Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 37

296 25 0
By hanihisbiscus

KOSONG. Kalbu didiami dengan lara. Duka hilang permata terutama yang disayangi sepenuh hati dan jiwa.

Sejurus urusan pengebumian Faiz berjalan lancar, Harriz mengeras di hadapan kubur itu. Dia dipusar memori lalu. Tetap memilih untuk kekal membisu walaupun telah diajak pulang sama. Satu per satu, setiap insan melangkah pergi, dia di sini. Cukup dikatakan dia masih tergamam menerima.

Sejujurnya, dia bukan meratapi pemergian Faiz. Sekadar terkilan kerana tidak mampu lakukan yang terbaik buat si kecil. Hanya pinjamkan kasih sayang buat anak itu untuk terus kekal bertarung dalam hidup penuh ranjau. Cacamarba.

Lensa mata dikaburi kesenduan. Langit kebiruan bersama gulungan gemawan indah melayari pandangan. Harriz menala lama ke atas sana, siulan burung sesekali menjamah deria pendengaran.

Permaidani alam terbentang luas, betapa besarnya ciptaan Ilahi yang begitu unik dan damaikan jiwa sedia gundah. Kala dihempap sirna mendukakan, masih ada sinar menerangi laluan.

Cuma, sama ada sedar ataupun tidak. Terus larut dalam lembah kegelapan atau mencari jalan menggapai cahaya idaman.

Hembusan nafas berat dihela lelah. Dia buang pandang ke bawah semula. Asal kejadian seorang manusia, lensa mata menatap niskala tanah yang masih merah itu.

Sebak mendiami sanubari. Harriz menapak perlahan mendekati dan berjongkok di hadapan kuburan sang anak. Tangan yang menggenggam kemas bekas berisi air kian longgar. Mata melirik pada batu nisan kecil itu. Tanpa pamitan, juring yang berat memikul bebanan turut tumpah.

Faiz Uzair bin Abdullah.

Saat itu, alunan rentak kalimah suci meniti dari celahan bibir. Bacaan yang dihurungi dengan balutan emosi. Getaran suara ditahan, tidak mahu tersilap tersilap makhraj.

Seusai selesai, Harriz bentuk senyum tipis. Dia reda dengan pemergian Faiz, dia terima andai itu takdir yang ditetapkan oleh-Nya.

"Rehatlah anak baba." Harriz bangkit dan terus berpaling meninggalkan kawasan perkuburan. Senandika berbicara hiba. Namun dia tahu anak kecil itu masih suci daripada noda.

Pasti ada hikmah mengapa Sang Pencipta mengambil Faiz daripada mereka. Bermainlah Faiz di taman syurga sana. Baba sayang awak.

SEMINGGU berlalu, Anan telah dibenarkan pulang semula ke pangkuan suami. Sepanjang tempoh itu juga, Syaf berulang-alik menjenguk Anan waima seketika. Terlalu banyak yang harus diurus dan diselesaikan terutama pembahagian harta umi abah.

Jujurnya, kedua orang tuanya tiada waris lain selain dirinya. Abah anak tunggal yatim piatu manakala umi pula anak sulung, terdiri daripada dua beradik sahaja. Jikalau ada, Nek Su yang merupakan ibu kepada umi. Satu-satunya keluarga yang masih ada. Itupun nun jauh ke utara.

Tika ini, dia boleh dikatakan agak sibuk. Namun tanggungjawab menjaga kebajikan Anan tetap jadi keutamaan. Dia yang mengambil keputusan 'kipas-berani-mati' mengahwini Anan, maka sudah tentu dia harus galas amanah tersebut sebaiknya. Biarpun kadangkala terasa terlalu banyak kekurangan yang ada, dia akan mencuba yang terbaik. Sampailah tiba masanya.

"Abang Syaf, awak tak nak buka pintu ke? Anan dah cuba, tapi masih kunci." Fabrik lengan baju Syaf ditarik. Sesekali dicuit manja bahu suaminya bila Syaf asyik merenung lama tingkap kaca kereta. Entah apa yang dilihat, Anan tidak pasti. Mungkin refleksi diri, bawa munasabah. Dunia sudah akhir zaman ni, ukhti.

Syaf bagai dibawa halusinasi, dia berada di dunia berbeza bekali. Terpukau persis disumpah cermin ajaib, sudah teleportasi ke dimensi ciptaan sendiri. Anan geram, memeluk tubuh. Tidak lama sebelum kaki gadis itu menjengket, tangan diangkat hayun beberapa kali di hadapan muka Syaf.

Seperti peminat fanatik yang tidak dilayan. Dianggap halimunan semata-mata.

"Abang..."

"Abang Syaf."

"Penawar kasih awan pawana."

Syaf tersentak. Bait gelaran khas buat mereka, cukup menyedarkan Syaf. Serta-merta Syaf merunduk, jatuhkan bebola mata pada Anan yang sudah bercekak pinggang. Melihat mimik Anan, Syaf ketawa.

"Sorry, my cloud. Jom masuk kereta, awan," ajak Syaf dengan sisa tawa yang berbaki. Dia lorek senyum seraya menggosok tempurung Anan gemas. Mata Anan bulat besar, habis tudungnya hancur.

Sepanjang perjalanan, Syaf di sebelah ralit memandu. Anan pula sekadar lentokkan kepala di sisi kereta. Meliarkan pandangan sekitar jalan.

Setiap kali kereta bergerak, mata dihamparkan pohon mempelai di sepanjang menyelusuri perjalanan. Kawanan hijau yang menyejukkan mata, indah tumbuhan mampu serap aura positif buat sesiapa. Serasa makin jauh masa diambil Syaf tiba ke destinasi, dia pilih untuk lelapkan mata. Tetapi bingitan umpama dangdut menampan gegendang telinga, menganggu lena. Anan buka mata. Kini, kawasan luaran dibentangkan pelbagai bangunan pencakar langit dan papan tanda promosi sana sini.

Perbandaran maju diikuti perkembangan zaman teknologi kini yang semakin maju dan pesat. Dalam itu, Anan mengeluh bosan. Dia menggeleweh geram, rehat diindamkan kini bertukar jeritan hon kereta sana sini. Rasa nak marah, tapi kena sabar. Waktu yang kian menjelang masuk tengah hari, maka laluan juga dipenuhi pelbagai kenderaan bersesak sama. Tidak hairan lebih-lebih lagi sekarang sudah tiba rehat buat para pekerja.

Kala menanti penuh kesabaran, dia kerling Syaf melakukan sesuatu. Di mana kebisingan yang didengari kian lenyap. Dihadiri keheningan yang disambut ketukan jari-jemari Syaf pada stereng kereta, hasilkan dendangan irama yang entah apa-apa. Diselangi bunyian ekzos yang juga tidak kalah kuatnya.

Anan keliru. Syaf membisu. Ini bukan jalan pulang ke rumah, ke mana pula Syaf mahu bawa dirinya? Rimas. Rimas dengan situasi sekeliling. Terasa sempit celah rengkung dihimpit sebegini.

Syaf sedar perubahan riak wajah Anan. Sesaat, dia pancarkan riak kerisauan.

"Kau tak suka, awan?"

Anan dengus, sebal. Dia angkat kepala dan bersilang tangan. "Bising. Anan tak suka. Tapi Anan tahu, Anan tak ada kuasa psikik nak senyapkan semua benda jadah tu."

Seketika, Syaf terpana. Dia nak gelak perhatikan keletah Anan. Jarang nak lihat sisi isterinya yang ini. Manja. Terkejut tapi cukup damaikan jiwa. Sekurang-kurangnya dia ada Anan, biarpun perginya umi abah. Bibir garit senyum pendek sebelum berdehem perlahan. Menggamit perhatian Anan. "Aku nak bawa kau beli beberapa keperluan sepatutnya, awan."

Kening Anan menjongket tinggi. Tangan genggam tali kalendar penuh kemas. Resah. Bawah bibir dikemam. Tiba-tiba dia diulit bersalah. "Barang Anan masih banyak yang elok, awak. Patut abang gunakan untuk benda lain."

Ketawa. Syaf jeling sekilas isterinya sebelum Toyota miliknya memasuki lobi kereta tingkat dua. Tahu-tahu dah sampai tempat yang ingin dituju.

"Kita singgah makan ya, awan. Aku tahu kau lapar. Tapi kalau tak cukup, balik aku tambah."

"Tak! Abang ni kenapa?" Nada Anan naik seoktaf. Syaf terkedu. Dia toleh Anan yang sudah berubah rona wajahnya. Tubir mata itu menghangat, seperti mahu menangis.

Sah, Anan melayang jauh sangat. Otak ting tong lepas keluar wad gamaknya.

Syaf senyum miring. Dia tanggalkan tali kalendar lantas angkat tubuh. Spontan, Syaf mendekatkan muka setentang dengan isterinya. Anan bungkam, tak jangka tindakan Syaf rasa semakin mengecil ke dalam kusyen sofa. Liur diteguk berkali-kali, payau. Telanlah dia duhai sofa, dia gerun tengok ekspresi Syaf sekarang ni.

"Kau fikir something else eh, my cloud?" Syaf bersiul nakal. Alis dijungkit berkali-kali. Saja mengusik. Pipi Anan semakin merah membara, seperti udang bakar. Dia senyum senget. Comelnya gadis awan dia ni. Syaf mencuit geram pucuk hidung Anan.

"Aku cuma cakap kalau rasa tak boleh go on dengan makanan luar, balik rumah aku sudi jadi tukang masak kau."

"Mana ada..." suara Anan mengendur. Dia jatuhkan kepala, hujung lidah menolak dinding pipi. Tangan meramas gemas hujung baju. Malu bertimpa-timpa, rasa nak benamkan kepala dalam lubang tanah.

"Aku tak kisah, awan. Lagi-lagi kalau..." jeda. Syaf usap kepala Anan penuh kasih sebelum satu ciuman mendarat pada dahi isterinya. Anan pegun. Dijarakkan diri semula sebelum Syaf keluar bergerak ke arah penumpang sebelah.

Syaf buka pintu. Dihulurkan tangan agar disambut. Anan terkebil-kebil membalas tautan hangat Syaf. Bersulam sama sendiri lalu batang tubuh bangun dari posisi asalnya. Anan pasang riak polos memandang Syaf sebelum bisikan semilir menyapa peluput telinga.

"Kena jadi chef demi awan kesayangan aku."

SEUSAI menjamah di restoran Nasi Ayam, langkah diteruskan dengan aktiviti seterusnya. Membeli-belah.

Dipimpin erat dari satu kawasan ke kawasan lain. Kebanyakan yang disinggahi adalah terdiri daripada pasaraya, kedai buku dan juga butik pakaian. Sesekali Anan sekadar berdiri kaku setanding model peraga baju. Dia perhatikan tindak-tanduk Syaf sejak awal dari memilih, menyesuaikan dan kemudian membayar kesemuanya.

"Stay still, my cloud." Syaf mengarah Anan agar terus statik. Pupil mata menilik seluruh batang tubuh Anan lalu bergerak mencapai busana dres bersesuaian buat Anan. Sesekali Syaf cuba padankan pada Anan. Anan pula sekadar menurut sebelum retina mata turut beralih melihat Syaf memberi beberapa pakaian pada penjual yang mengekori mereka sedari tadi.

Sejurus pembelian, Syaf pamit tangan Anan melabuhkan lelah di bangku berdekatan. Kepenatan jelas terlukis di wajah mereka. Namun sesuatu yang dicemburui, ada sinar bahagia terpancar pada raut pasangan ini. Biar diselit sayu, ditemani lara yang tidak berpenghujung, tetap seteguh karang bersama.

Syaf junjut nafas dalam. Dia menoleh, menikam Anan di sisi yang sudah rehatkan jemala pada bahu sasanya. Tetapi ada satu tabiat Anan, dia sentiasa sedar walaupun dilakukan secara skala kecil sahaja. Jari kecil Anan sering bermain dan memintal hujung kain setiap kali resah menjelma. Seperti menahan debaran saat dia ada menemani.

"Kau tahu, awan..."

"Apa dia?"

Bicara digantung. Syaf ukir senyum. Anan kerut menanti. Tangan mereka masih berpaut utuh, menyalurkan hangat masing-masing yang kukuh.

"Aku hadiahkan untuk kau, awan. Semua sekali yang aku beli tadi."

Terpempan. Anan mahu angkat kepala, tapi Syaf pula mengeratkan genggaman tangan. Kemas dan kejap, tanda agar kekal dalam keadaan sebegini.

"Jadilah muslimah solehah, tapi bukan untuk aku. Andai kau tak kisahkan aku, ingat satu. Sekurang-kurangnya untuk diri kau, nawaitu kerana lillahi ta'ala. Aku tak memaksa, tapi aku harap kau faham. Paling tidak, biar terpaksa menahan bahang dunia dari terima azab di akhirat sana."

Zap! Busur tepat mengena sasaran. Pedih ulu hati.

"Abang Syaf..." rendah nada Anan. Dia gerakkan bebola mata pada pemakaian sendiri, masih elok cuma belum cukup sempurna. Tudung sudah menutup dada, kulit wajah usahlah tidak pernah ditatarias. Untungnya pula dia menyarung kasut, dipakai sekali stoking yang sememangnya aurat seorang wanita.

Hanya satu, setiap kali tanpa dia sedari, lengan baju yang agak lolos seakan terdedah. Terutama bila tangan diangkat sehingga menampakkan yang tidak sepatutnya. Saat itu juga, Syaf pantas menurunkan tangan Anan. Syaf akan mengcengkam lembut pergelangan tangan dia sekali bajunya.

"Terima kasih," ucap Anan tulus. Ikhlas dari nurani hati. Syukur kepada Allah, masih ada menegur dia. Syukur juga dia dipertemukan jejaka bergelar suami, sudi menjadi penawar duka. Namun sehebat mana pun perlakuan dan tulus bicara Syaf, naluri Anan tetap ragu-ragu.

Ada sekatan menghalang, umpama amaran agar tidak jatuh terlalu dalam ke segara. Risau dibadai selebu, menjadi ranting rapuh yang beretak pilu.

"Lepas ni kita singgah Big Apple, belikan donut gebu kau," usik Syaf. Cukup kedengaran nakal menampan halwa telinga Anan.

Anan menderam. Dia cubit sekuat hati lengan Syaf sebelum suaminya mengelak jauh saat berjaya terlepas. Wajah tampan itu berkerut pedih. Syaf usap bahagian ulahan Anan, rengsa meletus kecil. Sakit. Kecil-kecil cili padi, pengetip ketam persis arwah umi.

"Padan muka, abang Syaf!" ujar Anan sinis. Syaf pamer muka jengkel, Anan tayang muka selamba. Melihat reaksi pasangan masing-masing, perut mereka digeletek rasa geli hati. Serentak itu, tawa mereka bergabung gembira. Bergema menghiasi hiruk-pikuk pusat beli belah dikerumuni manusia.

JAHITAN luka yang baru dijahit, tetas kembali. Parah sehingga rabak kala dihenyak sebuah lagi berita. Bibir cuba koyak senyuman biarpun nyaris tak kelihatan.

Nyata berat sekali. Hampir sahaja rebah, namun dia sempat berpaut pada palang besi. Dia perlu terus melangkah.

Demi seorang lagi, kesayangan yang membaluti hati. Ya Tuhan, sulamkan kekuatan pada hamba-Mu ini. Sungguh, dia masih letih dihambat lara. Bagi menghadap Fiena, dia mohon agar pinjamkan sekelumit ketahanan agar tidak tersungkur.

Jujur Harriz masih belum memberitahu hal ini kepada ibu mentuanya, Puan Ina. Andai dibentang luas ceritera sebenar, dia tahu hukuman setimpal bakal menjemput diri. Rela menadah jadi habuan bagi menebus segala kegagalan sebagai seorang suami. Bukankah dia sepatutnya melindungi? Tapi apa yang dihamparkan jauh daripada bahari, nyata jerih sungguh kenyataan realiti. Mencipta cerita penuh dusta, tegar berjanji sedangkan jelas dia tak mampu.

Seminggu, sudah cukup lama dirasakan melakukan bohongan demi bohongan bagi elakkan kegusaran hati wanita tua itu. Cuba disorokkan sedangkan dia pasti ibu sudah ketahui.

"Ya, Isya ada tengah rehat."

"Isya dalam tandas."

"Isya loya muntah-muntah."

Harriz raup muka kasar. Dia menggeleng laju, membuang hambatan bayangan tersebut. Bibir menggumam perlahan, baca sesuatu. Dimulakan dengan basmallah, harapan agar semua berjalan lancar.

"My Isya..." Ditolak daun pintu, bunyian dersik bergema. Sekujur tubuh wanita berpakaian hospital leka dalam ciptaan dimensi sendiri. Dia duduk di birai katil, merenung asyik luar jendela.

Bilik dipasang penghawa dingin, meratah epidermis biarpun diselangkup kain tebal. Fabrik langsir ditiup lembut, hasil sarayu semula jadi. Dalam terik cahaya syamsyi menyimbah serata roman, menerobos masuk melalui celahan tingkap lut sinar. Mencumbui diri yang kelam dan kusam kehidupan, menyengat terus ke kepala sehingga sepasang matanya terpejam celik dek berpinar.

Kedua-dua tangan mencengkam cadar katil, cuba bersikap biasa biarpun bahasa tubuh kini dikelilingi getaran. Kehadiran Harriz sekadar disambut sepi.

"Sayang..." seru Harriz dengan kaki dibawa menuju Fiena. Sempat dikerling dulang makanan terhidang di meja, belum terusik waima sedikit. Dia berdiri di hadapan Fiena, menghalang wanitanya terus terlarut dalam dasar lautan. Namun Fiena seakan terus dihanyut lamunan ngeri. Harriz mengambil insiasitif untuk membongkokkan postur tubuh, menyamakan paras ketinggian mereka.

Panahan mata berpusat pada keliling pacaindera Fiena yang timbulkan bekas. Perbuatan angkara jahanam sehingga lebam dan bengkak raut isterinya. Tepi mata yang biru keunguan, pinggir bibir melekuk luka dan sirna duka terpasang kasat mata.

"Fiena Arisya..." Tangan kasar Harriz menyentuh tulang pipi Fiena. Mahu Fiena agar memfokuskan pandangan kepadanya. Riak yang dipamerkan Fiena nihil tanpa sebarang emosi namun Harriz sedar sesuatu.

Dalam anak mata Fiena, ada gelodak jiwa cuba ditepis daripada pengetahuan sesiapa. Gemercik mendung jelas terbias pada sepasang netra Fiena. Dia cuba sorokkan namun dia gagal.

Renungan Harriz, rembut dengan kasih dan tunak. Dia mengusap lembut kulit pipi mulus isterinya. Tidak sedar Fiena sudah berubah keadaan. Susuk tubuh Fiena bergetar bilamana dijatuhkan bebola mata pada ulas bibir Harriz. Bagai diserang renjatan litrik, spontan dia bertindak agresif.

"Lepas," bentak Fiena kasar sebelum pegangan itu terlerai. Kedua-dua tangan Fiena dibawa mengatup kepala sendiri. Juring mata hangat serta-merta. Dia masih ingat kejadian malam deritanya. Harriz pula kaku. Dia nampak Fiena yang hancur berdebu.

She's broken.

Yang sudah seumpama debu dibawa semilir. Ingin dipujuk seperti biasa tetapi Fiena menghalang. Tangisan dan rayuan Fiena bersilih-ganti, bergema menjadi tatapan Harriz.

Harriz enggan melihat Fiena sebegitu. Dia beranikan diri lantas dibawa jasad itu ke dalam dakapan sasanya. Fiena tergamam. Meronta hebat kala Harriz erat dan kemas melingkarkan sepasang tangan padanya. Rimas. Sebak. Sakit.

"I'm here, my Isya."

"No!" suara Fiena naik seoktaf. Meracau agar tidak mengongkong dirinya. Entah dari mana datangnya tenaga yang luar biasa, pelukan Harriz melonggar. Kesempatan digunakan, satu tamparan menghinggap kuat wajah tampan Harriz.

"Tunggu apa lagi? Tunaikan janji tu sekarang, Riz. Anak kita dah tak ada!" nada Fiena menjulat tinggi. Dada berombak kencang. Nafas turun naik. Bagai dilanda ribut taufan tanpa amaran. Mata meluap marah dan sayu bersatu. Air matanya laju merentasi lekuk pipi.

Harriz angkat kepala. Mulut dikunci rapat. Pijar kulit pipi menjadi mangsa, tidak diendahkan. Dia berikan pandangan kirana buat isterinya. Jelaeri jiwa yang bermukim di hati dilahirkan tanpa segan-silu. Tika itu, Fiena keliru. Seakan dijerut tali gantung, bergentanyangan segala rasa di awang-awangan. Pudar amarah, hanya sisa emosi yang bercampur-baur. Terlalu lama menjeruk rasa, akhirnya dia lelah.

Air mata berjuraian pilu. Menjadi simfoni menemani sendu. Mengusir secoet jerih pergi menghuni perdu. Mohon agar leraikan dia dari bebenang halus dan berselirat yang menyeksa diri.

"Anak kita dah tak ada, Riz. Dah tak ada. Lepaskan I, Riz. Lepaskan I," ngongoi Fiena, terdesak. Dia serahkan diri dalam hangatnya dakapan Harriz. Menghamburkan sedih di dada tegap Harriz. Bergelut perang tika memori hitam menjengah, dia bertindak mencengkam kuat bahu Harriz di hadapannya. Harriz mendesis tapi semakin kejap pelukan diberi.

Ya Tuhan, salurkan kekuatan buat hamba. Lancarkan bicara bagi menangkis setiap patah kata isterinya. Sungguh, dia juga lemah. Menitis butir mutiara dari tepi mata.

"Tolong abang... Isya merayu, tunaikan janji abang..." meleret penuh serak intonasi Fiena. Dia yang pinta. Dia yang pilih jalan ini. Tapi mengapa ada sengsai yang turut menumpang rasa.

"My Isya..." suara Harriz bergetar. Apa lagi yang harus dilakukan untuk yakinkan Fiena tentang perasaan cintanya ini? Bukan meragui namun dia tidak tepis seandainya benar angkara seseorang bagi pisahkan ikatan mereka.

"I'm sorry you had met me. I'm sorry."

Sebak memukul dada. Berpalu hiba dan duka mendengarkan omongan Fiena.

"Please Isya, abang mohon. Hentikan permintaan gila Isya..."

Fiena kemam bibir kuat. Birai mata pedih mengalir lesu.

Isya memang gila, abang. Gila minta abang lepaskan Isya padahal hati ni terseksa sangat. Tapi andai ini yang terbaik, Isya terima. Cinta itu buta, melepaskan memang sakit namun alangkah bertahan pun turut merasai sama, dia akan ambil pilihan pertama. "Mungkiri janji termasuk dalam golongan munafik..."

"Fiena Arisya!" Melenting suara Harriz. Tutur kata Fiena dicantas laju dengan gelodak jiwa membara.

Serta-merta, batang tubuh Fiena ditolak kuat sehingga belikat isterinya terhentak pada kepala katil. Fiena pasang riak kosong, namun hakikatnya dusta. Layar mata masih terkandung cecair jernih yang berjejeran tanpa henti. Bahu Fiena dipasung situ, iris coklat Harriz berkaca-kaca memusat lama dengan tajam buat Fiena yang turut memandangnya.

Perlahan tangan Fiena naik mengusap mesra pipi Harriz. Bekas merah akibat tindakan melulunya tadi disentuh. Melankolia atma ingin ambil alih bersuara, berkali-kali mahu mengatakan empat aksara itu tanpa jemu. Maaf kerana ketidaksempurnaan dirinya.

"It was nice while it lasted." Jari menyeka titisan mutiara suaminya penuh santun. Tidak dihiraukan Harriz yang meramas kuat bahu kecilnya seakan amaran agar hentikan segera perbuatannya.

"Meeting you was a good accident," nada dilunakkan. Dia berikan tatapan redup. Menginjak sedikit tubuh ke hadapan dan menangkup kepala Harriz setentang dengannya.

Dahi saling bercantum. Irama jantung berdetak laju. Gentar dengan Harriz yang beriak murka. Tapi dia cuba kentalkan hati. Perasaan ini berbeza, tidak sama saat diliputi secara tanpa rela. Menadah kasih yang bahang membara. Harriz statik, sekadar menghantar isyarat yang dia masih dibaluti amarah.

"But, I'm sorry. Sometimes, I wish we had never met, abang. Just like two years ago, in that kind of situation..." Birai mata kembali basah. Dada berat umpama ditusuk tajamnya mata pedang. Harriz tidak memberi reaksi. Pasti suaminya lelah disenandung kata yang sama. Penat dijamah ulangan siaran yang serupa. Oleh dia.

Fiena dongak kepala, mendaratkan kucupan hangat di dahi Harriz. Buat pertama kali. Dia jauhkan muka, bibir koyak senyum tipis. Manis. Tapak tangan menyapa lembut segenap kulit wajah Harriz, sebelum air matanya mengguyur deras tanpa tangis. Alangkah indah ekspresi itu kian berbeza. Harriz terpana.

Hening membungkus suasana. Fiena terus melarikan anak mata. Tak sangka apa yang dilakukan, agak-agak bila Harriz sedari sepenuhnya, dia bakal dimarahi ke? Ralit menerawang sebelum kepalanya disauk tiba-tiba melekap ke dada bidang sang suami.

"Stay still, my Isya. Get a rest." Suara garau Harriz menampan cuping telinga. Keras dan tegas. Fiena masih termangu-mangu. Alunan nafas Harriz yang kencang kian menjadi tenang, ibarat melodi merdu melatari ambien sepi dan sunyi. Damai dan nyaman. Tika belakangnya terasa digosok lembut, Fiena terbuai dalam belaian gemalai.

Beberapa ketika, kebisuan melanda antara mereka. Kendatipun terlampau banyak yang mahu diperkatakan, ada satu jurang besar yang menghalang.

"You are just a part of my journey, not my destiny..." gumam Fiena. Hiba merayap sekeliling dinding sanubari. Kelopak mata Fiena memberat layu. Pandangan dipenuhi sayu kini perlahan-lahan dikatup rapat. Belahan bibir masih terkumat-kamit menggumam sebelum senyuman itu rabak. Hembusan hangat menyapa berubah lelah. Ritma pembuluh darah juga semakin lemah, semput menghela dari celahan bibir.

Terima kasih jadikan Isya sebagai pemaisuri hati abang.

Detik terus berlalu, Harriz menjedakan usapan. Hati dihurungi rasa kurang enak, bagai memberi petunjuk buruk. Dada berombak ganas ketakutan. Mengapa perlu hadir rasa ini?

Susuk tubuh Fiena longlai padanya dikalihkan ke riba, diteliti raut itu terperinci. Jari mengelus wajah jelita itu. Harriz menilik dengan empangan bertakung di tubir sebelum elusan terhenti pada bawah rongga nasal Fiena.

Tidak percaya, disingkap helaian tudung isterinya. Gelojak rasa membara bilamana ada kesan di situ juga. Harriz mengetap bibir sebelum menggeleng laju. Ini bukan masanya.

Jari diletakkan pada nadi leher Fiena, mengharapkan keajaiban. Tiada. Masih tidak berputus asa, dia putuskan untuk kejutkan Fiena yang nyenyak ketiduran. Ditepuk perlahan pipi Fiena namun hanya kesejukan menyapa deria. "Isya sayang, bangunlah."

Bukan. Bukan ini yang dimahukan. Cecair jernih berdansa di pelupuk mata mulai menitis. Setiap butir mutiara itu mengena halus wajah Fiena yang pucat tak berdarah.

"My Isya, wake up. Jangan main-main sayang," ujar Harriz perit. Tawa kecil meletus sebelum diganti dengan air mata berpusu-pusu mengalir jatuh tanpa henti. Dia sandarkan dahi pada milik isterinya, membiarkan lakrimasi deras menitik pada Fiena. Harriz cuba menolak kebenaran nan satu itu, mustahil berlaku sepantas ini.

"Tolong bangun, Isya. Abang merayu..." rengek Harriz sebelum dikucup bertalu-talu wajah yang disalut kedinginan. Menghantar kehangatan agar menjalar Fiena yang kesejukan. Mesti suhu wad yang didiami menyebabkan Fiena sebegini. Kesian isterinya rehat ditemani kebekuan.

Meskipun begitu, tiada pergerakan. Dada Harriz sempit dihimpit kenyataan. Nafas tersekat di celah kerongkong. Tubuh mengeligih membelai Fiena. Dia tidak berputus asa. Digunakan daya yang tersisa untuk menggoncangkan lengan kesayangan.

Tiada respon. Ya Tuhan, dia lemah. Sekali lagi Dia ambil insan yang aku sayang. Yang aku cuba janji mahu kotakan bahagia namun derita yang menjadi laluan. Danau yang sentiasa tenang kini berkocak. Seperti loncatan batu yang dilemparkan sehingga hasilkan percikan. Berlanjutan tanpa henti. Umpama jiwa yang kian niskala dengan pelbagai rasa.

Bahu Harriz bergegar mengawal sendu. Esakan pilu semakin gamat membelah sepi. Kelemayar mentari semakin sirna membelai dua merpati menjadi saksi. Kawanan jentayu bersiul-siulan seakan memahami. Gemawan putih melintasi potret langit dihembus angin kencang pelan-pelan menjadi kelabu. Grafit alam bertukar gelap seakan menyelusup faham sekeping jiwa lelaki yang duka lara.

Sesekali bayu dari luar membadai fitur, ibarat memujuk dengan cara istimewanya. Alam pujukan terbaik dalam apa jua situasi. Dan itu, tidak dinafikan sama sekali.

Dalam diam, Harriz bangkit meletakkan Fiena dengan berhati-hati pada kasur suci itu. Diusap kepala Fiena santun. Dia pejam mata sebelum bibir melekap hangat pada dahi isterinya penuh syahdu dan renjana bertakhta di hati. Lama.

Kasih terakhir buat bidadari dunianya. Melepaskan segala dama yang membelit jiwa. Kasih dipendam lama terlerai melilit kalbu dalam mendung cuaca. Rintikan mutiara menujah buana. Sirami tanah yang kering merekah berubah basah. Air mata turut mengulit rasa, jatuh bertimpa-timpa. Semakin giat dan lebat persis latar muzik dalam satu pementasan.

Jari memetik punat kecemasan. Untuk kali ini, dia mahu abdikan segala yang baik-baik tentang kisah mereka dalam memori. Yang tentera indah itu sekelumit, namun cukup sebagai bekalan di kemudian hari.

"Till our next eclipse, my Isya." Harriz gumam resah. Ruas mata berkaca menatap raut polos isterinya. Bunyian derapan kaki memasang langkah kedengaran, membejat momen yang tadinya sunyi. Bibir Harriz menguntum senyum, menapak secara undur ke belakang. Memberi ruang buat doktor dan paramedik melakukan tugas.

Ruang sedikit hingar-bingar. Dia dipinta untuk keluar memberi waktu. Harriz angguk, memahami arahan. Dengan langkah yang terasa berat, dia mengangkat kaki gontai membolos wad menempatkan sang isteri.

Sejurus pintu ditutup semula, Harriz tersungkur rebah. Dengan kesesakan menghurung kalbu, oksigen bagai disekat untuk dihirup. Tersepit antara dua dimensi, ilusi dan realiti. Yang membawa roh melayang pergi.

Seketika sahaja, Harriz kembali sedar apabila bahu kiri serasa ditepuk. Dia toleh sebelum bingkai pandangan dibentangkan hamparan yang sayu. Riak itu seakan simpati lantas menggeleng. Bait bicara doktor itu menyakinkan lagi hakikat bahawasanya...

"Allah lebih menyayangi isteri encik." Hentaman tagar disabungi kebenaran pedih cukup membingitkan koklea. Bibir Harriz paksa mengulum senyum nanar, lensa mata semakin kabur.

Di kala daun pintu dibuka luas, Harriz sedar sesuatu. Dia diberi peluang perjumpaan kelak. Mulut terkunci namun Harriz tetap melangkah masuk. Melihat sekujur jasad kaku telah ditutup sepenuhnya. Tangan yang kekar terasa lemah, urat sendi yang gagah mulai kendur dan kudrat tersisa yang menggeletar akhirnya diturunkan perlahan kain yang menyembunyikan wajah Fiena.

"Fiena Arisya," seru Harriz gemeresik. Pelupuk mata menjatuhkan isi ke bumi. Malangnya, tiada sahutan diterima. Tiada lagi mata cantik yang berani menentangnya. Yang terselit getaran rasa dalam hati yang disemat rapi.

"Sayang, my one and only Isya..." Nafas berjeda. Dia labuhkan bibir pada dahi dingin isterinya. Wangian gandasuli Fiena dihirup lama ke rongga nasal, menikmati untuk kali terakhir.

Dia bakal merindui. Semuanya sekali. Haba dikongsi yang sekian lama merantai sanubari, bahang renjana sudah sebati ditanggung seorang diri. Kini dia mengerti.

Kali ini, Harriz relakan. Dia cuba terima untuk perpisahan memeritkan ini. Menggalas rindu dan beban bersalah yang bergumpal satu untuk seumur hidupnya. Riwayat dimana dia serahkan sebaik mana perancangan yang cuba dilakukan, tetapi perjalanan yang ditetapkan Dia lebih baik di hadapan.

Saat ini, putaran masa seakan terhenti. Dibawa arus lautan kenangan umpama samudera berlayar dalam fikiran. Jikalau diberi peluang lagi, dia tidak mahu detik ini berakhir. Harriz mahu berterusan dan infiniti selamanya.

Namun ternyata aturan Dia itu tersusun cantik. Fiena kata jangan tinggalkan dia. Tapi mengapa engkau yang pergi dulu tinggalkan dirinya terkapai-kapai dalam kelemasan.

Iris coklatnya tidak lepas memerhati. Reda dengan pemergian isteri, dia menutup semula wajah bersih Fiena. "I love you, my life."

Moga takdir pertemukan kita lagi di sana ya, sayang.

Di saat punah segala harapan, sandaran Sang Pencipta sentiasa ada. Cuba bangkit bersama sisa air mata menguncup pipi, tenaga yang berbaki diguna menjuju ke rumah Allah. Kerpasan numi turut merintih, menemani galau sukma bertapak kini. Harriz senyum tipis. Secebis kekuatan yang dipinjam ini, dia mahu sujud dan berdoa meluahkan senandika yang bermukim di jiwa kepada-Nya.

Hanya kepada Allah dia sandarkan segalanya.

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
518K 20.1K 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ H...
257K 10.8K 65
[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatka...
671K 25.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...