ISTERI TUAN GHIBRAN

By cweetiee

1.4M 126K 17.1K

She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal m... More

ISTERI TUAN GHIBRAN | 01
ISTERI TUAN GHIBRAN | 02
ISTERI TUAN GHIBRAN | 03
ISTERI TUAN GHIBRAN | 04
ISTERI TUAN GHIBRAN | 05
ISTERI TUAN GHIBRAN | 06
ISTERI TUAN GHIBRAN | 07
ISTERI TUAN GHIBRAN | 08
ISTERI TUAN GHIBRAN | 09
ISTERI TUAN GHIBRAN | 10
ISTERI TUAN GHIBRAN | 11
ISTERI TUAN GHIBRAN | 12
ISTERI TUAN GHIBRAN | 13
ISTERI TUAN GHIBRAN | 14
ISTERI TUAN GHIBRAN | 15
ISTERI TUAN GHIBRAN | 16
ISTERI TUAN GHIBRAN | 17
ISTERI TUAN GHIBRAN | 18
ISTERI TUAN GHIBRAN | 19
ISTERI TUAN GHIBRAN | 21
ISTERI TUAN GHIBRAN | 22
ISTERI TUAN GHIBRAN | 23
ISTERI TUAN GHIBRAN | 24
ISTERI TUAN GHIBRAN | 25
ISTERI TUAN GHIBRAN | 26
ISTERI TUAN GHIBRAN | 27
ISTERI TUAN GHIBRAN | 28
ISTERI TUAN GHIBRAN | 29
ISTERI TUAN GHIBRAN | 30
ISTERI TUAN GHIBRAN | 31
ISTERI TUAN GHIBRAN | 32
ISTERI TUAN GHIBRAN | 33
ISTERI TUAN GHIBRAN | 34
ISTERI TUAN GHIBRAN | 35
ISTERI TUAN GHIBRAN | 36
ISTERI TUAN GHIBRAN | 37
ISTERI TUAN GHIBRAN | 38
ISTERI TUAN GHIBRAN | 39
ISTERI TUAN GHIBRAN | 40
ISTERI TUAN GHIBRAN | 41
ISTERI TUAN GHIBRAN | 42
ISTERI TUAN GHIBRAN | 43
ISTERI TUAN GHIBRAN | 44

ISTERI TUAN GHIBRAN | 20

34.8K 3.4K 162
By cweetiee

His beautiful wife

   “Aku belum mandi tak tun tuang. Tapi masih cantik jugak tak tun tuang.” Dahlia bernyanyi kecil sambil melangkah memasuki ruangan tamu.

Sakit di bahagian kepalanya sudah berkurangan serba sedikit. Namun Dahlia adalah Dahlia, sakit pun hyper tak rilex.

“Eh puan.” Tegur Zaqiah. Dahlia menunjukan peace ke arah Zaqiah. Tudung sarung nya ditarik sedikit kebelakang kerana tudungnya hampir sahaja membuatnya tidak nampak jalan.

Coolfever yang masih melekat didahinya disentuh lalu dia mencebik dengan sendirinya. Dia ingin menanggal kan benda itu namun suaminya melarang.

“Demam puan dah kebah?” Zaqiah melangkah mendekati puan mudanya. Dahlia hanya membalas dengan anggukan. 

“Awak ada aiskrim ker?” Zaqiah mengaru keningnya, sakit-sakit pun makanan number satu. Siapa lagi kalau bukan Dahlia Umairah.

“T–takde puan. Tuan dah b–buang.” Dahlia menghela nafas kasar, tak guna tuan tua lagi pantas dari sangkaanya.

“Ala saya nak makan benda manis.” Keluh Dahlia. Dia meletakan kepalanya diatas meja yang berhadapan dengan televisyen itu.

“Puan mengandung ker?” Terbatuk Dahlia mendengar pertanyaan Zaqiah. Aku mengandung?

'Mana tau sperma aku boleh bejalan sendiri'

Ayat Emir terlintas dikepalanya.

Dahlia cuak. D–dia mengandung?

“Haah ?!" Dahlia bangun dari duduknya. Dia mengigit bibir bawahnya. Macam mana ni ?! Dia mengandung?

“Kenapa puan?” Zaqiah juga berdiri. Dia terkejut dengan tindakan mengejut Dahlia. Dahlia yang mundar-mandir itu dipandang aneh.

“Puan kenapa?”

“Saya mengandung ker?” Tanya Dahlia. Dia memegang lengan Zaqiah sambil mengoyang-goyangkanya. Zaqiah hanya mengikut arah gerakan itu.

“Mana lah saya tau, puan dah hehem ker dengan tuan?” Dahlia mengeleng pantas. Zaqiah menepuk dahinya, masa sekolah Dahlia gagal sains ker apa?

“Lah macam mana nak mengandung kalau tak buat tu lagi, lah puan tak cukup seksi ker sampai tuan taknak sentuh.” Zaqiah berbisik. Dahlia mengigit bibir bawahnya sekali lagi, bukan salah suaminya tapi salah dia.

“S–saya yang taknak.” Balas Dahlia. Zaqiah mengangguk faham.

“Saya nak tegur sikit lah, dosa tau tolak permintaan suami. Malaikat laknat sampai subuh setiap kali puan tolak ajakan suami.” Zaqiah menegur lembut, Dahlia mengetap bibirnya. Ya dia tau akan hal itu.

“Macam mana kalau s–saya tak sedia lagi jadi ibu ?” Zaqiah tersenyum.

“Ya tanggungjawab seorang ibu memang banyak, tapi andai puan diberi peluang menjadi seorang ibu. Sepatutnya puan bersyukur, sebab banyak pejuang garis dua yang masih menunggu kehadiran malaikat kecil untuk mereka.” Zaqiah jeda seketika.

“Siapa cakap jadi seorang ibu tak penat? Jadi seorang ibu lah benda yang memenatkan tapi membahagia kan. Mesti puan akan ada rasa bahagia tengok anak-anak puan membesar depan mata dengan sihat.” Dahlia mengangguk bersetuju.

“Andai satu hari nanti Allah kurniakan malaikat kecil dalam rahim puan dan puan masih tidak bersedia untuk menjadi ibu, beri lah dia kepada ibu bapa yang ingin menjaganya.” Dahlia terkejut dengan ujaran itu, takkan sesenang itu sahaja dia ingin memberikan anaknya? Tapi dia juga  sendiri yang berkata masih tidak bersedia.

“Baik, terima kasih Zaqiah.” Dahlia tersenyum. Dia menerima semya teguran yang diberikan oleh Zaqiah dengan hatu yang terbuka. Semua yang dikatakan oleh Zaqiah semua benar belaka.

Meoww! meow!

“Eh cindy..” Dahlia mengangkat tubuh kecil milik kucing itu, maklum lah member tengah pantang.

“Kau dah bagi anak kau susu ker?” Dahlia seperti orang tak betul bertanya kepada Cindy. Cindy yang seperti faham dengan pertanyaan Dahlia meng'meow'Kan sahaja.

Good dear. Best tak jadi mama?” Dahlua terbayang sesuatu membuatkan dia tersenyum, ya dia membayangkan dia menjadi seorang ibu.

Jauh di sudut hatinya, dia pun mau seorang anak. Namun dia risau, dia akan gagal menjadi seorang ibu. Dahlia mengeluh buat kesekian kalinya.

Sampai bila nak macam ni? Usia perkhawinan mereka pun sudah menjangkau 7bulan. Banyak yang bertanya kepadanya,

'Dah ada isi belum?'

'Kamu merancang ker'

'Kamu ni mandul ker?'

Soalan yang acap kali dia terima. Namun suaminya selalu menyedapkan hatinya, selalu memujuknya jikalau terasa dengan kata-kata itu.

“Sampai bila kau nak buat tanggungjawab kau tergantung Dahlia.” Dahlia berkata seorang diri. Dia mengusap-ngusap kepala halus milik cindy itu.

Semua apa yang dia inginkan suaminya selalu turut namun giliran suaminya, dia biarkan tergantung lama. Adakah itu dipanggil adil?

Dahlia mengemam bibirnya. Huh ! Serabut.

“Serabut nampak.” Terhijut bahu Dahlia apabila tiba-tiba ada suara berbisik tepat ditelinganya. Tanjat gegirl !

“Terkejut lah saya. Ish tuan ni, nak jadi duda awal agaknya.” Dahlia menjeling. Emir tidak mengedahkan dia merehatkan kepalanya dibahu kanan Dahlia. Sempat dia curi-curi cium pipi tembam Dahlia itu.

“Awal tuan balik.”

Meeting cancel last minute.” Dahlia mengerling ke arah jam dinding. Pukul 5 petang.

“Lepastu kerja dekat sana siapa nak buat? Kerja tuan bukan meeting jer kan?” Dahlia mengusap tangan Emir yang berada dipinggang ramping miliknya. Cindy yang meluat dengan aksi itu kembali ke tempat anaknya.

Meooww..

“Nanti lah aku buat pening lah.” Adu Emir. Dia terus berpusing ke arah suaminya. Emir tersenyum memandang wajah isterinya. Cantiknya..

“Dah makan ubat belum?”

“Dah.”

“Minum air?”

“Dah.”

“Mak–”

“Makan kau jer belum.” Pap ! Bahu Emir disapa oleh tangan kecil milik Dahlia, tak habis-habis. Ada jer akal nak kenakan dia.

“Taknak belanja ker?” Emir berbisik sambil meniup telinga Dahlia membuatkan gadis itu mengeliat kegelian.

“T–tuan.. jangan lah macam ni. Kalau tuan ada keinginan saya yang rasa bersalah.” Perlahan sahaja nada yang digunakan oleh  Dahlia dia mengusap kepala Emir.

Sorry. Aku berlebihan.” Emir mengangkat kepalanya daripada bahu Dahlia. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Dahlia yang masih statik ditempatnya berdiri.

“Tuan..” Dahlia memandang langkah Emir yang semakin jauh. Tuan tua marah dia ker?

Dahlia mengejar langkah panjang Emir, dia menghela nafasnya lama setelah dapat menyayingi langkah Emir itu. Telinga Emir naik merah.

“Tuan marah saya ker?” Emir tidak membalas dia sengaja buat-buat tidak dengar dengan pertanyaan itu. Sorry sayang.. tapi aku takut. Takut luar kendali.

Stop, stay away from me.” Emir menolak bahu Dahlia untuk membuat jarak, Dahlia mengerut hairan. Apa kena dengan suaminya ini?

“Tuan marah saya ker?” Dahlia tidak mengedahkan arahan itu, dia makin galak merapatkan dirinya ke arah Emir. Emir meneguk liur nya. Pahit air liurnya dia rasakan, semua penangan Dahlia.

Bertutup begini pun boleh buat dia tak keruan, memang kuat penangan gadis itu.

“T–tak.. Ya Allah.” Emir menutup matanya, jantungnya berdegup laju melihat pandangan nakal Dahlia. Gugup dia dibuatnya, Dahlia semakin galak mengusik jejaka itu dengan menguis-nguis dada sasa milik Emir.

Dia dapat merasakan degupan jantung suaminya itu berubah rentak, hampir sahaja dia melepaskan ledakan ketawanya. Kesian suaminya dapat isteri suka mengusik macam dia.

“Aku masih lelaki Dahlia.” Emir mengeluh. Ya Allah, mencabar keimanan sungguh gadis itu. Terkam kang meraung.

“Saya ada cakap awak pondan ker?” Bisik Dahlia. Emir menolak wajah Dahlia yang berhampiran denganya menggunakan telapak tangan nya. Tak boleh dibiarkan bahaya.

Bahaya untuk kesihatan.

“Iman aku tak selamanya boleh bertahan, bila-bila masa dia boleh roboh. Aku masih ikut perjanjian kita, aku tak akan sentuh kau selagi kau tak bersedia. Jadi jangan jadikan aku seorang yang munafik mengingkar janji yang kita buat.” Dengan senafas Emir mengutarakan ayat itu. Dahlia terpaku mendengar ayat Emir.

comelnya husband kiterr.

Eh 'AKU'

Sorry.” Emir terus melangkah masuk kedalam kamar mereka. Kalau ikutkan nafsunya yang yang membuak-buak menginginkan isterinya sudah pasti dia menerkam ke arah isterinya.

Namun rasa sayangnya lagi besar daripada nafsunya. Mana mungkin dia memaksa isterinya, dia tidak ingin menjadi seorang yang dayus. Hanya kerana nafsu.

“Tuan khawin dengan saya sebab badan saya jer ker?” Dahlia juga ikut melangkah masuk kedalam kamar itu. Emir terus menoleh ke arah isterinya.

“Kalau aku khawin sebab nak tubuh kau jer, dah lama kau mengandung aku kerjakan.” Emir membuka tie nya sambil memandang isterinya melalui cermin meja solek itu.

“Semua lelaki akan cakap benda yang sama. Tapi hakikat nya khawin sebab tu jer.” Terhenti segala perbuatan Emir mendengar bicara Dahlia. Mata mereka bertentang melalui cermin meja solek itu.

Dia samakan aku dengan jantan lain?!

“Oh yer ker? Comel jer perut kau besar sebab mengandungkan anak aku.” Perli Emir. Dahlia memandang perutnya yang kempis. Mengandung? Sejak bila.

“Kang cakap bodoh marah, tapi memang bodoh.” Marah Emir. Dia mendengus kasar, dia melangkah masuk ke kamar mandi yang ada disitu. Sudah lama dia ingin mandi.

Melekit sahaja rasa badanya.

Dahlia berlari menyusup masuk mengikut suaminya. Emir mengeluh, dia memandang isterinya yang tersenyum hingga menampakan gigi ratanya kepadanya.

Nak marah tapi comel pula.

“Keluar Dahlia. Aku nak mandi ni.” Tuala disangkut dibahunya, beberapa butang atas bajunya telah dibukanya hingga menampakan bahagian dadanya.

Dahlia terpaku memandang permandangan itu.

Wow.

“Kau ni kang. Aku babap nanti. Aku nak mandi ni sayang oii.” Emir menutup mata isterinya menggunakan telapak tanganya, kang dia bernafsu semua salah bininya.

“Nak saya mandikan ker..” Meleret sahaja nada yang digunakan oleh Dahlia.

“Takpaya. Kang aku nak kau bukan mampu bagi pun.” Halau Emir, saja bertarik tali dengan isterinya. Dia menolak-nolak bahu isterinya menyuruh gadis itu untuk keluar.

Namun Dahlia mengeraskan badanya. Dia malah melingkarkan tanganya dileher jejaka itu. Emir mengeluh, kenapa lah dia dapat isteri yang super nakal ni.

Untung-untung..

Eh?

“Yakin nya kamu. Cik isteri tak mampu bagi.” Emir menutup matanya. Tak boleh jadi ni, lain yang jadi kang nanti.

Emir merendahkan sedikit tubuhnya, naik hairan Dahlia sebelum matanya membulat apabila merasakan tubuhnya bagai diawang-awangan.

“Arghh !”

Emir melangkah mendekati katil itu lalu menghempas kasar tubuh isterinya keatas katil yang empuk itu.

Dia terus melangkah meninggalkan isterinya yang terkebil-kebil memandang siling bilik itu. Eh?

Dahlia bangun dari baringnya. Dia mencebik.

“Orang dah bagi tak nak pulak !” Dahlia sengaja berkata menggunakan nada yang kuat.

Dia mencebik.

Dah offer tu terima jer lah ! Halemak..

**
[unlock 1k vote]
[Dah lama tak bersua, ada rindu dengan cerita ni tak? Ker takde..]
[Maaf pendek jer]




Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 47K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
2.9M 265K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.3M 102K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
986K 13.4K 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti mala...