Godaan Encik Suami [C]

By Marleneith

1.5M 57.8K 1.4K

1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu E... More

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38
B A B 39
B A B 40
E P I L O G
E N D
NEW SERIES

B A B 32

35.1K 1.2K 27
By Marleneith











HAMPIR 2 jam dia menunggu di ruangan menunggu sementara Eirene sedang berada di bilik bedah. Tengku Zahira datang dengan Tengku Hazzar bersama satu beg kertas yang terisi baju salin untuk anak sulung mereka itu. Habis kemeja Tengku Ferhad bertompok darah merata.

"Along, Anfisa dekat dalam lagi ke?" Tanya Tengku Hazzar bersama pandangan simpati.

Tengku Ferhad menjatuhkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan itu.

"Nah along, baju salin. Along pergi lah bersihkan diri dulu. Lepastu datang balik. Bonda boleh tunggu dekat sini"

"Tak apa bonda, along nak tunggu Anfisa. Nanti elok along pergi tukar baju takut doktor siap cari along pula" jawab Tengku Ferhad lemah.

"Helena mana?"

"Ada dengan ngah. Along suruh ngah bawa dia rujuk pakar pediatrik. Takut dia trauma dengan apa yang dah jadi harini"

Mata Tengku Ferhad sekejap-sekejap memandang lampu isyarat yang terdapat di pintu dewan bedah itu. Tiba-tiba lampu tersebut bertukar hijau. Keluar barisan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan isterinya di dalam.

"Suami Che Puan Eirene Anfisa?"

"Me. Is she okay doctor?" Tanya Tengku Ferhad laju.

"Alhamdulillah, che puan dah melepasi tahap kritikal. Cuma dia mengalami pendarahan dalaman dan juga keguguran. Kami terpaksa tempatkan dia di unit rawatan rapi terlebih dahulu untuk pemantauan. Pihak kami risau jika ada darah beku di bahagian kepala yang terhentak tu" maklum doktor wanita yang bertugas.

Wajah Tengku Ferhad tika itu kosong-sekosongnya. Dia tiada riaksi. Rasa takut masih ada selagi Eirene tidak bangun dan berbual dengannya seperti selalu. Sepanjang perkahwinan, dia tak pernah lihat Eirene sakit.

"Alright, thankyou doctor"

Sebaik saja 3 orang doktor yang bertugas itu pergi, Tengku Ferhad terduduk di atas lantai dengan riak wajah kosongnya itu. Murah sungguh air matanya tumpah hari ini.

"Along, sabar ya nak. Anfisa kuat. Bonda tahu dia kuat. Dia akan sedar tak lama lagi" pujuk Tengku Zahira memberi semangat pada anak sulungnya itu.

"Anak kami bonda, dengan isteri along dekat dalam tu tak sedarkan diri lagi. Along tak pernah tengok dia sakit. I'm scared if she can't bears with the pain" adu Tengku Ferhad.

"Doa. Doakan senjata kita. Along suami dia, along doakan yang terbaik untuk kesembuhan Anfisa ya nak. Bonda yakin, Anfisa boleh lawan sakit dia"

"Dah sekarang ni along pergi bersihkan diri solat apa dulu. Ayah dengan bonda tunggu dekat sini sementara kamu bersiap" arah Tengku Hazzar.

Tengku Ferhad akur juga. Tidak pernah mereka melihat anak mereka serapuh ini. Kali pertama selepas 34 tahun.











TENGKU FERHAD melangkah masuk ke dalam bilik unit rawatan rapi dengan lengkap berpakaian standard PPE untuk melawat isterinya. Luluh hatinya melihat Eirene yang berselirat dengan wayar pada tubuh. Tangan yang masih bengkak itu dicapai. Tengku Ferhad sulam jemarinya di celahan jemari Eirene.

"Sayang, I ada ni. Anfisa I kuat kan? I know you're strong milady. Fight for us okay? I'll wait for you sayang. I rindu you cakap banyak. I rindu nak cuddles dengan you, nak dating lepas hantar Helena pergi school, nak makan masakan you, nak jaga bunga lily sampai kembang dengan you. I'm so sorry sayang cause I'm late..."

Tengku Ferhad meletak kepala sebentar di atas bantal yang turut menjadi alas kepala Eirene. Bibirnya paksa senyuman nipis sambil mengusap kekura tangan Eirene.

"Esok siang I nak pergi kubur kejap nak kebumikan baby kita. Nanti you sedar, kita pergi la lawat dia sama-sama. Ada you, you cakap banyak sikit. Sekarang you rehat okay?" Pipi yang bersih tanpa sebarang cela itu dielus lembut.

Tengku Ferhad bangun dan meletakkan tangan Eirene di sisi penuh berhati-hati. Takut akan menyakiti kesayangannya itu pula. Cincin di jari manis itu dibelek. Cincin perkahwinan mereka. Awal-awal lagi dia sudah melarang Eirene untuk menanggalkan cincin tersebut dan tinggal merata. Mujur isterinya itu mendengar kata. Dia tersenyum lagi.

"I keluar dulu. Esok awal pagi I datang sini lagi" beritahu Tengku Ferhad sebelum meninggalkan Eirene yang sedang tidur itu sendirian.











               TENGKU FERHAD menyinsing lengan baju melayu ke paras siku. Kayu yang berbalut kain kafan putih itu dipegang. Sudah nampak bentuk dah janin yang keguguran itu. Tengku Ferhad diam sejenak.

"I'm so sorry sugar. Daddy lambat sampai. Daddy lambat nak selamatkan mommy dan you. Tunggu mommy dengan daddy di syurga. Terima kasih sebab temankan mommy selama hampir 4 bulan ni. Daddy love you sugar"

Kemudian dia bangun dan meninggalkan tanah perkuburan itu. Masuk sahaja ke dalam kereta, Tengku Ferhad menghela nafas berat. Tipulah kalau dia cakap dia tidak penat. Tetapi apapun, dia sebagai ketua keluarga dia harus kuat. Masih ada yang perlukan dia saat ini.

Alhamdulillah, Helena cuma demam biasa saja tidak perlu ditahan di wad. Tetapi anaknya itu masih perlukan rawatan susulan selepas ini untuk mengetahui perkembangan. Doktor bimbang jika semalam Helena masih lagi dalam mood terkejut.

"Kita balik hospital semula Yahaya" arah Tengku Ferhad.

Selagi isterinya tidak sedar, maka hospital lah yang menjadi rumah kedua dia. Dapat melihat wajah Eirene sekejap pun dah memadai. Semoga hari ini ada perubahan yang positive dari Eirene.

Sesampainya di hadapan wad yang menempatkan isterinya, jantung Tengku Ferhad mengepam laju. Ada beberapa orang nurse dan doctor yang begegas masuk ke dalam.

"Nurse, kenapa dengan isteri I?"

"Degupan jantung pesakit drop mendadak secara tiba-tiba"

Dum!

Terasa seperti petir yang menyambar, Tengku Ferhad kaku di tempatnya berdiri. Dunianya terasa gelap sebentar. Mujur sempat dia berpaut pada dinding.

"Anfisa, I tahu you kuat sayang. I percayakan you. Please fight for us. I dengan Helena masih perlukan you. You are my everything Eirene Anfisa. Please don't give up now. Do listen to me"

Tengku Ferhad memicit pelipisnya.

Ya Allah...

"Give me a little more strength, Ya Allah. I still can't lose her. Have a mercy on her ya Rabb..." doa Tengku Ferhad sayu.

"Sayang..."

Cakaplah dia apapun waktu ini, dia sudah tidak peduli. Memang dia sudah tidak kuat. Hanya kesembuhan Eirene Anfisa yang dia harapkan.

"Tengku,"

Tengku Ferhad mengangkat wajahnya yang kian tidak bermaya. Seorang doktor lelaki muda datang memegang bahunya.

"Alhamdulillah, it's miracle. She's stable now. Che puan dah boleh dipindahkan ke HDU pula. Inshaallah, kalau dia kuat melawan sakit dia, dia akan sedar dalam masa terdekat ni" maklum doktor tersebut membuatkan Tengku Ferhad mampu menghela nafas kelegaan.

'I tahu yang Anfisa I sentiasa kuat'

"Alhamdulillah, thankyou doc...thankyou so much" ucap Tengku Ferhad penuh rasa syukur.

"You're welcome tengku. Jangan putus doa ya" Tengku Ferhad mengangguk mengerti.

Terima kasih Ya Allah....


























•to be continued•

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
43K 1.2K 19
"Scapel "arah shahwan dengan wajah serious memandang Farah ,ye Farah doktor yang bantu dia dalam pembedahan tersebut tapi dia sebuk nak berangan. "Sc...
170K 3.6K 27
LECTURER & STUDENT MEREKA ditemukan kerana NYA, Tetapi Setiap kali pertemuan pasti ada salah sorang dari mereka akan tergoda sampai bawa ke mimpi. Te...