Godaan Encik Suami [C]

נכתב על ידי Marleneith

1.5M 57.6K 1.4K

1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu E... עוד

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38
B A B 39
B A B 40
E P I L O G
E N D
NEW SERIES

B A B 14

33.8K 1.3K 85
נכתב על ידי Marleneith














             RINGKAS saja oufit Eirene malam itu. Hanya mengenakan  dress berwarna cream, tudung bawal satin bercorak dan juga beg tangan. Kali ini, dia nampak Tengku Ferhad sudah siap menunggunya di depan pintu masuk restaurant bertaraf 5 bintang, NOBU.

"Susah-susah je tengku sambut saya bagai ni. Nanti apa pula kata girlfriend tengku" Jantung Eirene semakin tak keruan.

"It's okay let her be" balas Tengku Ferhad tanpa rasa bersalah.

Eirene berkerut resah.

Kejamnya.

Tak ramai pun pelanggan tika Eirene sampai. Nama pun restaurant 5 bintang, nak ramai kedai mamak je lah. Eirene mencari mana ahli keluarga Tengku Ferhad yang lain. Dia tak nampak sesiapa pun dekat situ. Hanya mereka berdua saja.

"Mana yang lain? Takkan kita je?" Tanya Eirene lagi.

"Lupa nak bagitahu. They might be late"

"Helena?"

"Helena dengan—"

"Oh lupa, mesti dengan mommy dia kan. Tak apa ke kita berdua aje ni?"

"I okay je. Kenapa, you nak I call sekampung ke datang sini Anfisa?" Soal Tengku Ferhad agak sarkastik.

"Bukan macamtu, cuma nanti apa pula kata..."

"Nah menu, tengok lah dulu" Laju Tengku Ferhad mematikan pertanyaan Eirene dengan menyua buku menu pada gadis itu.

Eirene tak tengok makanan, malah dia tengok harga untuk setiap hidangan. Mak aiii! Potion sikit harga tak ramah betul. Orang kaya makan macam ni ke? Patut kurus.








           EIRENE mencucuk hirisan daging wagyu yang terakhir. Sedap tu sedap dah dengan flaky saltnya, dengan lembutnya. Masalahnya daging tu tak sampai sepuluh hiris. Haihh tak mengenyangkan. Balik nanti dia kena singgah Mc Donalds pula rasanya.

"Kenapa tengku senyum? Ada benda kelakar ke kat muka saya? Oufit saya pelik ek harini?" Eirene sudah rasa serba tak kena bila Tengku Ferhad mula bereaksi aneh dihadapannya.

"Makan ikut mulut Anfisa, buka ikut pipi. Nah tissue lap pipi tu. Ada sos" terus sehelai tisu disua ke arahnya.

"Erk mana semua orang ni tengku? Saya dah habis makan dah" soal Eirene yang mula rasa tak sedap hati.

"Diorang on the way. Kalau you tak kenyang order la lagi"

"Eh tak apa tak apa. Saya tengok harga wagyu tadi pun dah gayat dah. Terima kasih ajelah tengku" Eirene sengih dek rasa segan yang menggunung.

"I yang bayar. Wait, waiter!"

"Tengku Ferhad, it's okay saya takn—"

Tiba-tiba pelayan lelaki tersebut meletakkan jambangan bunga di hadapannya. Bunga lili, sepuluh kuntum, sebiji bunga yang dia buat siang tadi. Ada diselit kad dan juga tambahan kotak cincin baldu di celahan bunga lili tersebut.

Eirene sudah tidak tentu arah. Wajahnya terus berbahang. Dia memandang Tengku Ferhad dan tiba-tiba saja lelaki itu bangun.

"Ten-tengku nak pergi mana pula?"

"Anfisa, you wait here, I've a phone call. Don't go anywhere" pesan Tengku Ferhad sebelum keluar sebentar.

"Tapi..."

Eirene mengeluh berat. Malu yang tak dapat digambarkan ketika itu. Rata-rata pelanggan sudah memandang ke arahnya. Teragak-agak Eirene menarik kad ucapan tersebut untuk dibaca.

'Talkative Anfisa, would you be my Mrs and be a mommy to Helena?- Singa Pencen'

Eirene menutup mulutnya dengan tangan. Matanya juga sudah berkaca. Ya Allah, tolong sedarkan dia dari mimpi ini. Dengan terketar-ketar sebelah tangan membuka kotak baldu berwarna merah hati itu.

Sebentuk cincin perak bertatah berlian.

Cantik sangat-sangat.

Setitis air matanya mulai jatuh membasahi pipi. Eirene masih lagi dalam mood yang tidak percaya.

"Mommy, are you crying?"

Melingas Eirene menoleh ke sisi bila ada suara comel yang menegurnya.

"Helena! Babygirl mommy...." Terus Eirene memeluk tubuh si kecil itu erat dan sambung menangis di bahu anaknya itu pula. Tidak peduli lagi jika dirinya menjadi tumpuan ketika itu.

"Don't cry mommy, don' t cry" pujuk Helena.

"Anfisa..." Eirene kalut mengeringkan air matanya dengan tangan sebelum berdiri semula.

"Ya bonda" sahut Eirene sebak.

"Jadi menantu bonda ya?" Tengku Zahira memegang kedua belah tangan Eirene seakan berharap agar Eirene sudi menerima lamaran anaknya itu.

"Bonda, Eirene anak yatim piatu, Eirene takda harta, Eirene tak ada kerja hebat-hebat macam orang lain, Eirene tak sempurna. Bonda sudi ke ambil Eirene jadi menantu bonda?"

"Eirene Anfisa, dengar sini. Kalau bonda nakkan semua tu, dari awal lagi bonda tak pandang pun kamu. Kamu dengan cara kamu. Apa yang Anfisa buat, Anfisa ikhlas. Itu istimewanya kamu. Bonda yakin Anfisa boleh jadi isteri dan mommy yang terbaik untuk Ferhad,Helena dan anak-anak nanti" kata-kata Tengku Zahira terus meresap masuk ke jiwa Eirene.

"Terima kasih bonda sebab terima Eirene seadanya..."

"Jadi Anfisa sudi tak jadi menantu bonda?"

"Sis jangan bagi kami kecewa sis" sampuk Tengku Firhaz di belakang bondanya.

"Su-sudi" jawab Eirene gementar.

"Alhamdulillah"

"Yes!"

"Yeay!!"

Dua beradik itu bersorak gembira. Langsung lupa dimana mereka berada sekarang.

"Ehem!"

Tengku Ferhad muncul semula setelah lama dia memberi ruang pada keluarganya untuk berbincang dengan Eirene. Helena diambil lalu didukung selamba.

"Duda hot malaya dah nak tamatkan zaman duda dia lah. Congrats long" usik Tengku Firhaz.

"Shut up Tengku Firhaz Mirza" Tengku Ferhad menjeling tajam adik lelakinya itu.













          TENGKU FERHAD dan Helena menghantar Eirene sehingga ke kereta. Wajah Eirene masih lagi tak hilang merahnya. Nak bertentang mata dengan Tengku Ferhad pun dia tak sanggup.

"Thankyou Anfisa for accepting me" ucap Tengku Ferhad kedengaran sangat ikhlas di pendengaran Eirene.

"You're welcome tengku. Tengku pun terima kasih juga" balas Eirene yang langsung tak angkat wajahnya dek rasa malu yang menggunung.

"It's okay no problem,"

"Kalau saya tak terima lamaran tengku tadi macam mana? Tengku dah la tipu saya awal tu" gertak Eirene mahu mengusir rasa kekok antara mereka.

"I tak terfikir pun yang you akan tolak. Tapi kalau betul tadi you tak terima, maybe I and Helena akan pindah duduk oversea kot"

"Eh jauhnya tengku nak lari"

"Yea, tapi you pun dah terima. Selamat dah I dekat situ" Bibir Tengku Ferhad menyeget sedikit. Suka pula dia.

"Mommy, akan stay dengan Helena forever kan lepasni?" Tanya Helena comel saja bunyi soalannya itu.

"Inshaallah shayang"

"Haritu daddy cakap daddy tak tahu macam mana nak buat mommy stay dengan kita" Helena pandang daddynya pula.

"Sekarang daddy dah tahu lepas daddy belajar" jawab Tengku Ferhad berseloroh.

Eirene ketawa terhibur.

"You Anfisa, hati-hati drive. Tak payah singgah mana-mana dah" Pesan Tengku Ferhad prihatin.

"Tapi saya nak singgah McD kejap tengku. Supper"

"Lepas McD balik rumah terus" tambah Tengku Ferhad dengan wajah seriusnya.

"Baik tengku. Bye. Bye babygirl mommy" pamit Eirene sebelum pergi.

















to be continued•

המשך קריאה

You'll Also Like

3.5K 505 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
4.5K 75 12
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
282K 14K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...
2.1M 97.9K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...