduk di kerusi. Ditatapnya mata Firdaus. Sepi.

“Abang nampak tak syaitan kat tepi kita ni?” soal Melur berbisik. Firdaus berkerut sambil menjeling ke kiri dan kanannya melalui ekor matanya.

“Dia tengah hasut kita buat...tuut...” sambung Melur lagi berbisik di telinga Firdaus pula. Makin berkerut wajah Firdaus dibuatnya.

“Kat dapur pulak tu. Daring tak?” soal Melur dengan tona sedikit kuat dari sebelumnya. Firdaus terkejut sambil menelan liurnya. Melur melepas tawa melihat riak wajah Firdaus. Firdaus bangun dan keluar dari ruang dapur. Dia tidak betah lagi berada di situ bersama Melur. Bulu romanya meremang setiap kali Melur mendekatinya.

‘Fuhh,nasib baik. Kalau tak,pisau tu akan jadi saksi aku dengan Melur...’ katanya sambil menarik dan menghembus nafasnya melalui mulutnya. Tengkuknya digosok-gosok perlahan.

‘Melur ni,selamba dia je goda aku. Skill bapak punya daring.’ bisik hatinya lagi menyalahkan kenakalan Melur itu.
Ya,sekali lagi Melur berjaya mengenakan Firdaus. Bukan niatnya mahu nakal seperti itu tetapi sengaja dilakukannya untuk mengalih perhatian Firdaus terhadap kesakitan luka di jarinya. Itu sahaja. ✌

🌼Untuk sebarang informasi tentang pembelian MRW dr cnc sendiri,sila follow, PM @ DM cnc yer. Tq 😘

Continue Reading

You'll Also Like

199K 4.6K 18
Bile ego menguasai diri masing ii 🌚
724K 29.6K 88
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
200K 6.5K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
2.5M 232K 83
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...