MY 'RUDE' WIFE

By ByCikNorCinta

2.4M 28.3K 1.7K

SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur m... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Pesanan Author CikNorCinta
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43

Bab 28

65.9K 826 8
By ByCikNorCinta

Hubungan antara Firdaus dan Melur sentiasa ada naik turunnya,kerana angin Firdaus juga sentiasa ada pasang surutnya. Melur sentiasa mengambil pendekatan dengan menjawab apa yang perlu. Jika dia diamkan,ia akan memakan hatinya sendiri. Melur tidak mahu berfikir apa-apa yang boleh menyakitkan hatinya sendiri. Dia tidak mahu berlagak sopan dan lemah, kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa di antara dia dengan suaminya. Dia perlu menjadi tegar dan kuat demi rumah tangga mereka. Firdaus ada Dee,hati Firdaus juga milik Dee. Sopan,diam dan terlalu baik,itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani sikap dingin Firdaus atau mendepani kisah cinta mereka berdua.

Firdaus baru sahaja bercakap dengan Dee. Perbualan yang tidak pernah kisahkan Melur yang mendengarnya. Bagi Firdaus,apapun jua Dee lebih penting untuknya. Dee segalanya bagi dia. Hati Dee perlu dijaga sebaiknya. Ya,itu yang Firdaus sematkan di fikiran dan hatinya. Dia tidak mahu perhatiannya terhadap Dee berkurang walaupun dia sudah ada Melur. Dia tidak mahu setianya pada Dee berubah hanya kerana dia ada Melur. Dia tidak mahu cintanya beralih arah dari Dee hanya dengan adanya Melur. Sekurang-kurangnya itulah yang Firdaus perjuangkan saban hari. Kesetiaannya. Namun,apa jua yang Firdaus lakukan, ianya seakan tidak pernah mencukupi bagi Dee. Dee cemburu. Dia tidak rela Firdaus bersama Melur,dan itulah yang menjadi punca mereka bertengkar setiap kali mereka berbicara. Itu jugalah yang membuatkan Firdaus tertekan. Yang menerima kesannya adalah Melur. Marahnya dilepaskan kepada Melur. Sinisnya ditujukan kepada Melur. Tekanannya juga dilampiaskan kepada Melur. Semuanya. Melur. Melur. Melur.

“Melur tahu tak abang tension terpaksa kahwin dengan Melur?” Terkejut Melur mendengarnya. Dia berhenti mengemas pakaian ke dalam almari. Dia berpaling ke arah Firdaus yang sedang duduk di sofa sambil merenungnya.

“Apa hal ni abang? Tak ada angin tak ada ribut,tiba-tiba je serang Melur macam tu. Abang ni dah kenapa?” balas Melur sedikit terang tona suaranya. Dia sedang penat dan sekarang Firdaus cuba menambahkan kepenatannya. Firdaus mendengus.

“Abang cakap abang tension kahwin dengan Melur. Tak kan tak dengar?” Firdaus pula membalas dengan nada yang sedikit kuat. Dia memang sedang tertekan.

“Ya Allah,tak habis-habis lagi ke dok ungkit hal yang sama? Dari mula-mula kahwin, pergi honeymoon dan dah balik dari honeymoon. Dah start kerja pun,masih juga dok heret cerita yang sama. Panjang betul. Nak kalahkan telenovela ke apa ni?” soal Melur selamba,dalam usaha untuk mengusir amarah Firdaus. Firdaus mendengus.

“Tak kesahlah panjang manapun, abang masih lagi tension.” jawab Firdaus masih dengan nada yang sama. Melur menutup pintu almari dan berlalu mendapatkan Firdaus.

“Tension apa? Relaks la. Kita berdua okey apa?” jawab Melur selamba.

“Apa yang okey? Abang terpaksa tinggalkan Dee tau? Dah lukakan hati dia.”

“Siapa suruh?” Firdaus berkerut mendengar jawapan Melur.

“Siapa suruh Melur cakap? Dah koma ke apa Melur ni?” soal Firdaus lebih marah.

“Ha’aa,koma dalam dakapan cinta abang. Cia cia cia.” jawab Melur nakal sambil memeluk tubuhnya sendiri. Firdaus berkerut.

“Awak ni kenapa? Saya serius ni tau tak?” marah Firdaus. Melur mengeluh perlahan. Melur membetulkan duduknya. Dia bersila mengadap ke arah Firdaus.

“Kita dah cakap fasal ni pada malam pertama kita lagi. Orang lain,malam pertama buat projek tapi kita buat kontrak. Dah deal pun. So,apa yang stress lagi?” jawab Melur dengan nada bersahaja bagai tiada apa yang perlu dikesahkan.

“Senanglah cakap,bukan awak yang kena.” balas Firdaus lebih perlahan.

“Melur pun kena jugak tau? Ingat abang seorang je ke terjebak dengan perkahwinan ni?”

“Dah tu,awak nak senyap je?” soal Firdaus kembali.

“Dah tu,apa yang nak dibisingkan? Kita dah kahwin pun. Kalau nak kecoh-kecoh, bising-bising,buat sebelum kahwin. Ni,dah sah binti sahih,baru nak kesing?” balas Melur kembali.

“Kesing?” soal Firdaus tidak mengerti.

“Kecoh plus bising.” jawab Melur selamba. Berkerut lagi muka Firdaus. Tidak faham.

“Kalau awak pun terjebak juga,kenapa awak tak bising-bising?” soal Firdaus pula.

“Sekarang pun Melur tak bising. Yang bising tu abang. Tak habis-habis. Sejak malam pertama sampailah malam ni,taaak habis lagi. Kalahkan perempuan. Perempuan pun kalau membebel,ada full stopnya. Ni tak,tak kira hari apa malam apa,jaaalan je. Tak habis pulak minyak abang. Isi tank penuh ke apa ni?” jawab Melur panjang lebar.

“Tengok,sekarang siapa yang membebel?” balas Firdaus pula. Melur mendengus. Malas berjawab lagi soal membebel itu.

“Kalau Melur jadi abang,Melur tinggal dia.” jawab Melur selamba.

“Apa? Tinggal? Senangnya cakap. Awak ingat Dee tu apa? Plastik?” marah Firdaus.

“Plastik pun kalah dengan dia.” Jawapan Melur membuat Firdaus ternganga. Melur bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Firdaus.

“Tengok,abang dapat isteri yang cantik,seksi,bijak,pandai masak,anak raja pulak tu. Abang dapat semuanya dari isteri abang ni. Buat apa nak fikir fasal girlfriend abang tu lagi?” soal Melur sambil menggayakan ciri-ciri dirinya yang disebutkan tadi.

“Awak ingat...”

“Melur. Meeelur. Dan abang tu aaabang. Berapa kali nak cakap ni? Tu syarat utama tau?” pintas Melur mempersoalkan kesilapan Firdaus membahasakan diri mereka.

“Nak ugut sa...abang la tu. Abang tak takut la.” jawab Firdaus perlahan di awalnya.

“Tak takut ke?” soal Melur kembali selamba.

“Ya,dan abang tak hairan pun kalau Melur tu bapak raja sekalipun. Abang tetap sayang Dee seorang je.” jawab Firdaus angkuh.

“Sayang ke?” soal Melur menyindir.

“Apa maksud Melur ni?”

“Kalau abang sayang Dee,abang tak akan kahwin dengan Melur tau?” jawab Melur dengan wajahnya yang bersahaja.

“Jangan nak perasan. Abang kahwin sebab abi.” Melur senyum.

“Tu maknanya abang sayangkan abi. Abang sayang abi lebih dari sayangkan Dee. Poor Dee.” sindir Melur lagi. Inilah caranya untuk mengendalikan mood Firdaus.

“Walau apapun,Melur jangan mimpi abang akan terima Melur sebagai isteri di sisi abang.” balas Firdaus sedikit kuat sambil merenung wajah Melur. Melur menyua wajahnya kepada Firdaus dengan merendahkan badannya setara dengan Firdaus yang masih duduk di sofa.

“Dan abang pun jangan mimpi nak jadikan Dee tu sebagai isteri di sisi abang.” balas Melur dengan memek muka yang berkerut sambil mengecilkan matanya ke arah Firdaus.

“Ada abang kesah?” soal Firdaus berani,juga menyua wajahnya ke arah Melur.

“Betul tak kesah?” soal Melur kembali. Firdaus menjarakkan kedudukan wajah mereka. Hatinya sudah goyah dengan soalan berbaur ugutan Melur itu.

“Jangan nak ugut-ugut ya?” Melur ketawa melihat riak wajah Firdaus.

“Belum ugut dah cuak.” kata Melur berani. Firdaus terdiam.

“Dah,dah. Melur nak tidur ni. Penat bertekak dengan abang. Hari-hari benda yang sama je. Macam dah tak ada topik lain lagi dah.” sambung Melur sambil berbaring.

“Entah berapa kurun lagilah dia akan cakap hal yang sama. Tak penat-penat lagi tu.” kata Melur sambil menarik selimutnya. Firdaus diam memerhati.

“Cubalah buka topik yang lebih adventure,yang lebih daring,yang lebih ilmiah sikit. Barulah otak tu berkembang. Jiwa pun sihat. Darah tak mencanak. Muka pun tak merah.” bebel Melur lagi dengan gayanya sekali.

“Takpun cari topik yang lucu. Yang boleh buat kita ketawa. Yang menyenangkan hati kita. Barulah minda tu sihat. Ni tak,alih-alih topik tuuu lah jugak. Tak berkembang langsung. Buat sakit jiwa lagi adalah. Boleh beruban rambut Melur ni tau tak?” sambung Melur lagi.

“Cakap macamlah tension tahap gaban,tapi makan bertambah,tidur lena yang amat. Kan senang cakap,hati tu senang sebenarnya? Ada isteri yang dah uruskan semuanya A to Z untuk abang. Sebelum pergi kerja goyang kaki. Balik kerja pun goyang kaki. Tu pun nak merungut lagi? Tak tahu nak bersyukur. Melur ni pun kena paksa kahwin juga,tapi tak ada pun macam abang. Terima abang seadanya dan jalankan tugas sebagai isteri. Takda pun takut kena rogol dengan abang. Tak ada pun nak mengungkit hari-hari. Tak ada pun nangis-nangis bucu katil. Tu baru matured namanya.” Mendengarnya,Firdaus bangun mendapatkan Melur.

“Panjangnya membebel? Habis abang tak matured?” soal Firdaus kembali.

“Tak. Abang tak matured tapi ‘hancured’. Umur je tua tapi fiil macam budak-budak. Baik berhenti je jadi CEO,masuk tadika balik. Sini,salam.” kata Melur selamba sambil menyalami Firdaus. Perlahan Firdaus menyambut salam Melur.

“Maaf banyak-banyak untuk salah Melur hari ni. Assalamualaikum.” Firdaus terdiam dan menjawab salam Melur di dalam hati.

‘Ditadikakannya aku?’ desis hati Firdaus sambil menunjuk ke arah mukanya sendiri.

“Hancured? Apa tu?” soal Firdaus perlahan lebih kepada diri sendiri. Dia melabuhkan duduknya di atas katil. Fikirannya berlari-lari mencari maksud perkataan itu.

“Tak payahlah fikir ‘hancured’ tu apa. Kalau buka kamus Oxford pun tak akan jumpa.” jawab Melur bersama mata yang terpejam. Firdaus terus juga berfikir. Sepi.

“Hancur.” Tiba-tiba Melur menjawabnya dengan jelas dan terang. Firdaus terkejut.

“What? Hancur?” soal Firdaus sedikit kuat tapi Melur diam. Terus tidur.

“Hancur? Hancured?” kata Firdaus masih lagi mengkaji perkataan itu. Dia kemudiannya menoleh ke arah Melur yang sudah terlena.

“Ishkk,pandai-pandai dia je cipta perkataan baru. Aku dia kata hancur?” katanya sambil menunjukkan ke arah mukanya sendiri sekali lagi.

“Dah membebel panjang-panjang,dia pergi tidur pulak. Banyak cantik muka dia?” kata Firdaus perlahan sambil terus menatap sekujur tubuh Melur yang berselimut itu.

“Kenapa tak sambung je sampai pagi? Ini tak,dah dibiarkannya aku kalah tanpa bertanding, selamba dia je pergi tidur. Tak sensitif langsung. Aku ni belum tidur lagi tau tak? At least ajaklah aku tidur sekali. Taklah aku terkebil-kebil sorang-sorang macam ni.” bebel Firdaus lagi tidak puas hati. Dia kemudiannya berbaring di sisi Melur. Menatap wajah Melur yang lena itu. Hatinya menyejuk serta merta. Wajah itu selalu membuatkan Firdaus tewas dengan amarahnya sendiri. Ya,dia tewas lagi. 😂

❤ Sorry,cnc sibuk sikit dgn promo Melur Untuk Firdaus. Jgn lupa vote utk bab ni yer? Dan support adaptasi drama MUF jugak. LavUallz 😘

🍁Kepada yg nak dapatkan My Rude Wife, bolehlah hubungi Suara Hati Publication. Boleh juga dptkan di Shopee dan Lazada. Kat PBAKL 3 - 12 Jun nanti pon ada. Tq 🙏

🌷CikNorCinta🌷
      1 Jun 2022

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 196 40
Seisi alam terpaku dan berhenti melihat wajahmu, Kasturi. Cinta pertamaku. Sekilas ikan di air, ku tahu jantinanya. Namun sekilas pandanganmu ke hati...
4.3K 1.1K 82
"Ingatlah Allah diwaktu lapangmu, Maka Allah akan mengingatmu di kala sempitmu" Hari-hari adalah hari baru selagi degup jantungmu masih berlagu. Hari...
152 22 7
[ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 ] 𝗘𝗺𝗲𝗹𝗱𝗮 𝗦𝗼𝗳𝗲𝗮 Emelda adalah seorang perempuan yang berkacukan darah Rusia , sewaktu Emelda berusia lima tahu...
197K 6.5K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...