MY 'RUDE' WIFE

By ByCikNorCinta

2.4M 28.3K 1.7K

SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur m... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Pesanan Author CikNorCinta
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43

Bab 31

101K 1.5K 170
By ByCikNorCinta

Hari ini hujung minggu. Melur sudahpun menjamu suaminya dengan sarapan pagi yang enak dan berkhasiat. Sudahpun mencuci dan menggosok semua pakaian kerja Firdaus untuk seminggu bekerja. Juga sudah mengemas seluruh rumah. Sesudah itu,dia hanya berehat di atas katil kerana kepenatan.

"So,nak spent masa macam mana hari ni?" soal Firdaus mengejutkan Melur.

"Kenapa tanya macam tu?" soal Melur tidak mengerti. Firdaus mendengus bosan.

"Spent time bersama yakni dating pada salah satu hari di hujung minggu. Itu syarat ke 5. Awak nak saya langgar syarat tu ke? Boleh la awak bebel saya kan?" Melur tersenyum kecil.

"Kita duduk rumah jelah." jawab Melur perlahan,bersama mata yang hampir terpejam.

"Jom keluar shopping." Melur terus membuka matanya dan berpaling kepada Firdaus yang berdiri di sisi katil. Dia tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejutnya itu.

"Shopping apa? Malas la. Melur tak suka shopping." jawab Melur beralasan. Dia memang tidak suka akan aktiviti yang satu itu,walaupun pergi bersama suaminya.

"Ikut je. Jangan banyak songeh boleh tak?" arah Firdaus serius.

Akhirnya Melur terpaksa akur dan menurut perintah suaminya. Lagipun cuma ini sahaja masa yang dia ada pada hujung minggu untuk dihabiskan bersama suaminya. Mereka tiba di pusat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur.

"Kita buat apa kat sini?" soal Melur dengan wajah berkerut.

"Beli ikan." jawab Firdaus ringkas. Melur membontoti langkah Firdaus.

"Masalahnya ikan kat sini tak ada yang boleh dimasak pun." Jawapan selamba Melur itu buat Firdaus menjeling padanya. Namun tidak Melur pedulikan.

"Pergi tempat lain boleh tak? Melur tak suka shopping baju-baju ni semua." Melur mengadu lagi. Masih mencuba untuk membawa Firdaus lari dari situ.

"Patutlah outfit tahap makcik-makcik. Ni baju zaman perang Jepun dulu kan?"

"Tak,perang dunia pertama." jawab Melur selamba. Firdaus menggeleng-geleng dengan muka serius. Dia terus memilih blaus,seluar,kardigan,dress dan skirt untuk Melur. Melur yang kebosanan,hanya duduk di sofa di dalam butik itu. Sesudah membayar kesemuanya, Firdaus memberi isyarat kepada Melur agar mengikutnya keluar.

"Banyaknya? Perli ke apa?" soal Melur dengan muka berkerut. Apa tidaknya,semuanya 20 pasang yang dibeli.

"Awak tu isteri CEO syarikat event terbesar kat tanah Melayu ni. Takkan nak pakai baju zaman tok kadok ni lagi? Nak tunjuk kat siapa baju berkarat macam ni?" Melur melihat bajunya sendiri dan menjeling pada Firdaus.
'Kaw kaw dia kutuk aku hari ni. Takpe,ada ubi ada pengatnya Encik Suami.' rungut Melur di dalam hati.

"Anak raja apa outfit kuno macam ni? Kat pasar malam pun orang dah tak jual baju-baju macam ni tau? Makcik-makcik kat kampung tu pun dah letak kat muzium baju-baju macam ni. Ini awak masih lagi pakai?" Firdaus mengata Melur lagi.

"Janji tak susahkan orang."

"Tapi awak menyusahkan mata saya yang menengoknya. Tau?"

"Dahtu,tak payahlah tengok. Tak pun pejam je mata tu." Melur menjawab lagi. Firdaus menggeleng sambil terus berjalan.

"Hairan,kat rumah pakai bukan main vogue lagi tapi bila keluar,baju tahap ke sawah dipakainya. Malu saya tahu tak?" Melur berkerut mendengarnya.

"Kat rumah Melur vogue untuk suami Melur. Kat luar Melur nak vogue untuk siapa? Pak Guard tu?" soal Melur mempersoalkan. Firdaus memandangnya.

"Kat luar pun untuk saya juga kan? Ke untuk Pak Guard tu?" perli Firdaus. Melur diam.

"Lepas ni saya tak nak tengok lagi awak pakai baju-baju macam ni. Pakai baju-baju yang saya beli ni. Dah jom."

"Nak ke mana pula?" Firdaus diam tidak menjawab. Melur terpaksa mengikut.

"Nak beli handbag pula ke? Tak payahlah. Ni kan dah ada? Masih boleh guna lagi."

"Macam ni awak..."

"Melur. And you,abang. Jangan lupa lagi." Sempat lagi Melur membetulkan kesilapan Firdaus yang tidak pernah betul-betul itu. Firdaus mendengus perlahan.

"Macam ni Melur panggil handbag? Macam karung guni ni?" Melur membelek beg tangannya yang disangkut di bahunya. Mencari di mana silapnya.

"Okey apa? Boleh muat banyak benda." jawabnya selamba.

"Kalau nak muat banyak benda,baik bawa guni je terus." marah Firdaus menyindir.

"Ni baru orang panggil handbag. Ada style,ada class. Modern. Edgy." kata Firdaus selamba sambil menunjukkan sebuah beg tangan berjenama kepada Melur.

"Ni tak,kerbau pun boleh masuk dalam tu. Siap boleh bawa tilam lagi." sambung Firdaus lagi sambil merenung beg tangan di bahu Melur. Di hujungnya,Firdaus menggeleng.

'Eiie! Geramnya aku. Sabar Melur. Sabar.'

Akhirnya Firdaus membeli 3 buah beg tangan dengan 3 rekabentuk, warna dan saiz berbeza tanpa bertanya pendapat Melur terlebih dahulu.

Mereka berjalan lagi membawa troli yang hampir penuh itu. Melur yang kebosanan hanya menurut. Tidak mahu mencantas angin Firdaus yang...
Akhirnya mereka tiba di sebuah kedai kasut. Firdaus memilih 3 pasang kasut.

"Sekarang apa? Kasut pulak?"

"Habis tu,takkan kobis pulak?" soal Firdaus menyindir. Melur diam.

"Size?"

"7"

"Bagi semua ni dengan size 7. Pack terus." arah Firdaus kepada jurujual itu.

'Tak tanya pun aku suka ke tak.' bisik Melur di dalam hati. Firdaus menoleh.

"Kalau abang tanya Melur,memang tak adalah yang Melur berkenan. Tengoklah contoh kat kaki tu. Selipar Jepun pun kalah. Konon sandle la tu?" Melur melihat sandle di kakinya.

"Okeylah,selesa apa." jawab Melur polos. Firdaus merenung wajah Melur.

"Banyak lagi yang selesa dan up to date. Bukannya selesa tapi ayam pun malu nak pakai." balas Firdaus memerli Melur tapi dengan nada yang terkawal. Melur diam. Dalam soal ini,dia memang tidak dapat membela dirinya.

"Abang,dahla. Dah penuh troli tu." Sayangnya Firdaus buat tidak tahu saja dengan rungutan Melur. Hari ini harinya untuk 'mendera' Melur.

"Now kita beli tudung. Bukannya brokoli." kata Firdaus serius. Melur menarik muka masam. Dia duduk di sofa sekali lagi. Membiarkan Firdaus memilih apa yang dia suka. Akhirnya Firdaus membeli 20 helai tudung dan shawl untuk Melur.

"Settle. Ni semua shawl dan tudung yang latest dan modern,bukannya tudung saji macam atas kepala Melur ni." Melur meraba kepalanya. Firdaus menggeleng-geleng.

"Petak-petak macam papan dam. Checkmate." Melur menarik muka bermuncung mendengar 'pujian' Firdaus itu. Ya,dia memang 'terhibur' sepanjang hampir 2 jam di sini.

"Abang,jom pergi makan. Melur lapar la." ajak Melur meleret manja. Dia sudah kepenatan.

"Belum lagi. Kita pergi beli lingerie." Membulat mata Melur mendengarnya.

"Apa? Abang tak malu ke?" Tanpa mempedulikan rasa terkejut Melur itu,Firdaus terus melangkah ke butik yang menjual pakaian dalam wanita.

"I want about 10 couples of bras and panties." Selamba sahaja Firdaus bercakap begitu dengan jurujual perempuan berbangsa Cina itu.

"What kind of bras sir?"

"Push up bras maybe. Nice right?" Jurujual itu senyum dan mengangguk.

"Size?" Melur yang tunduk kerana malu,menjongketkan kakinya dan berbisik kepada Firdaus,bukannya kepada jurujual itu. Dia tidak sedar apa yang dilakukannya.

"Your husband very romantic." puji jurujual itu merujuk kepada Firdaus yang sedang ralit memilih beberapa helai baju tidur untuk Melur.

"Yeah,and drastic." Jawapan Melur mencetus tawa wanita Cina itu.

Akhirnya setelah membayar kesemua harga barangan tersebut,Firdaus tersenyum puas.

"Dah? Puas hati?" soal Melur sedikit menyindir.

"Lebih dari puas."

"Jomlah pergi makan. Melur lapar dah ni..."

Akhirnya,dapat juga Melur mengisi perutnya dengan makanan yang sedap. Dia sudah terlalu penat melayan kerenah Firdaus dan telinganya lebih penat mendengar 'pujian' Firdaus terhadap setiap sudut penampilannya.

"Hai Encik Firdaus,Tengku. Apa khabar?" tiba-tiba setiausaha Firdaus,Zety menyapa mereka. Begitu juga Sofea setiausaha Raikarl. Melur bangun bersalam dengan dua gadis itu.

"Wow! Shopping sakan ni. Pennuuuh troli." kata Zety teruja. Sofea mengangguk-angguk.

"Ha'aa,semua untuk anak raja saya ni." jawab Firdaus dengan senyumannya.

"Semua ni? Untuk Tengku? Wow!"

"Relaks Zety,bukan awak punya pun."

"Memanglah bukan saya punya tapi rusuk saya ni dah bergetar tengok semua ni Boss. Dah nak melimpah barang-barang dalam troli ni." jawab Zety lebih teruja.

"Eh,ni baru first round. Berhenti makan dulu. Jap lagi sambung balik satu troli lagi." jawab Firdaus dengan sedikit nada sindiran yang ditujukan kepada Melur. Melur diam saja.

"Seronoknya. Encik Firdaus memang sayang Tengku." kata Zety lagi.

"Ya,saya sayang dia,bukan awak. Sebab tu seeemmua ni dia punya." perli Firdaus mengajuk Zety. Zety baru tersedar yang dia sudah melebih-lebih. Dia tersenyum kambing.

"Sorry,err..kami minta diri dulu. Tengku?" Melur hanya mengangguk dalam senyuman.

"Tengok,perempuan lain kalau dapat shopping penuh troli macam ni,sawan dibuatnya. Tapi Melur,kalau boleh nak lari kan? Macam tak ada perasaan. Tahap tak normal dah ni."

"Tu perempuan lain,bukan Melur." jawab Melur terus makan.

"Masalahnya Melur yang tak macam perempuan lain." Melur diam. Terus makan.

"Baik abang rendam credit card abang tu. Kasihan dia berasap dah tu. Menggelupur kepanasan. Sikit lagi keluar percikan api la tu." tiba-tiba Melur bersuara. Firdaus berkerut.

"Maklumlah,geli-geli 20K juga tumbang tadi. Gesek punya gesek,haus kad tu."

"Perli abang pulak. Kalau Dee,lagi banyak lagi dia suka tau? Bukannya macam Melur ni."

"Masalahnya Dee yang tak sama macam Melur. Sebab tu abang tak kaya-kaya." Firdaus diam.

"Cepat makan. Tadi kata nak sambung lagi second round kan? Kalau tak penuh satu lagi troli, kita jangan balik hari ni. Bermalam je kat sini." kata Melur mendatar tapi dengan niat menyindir Firdaus. Firdaus berkerut.

'Dia kenakan aku balik la pulak. Bertuah punya budak.'

👇👇👇

❤Okey done. Cnc belanja 1 bab je okey? Terima kasih support My Rude Wife. Jika ada yg kalian tak suka,cnc minta maaf 🙏
Jangan lupa follow IG cnc : ( taeamo.ciknorcinta ) 😊
Cnc tengah open order untuk reader yg nak dapatkan novel MRW dr cnc sendiri. Just DM me. But follow me 1st yea.
Love u allz. 😘

Continue Reading

You'll Also Like

41.9K 2.4K 4
kisah benar hijrah + cinta monyet seorang hamba Allah. saya hanya menyampaikan
2.3K 173 29
"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.202...
12.1K 360 38
Putra Aqeed Qaayed. Seorang yang sangat misteri. Seolah-olah dia punya dua personaliti yang berbeza. Ibarat siang dia orang lain, malam dia orang lai...
509K 17.5K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...