C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTER...

Von ItsRealAtiqah

85.2K 4.6K 2.2K

( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah... Mehr

CAST ❗❗❗
Prolog
S.E.B.I.C.M. 1️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣
S.E.B.I.C.M. 7️⃣
S.E.B.I.C.M.8️⃣
S.E.B.I.C.M.9️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣3️⃣
F.I.N.A.L.6️⃣4️⃣
SPECIAL CHAPTER 1️⃣✨❤️
SPECIAL CHAPTER 2️⃣✨❤️
SPECIAL CHAPTER 3️⃣✨❤️
PROMOTE STORY ✨❤️

S.E.B.I.C.M.6️⃣2️⃣

1.7K 73 18
Von ItsRealAtiqah

Zafran menghentikan keretanya di sebuah tempat yang sunyi. Itu adalah kawasan taman rekreasi yang disedikan kerajaan untuk melakukan aktiviti keluarga.

Untuk beberapa saat dia termenung. Masih terngiang - ngiang suara Erdiel, Datin Zahara dan Tengku Laila dalam kepalanya.

"Kau teruk, Zafran! Teruk!"

"Kau pergi dari sini!"

"Kau bukan anak aku lagi!"

Dia meramas rambut hitam pekatnya bersama linangan air mata.

"Apa aku dah buat?"

"Kenapa Zaf, kenapa?! Kenapa?!"

Dia mula menjerit seorang diri. Tangan dihentak - hentakkan ke stereng kereta berkali - kali sebelum menghentakkan kepalanya pula dicermin tingkap kereta.

Berkali - kali sehingga menyebab kepalanya mula mengalirkan darah. Akan tetapi, dia masih lagi menghentakkan kepalanya. Lagi dan lagi. Tanpa henti.

"Sa-sayang." Panggil perlahan setelah berhenti.

"A-abang minta maaf." Mohonnya bersama air mata. Sakit kepalanya langsung tidak diendahkan.

"Diorang semua cakap abang dayus." Rengeknya.

"Abang minta maaf." Kemudian dia menangis semahu - mahunya.

"Nanti, kalau kita ada anak, sayang nak anak kita panggil ummi dengan baba. Comel kan?"

Suara riang Laura terngiang - ngiang dalam kepalanya.

"An--." Lidahnya kelu.

"An-anak baba." Selepas itu terus dia meraung - raung.

"Ba-baba minta maaf. Maafkan baba." Tangannya mengenggam stereng sekuat mungkin.

"Anak aku, isteri aku! Ya Allah, aku dayus! Dayusnya aku sebagai suami!" Jeritannya bergema di dalam kereta.

"Kau selamatkan lah Laura dan sebagai ganti ambil nyawa aku!" Jeritnya lagi.

"Bodoh! Bodoh kau, Zafran! Bodoh!" Kepala yang berdarah itu dipukul dengan tangan sebanyak yang boleh.

"Aku bodoh! Aku dayus! Aku tak layak untuk hidup! Aku suami tak guna!" Tangan itu masih lagi memukul kepala sendiri.

Setelah itu, dia bersandar pada seat pemandu. Mata melilau ke luar lalu beberapa saat kemudian, matanya tertancap pada satu pasang suami isteri yang sedang melayan anak - anak mereka.

Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Mempunyai wajah seiras tapi berlainan jantina. Kembar tak seiras. Detik hati Zafran.

"Ummi! Sini la kejar Khaulah!" Jerit budak perempuan itu kepada seorang wanita yang sedang mencuba untuk menangkapnya.

"Walid! Cepat la!" Jerit anak lelakinya seorang lagi.

"Sabar la Khalid, Khaulah. Ummi dengan Walid dah tua la, tak larat nak main kejar - kejar dah. Kamu ni pun, bukannya budak - budak lagi, dah masuk sekolah menengah dah. Tu pun nak main kejar - kejar." Bebel seorang wanita yang sedikit berumur.

Terus pasangan kembar itu mencebik. Lalu pasangan suami isteri itu ketawa melihat wajah masam anak mereka. Zafran tersenyum nipis.

"Bahagianya diorang." Gumamnya.

"Kalau aku tak pukul Laura, mesti aku tengah jaga dia sekarang." Gumamnya lagi. Sekali lagi air matanya berlinang dan membasahi pipi.

"Maafkan abang, maafkan baba." Rengeknya.

"Ya Allah, aku nak undurkan masa. Aku nak baiki semuanya."

Dia kemudian menyentuh bahagian abdomen berdekatan hati.

"Aku--." Lama dia berdiam diri.

"--tak nak." Sambungnya.

"Aku tak nak hati ni." Sambunganya lagi.

"Hati ni buat aku sakit dan sakitkan orang lain." Baju digenggam kuat.

"Sakit." Setelah itu dia hanya mendiamkan diri. Hanya dengan air mata yang mampu menunjukkan betapa menyesal dirinya kerana berbuat sedemikan.

Akan tetapi, nasi telah menjadi bubur dan bubur telah pun menjadi basi.

-----------

Tengku Laila merenung wajah anak tunggalnya. Walaupun wajah itu pucat tapi langsung tidak memnjejaskan kecantikkan yang ada pada wanita itu.

Rambut yang terurai di dahi, dikuis sedikit oleh Tengku Laila lalu diselitkan di belakang telinga. Dahi putih licin Laura di usap sedikit lalu bibirnya singgah perlahan di kawasan itu.

"Anak mommy. Bila kamu nak bangun ni, sayang? Mommy rindu." Rungutnya.

Mata yang telah sedia bengkak, sekali lagi mengeluarkan cecair jernih.

"Suara Laura, senyum Laura, gelak dan usikan Laura. Semua mommy rindu." Luahnya.

"Aidda dan Aisha selalu tanya pasal Laura, tahu tak?" Dia mula membuka cerita.

"Hari tu, diorang ada belikan mommy hadiah tau. Sempena hari ibu. Nak tahu tak, diorang beli apa?" Tengku Laila mula menggulum senyum, apabila teringatkan anak angkat kembarnya itu.

"Diorang beli tauhu bergedil." Lepas itu ketawanya meletus sedikit.

"Mommy tanya, kenapa beli tauhu bergedil. Diorang cakap yang ustazah bagitahu kalau kita bagi orang makan, kita dapat pahala. Jadi Aidda dan Aisha berpakat belikan mommy tauhu tu dengan daddy." Tidak dapat menahan rasa lucu, terus meledak suaranya. Walaupun tidak kuat tapi cukup untuk menunjukkan dia sedikit gembira.

"Siap letak lilin lagi dekat tauhu tu. Diorang hias macam buat kek untuk mommy la, Laura." Selesai menuturkan semua itu, perlahan - lahan senyumannya hilang.

"Tapi lepastu Laura call mommy." Wajahnya kembali sedih.

"Mommy, help."

Suara Laura bermain dalam fikirannya.

"Laura minta tolong mommy." Gumamnya perlahan.

"Kalau la mommy cepat sikit. Kalau la--." Serta - merta luahannya terhenti sebaik sahaja telinga menangkap bunyi yang keluar dari Heart Monitor Machine.

Beep... Beep... Beep... Beep...

Bunyi yang bertalu - talu itu membuatkan Tengku Laila panik. Tangkas tangan kanan menekan butang merah pada bahagian kepala katil.

Selang beberapa minit, doktor Izzue dan Erdiel berlari masuk ke dalam wad tersebut bersama beberapa orang jururawat.

Erdiel mengarahkan dua orang jururawat untuk membawa Tengku Laila keluar dari wad itu.

Setelah tiba di luar bilik ICU, sekali lagi Tengku Laila menangis meraung - raung. Tengku Hamdan yang baru naik ke wad Laura setelah membeli makanan, pantas berlari mendekati isterinya.

"Kenapa? Kenapa ni?" Soalnya cemas. Bahu si isteri, digenggam perlahan.

"Laura, abang! Laura! Tadi dia--."

KLAK

Bunyi pintu dibuka menghentikan percakapannya. Serentak mereka berdua berpaling kearah Erdiel. Mereka bertiga saling berpandangan untuk beberapa saat sebelum Erdiel mengukirkan senyuman nipis untuk pasangan suami isteri itu.

-------------

Gaiss, memandangkan hari ni ialah hari juamaat dan hari jumaat adalah penghulu segala hari, meh Iqa nak shre skit psl kelebihan hari jumaat ni.

- Berikut adalah kelebihan hari jumaat. Antaranya ialah :

- Dalam kalendar terdapat 7 hari dalam seminggu. Hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin ialah hari Jumaat. Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

- 1. Hari Paling Mulia.

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini.
 
- Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam as) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim)

- 2. Hari Bagi Kaum Muslimin.

Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Muhammad SAW dalam masjid untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengar dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

- Allah SWT berfirman:

- “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”(Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

- 3. Penghulu Segala Hari.

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding dengan hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Ayyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

- Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A berkata, Rasululullah SAW berkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

- 4. Hari Kebesaran Mingguan.

Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah saw bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”(HR. Ibnu Majah)

- 5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaatnya untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

- jgn lupa bca al kahfi setiap hari jumaat tau! Semoga kita semua terhindar dari fitnah dajjal dan akhir zaman. Hasbunallah Wanikmal Wakil.

-----------

ENJOY YOUR READS !! ✨❤️

VOTE!! JANGAN TAK VOTE !! ✨❤️

SEE YOU NEXT CHAPTER !! ✨❤️

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

239K 8.1K 27
As we all know, Akutagawa is an emotionless little brat. But one day when he's tended to by the oh so kind (y/n) Chan he finds himself unknowingly...
49K 1.6K 94
Coming Into Your World I Fell In Love With You| "I'm...In love with someone who's in a TV show?! And he's not even in the show he's supposed to be a...
92.6K 4.9K 32
Pluto thai gl novel မြန်မာဘာသာပြန်