Zharil Darriz

By meqayla

520K 7.2K 278

Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi se... More

Perkenalan
C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12

C13

12.9K 432 20
By meqayla

AISH naik ke atas bersama susu panas yang baru dibuatnya tadi. Apabila dia berada betul-betul di depan pintu bilik tidur mereka, dia menjadi kaku seperti patung. Dirinya rasa bersalah atas apa yang dia katakan kepada Zharil. Namun, hatinya kadang terasa puas setelah meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.

Nafas panjang ditarik, sebelum membuka pintu bilik. Pintu dibuka perlahan-perlahan dan kepala dimasukkan memandang kiri dan kanan mencari kelibat Zharil. 'Ish! Mana pula wolf puaka ni? Takkan lah dia marah sangat kat aku sebab tadi tu.' Keluhan halus keluar dari mulut Aish.

Dia mencuba nasib mencari Zharil di dalam tandas namun tidak ada sesiapa mahupun lantai basah yang menunjukkan Zharil mandi di situ. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Teringat sahaja tentang bilik kerja Zharil yang berada di hujung, terus dia bergegas keluar mendekati bilik itu.

Krek..

"Assalammualaikum.." Perlahan suaranya memberi salam. Risau Zharil terkejut melihat keberadaannya di dalam bilik itu. Dia masuk mendekati meja kerja besar yang berada di hujung. Satu demi satu barang yang ada di dalam bilik itu dia perhatikan seperti dia terpukau dengan kekemasan dan kecantikan bilik itu.

"Pandai juga wolf ni hias bilik. Cantik and kemas." Dia mencapai kotak berwarna merah yang berada di atas meja itu. Kotak itu diperhati Aish sebelum dia melihat isi yang ada di dalam. "Siapa punya pula ni?" katanya sendiri. Baru sahaja dia mahu membuka kotak itu tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar.

"Didn't i warn you not to come in my room as you wish?" Jelas suara beku dan tegas Zharil.

Aish menoleh ke belakang memandang Zharil yang sudah menunjukkan wajah bekunya. "Maaf lah Dr. Saya tak ada niat pun nak masuk tanpa kebenaran. Ni sebab Dr lah, saya cari Dr kat bilik tak ada tu yang saya masuk cari kat sini."

Melihat Aish yang sedang memegang kotak merah itu, Zharil pantas merampasnya dari pegangan Aish dengan kasar. "Aku tak suka orang lain sentuh barang aku sesuka hati. Remember Aish, don't you ever touch my things lagi-lagi semua yang ada dalam bilik ni. Kau sepatutnya bersyukur sebab aku dah bagi kau tinggal sekali dengan aku." Keras suara Zharil membuatkan Aish terkaku.

"Ouh, okay." Itu sahaja yang mampu Aish keluarkan dari mulutnya sambil melakarkan senyuman palsu. Pandangannya kini sudah beralih dari memandang anak mata Zharil. Dia melangkah meninggalkan bilik kerja Zharil terus masuk ke dalam bilik tidur.

Zharil membuka pintu bilik tidur mereka perlahan. Dia berdiri di depan pintu sambil memandang Aish yang baring membelakanginya daripada jauh. Lalu mendekati katil yang bersaiz king itu dan duduk di belakang Aish. Mata dipejamnya rapat. Nafas ditarik panjang sebelum dia bersuara. "Aish, aku minta maaf," katanya lembut dengan penuh rasa bersalah.

"Buat apa Dr nak minta maaf? Sepatutnya saya yang minta maaf sebab ni salah saya. Saya yang masuk bilik Dr tanpa izin. Saya ni bukan sapa-sapa pun dalam rumah ni. Saya lupa yang saya ni hanya ORANG LAIN dalam rumah Dr ni." Sengaja dia tekankan 'orang lain' itu supaya Zharil sedar akan kata-katanya tadi.

"Huh" kedengaran keluhan halus Zharil. Belum sempat Aish berpusing memandang Zharil, badannya sudah dipeluk dengan erat oleh Zharil dalam keadaan baring mengiring. Aish mengerutkan dahinya memandang tangan yang melingkar di perutnya.

"I'm sorry little girl. I was completely unintentional."

"Little girl.." Panggil Zharil namun tiada balasan.

"Little girl?" Zharil kerutkan dahinya. Sekali lagi dia memanggil Aish.

"Sayangku Aish Qayla?"

Mendengar nama penuhnya dipanggil, dia terus menoleh memandang Zharil. Kini mata mereka saling berpandangan. Terlihat Zharil yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Aish menunjukkan wajah marahnya. "Ya, Dr Zharil Darriz. Dr nak apa?" Dia bersuara dengan rasa marah ditahan-tahan.

"I'm sorry."

Aish memberi jelingan tajam. "Ya lah, saya maafkan. Jangan buat lagi. Saya ni isteri Dr bukan orang lain. Kecuali lah Dr yang anggap saya ni orang lain."

"Okay Witch." Zharil mengenyitkan mata kanannya.

HOTEL yang mewah itu dihiasi dengan bunyi kasut tumit tinggi. Rambut dihayunkan mengikut rentak lenggok badannya yang cantik dengan pakaian dress yang singkat. Mata yang dihiasi dengan bulu mata melentik itu tidak lepas dari memberikan pandangan menggoda.

Marissa melangkah memasuki lif hotel sambil mengambil sesuatu dari dari beg tangan mahalnya. Telefon dibuka dan nama seseorang dalam kenalannya ditekan.

"Mana dia ni?" Dengan kening dikerutkan dia melihat panggilannya yang tidak diangkat. Terbuka sahaja pintu lif dia terus melajukan langkahnya mendekati pintu bilik 631. Tangan dimasukkan ke dalam beg tangan mengambil kad bilik hotel itu. Terlihat lelaki yang berumur sedang duduk memandang ke luar tingkap kaca yang besar sambil meneguk air haram apabila dia membuka pintu bilik itu.

"U! Kenapa u tak angkat call i?!" marahnya sambil melangkah mendekati lelaki itu. Dia memandang lelaki itu atas bawah dengan dahi dikerutkan. Lelaki tadi mengangkat pandangannya memandang Marissa yang sudah berdiri di sebelahnya. Senyuman manis lelaki itu lakarkan.

"Kenapa u marah-marah ni baby? Siapa yang buat u marah ni?" Gelas diletakkan di atas meja dan menarik tangan mulus Marissa ke arahnya. Ribanya menjadi sasaran Marissa untuk duduk. Dia memusingkan badan Marissa menghadapnya. Pipi mulus Marissa dielus lembut. Tangan mulus Marissa diangkat mendekati bibirnya.

"Just forget about that. Let's have fun tonight." Dia mengisi gelas kaca itu dengan air haram sebelum gelas itu disuakan kepada Marissa.

Air haram tadi diteguk Marissa sehingga habis. Air haram sudah menjadi air kegemarannya dan menjadi kewajipannya untuk minum setiap hari.

"I boleh shopping apa je?" Ingin kepastian.

Pantas lelaki itu mengangguk. "Yes. You cakap je you nak pergi mana. I tak kesah."

Bersama senyuman dibibir, Marissa menarik tangan lelaki itu keluar dari bilik hotel. Namun langkah terhenti sebab telefon yang tiba-tiba berdering.

"You turun dulu lah, I nak kena angkat call."

Tidak menyoal banyak, Marissa terus membuka langkah keluar.

Telefon ditarik kelur dari poket seluar.

"Hello, Dato Halim. Don't forget about our discussion this evening. I hope u do as u promised." kedengaran suara dari corong telefon.

"No problem. I'm man with my word." Panggilan dimatikan sebelum dia melangkah ke katil yang bersaiz king itu.

AISH menyediakan makanan sarapan sebelum dia pergi ke kelas. Tangan naik mengikat rambut gaya messy bun sambil bergerak ke dapur mengambil nasi yang digorengnya untuk dihidangkan di atas meja depan. Dalam dia menyusun makanan, terlihat Zharil yang sedang mendaki turun tangga menuju ke arah meja makan. "Morning Dr." Senyuman diberikan kepada Zharil.

"Morning." Balasnya sambil tangan menarik kerusi.

"Dr nak minum apa? Coffee, tea or orange juice?" Dengan masih memakai apron bunnynya, Aish berdiri di sebelah Zharil.

"Coffee please." Aish terus melangkah semula ke dapur untuk membuat air Zharil.

Aish keluar dari dapur bersama mug berisi coffee. Mug diletakkan di hadapan Zharil. Dia mengisi nasi goreng ke pinggan Zharil sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Zharil. Matanya tidak lari daripada memandang jejaka tampan di sebelahnya dengan tangan diletakkan di bawah dagu.

"Yes or nah?" soalnya teruja sebaik sahaja nasi gorengnya selamat mendarat ke dalam perut Zharil.

Zharil memandang wajah teruja Aish. Hatinya terasa tenang melihat senyuman manis Aish sehingga dia melakar senyum nipis tanpa sedar. Terlihat Aish yang membuat muka pelik melihatnya terus dia mematikan senyuman. "Ehem! What, nasi ni?" Pura-pura tidak faham soalan Aish. Namun soalan dijawab dengan aggukkan Sahaja. "Erm...not bad lah."

Aish sudah membuat muka kecewa. "Esok buat lagi macam ni. Jangan buatkan untuk lelaki lain. Only me." Sempat dia berpesan sebelum melangkah keluar.

"SO, jadi kan petang ni?" tanya Aish ingin kepastian. Dia belum memberitahu Zharil untuk keluar petang ini namun dia pasti Zharil akan membenarkannya keluar.

"Mestilah jadi. Aku dah kosongkan perut aku ni untuk makan petang ni tau. Kau jangan tak jadi pula." Amaran diberikan kepada Aish. Sanggup Zahra tidak makan pagi semata-mata mahu makan sepuasnya waktu celebration nanti. Tidak lama itu pintu kelas dikuak dari luar. Masuk seorang jejaka tampan dan wanita jelita ke dalam kelas itu. Kelas itu dipenuhi dengan bunyi hentakan kasut tumit tinggi Marissa.

"Morning Dr. Zharil. Morning Miss Marissa."

"Morning. So class, saya akan ambil cuti untuk seminggu sebab hal peribadi so Miss Marissa yang akan ganti tempat saya sementara saya cuti. Then feel free to ask her for help about my subject." terangnya sebaik sahaja dia masuk bersama Marissa. Mahu tidak mahu, dia perlu berkerjasama dengan Marissa bagi menyelesaikan masalah di syarikatnya. Dia perlu menyelesaikan masalah syarikat dengan secepat mungkin sebelum syarikat itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Aish melakukan tugasan yang diberikan oleh Zharil namun matanya tetap fokus memandang ke hadapan. Pandangannya tidak lari dari memandang gerak-geri gedik Marissa yang berada disebelah Zharil dengan meletakkan tangan kanannya dibelakang kerusi yang Zharil duduki.

Marissa mengangkat kepalanya dan melihat Aish. Dia tersenyum kemenangan melihat wajah tidak puas hati Aish sebelum dia menaikkan tangan kirinya memegang bahu Zharil.

Zharil yang seakan terasa ada tangan yang menjalar di bahunya terus memandang Marissa. Mata tepat menikam anak mata Marissa dengan wajah serius ditayangkan. "Move your dirty hand off me." Pelan sahaja suaranya namun tegas.

Melihat wajah serius Zharil terus membuatkan Marissa berasa takut. Tangan terus dia jatuhkan kebawah dengan memberikan senyuman sengih ke arah Zharil. "I'm sorry."

"Okay class, time's up. Thank you class." Zharil berdiri dari duduknya sambil memasukkan MacBooknya ke dalam beg.

"Thank you Dr. Thank you Miss Marissa."

Zharil melangkah keluar tanpa menoleh Marissa yang berada di belakangnya.

Continue Reading

You'll Also Like

366K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...
226K 10K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
348K 10.6K 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zay...
920K 42.1K 52
5 tahun sudah berlalu.. Aylie dan Arrian masing-masing dengan laluan sendiri. Seorang di Malaysia, seorang di Sweden. Kalau di luaran, mereka sepert...