Godaan Encik Suami [C]

Marleneith द्वारा

1.5M 57.7K 1.4K

1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu E... अधिक

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38
B A B 39
B A B 40
E P I L O G
E N D
NEW SERIES

B A B 17

36.6K 1.4K 38
Marleneith द्वारा











EIRENE ANFISA duduk di atas bangku di sebuah taman. Tidak menunggu lama, seseorang yang ditunggunya pun tiba. Ezrin Anais datang bersama senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Tak seperti selalu. Abangnya nampak sangat kemas kali ini. Tidak serabut seperti selalu.

"Ada apa abang nak jumpa Eirene ni?"

"Saja nak jumpa adik abang, takkan tak boleh?" Ezrin senyum lagi dan lagi.

Pelik.

"Bukan tak boleh. Tapi takkan saja-saja kita berjumpa aje? Baik abang datang rumah Eirene. Boleh kita makan-makan. Eirene boleh masakkan untuk abang" jawab Eirene pula.

"Tak apa, abang taknak menyusahkan adik abang lagi dah. Eirene Anfisa adik abang, lepasni kalau abang dah takda, Eirene jaga diri tau. Eirene kena kuat semangat jalani hari- hari Eirene macam selalu. Eirene kena happy. Abang tahu selama ni abang dah banyak menyusahkan Eirene. Abang dah malukan Eirene dengan sikap abang ni. Abang minta maaf tau" pesan Ezrin tenang sambil tersenyum.

"Kenapa abang cakap macamni? Abang nak pergi mana pula?"

"Saja abang cakap macamni, mana tahu nanti Allah tarik abang untuk balik semula pada dia. Waktu tu kurang-kurang Eirene dah tahu kemana abang pergi" jawab Ezrin sayu bunyinya.

"Abang jangan nak mengarut boleh tak?" Bentak Eirene yang dihurung rasa tidak sedap hati.

"Mana ada abang mengarut. Kita semua milik Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan pergi. Eirene, terima kasih tau dah banyak sangat Eirene tolong abang. Janji dengan abang ya? Eirene kena kuat, Eirene tak boleh sedih. Halalkan makan minum abang, duit ringgit yang Eirene beri pada abang. Abang mungkin tak sempat nak bayar semula pada Eirene" Ezrin mengusap kepala adiknya penuh kasih.

"Assalamualaikum, abang pergi dulu tau"

Dengan berat hati dia mula bangun dan berlalu pergi sambil menoleh memandang adiknya sambil tersenyum lebar.

"Abang tunggu! Abang tak cakap lagi dengan Eirene abang nak pergi mana. Abang Ezrin!" Makin lama banyangan itu semakin memudar. Suara Eirene pun kedengaran sayup-sayup sahaja.

"Abang..."

"Abang Ezrin nak pergi mana?"

"Anfisa bangun. Anfisa!" Kejut Tengku Ferhad bila mendengar Eirene sudah meracau dalam tidurnya.

"Eirene Anfisa! Bangun sekarang"

Tersedar dari mimpi, Eirene mula beristighfar panjang. Ada air mata mengalir membasahi pipinya Eirene seka kasar.

"Are you okay?" Soal Tengku Ferhad sedikit risau melihat isterinya begitu.

Eirene mengangguk perlahan.

"You mimpi apa?"

"Saya mimpi abang saya. Saya risau. Dia cakap dia nak pergi, dia suruh saya jaga diri. Petanda apa tu tengku?"

"Shhh, you don't think too much Anfisa. Inshaallah tak ada apa-apa. Mimpi saja kan?" Pujuk Tengku Ferhad mahu menyedapkan hati isterinya itu.

"Tapi dah lama saya tak jumpa abang saya. Seteruk-teruk dia pun saya masih risaukan dia. Dia satu-satunya abang dan keluarga yang saya ada tengku. Saya betul-betul takut" adu Eirene sambil tersedu.

"Doa yang baik- baik Anfisa. Semoga abang you selamat dekat luar sana"

Eirene cuma diam mempertimbangkan nasihat suaminya itu.

"Sekarang, tidur. Baca al-fatihah, tiga kul dengan doa sebelum tidur tu dulu. Nanti you mimpi buruk lagi" Eirene menurut tanpa banyak soal.

"Aamiinnn..." Eirene menyapu wajahnya dengan kedua belah tapak tangan.

"Good. Now, sleep" arah Tengku Ferhad. Selimut ditarik separas dada Eirene.

"Tengku, nak peluk" pinta Eirene comel sahaja.

Tidak banyak bicara, Tengku Ferhad menarik tubuh Eirene merapatinya. Eirene pun dengan selamba memeluk tubuh sasa itu macam dia peluk bantal peluk.

Itulah,

Siapa suruh ajar dari awal.











             "TOLONGLAH, sikit hari lagi aku bayarlah. Bagilah aku masa sikit nak cari duit untuk bayar hutang-hutang bos korang tu" rayu Ezrin sedang dalam ketakutan.

Konco-konco ah long itu semua memandang dia bengis.

"Berapa banyak lagi masa kau ni? Dah kalau sengkek tu cakap je la. Ini kira baik tau boss kitaorang bagi chance dekat kau. Dah berbulan-bulan pun tetap takda progress!" Herdik salah seorang daripada mereka.

Kolar baju Ezrin dicekak kasar. Lelaki itu diheret dibawa masuk ke dalam kereta BMW M4 hitam sebam dan kereta tersebut mula meluncur pergi.

"Aku dah cakap kan hapuskan biawak hidup yang menyusahkan hidup aku ni. Yang korang pergi bawak balik dia dah kenapa?!"

Semua yang ada disitu menunduk takut termasuk Ezrin sekali.

"Maaf boss" tutur salah seorang lelaki betubuh tegap juga sambil tunduk.

"Sekarang ni settle kan dia. 80k duit aku lesap macamtu saja sebab jantan ni" arah lelaki yang bernama Roland itu bengis.

"Roland jangan macam ni Roland! Aku janji aku akan bayar duit kau!" Teriak Ezrin ketakutan.

Roland hanya diam mempersetankan rayuan itu. Bahkan dia memberi isyarat mata pada konco-konconya untuk 'menghapuskan' Ezrin dengan cara yang paling bernas tanpa dapat dihidu oleh polis atau orang luar.

'Rest in peace Ezrin Anais....'

Roland tersenyum sinis.










             TANPA salam, Eirene memasuki pejabat Tengku Ferhad selamba. Dari pintu dia dah nampak bertapa fokusnya suaminya itu menyiapkan kerja. Tengku Ferhad pakai spek mata. Comel dan kacak. Eirene teruja melihatnya.

'Handsomenya, suami siapa ni?'

"Hmm ada apa?"

"Tengku, esok hantarkan saya pergi kedai boleh? Kereta saya rosakla. Tak tak tahu kenapa dia tiba-tiba tak hidup" adu Eirene.

"Okay" jawab Tengku Ferhad tanpa memandang Eirene.

"Kerja tengku banyak lagi ke? Kalau tengku mengantuk berhentilah. Jangan paksa, kesihatan pun kena jaga juga tengku" Eirene sudah mulakan ceramah tak berbayarnya itu.

"Ya, I tahu Anfisa. Pergi tidur, nanti I masuk bilik"

"Tengku nak kopi?" Tanya Eirene lagi. Saja dia buat tanya banyak niat mahu mengacau lelaki itu.

"Hm black coffee no sugar" beritahu Tengku Ferhad.

"Okay, saya turun dulu nanti saya datang balik tau tau tau!" Eirene menjengulkan kepala di celah pintu. Nakal sangat gayanya.

"Eirene Anfisa...." Seru Tengku Ferhad meleret menahan geram.

"Bye!" Mencicit Eirene lari turun ke dapur. Puas dapat mengenakan pakcik singa tu.

Secawan kopi diletakkan di atas meja kerja Tengku Ferhad.

"Nah, kopi tengku. Minumlah"

"Alright, thankyou"

"Saya tidur dengan Helena" maklum Eirene sebelum keluar.

"Tidur bilik kita"

Eirene kembali memandang wajah Tengku Ferhad yang sedang serius itu. Kemudian dia mengangguk faham.

"Okay. Goodnight tengku"

"Goodnight" Dahi Eirene dikucup lembut seperti selalu. Harini disebabkan dia ada extra keberanian, Eirene membalas dengan ciuman juga. Tetapi di pipi Tengku Ferhad.

Sebaik pintu ditutup, bibir Tengku Ferhad menyenget sedikit. Dia menyentuh pipinya lembut. Mimpi apa la budak cakap banyak itu sampai boleh cium pipi dia malam ni. Apapun...

"Nice try"














•to be continued•

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

2M 96.6K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
282K 14K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...
169K 3.5K 27
LECTURER & STUDENT MEREKA ditemukan kerana NYA, Tetapi Setiap kali pertemuan pasti ada salah sorang dari mereka akan tergoda sampai bawa ke mimpi. Te...