(S2) Dragon: The Next Heir ✔

De Fiya_san

53.5K 4.4K 634

Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamana... Mais

Bab-1:Her
Bab-2: Meeting
Bab-3: Wertaz Land
Bab-4: Ariyan
Bab-5: Rayana
Bab-6: Dewi
Meet them
Bab-7: Fight!
Bab-8: Drizzela
Bab-9: Fate
Bab-10: Lily the Phoenix
Bab-11: Nightmare
Bab-12: Hydra
Bab-13: Darkland Secret
Bab-14: Lost History
Bab-15: Battle
Bab-16: The Anchor
Bab 17: Pirates
Bab-18: First Meet
Bab-19: Heart
Bab-20: Sweety Khai
Bab-21: Yin Yang
Bab-22: Roux The Rose
Bab-23: Crown
Bab-24: True Love
Bab-25: Dark Knight
Bab-26: Camylia
Bab-27: Poison
Bab-28: Earth
Bab-29: Old Friend
Bab-30: Truth
Bab-31: Come Back
Bab-32: Boyfriend?
Bab 33: Birthday
Bab 34: Alert
Bab-35: Attack
Bab-37: Ancestor
Bab-38: His POV
Bab-39: Love?
Bab-40: Draggy
Bab-41: Rael
Bab-42: Jealous?
Bab-43: Tribe
Bab-44: Spirit Forest
Bab-45: Auction
Bab-46: The Alpha
Bab-47: Preparation
Bab-48: Karl
Bab-49: Love and War
Bab-50: Farewell- [End]
Side Story 1
Side Story 2
Book 3

Bab-36: Awakening

324 43 6
De Fiya_san

MATA bundarnya tajam melihat Irene dari atas. Bibir merah munggilnya menyeringai.

"Akhirnya, dapat juga kita berdua bertemu bersemuka... Tuan Puteri."

Para tetamu yang hadir ketika ini terkaku melihat sosok yang muncul di hadapan mereka.

"Camylia," bisik Permaisuri Luna secara perlahan.

Boom!

Camylia menghancurkan salah satu meja membuatkan tetamu yang berada disitu menjerit penuh ketakutan.

"Arah kesemua orang dan pastikan keluar daripada sini dengan selamat!" jerit Raja Khai kemudian mencari kedudukan Puterinya. Sebelum itu dia menjumpai kedudukan Ariyan dan Rayana yang sudah kaku diikat oleh Camylia kerana mereka menyerang Camylia untuk menyelamatkan Irene.

Asap debu yang terhasil daripada kehancuran mula beransur-ansur hilang.

"Mengapa baru sekarang dia datang bersemuka disini?" soal Raja Khai. Dia cuba untuk mendapatkan Isterinya.

"Kerana hari ini merupakan hari di mana Dragon menjadi kuat dan hikang kawalan jika tidak terkawal. Dia mungkin manfaatkannya untuk mendapatkan Dragon daripada Irene," balas Permaisuri Luna.

"You talk too much!" Camelya melempar sebuah batu besar ke arah Permaisuri Luna dan Raja Khai.

"Bonda! Ayahnda!" jerit Irene yang masih lagi kaku.

Nasib menyebelahi mereka apabila Permaisuri Luna sempat menyeru Phoenix dan menahan batu besar tersebut bersama Raja Khai daripada menghempap mereka.

"Oh, wow. Masih sempat lagi mengguna Phoenix kau." Camelya berkata dengan sakarstik.

Tanpa disedari mereka, Camylia melempar satu lagi batu dua kali ganda besar ke arah Permaisuri Luna dan Raja Khai.

"No!" jerit Ryan yang masih terikat dengan kuasa kegelapan bersama Raikarl di tepinya. Rayana, Ariyan, Ryan, Daryan, Darwin dan Raikarl masih tidak dapat melepaskan diri mereka daripada ikatan tersebut. Sesekali ikatan tersebut diperketatkan hingga melemaskan pernafasan mereka.

Nafas Permaisuri Luna dan Raja Khai tercungap-cungap apabila kepala mereka mula keluarkan darah akibat daripada lemparan batu tersebut.

Sememangnya mereka merupakan wira dalam peperangan yang lepas, tetapi faktor umur membuatkan mereka tidak dapat banyak tenaga seperti dahulu.

Raja Khai cuba menangkap Isterinya ke dakapannya. "Its okay, dear. Our Princess can do it."

Camylia yang memerhati babak tersebut hanya mengeluh.

"Kau semua membosankan." Ikatan yang berada pada Ariyan, Rayana, Daryan, Darwin, Ryan dan Raikarl semakin diperketatkan.

"Arghh!" Mereka semua menjerit dengan hampir serentak. Raikarl mencuri pandangannya kearah Irene yang gementar. Dia mengetap bibirnya.

Gadis itu tidak diikat dan dikawal, akan tetapi kakinya seakan-akan dipaku di tanah.

"Tak guna!" Irene menjerit. Iris biru kristalnya memandang satu persatu orang yang disayanginya.

'Why I'm so useless! Bila-bila masa sahaja aku boleh menyerang Camelya itu. Tapi kenapa aku tidak lakukannya! Bonda... Ayahnda... Ariyan, Rayana, Ryan. Rai-raikarl...' Irene bermonolog dalam hatinya.

Camylia yang melihat keadaan Irene, mula mengukir satu senyuman sinis.

Dia mendekati Irene. Dagu Irene diangkat dan secara tidak langsung mata mereka bertembung. Irene melihat Camylia dengan penuh kebencian.

"Kau nak tahu, Tuan Puteri? Sebab kau lemah, Naga yang tertanam dalam badan kau turut lemah! Sekarang, kau ada dua pilihan."

Camylia menarik rantai loket di leher Irene.

"Sama ada kau serahkan Naga kepada aku atau mati dan aku akan dapatkan Naga tu!" Rantai tersebut direntap.

"Kau tak akan berjaya." Irene memandang loket yang sudah berada di tangan Camylia.

"Aku sudah lama suruh Karnos lakukan kerjanya. Tapi dia bodoh, pengecut. Kau fikir aku jejak kaki aku ke dunia yang keji ni?" bisik Camylia di telinga Irene.

Irene hanya merenung wanita itu dengan pandangan yang tajam.

Camylia mengangkat loket tersebut ke udara. Dia menggenggam loket tersebut sehingga pecah.

Kemudian, satu cahaya yang tidak terkawal keluar daripada loket tersebut.

"Come to your real Master, Dragon!"

Pada waktu yang sama, satu cahaya terang juga turut keluar daripada tubuh Irene.

"Rin!"

"Kau tak akan berjaya," bisik Irene dengan suara yang sangat perlahan. Dia memejamkan matanya. Sebelum penihatannya betul-betul terpadam, dia dapat melihat sosok tubuh Raikarl yang berlari ke arahnya bersama darah yang memenuhi badannya.

Suasana sekeliling menjadi putih. Irene membuka matanya perlahan-lahan apabila dia mendapati keadaan menjadi sunyi.

Irene melihat tubuhnya. Elok seperti tiada apa-apa pun yang berlaku.

"Hey."

Irene bergerak ke kiri mencari sumber suara tersebut.

"Here!"

Dia bergerak ke kanan pula. Suara tersebut sangat riang seperti kanak-kanak.

"A little bit more!"

Irene meneruskan pergerakannya. Masih tidak mengeluarkan sebutir pun suara mahupun persoalan.

"Faster!"

Suara tersebut bergema sekali lagi.

"Hehehe!"

Gelak tawanya bergema seakan-akan mereka berada di dalam gua.

Langkah Irene terhenti apabila dia melihat dirinya sendiri yang sedang meniarap. Pandangannya pula tertancap kepada seorang lelaki berambut hitam yang sedang baring di hadapan dirinya yang satu lagi itu.

"Apa..." Lidah Irene kelu.

Gadis yang menyerupai Irene sedang seronok bermain dengan wajah lelaki tersebut.

"You mess with me again?" Lelaki itu bersuara dan ianya turut bergema. Dia menangkap tangan gadis yang bermain-main dengan wajahnya.

"I'm sorry!" Gadis itu ketawa diikuti lelaki tersebut.

"Kenapa aku disitu? Dan, kenapa Raikarl disitu juga?" soal Irene pada dirinya sendiri.

"Is it fun to see this sight?" Satu suara lain menerpa di telinga Irene.

"Kau siapa?!" Irene berpaling ke belakang.

"Apa yang kau lihat itu adalah diri kau. Mereka ada, tapi tiada." Tahu lah Irene bahawa suara tersebut bercakap dengannya.

"Aku tak faham."

"Wake up, Princess," katanya tanpa menjelaskan persoalan Irene.

"What?" Irene melihat kembali ke arah di mana dua manusia tersebut berada akan tetapi mereka hilang dari pandangannya.

"Wake up, Princess." Ayat tersebut diulang.

Kemudian satu bayang-bayang besar bergerak di tanah. Berpusing-pusing dengan bebas dan tenang. Irene mendongak kemudian memandang ke atas langit mencari objek yang menghasilkan bayang-bayang yang sebegitu. 

Seekor Naga putih terbang dengan bebas.

"Naga..."

Terdapat seseorang gadis yang duduk di atas tubuh Naga tersebut. Seperti memandu dan mengawal Naga gang terbang bebas.

Gadis tersebut berambut putih. Irene terkaku sekali lagi. Naga yang terbang tinggi mula merendahkan penerbangannya.

"Hey, future me. Please take a good care of him. I really hope you can. I'm you, but not you. He is him, but not him."

Gadis yang serupa dengan Irene, menghulurkan tangannya ke arah Irene meminta untuk disambut. Sayap lebar Naga tersebut sangat besar.

Irene kagum. Ini kali pertamanya dia melihat Naga secara berdepan-depan.

Irene mencapai hulurannya. Kemudian satu cahaya menerangi kawasan tersebut.

"Rin?"

"Irene?"

"Rinrin!"

Irene membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Namun dia tahu siapa yang berada di sekelilingnya.

Matanya terpejam semula.

'What a weird dream.'

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote








Continue lendo

Você também vai gostar

38.7K 2K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
135K 10.7K 59
Kelangsungan hidup. Good vs evil, courage dan heroism, pemberontakkan dan banyak lagi konsep dalam hidup ni mengambarkan sikap seseorang. Lagi-lagi p...
45.6K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
34.4K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...