Mr.Mafia Milik Ashi

Por Izzleverty

11.3K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... Mais

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 10

340 29 0
Por Izzleverty


Aku mengibas muka aku.Panas pula hari ini.Berpeluh leher dan belakang badanku.

Sekarang ni aku dekat luar rumah.Bosan bosan,nak buat apa dekat dalam?Panas,berkuap semua ada.

Lagipun ibu dengan papa takda kat rumah.Entah ke mana perginya suami isteri itu.Vel ada je dekat dalam,tapi macam biasalah dia tu berkurung je dalam bilik.Adam dah lama balik ke Malaysia,lepas puas bercuti dengan kawan kawan dia.Sekarang dia pun takda dekat rumah.

Hmm memang takda peneman berbual lah jawabnya.Nak ajak Milly keluar,dia pun tengah sibuk.Raeez?Huh,hampir sebulan aku tak jumpa dia.Mesej tidak,telefon pun tidak.Ada jugak aku terjumpa dengan dia dekat balai,tapi saja aku sibukkan diri.Karang tak pasal pasal kena gari pulak dengan aku.

Oh ya pasal kes haritu,aku masih tak tahu apa yang terjadi.Tak pula aku bertanya dekat Adam.Entah,mulut ni berat je nak bukak.Lately ni jugak aku kurang bercakap.Lebih kepada pendiam.

“Haih...bosannya....” Aku mengeliat sedikit di atas kerusi bangku.Bosan tahap maksima!

Mata aku tiba tiba terpandang basikal tua milik papa yang tersadai elok di tepi dinding rumah.Hmm..aku berfikir sejenak.

Panas panas macam ni,ada bagusnya jugak rendam kaki dalam air terjun.Aku tersenyum.Dah lama rasanya tak ke sana.

Di kawasan sini,memang ada satu tempat air terjun.Tak ramai orang tahu sebab agak tersorok ke dalam.Tapi masih setia dikunjung ramai.Paling best,air terjun tu agak dekat,jalan kaki pun boleh kalau nak ke sana.

Aku berlari masuk ke dalam rumah.Satu beg diisi dengan kain tuala dan pakaian.Tak mandi pun,tapi manalah tahu kot kot aku terjatuh masuk dalam air ke.At least ada lah jugak baju spare.

“Vel!Aku keluar jap tau!” Aku menjerit bila melalui bilik Vel.

“Pergi mana?!”

“Air terjun” Jawab aku lalu menutup pintu rumah.Basikal tua papa aku ambil lalu mula mengayuh.

Ahh terasa tegang otot kaki aku bila mengayuh.Mungkin sebab dah lama tak naik basikal.

Beberapa minit berlalu,akhirnya aku sampai di situ.Terpampang satu board tertulis nama tempatnya.

HUTAN SIMPAN SUNGAI RAMBAI

Sejuk je rasa bila masuk di situ.Ialah dah nama pun hutan kan?Aku letak basikal di satu tempat.Tak ramai orang datang,adalah beberapa buah keluarga datang bermandi manda.Tak lupa juga dengan pasangan bercinta.Ada je tengah duduk di atas batu.Haih..malas aku nak cakap apa pasal tu.

Aku mula mencari port untuk merendam kaki.Hmm..cetek ke dalam?Kalau pilih cetek,nanti tak feel nak rendam kaki.Basah pun setakat buku lali je buat apa?Baik duduk bertapa dalam bilik air jirus kaki je.

Akhirnya aku memilih untuk duduk di tempat yang agak dalam.Kaki aku mula masuk ke dalam air.Wuuu sejuk.Hilang habis semua rasa panas dekat rumah tadi.

Walaupun cuma merendam kaki,badanku sudah mula menggigil sejuk.Gigiku berlaga laga.

‘Brushhhh!!’ Aku dengar bunyi bising di hujung sana.Ramai remaja lelaki di situ.Seronok agaknya melompat masuk dalam air.

Aku keluarkan telefon.Aplikasi Pou aku buka lalu bermain game.Nak skrol IG,tapi tak boleh.Dekat kawasan bukit ni,line slow and zero terus.Main game je lah mampu,takpun selfie gambar dua tiga keping.

Melihat semuanya seronok bermandi manda,buatkan aku berkira kira nak mandi atau tidak.Macam best je kalau dapat berendam dalam ni.Tapi tak berani,tempat yang aku pilih ni agak dalam.Aku dahla pendek,tak pandai berenang pulak tu.

Nak ubah pergi tempat yang tak berapa dalam,ada orang lah pulak kat situ.Malu aku nak mandi situ.Nak pilih tempat hujung,ahh tu lagi dalam.

“Ash” Suara itu mengejutkan aku.Mujur aku tak jatuh kedepan.Kalau tak,tenggelam lah aku kat situ.

“Buat apa kat sini?” Sugul wajah aku sambil bertanya.Macam mana pulak Raeez boleh tahu aku kat sini.Baru sebulan aku tak jumpa dia.Kalau boleh aku taknak jumpa dia terus.

“Aku nak jumpa kau.Kakak kau cakap kau dekat sini.” Raeez masih lengkap berpakaian kerja.Dia duduk di sebelah aku.

“Eh,kotor baju awak nanti.Pergi duduk atas kerusi sana” Terbuntang mata aku tengok Raeez selamba je duduk atas tempat kotor.Aku tak kesah pasal dia,aku kesah pasal baju tu.Mesti mahal,kalau dah kotor mesti susah nak basuh.

“It’s okay. Kotor boleh basuh” Wah mudahnya jawapan.Kalau dia sendiri yang basuh takpa lah jugak.Kalau orang lain basuh?Tak ke menyusahkan kerja mencuci.

“Kau kenapa lately ni?Kau lari dari aku hm?” Soal Raeez.Aku tersedak sedikit.

“Mana ada.Apa faedah kalau saya lari dari awak sekalipun?” Aku beriak selamba.Kaki yang masih terendam aku goyang ke depan dan ke belakang.

“Then,kenapa mengelak dari aku masa dekat balai?Aku call kau sebulan yang lepas,kenapa decline?Aku mesej kenapa tak reply?Kenapa onetick je?Kau block aku?” Bertalu talu soalan yang dia lemparkan.Aku ternganga seketika.Perghh macam machine gun je mulut dia.

“Banyak nya soalan.Mana satu saya nak jawab ni?”

“All of my question” Arahnya senada.Kakinya juga turut berendam sekali dengan seluar slacknya.

Aku menghela nafas pendek.Kotak suara aku betulkan tanda bersedia memberi jawapan.

“Okay,first saya bukan mengelak tapi saya tengah busy.Second,saya tak decline tapi bateri tiba tiba habis.Third,saya tak reply sebab saya tak sempat tengok telefon.Fourth,onetick sebab data saya habis.Fifth,saya tak block..tapi Whatsapp ada problem kot.”

Nah..semua jawapan tipu belaka.Tak sanggup aku nak jawab jujur.Mahunya dia bagi aku denda lagi macam hari tu.Malu aku 7 keturunan.

Sejujurnya memang aku block dia pun.Hoho...

“Your answer...is suspicious.” Raeez tenung aku semacam.Aku telan liur.

Gulp!Mencurigakan?Pelik sangat ke jawapan aku tadi?Janganlah kantoi...

“But it’s okay.I accept your answer” Fuh..aku lega bila dia tak syak apa apa.

Tiba tiba dia menghulur tangannya.Aku berkerut pelik.Nak apa pulak ni?

“Your phone”

Ha sudah! Kantoi lah nanti. Aduh...dahla belum letak password lagi.

“Eh,buat apa?Tak payah la,lagipun saya tak bawak fon.Tertinggal dekat rumah.Sebab yelah..kang jatuh dalam air pulak kan?Hahahhahaha..” Aku gelak hambar.Jelas kedengaran dibuat buat.Jawapan sebernas mungkin dicipta.Telefon perlahan lahan aku letak ke belakang,di bawah daun daun kering.

“Don’t lying to me.Aku nampak kau main game Pou tadi.No excuse,give me your phone now”

“No,cukup dua kali awak check telefon saya.That’s my privacy!” Aku menghalang Raeez yang gigih menarik tanganku.

“It’s not a privacy when you didn’t put a password” Raeez masih berusaha lagi.Pergelangan aku digenggamnya kuat.

“I already did it!Awww” Aku menyeringai bila tangan terasa sakit.Serta merta dia melepaskan aku.

Tangan aku dibeleknya.Pergelangan aku sudahpun memerah sempurna.Kuat betul dia genggam tadi.

“Look i’m sorry.Aku takda niat nak buat kau macam tu” Mendengar kata kata itu,terus aku teringat akan perbualannya dengan ibu dan papa hari tu.Hampir sama sahaja ayatnya.

“No!Stay away from me!” Aku separa jerit bila dia mendekat dengan aku.Tiba tiba aku rasa takut pada Raeez.

“What’s wrong?Hey shhh” Raeez menutup mulut aku bila melihat aku yang terjerit bagai nak rak.Aku cuma mampu diam,nak lari pun tak boleh.Semua pergerakan aku dah dikunci.

“I’m sorry sebab sakitkan kau tadi.Aku cuma,tak suka bila kau tipu aku” Raeez mengeluh.Pegangannya dilepaskan.

“Kenapa pulak tak suka?Lantaklah saya nak tipu awak atau tak.Saya bukannya sesiapa pada awak” Aku menggosok tanganku.

Kami berdua diam seketika.Tak lama kemudian,Raeez bangun lalu meninggalkan aku.Aku hanya pandang. Makin lama, bayangannya makin hilang di sebalik pokok pokok. Entah ke mana dia mahu pergi. Mungkin mahu pulang, letih melayan perangai aku yang satu ini. Aku membiarkan lalu merenung air terjun. Kepalaku yang memikir banyak hal, cuba untuk aku kosongkan.

Ralit punya ralit,aku terpandang benda bergerak merangkak pada batu berdekatan aku.

Aku fokus.Panjang dan banyak kaki.Makin dekat dia berjalan ke arah aku.

“Arghhhh!!!! Awak,ada lipan!” Aku menjerit kuat biarpun aku sedar Raeez tak akan dengar. Dia mungkin sudah jauh. Aku kelam kabut untuk bangun.Tapi susah sebab kaki aku kejang tiba tiba.Mungkin sebab terlalu lama duduk.

Dan aku pun tumbang dengan selamatnya ke dalam air yang dalam itu.

“Awak!” Panggilku tenggelam timbul.Pandangan aku kabur kerana dipenuhi air.Aku tak tahu orang lain dengar atau tidak.

Remaja remaja yang bermandi manda tadi sudah hilang entah ke mana.

“T-tolong!” Aku tenggelam lagi.Dengan air yang mengalir agak deras,tubuhku terdorong ke belakang.Kaki aku juga tak mampu dikawal dengan baik.Dan aku terpijak batu yang agak lincin di bawah.

Akhirnya,aku tak tahu apa yang terjadi.Yang aku tahu, aku tenggelam ke dalam air yang dalam itu. Telinga dan hidungku dimasuki air lalu aku tidak sedarkan diri. Aku berharap ada seseorang yang sudi menolong aku.

Continuar a ler

Também vai Gostar

48.5K 2.3K 62
[Karya kedua adinda_bongsu] "Hati ni kan macam ni...once broken considered sold.!"-Ammara Aisya Pepatah yang dipegang seorang gadis hingga membuatkan...
1M 29.5K 61
Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh k...
1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejá vu. Setiap kali...
43.4K 1.9K 31
Disebabkan kedegilan seorang Khairul Asyraff, Aina Syazwani yang menjadi korban. Tempoh yang diberikan hanyalah dua minggu. Apa lagi yang dia boleh b...