BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedi...

By hannazhya

187K 11.4K 956

Dingin. Beku. Garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi misteri itu. Izammil Ardhwan. Keh... More

SINOPSIS & SNEAK PEEK
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
BAB 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Secoet
Iman - Izammil
Bab 26
UPDATE โ™ฅ๏ธ
FINALLY!
Extra
manis, pahit
manis
๐Ÿฅณ
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ‘
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ“

๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ’

1.5K 115 7
By hannazhya

SELESAI sahaja segala urusan check-in, kami semua dibenarkan naik ke bilik. Puas aku MENahan rahang daripada jatuh sepanjang perjalanan aku dari lobi sehinggalah nak ke lif. Chandelier dan swarovski sana-sini. Kalau kena rompak semua ini, memang cukup nak bagi tujuh keturunan makan. Sementara aku kekaguman, Izammil dan Lyana tayang muka biasa. Dah selalu pergi, aku faham.

Apabila lif yang dinaiki tiba di tingkat empat, kami semua melangkah keluar. Teringat balik isu di lobi tadi. Lepas aje aku tinggalkan mereka berdua dan duduk dengan Tiara, mereka terus bergerak ke kaunter dan minta tukar bilik memandangkan bilik yang ditempah Lyana berada di tingkat yang berbeza dengan bilik kami. Nasib baiklah bilik sebelah ini kosong. Urusan penukaran bilik jadi lebih mudah. Hasilnya, sekarang bilik kami dengan bilik Lyana berjiran.

Sampai sahaja di depan pintu bilik, Izammil terus scan kad akses itu ke sensor di pintu dan pintu terus terbuka. Izammil menolak pintu itu sebelum dia membiarkan Tiara berlari masuk terlebih dahulu. Teruja. Spontan, bibirku mengukir senyuman. Izammil membiarkan aku masuk terlebih dahulu sebelum dia membiarkan pintu terbuka untuk membenarkan bellboy membawa masuk segala luggage kami.

"Terima kasih," kata Izammil sebaik sahaja segala barangan kami diletakkan oleh bellboy itu di suatu sudut. Bellboy itu menunduk sedikit sebelum dia berlalu dan menutup rapat pintu bilik hotel. 

Aku menanggalkan beg silang di tubuh dan aku letakkan di atas meja sebelum aku memandang sekeliling bilik itu. Fuh! Besarnya lain macam! Mewah pula itu. Inilah kelas hotel lima bintang agaknya.

Aku sekadar tersenyum apabila Tiara sudah menggulingkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu. Kemudian, aku berjalan ke arah bilik mandi pula. Lengkap dengan bahagian shower berkaca transparent, dan tab mandi yang luas. Jubin pun dah nampak mahal.

Aku tinggalkan pula bilik air dan aku bergerak ke arah balkoni. Terdampar kolam seluas alam di bawah dan tanah hijau yang meluas. Aku rasa macam ladang, tapi tak pasti ladang apa. Selesai dengan balkoni, aku masuk semula ke dalam. Punggung aku labuhkan di birai katil.

"Kak beauty, jomlah baring sekali!" Ajak Tiara yang sudah bergomol dengan bantal yang tersedia di atas katil. Aku tersenyum. Aku memandang Izammil yang sedang menyusun beg-beg kami di suatu sudut, supaya tak terlanggar.

"Sekejap. Akak nak pergi kat papa kejap." Aku berkata seraya bergerak ke arah Izammil.

"Meh saya tolong unpack barang dalam almari." Aku berkata seraya duduk mencangkung di sebelah Izammil yang sedang memandang isi luggage miliknya sendiri. Tangan bergerak menanggalkan tudung di kepala dan aku letakkan di atas rak tv dengan elok supaya tak berkedut.

"Awak tak penat ke?" tanya Izammil apabila aku dah berura-ura nak menolong dia.

Aku terus berkerut. "Awak, saya ini duduk atas kapal terbang sambil berborak dengan anak awak tau. Bukannya saya yang bawa kapal terbang itu. Tak penat pun." Aku berkata dengan kepala tergeleng perlahan.

Izammil tergelak kecil. "Bergaduh tadi tak penat?" tanya Izammil dengan sebelah kening terangkat.

Aku menjuihkan bibir. "Saya rasa awak lagi penat kut melayan dia. Saya melayan Tiara pun tak sepenat itu." Selamba aje aku sindir kekasih dia. Nasib baik dia gelak, bukannya marah.

"Sorry kalau dia susahkan awak. If she's ruining the whole mood," kata Izammil lagi.

Aku menarik nafas dalam. Beberapa tshirt Izammil yang kemas terlipas di dalam beg itu aku capai. "Tak adalah. Tak ganggu pun. Sepatutnya saya yang minta maaf. Saya yang buat dia rasa terganggu. Posisi saya ini kan sepatutnya milik dia, bukan saya." Aku berkata tenang seraya bangkit dan bergerak ke arah almari pakaian untuk menyimpan pakaian Izammil. Maklumlah, tidur empat malam di sini. Kenalah unpack elok-elok. Kalau tak, confirm bersepah luggage itu nanti.

Aku berpusing untuk kembali ke arah luggage tapi langkahku terhenti apabila Izammil berdiri tepat di depan aku. Tangannya menghulur seluarnya pula. Aku capai huluran Izammil namun dia tidak melepaskannya. 

"Saya tak suka awak cakap macam itu. I've told you before. Saya yang bawa awak masuk dalam frame ini. Awak bukan perampas," kata Izammil. Selesai dia bercakap, baru dia lepaskan huluran di tangannya.

Aku menarik nafas dalam. "Bagi awak, bukan bagi dia." Aku berkata mudah. Sekali lagi aku berpusing dan dia dah sedia hulurkan pakaian dalam dia pula pada aku. Teragak-agak sekejap aku nak menyambut tapi akhirnya aku ambil juga dengan wajah yang meruap. Aku letakkan aje seadanya di dalam almari sebelum aku terus menghalangnya apabila dia dah berura-ura nak buka luggage aku pula.

"Tak apalah. Yang lain, saya buat sendiri. Awak duduklah dengan Tiara." Aku halang tangan Izammil yang dah menyentuh luggage merah aku. "Kenapa? Biarlah saya to..." Izammil terhenti. Baru sedar agaknya. Apabila bibir dia dah macam nak senyum pelik, aku dah tarik beg aku dari tangannya.

"Dah, dah. Duduk sana dengan Tiara." Aku halau sambil tayang muka garang.

Izammil tergelak kuat. Tapi, sebelum sempat dia bersuara yang aku yakin akan berbaur usikan, cepat-cepat aku halau dia dari situ.

"Pergi sanalah! Duduk dengan Tiara." Aku tolak-tolak bahu dia agar menjauh. Tak tahu malu betul! Isy!

Izammil tergelak sebelum dia beralah dengan aku. Tubuhnya dibaringkan di atas katil sebelum tubuh Tiara ditarik ke dalam pelukannya dan digomol-gomol anaknya itu. Terkekek-kekek Tiara ketawa akibat diusik Izammil. Aku teruskan kerja mengemas aku sehingga selesai termasuklah menyimpan baju-baju Tiara sekali.

Selesai aje mengemas, aku tengok dua beranak itu dah sedap beradu di atas katil. Tiara mengerekot di dalam pelukan Izammil. Separuh tubuhnya tersorok di sebalik lengan Izammil yang memeluk erat anak kecilnya itu. 

Spontan, aku tersenyum. Aku labuhkan punggung di birai katil bersebelahan Tiara.

Jari naik menyentuh pipi Tiara yang putih kemerah-merahan itu. Cantik betullah budak ini. Baru 6 tahun, tapi aku dah rasa dia lagi lawa daripada aku. 

Tiara menggeliat apabila tangan aku terus menari di atas pipinya. Dia bergerak sedikit yang menyebabkan Izammil turut bergerak. Tapi, aku lihat tangan Izammil semakin erat membawa Tiara ke dalam pelukannya.

Spontan, aku tersenyum lagi. Mataku beralih ke wajah Izammil pula. Tenang beradu di sisi anaknya. Beralih ke pipinya, tanganku menyentuh wajah tanpa cela itu. Berkaca mata aku memandang Izammil. Teringat semula cerita ibu dahulu. 

Izammil sangat... indah di mata aku. Aku tahu jauh di sudut hatinya, dia jauh lebih baik daripada imej dingin yang sering ditunjukkannya.

Aku menarik nafas dalam. Salah ke kalau aku dah mula menyayangi lelaki ini? Salah ke kalau aku dah sayangkan hubungan ini? Perkahwinan ini? Bukan ke dia halal untuk aku? Tapi kenapa aku rasa mencintainya adalah satu kesalahan? 

Perkahwinan yang mulanya hanya demi Tiara, tapi sekarang demi perasaan aku sendiri? Egois ke aku kalau aku nak Izammil dan Tiara terus dengan aku?

Aku menggeleng perlahan. Cepat-cepat aku beristighfar. Izammil bukan hak aku. Hati Izammil milik Lyana. Aku hanya di sini untuk Tiara. 

Tapi, sampai bila? Sampai Tiara besar? Kalau macam itu, sampai bila aku perlu jadi isteri Izammil? Mampu ke aku berpisah nanti? Bila hati dah semakin sayang? Aku menghela nafas. Setitis air mata yang jatuh ke pipi aku kesat. Aku terperangkap dalam perkahwinan yang aku sendiri setujui.

Penat berfikir, aku turut berbaring di sebelah Tiara. Baru sekejap aku berbaring, rasa mengantuk laju saja menjengah. Tambah pula dengan cuaca sejuk di Cameron ini. Tanpa sedar, pandanganku mula berbalam sehingga aku hanyut dibawa mimpi.

Entah berapa lama aku tidur dan tak sempat nak nyenyak, bunyi deringan lagu kembali menyedarkan aku. Dengan malas, mata digosok perlahan. Tak nikmat betul tidur separuh-separuh ini. Haish! 

Aku cuba bangun untuk meraba katil mencari telefon bimbit. Entah mana pula telefon aku ini melayang. Tapi, ini tak macam bunyi ringtone telefon aku?

Lantaklah, yang penting aku nak tutup supaya boleh sambung tidur.

Aku cuba gerakkan tubuh tapi terus terhenti apabila tubuhku bagaikan dipaku. Dahi berkerut seketika sebelum aku menoleh ke sisi dan mataku terus terbeliak. Wajah Izammil yang masih nyenyak tertidur tepat di depan muka aku. Sebelah tangannya selamat mendarat di pinggang aku.

Tiara! Mana Tiara? Bukan ke Tiara ada atas katil ini antara aku dengan Izammil? Aku tidur di sebelah Tiara tadi! 

Cepat-cepat aku pusingkan kepala dan kelihatan Tiara dah elok melepak di sofa panjang dengan tangan bermain iPad. Bila pula si Tiara ini bangun?

Aku menggigit bibir. Perlahan-lahan, tangan Izammil di pinggang, cuba aku tolak. Apabila dah beralih sedikit, aku terus bersedia nak bangun. Tapi, belum sempat nak membuka langkah, terasa pautan Izammil di pinggangku semakin erat. Terbeliak mata aku dibuatnya bila wajahku tepat bersandar di dada Izammil. Bibir aku ketap rapat. 

Ya Allah, memang gugur juga jantung aku kat sini hari ini!

"I..Iz..." Aku memanggil perlahan. Izammil menggeliat perlahan namun matanya masih tertutup. 

"Sekejaplah, sayang. Papa mengantuk ini. Sekejap lagi, kita keluar." Suara mamai Izammil berkata. Tepat di telinga aku. Berderau darah aku dibuatnya.

"Izammil, bangunlah..." Aku menolak dada Izammil yang masih tenang berombak dalam tidurnya. Lepas aku goncang beberapa kali, barulah Izammil ada tanda-tanda nak bangun. Matanya dibuka perlahan-lahan sebelum dahinya terus berkerut apabila menyedari aku berada dalam rangkulannya.

"Hanim?" Suara serak Izammil bertanya. Spontan, aku lepaskan diri dari rangkulannya dan aku terus duduk tegak di atas katil. Rambut panjang yang sedikit kusut aku betulkan sambil Izammil perlahan-lahan bangkit dari baringnya dan matanya memandang aku dan Tiara silih berganti.

"Tiara, bila Tiara bangun? Papa tak perasan pun? Kenapa tak main iPad atas katil?" tanya Izammil. Aku turut memandang Tiara, nak tahu jawapan kepada soalan yang sama. Tak pasal-pasal Izammil dah terpeluk aku sebab ingat aku ini anak dia!

"Dah lama dah. Sempitlah baring tengah-tengah. Papa peluk kak beauty, kak beauty pun peluk papa. Tiara can't breathe," balas Tiara selamba. 

Spontan, aku dan Izammil saling berpandangan. Kekok. Nasib baiklah bunyi deringan telefon yang membangkitkan aku tadi kembali kedengaran dan memecahkan keheningan yang kekok itu. Laju Izammil mencari telefon bimbitnya sebelum panggilan itu dijawab.

"Yes, Lyana?"

Lyana rupanya. Aku menarik nafas seraya bergerak turun dari katil. Alas katil yang sedikit berkedut itu aku kemaskan dan rambut yang terurai aku ikat dengan kemas.

Hanya seketika panggilan itu berlangsung sebelum Izammil kembali bersuara. "Lyana ajak keluar makan. Last kita makan breakfast pukul 11 tadi, kan? Solat dulu. Zohor pun dah masuk ini," kata Izammil seraya melangkah turun dari katil. Dia memandang Tiara di atas sofa.

"Tiara, enough iPad. Come, kita solat," kata Izammil. Tanpa banyak bunyi, Tiara akur dan terus bergerak ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. 

Petang itu, aku sekali lagi solat berimamkan Izammil. 

Thank you for reading!
Stok Izammil di PBAKL dah habis. Boleh cari di shopee atau kedai buku berhampiran ye. Kalau ada reprint, saya maklumkan kemudian.

Thank you! Stay tuned for more!

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 291K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
406K 35.5K 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Real...
2.2M 90.3K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ โ„ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
488K 14.6K 45
Bila i tengok mata you..." "Now what's wrong with my eyes?" Ian mendekatkan dirinya dengan Alisha. "I rasa something yang i tak pernah rasa sebelum n...