Zharil Darriz

By meqayla

503K 16.2K 707

Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi se... More

Perkenalan
C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
Opinion & cooperation
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Last Special Chapter

C16

12.5K 438 28
By meqayla

Hye! Wlcm back. Tq for read my story❤. Jangan lupa vote dan comment tau. Vote dan comment korang dah boleh buat hati author berbunga2🥰. Happy reading🥳🥳🥳

************************************

Aish bergegas masuk ke dalam pejabat pensyarah apabila dia diberitahu ada pelawat yang datang mahu berjumpa dengannya. Aish yang mendengar terus berasa teruja mahu berjumpa dengan umi dan ayahnya. Rindu di dalam dada sudah tidak boleh ditahan lagi. Ingin dia luahkan dengan pelukan yang erat. Dia mengetuk pintu bilik Sir Firdaus.

"Come in." Jawab orang yang berada di dalam.

Aish menolak daun pintu perlahan-lahan. Melihat orang yang berada di dalam itu terus membuatkan senyumannya pudar. Kaku. Dia seakan tidak percaya. Kenapa, kenapa mesti dia. Aish berundur setapak.

"Aish, please." Rayu Aiman.

Aish cuba untuk bertolak ansur. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam. Dia minta untuk pintu dibiar terbuka memandangkan di dalam bilik Sir Firdaus hanya ada mereka berdua. Aish memandang Aiman yang berpakaian kemas sama seperti sewaktu mereka bersama dulu.

"Apa kau nak?" Soal Aish serius.

"I betul-betul menyesal dengan apa yang I dah buat kat U dulu. I datang ni sebab I nak mintak maaf dekat U. I rasa tak aman selagi I tak dapat maaf dari U Aish." Katanya dengan penuh rasa bersalah.

"Senangnya kau cakap. Kau ingat senang ke aku nak lupakan apa yang kau buat kat aku. Lepas semua benda yang jadi, kau tahu tak betapa takutnya aku bila ada lelaki nak dekat dengan aku." Balas Aish dengan suara yang ditahan-tahan risau sekiranya pensyarah lain terdengar.

"Yes, I know. But please, Aish. U cakap je apa yang U nak I buat untuk I dapatkan kemaafan dari U. I will do it." Aish memandang Aiman pelik. Sejak bila Aiman berubah dia pun tidak tahu. "Tolong lah Aish. I nak mula hidup baru. Kalau U tak maafkan I, macam mana I nak bina hidup I yang lebih baik dengan tenang

"Okay. Aku maafkan kau tapi dengan syarat, jangan ganggu aku dan family aku. Jangan sesekali kau tunjukkan muka kau dekat depan aku dan family aku lagi." Hati Aish sangat mudah rapuh. Dia pun bukanlah seorang pendendam. Melukai hati dan perasaan orang bukanlah bidangnya. Dengan itu, dia sudah membuat kata putus.

"Thank you Aish. I will not. I promise." Teruja Aiman mendengarkan kemaafan Aish. "Tapi kita boleh jadi kawan kan?" Senyap. Aish langsung tidak menjawab. "Tak jadi kawan pun tak apa lah. But untuk kali terakhir I jumpa U, I nak ajak U dinner dengan I malam ni and I will treat U better for the last time. Kalau U was-was, U bawa je husband U. Kalau U tak nak pun, tak apa, I takkan paksa U."

Aish berfikir sejenak. "Okay then." Tanpa mereka sedari Marissa sudah mencuri dengar perbualan mereka.

~~~~~~~~~~~

"Hei Long!" Sapa Ziyyad sebaik sahaja menerobos masuk ke dalam bilik pejabat Zharil. Dia melihat Zharil yang begitu fokus memandang computer membuat kerja terus mengangkat pandangan memandang Ziyyad dan Zayyid yang baru masuk dengan wajah terkejut apabila mendengar sapaan Ziyyad.

"Hei! What are you guys doing here?" Soalnya dengan mempelawa mereka berdua duduk. Sempat dia memanggil Suraya untuk membuat air buat mereka bertiga. Dia bangun dari kerusi dia membuat kerja tadi lalu bergerak mendekati adik kembarnya.

"Lupa ke yang minggu depan kitorang akan masuk kerja sini. So, papa asked kitorang datang tengok keadaan kat sini dulu." Balas Zayyid. Malas dia dengan alongnya yang selalu lupa hal-hal penting macam ni. Biasalah, orang tua cepat lupa.

"Hmm, I see."

Tok! tok!

"Come in." Pintu dikuak dari luar. Suraya membawa dulang dengan air yang dipesan Zharil tadi. "Thank you Suraya."

"My pleasure." Balasnya sebelum menghilangkan diri dari bilik Zharil.

"Long. Dah ada ke?" Soal Ziyyad dengan senyuman. Sementara, Zayyid sudah mengangkat keningnya berkali-kali.

"Ada? Ada apa korang ni? Tu, senyuman apa tu? Ni sorang lagi, kenapa ngan kening tu?" Zharil mengerutkan keningnya. Langsung dia tidak faham akan soalan Ziyyad. Dia semakin keliru apabila melihat senyuman dan kening yang diangkat-angkat.

"Alah... benda tu lah.." Ziyyad sudah membuat muka malas. Tidak pasti sama ada alongnya betul-betul tidak faham atau buat-buat tak faham.

Zharil masih tertanya-tanya. Langsung dia tidak dapat tangkap apa yang ditanya. "Benda apa ni? Cuba korang cakap je terus kan senang." Dia mula bengang.

"Baby." Kata Ziyyad dan Zayyid serentak.

"Tak, korang datang sini nak tengok-tengok keadaan kat sini kan. Lebih baik korang pergi tengok sekarang. Along ada banyak kerja nak buat ni. Ganggu orang je." Terus dia berdiri dan kembali memandang computer membuat kerjanya selepas menghalau si kembar.

"Tak best lah along ni. Kitorang bosan lah asyik dengar mama bebel je. At least kalau ada budak boleh kitorang bawa dia jalan-jalan." Sempat lagi Ziyyad merungut.

"Dah dah. Along busy ni." Halaunya lagi.

~~~~~~~~~~~

"Excuse me." Marissa berlari anak dengan kasut tumit tingginya mengejar langkah Aiman yang bergerak ingin memasuki kereta. Aiman berpusing ke belakang memandang Marissa yang berdiri tidak jauh dari Aiman.

"Do i know you?" Soal Aiman sombong. Dia memandang Marissa yang memandangnya bengang.

"No. By the way, I kawan Aish. Awak ni boyfriend Aish ke?" Tipunya.

"Yup. Why?"

"Ouh... kesian U. I bukan nak burukkan Aish, tapi kesiankan U. Kalau U nak tahu, Aish tu sebenarnya bercinta dengan Dr. Zharil." Sengaja dia membuat cerita disebabkan rasa cemburu melihat Zharil yang selalu cuba dekat dengan Aish. Ya, dia sedar perangai pelik Zharil yang satu itu. Sesaat kemudian, Aiman memberikannya senyuman sinis.

~~~~~~~~~~~

Selepas Aish membersihkan diri, dia turun ke dapur untuk memasak untuk dirinya memandangkan Zharil sangat sibuk dengan kerjanya walaupun Aish tidak tahu kerja Zharil apa selain pensyarah. Chicken butter menjadi menu utamanya. Sudah lama dia tidak makan chicken butter sejak berkahwin dengan Zharil.

Makanan dihidu. "Hmm...sedapnya bau." Tangan mengambil telefon yang berada di atas meja. Jari menekan nama seseorang lalu dilekapkan pada telinga.

Tut.. tut..

"Assalamualaikum umi."

"Waalaikumsalam..."

"Umi, harini Aish ada masak special. Cuba umi teka."

"Uhmm.. ni mesti cien bata kan." Aish tergelak. Umi memang tak reti.

"Bukan sebut macam tu lah umi. Chicken butter." Betulnya.

"Mana lah umi reti nak sebut."

"Tak apa lah mi.. cien bata pun cien bata lah. Sedap tau Aish masak. Umi tak nak rasa ke?"

"Memang lah sedap sebab tukang masaknya Aish Qayla anak puan Ain.

~~~~~~~~~~~

"Hello Ril?" Ujar Rashdan sebaik menjawab panggilan daripada Zharil.

"Dan, boleh kita jumpa petang ni? Sekali dinner."

"Hmm..jap." Rashdan memeriksa semula jadualnya untuk petang ini.

"Okay, boleh." Sambungnya.

"Okay, nanti aku chat."

~~~~~~~~~~~

Zharil melangkah masuk. Kaki melangkah mendekati Rashdan yang duduk membelakanginya. "Assalamualaikum Dan." Sambil tangan memegang bahu Rashdan.

"Waalaikumsalam." Dia melihat Zharil mengambil tempat duduk. "Kenapa nak jumpa aku ni?" Soalnya kepada Zharil.

"Aku nak tahu semua pasal Aish."

~~~~~~~~~~~

Aish tiba di restoran yang Aiman beritahu. Dia berdiari di pintu utama menunggu kedatangan Aiman memandangkan Aiman menyuruhnya tunggu di situ.

"Hai. Lama tunggu? Sorry I lambat. Banyak kerja nak buat tadi." Ujar Aiman yang baru muncul.

"Lambat lah kau ni. Dah lama aku sampai kat sini." Kata Aish.

"Okay okay. I'm so sorry. Jom kita masuk I dah book 1 meja." Pelawa Aiman masuk ke dalam.

"U order je apa-apa. Kat sini lobster dorang paling sedap. U try lah." Cadangnya. Dia memberi sepenuh tumpuannya pada Aish.

"Okay then. Aku nak lobster."

~~~~~~~~~~~

"Hmm..sedapnya."

"I dah cakap dah."

"Aku nak gi tandas jap. Jangan kacau lobster aku." Marahnya. Aiman yang mendengar sudah tergelak. Dia hanya melihat Aish ke tandas dari jauh.

Sedang Aiman duduk menunggu Aish, seorang wanita datang dekat pada Aiman dan menyerahkan plastik kecil yang mengandungi serbuk putih. Aiman menyambut plastik yang diberi wanita itu.

"Jangan lupa plan kita." Ujar Marissa yang memakai topi hitam, jaket coklat dan seluar jeans. Dia sebenarnya sudah lama berada di dalam restoran itu memerhatikan Aish dan Aiman. Sehingga dia mengambil tempat duduk di belakang meja Aish. Plastik yang mengandungi dadah itu dia berikan kepada Aiman untuk dimasukkan ke dalam minuman Aish.

"I know what I'm doing." Jawabnya sedikit sombong sambil melihat Marissa kembali ke tempat duduknya. Aiman membuka plastik kecil itu lalu memasukkan dadah itu ke dalam minuman Aish sebelum dia membancuh air itu.

Dalam pada masa yang sama, Aish yang berada di dalam tandas berasa tidak sedap hati. Kemudian cepat-cepat dia menelefon Zharil. Malangnya, Zharil langsung tidak mengangkat panggilannya. 'Mana awak ni?' Gumamnya sendiri. Berkali-kali Aish menelefon Zharil namun satu pun tidak diangkat. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menghantar pesanan kepada Zharil.

-Aish-
"Dr kat mana?"
"Boleh tak Dr ambil saya sekarang kat Diamond Hotel"
"Saya tak sedap hati lah. Aiman ada dengan saya."
"Dr angkatlah call saya!!"

Langsung tiada tanda-tanda pesanannya dibaca. Apa yang perlu dia buat? Tidak mahu Aiman berasa pelik, dia keluar dari tandas kembali ke meja makan. Terlihat Aiman yang sedang makan. Dia cuba untuk bersangka baik. Nafas panjang ditarik.

"Aiman. Aku balik dulu lah. Dah lewat dah ni, laki aku dah tunggu aku kat rumah."

~~~~~~~~~~~

Zharil baru teringat akan isterinya terus mencari telefonnya untuk menghubungi Aish. Tangan meraba-raba poket seluar. Hampah. Kening dikerutkan. 'Mana pergi phone aku ni.' Kata hatinya.

Rashdan yang melihat Zharil seperti kehilangan sesuatu terus bertanya, "Kenapa Ril?"

"My phone. Kau nampak phone aku tak?"

"Tak. Kat kereta kot. Jom lah balik." Cadang Rashdan memadangkan mereka sudah selesai makan.

"Jom." Zharil terus berdiri dan melangkah ke keretanya bersama Rashdan.

Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta, telefon yang terletak elok di kerusi penumpang itu diambil Zharil.

"Hah, aku dah agak dah..mesti tinggal kat kereta." Ujar Rashdan.

"Eh! 10 missed call. Sapa call kau? Aku rasa urgent tu." Sambungnya lagi.

"Aish." Kata Zharil dengan jantung yang berdebar. Tidak pernah-pernah Aish menelefonnya sebigini banyak. 10 missed call. Hatinya mula tidak sedap. Dia semakin tidak sedap hati apabila membaca message Aish.

"Aiman." Katanya dengan penuh rasa marah.

~~~~~~~~~~~

"Tapi I belum habis makan lagi. U teman I makan kejap ya. Sekejap ja." Alasannya untuk menahan Aish dari pulang ke rumah sebelum dia dapat apa yang dia mahukan. Aish mengangguk kepalanya perlahan kerana tidak mahu Aiman tahu yang dia sedang takut sekarang.

Sudah 10 minit dia temankan Aiman makan. Orange juice yang dipesan Aish diminum perlahan untuk menghilangkan dahaga. Tanpa dia sedar, Aiman yang berada di depannya sudah tersenyum sinis dengan penuh harapan. Beberapa saat kemudian, kepalanya sedikit pening. Tangan naik memicit kepala yang sakit.

"U okay tak ni?" Soal Aiman.

"Kepala aku sakit sikit." Jawab Aish dengan mata yang sudah berat untuk dibuka. Tidak lama kemudian, Aish sudah terlelap sepenuhnya. Aiman tersenyum kemenangan.

Tidak lupa juga Marissa yang berada di meja belakang Aish. Dia sedikit terkejut terhadap kekuatan dadah itu. Tidak dia sangka secepat itu dadah yang dia berikan memberi hasil.

Memandangkan sudah lewat, hanya tinggal mereka bertiga sahaja berada di restoran itu. Pada masa itu, Aiman tidak membuang masa dengan memapah Aish dan dibantu Marissa untuk membawa Aish ke bilik tidur Aiman.

~~~~~~~~~~~

Zharil masuk ke dalam Hotel itu dengan terburu diikuti Rashdan di belakangnya. Mereka terus melangkah ke dalam restoran namun semua lampu sudah dipadamkan yang menunjukkan restoran itu sudah tutup.

"Damn!" Marah Zharil. Buntu. Dia sangat buntu mahu mencari Aish dimana. Namun, cepat-cepat dia kembali melangkah mendekati reception counter.

"Excuse me."

"Yes sir. May I help you?" Soal penjaga kaunter.

"Yeah. May I know if you have a customer named Aiman ​​who stays here." Tanya Zharil

"Yes we have."

"May I know his room number?" Soal Rashdan. Zharil sudah terbayang benda buruk yang berlaku pada Aish.

"I'm sorry sir. We can't tell you that. This is our policy." Zharil yang mendengar terus berasa sedikit tertekan. Yang dia mahu sekarang ini adalah Aish.

"Don't worry, he is our friend. We came here to surprise him cause he just got back from overseas." Tipu Rashdan. Dia tahu pihak hotel tidak akan sesuka hati memberitahu perkara privasi. Dengan itu, dia tipu staff di depannya ini untuk memudahkan urusan mereka.

"I see... wait a second." Staff itu melihat computernya sebelum memberitahu Rashdan. "Room 403."

"Can we have the card?"

"Yes sure sir." Kad bilik diberikan kepada Rashdan.

Continue Reading

You'll Also Like

607K 35.1K 45
[ π‘π‘œπ‘šπ‘π‘™π‘’π‘‘π‘’ ] π™Ίπ™°πšπšˆπ™° π™Ώπ™΄πšπšƒπ™°π™Όπ™° Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara me...
346K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
8.7K 644 50
"Really a psychotic b*tch." * * * I love Arfa. But sometimes she just.... "I can't live with you."- Arfa Yeah. She once said that sambil menangis. Oh...
762K 40.4K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...