Godaan Encik Suami [C]

By Marleneith

1.5M 57.5K 1.4K

1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu E... More

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38
B A B 39
B A B 40
E P I L O G
E N D
NEW SERIES

B A B 12

33.7K 1.4K 32
By Marleneith










       AGAK struggle untuk Eirene berjalan dengan memakai dress labuh itu masuk ke dalam hotel. Sampai di depan grand ballroom, Eirene rasa berdebar tiba-tiba. Tak ada sorang pun yang dia kenal dekat sini. Dah la semua orang pakai cantik- cantik gila malam itu.

Seketul Eirene Anfisa tengah insecure.

Dua tiga kali Eirene berfikir sama ada mahu keluar semula atau tebalkan muka masuk ke dalam dewan.

Ahhh! Malunya aku.

"Eirene Anfisa, is that you?" Seru seseorang yang memanggil nama penuhnya. Teragak-agak Eirene mahu menoleh ke belakang.

"Eh tengku"

"Kenapa you tak masuk?"

"Erk saya baru plan nak balik. Saya malulah tengku. Tadi tak malu sangat. Ini tak ada sorang staf pun yang saya kenal. Pishanglah saya" Ujar Eirene dengan wajah yang tidak selesa bila dirinya menjadi tumpuan orang yang lalu lalang.

"What? You ni pelik-peliklah Anfisa"

"Hm begitulah kira-kiranya tengku. Saya cuak ni" jawab Eirene.

"Come, follow me. Kita masuk sama-sama" ajak Tengku Ferhad bunyinya dingin tetapi wajahnya biasa saja.

Eirene pun mengekor dari belakang.

Rata-rata jemputan yang hadir semua memandang ke arah mereka berdua. Eirene berjalan sambil memandang carpet merah di lantai sehingga tak perasan yang Tengku Ferhad dah berhenti melangkah. Tiba-tiba saja dia dan nampak kasut kulit berkilat di atas karpet merah itu.

"E-ehhhh!" Eirene hilang pertimbangan saat mengelak dari mencium tubuh gagah lelaki itu.
Kasut tumit tingginya juga samgat tak menyelamatkan keadaan.

"Mommy!"

"Anfisa!" Mujur dia sempat memaut pinggang gadis itu. Kalau tak mungkin Eirene dah selamat jatuh disambut lantai marmar yang keras tak boleh bawak bincang itu.

Kalut Eirene menstabilkan tubuhnya semula. Dipandang sekeliling mujur staf-staf tengku Ferhad dah mula bangun pergi ambil makanan.

"Ya Allah, maaf tengku maaf! Saya tak sengaja" tuhan saja yang tahu malunya Eirene tika itu.

"It's okay, hm duduklah. Kejap lagi bonda dengan ayahanda I sampai" Eirene tegenap sebentar.

Bonda?

Ayahanda?

Maknanya Eirene makan semeja dengan keluarga Tengku Ferhad kah? Astaghfirullah ya Allah, janganlah kau debarkan hati hambaMu ini.

"Duduklah sis, situ sebelah Helena tu kosong" ajak Tengku Firhaz yang sememangnya terlajak ramah itu.

Dalam diam, dia memuji kecantikan bekas pekerja abangnya itu. Patutlah Tengku Ferisha cakap cun, dah jumpa depan-depan macamni memang cantik pun orangnya.

Beautiful beyond expectations.

"Yeay, my beautiful mommy dah datang" sorak Helena ceria.

"Yeayy! Cantiknya babygirl mommy malam ni. Siapa buat baju?" Tak segan lagi Eirene mahu mencium pipi Helena. Si kecik itu pun menyeringai suka.

"Daddy belikan" Helena menunjuk daddynya yang sedang berdiri menunggu kehadiran tetamu kehormat itu.

"Oh. Rindu mommy tak?" Sengaja Eirene menduga.

"Of course! Helena miss you so much mummy" selepas itu si kecil itu mula memeluk tubuh Eirene melepaskan rindu.

"Erk nak tanya, tak apa ke saya duduk sini? Saya kan cuma—"

"Tak apa sangat-sangat sis. Lagipun, kalau nak suruh duduk sana semua dah reserve cukup-cukup untuk staf" potong Tengku Ferisha sambil menguntum senyum.

"Tak apa sis, jangan malu-malu. Nanti jadi ahli keluarga ni juga" seloroh Tengku Firhaz.

Zzap!

Si abang sudah menghadiahkan jelingan maut pada adiknya itu. Dia tahu sangat dark joke Tengku Firhaz. Tak habis-habis nak buat dia marah. Humban dalam lombong baru tahu.









"DATANG sendiri ke ada kawan yang hantarkan Anfisa?" Soal Tengku Zahira yang sudah selesai menjamu selera.

Tegak terus bulu segala bulu yang ada bila namanya diseru oleh Tengku Zahira. Eirene senyum dulu menutupi rasa gugupnya itu.

"Erm datang sendiri tengku"

"Bonda"

"Hah? Maafkan saya—" Eirene hampir cemas.

"Tak payah bertengku bagai. Panggil saya bonda saja" ulang Tengku Zahira.

"Oh-ohhh ba-baik bonda" angguk Eirene persis burung belatuk.

"Mak dengan ayah ada lagi?"

"Tak ada dah bonda. Arwah mama dengan papa dah meninggal 5 tahun lepas. Accident masa baru balik buat umrah" cerita Eirene.

"Innalillah...takziah atas kehilangan"

"Terima kasih" balas Eirene bersama segaris senyuman.

"Kamu ni anak arwah Ir Khaleed ke?" Celah Tengku Hazzar yang sedari tadi jadi pendengar setia.

"Ya, itu ayah saya tengku. Khaleed Sanusi ke yang tengku maksudkan?"

"Ya. Lah kecil betul dunia rupanya. Itu sahabat lama ayah tu" kata Tengku Hazzar tidak menyangka bakal bertemu dengan anak arwah sahabat baiknya.

Tiga beradik itu berpandangan sesama mereka.

"Ouh ye ke?" Eirene hanya mampu ketawa sebab tak tahu nak bagi reaksi apa.

"Dah besar panjang dah anak arwah ya, kamu ada abang kan?" Soalan itu mengundang rasa gelisah dalam diri Eirene. Gadis itu tenggelam sebentar dalam dunianya.

"Anfisa?" Sergah Tengku Ferhad.

"Ya saya," barulah Eirene kembali semula ke dunia nyata.

"Kamu ada abang kan? Dia kerja apa sekarang?" Soal Tengku Hazzar lagi.

"Haah, ada tengku ada. Erm dia dah tak kerja. Dia ada masalah sikit" Jawab Eirene.

Masing-masing diam.

"Oh faham. Tak apalah, sabar je la ya?" Eirene sekadar mengangguk dan tersenyum hambar.

Sampai bila dia mampu bersabar dengan sikap abangnya itu pun dia sendiri tak tahu.

"Mommy, nak buah watermelon" tiba-tiba Helena menyelit meminta buah pula.

"Nah sayang" Eirene menyua sepotong buah tembikai pada Helena. Napkin diambil lalu diselit ke dalam leher baju gaun kembang itu supaya tak kotor. Eirene ambil napkinnya juga sebagai tambahan menutupi bahagian badan gaun itu.

"Eat carefully okay? Sayang baju"

"Nanti bila-bila Anfisa free datanglah rumah ayah dengan bonda. Boleh Anfisa ajarkan bonda buat kek coklat" kata Tengku Zahira.

Eirene melopong terkejut. Dia menoleh memandang Tengku Ferhad yang berwajah tak bersalah itu. Santai saja lelaki itu meneguk air jus yang berbaki di dalam gelas.

"Erkk saya pun tengok google aje bonda" balas Eirene.

"Tapi sedap betul kek yang kamu buat tu. Bonda suka"

"Sha pun suka"

"Ngah pun suka"

"Helena love chocolate cake mommy buat"

Sampuk tiga lagi suara tambahan itu. Kemudian masing-masing ketawa terhibur bila Helena pun cuba masuk juga.

"Terima kasih semua" ucap Eirene yang sudah seperti udang kena bakar.

"Air" Tiba-tiba Tengku Ferhad menyua segelas jus oren padanya. Niat mahu meredakan rasa malu gadis itu.

"Uuuuu!" Usik Tengku Firhaz.

"Thankyou tengku"

"Sweet!" Tambah Tengku Ferisha pula.

Tengku Ferhad menjeling adik-adik bertuahnya tajam. Perasan, memang ada yang tidur lombong betul malam ni.

"Budak berdua ni memang suka menyakat pun Anfisa, kena kuatkan mental je la. Jangan malu-malu" kata Tengku Hazzar sporting habis.

Oh faham....

Tapi nak biru jugak la muka dia selama dia duduk dekat situ.



















Eh terlajak ke next chapter pulak. Benda dah published, enjoy je la ek🫣

to be continued•

Continue Reading

You'll Also Like

628K 23.4K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
308K 12.3K 21
β€’B O O K F O U Rβ€’ (COMPLETE) βœ”οΈβœ”οΈ ~β€’π–’π–ž π–˜π–Šπ–ˆπ–—π–Šπ–™ π–‡π–—π–šπ–™π–†π–‘ π–œπ–Žπ–‹π–Šβ€’~ Korang kena baca story ni β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’...
43K 1.2K 19
"Scapel "arah shahwan dengan wajah serious memandang Farah ,ye Farah doktor yang bantu dia dalam pembedahan tersebut tapi dia sebuk nak berangan. "Sc...