SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI

Af Leena_syiha

276K 42.8K 13.7K

"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Sy... Mere

Prolog
1 | Hero?
2 | Hipokrit?
3 | Raih kepercayaan?
4 | Berdamai?
5 | Jenayah?
6 | Dirompak?
7 | Kebenaran?
8 | Kemunculan
9 | Terikat
10 | Bertemu
11 | Welcome to Al-Fathi
12 | Hari pertama
13 | Pengkhianat
14 | Pelan
15 | Rumusan
16 | Majlis Korporat
17 | Keras kepala
18 | Palsu
19 | Rasa yang membakar
20 | Episod baru
21 | Merayau
22 | Sedia
23 | Manipulasi
24 | Kebenaran
25 | Jijik
26 | Risau
27 | Demam
28 | Pertemuan
29 | Beban
30 | Tugas besar
31 | Mual
33 | Kotak Pandora
34 | Waktu Makan
35 | Marah?
36 | Pagi
37 | AGM
38 | Arnab yang sebenar
39 | Mood yang baik
40 | Cerita Nurrah
41 | Trauma

32 | Mesej comel

8.7K 1.1K 229
Af Leena_syiha

Pagi. Seperti biasa, Irdina tiba di Kediaman Al-Fathi seawal jam lapan. Rumah banglo sangat sunyi. Hanya terdengar bunyi ombak dari luar sesekali. Irdina sempat juga menikmati pemandangan dari atas. Melihat pantai di waktu pagi.

Irdina menyusun dokumen di rak. Meletakkan nombor seperti yang Tuan Fathi pernah suruh dia waktu awal-awal dia bekerja. Itu memang cara Tuan Fathi, jika satu dokumen itu tiada nombor, pasti Tuan Fathi akan bertanya. Nombor itu penting untuk Tuan Fathi lihat mana dokumen yang dia perlu lihat dan periksa dahulu. Begitu banyak dokumen dan syarikat buat Tuan Fathi pula yang pening.

Irdina kadang aneh kenapa Tuan Fathi mahu melihat semua laporan dari syarikat-syarikat bawah seliaannya. Padahal sebenarnya Tuan Fathi boleh saja duduk diam di rumah ini berehat dan buat aktiviti lain tanpa mengambil peduli semua itu. Kerana Tuan Fathi ialah presiden atau pemilik sesebuah syarikat, bererti Tuan Fathi hanya boleh goyang kaki menonton drama di rumah. Semua kerja dibuat oleh pengarah atau pegawai eksekutif.

Namun, Irdina baru mengerti sebenarnya Tuan Fathi menelaah semua dokumen untuk memeriksa bagaimana keadaan syarikat yang diselamatkannya itu. Melihat pergerakan duit, perkembangan syarikat, keadaan pekerja dan paling penting memantau jika ada unsur haram menceroboh masuk. Tuan Fathi sangat berhati-hati dalam perihal itu. Kerana itu semua pengarah di bawahnya juga berhati-hati dalam berurus-niaga kerana mereka tahu semua kerja mereka ini akan dipantau Tuan Fathi kemudiannya. Tersalah sedikit, pasti mengundang masalah besar. Bukan sahaja Tuan Fathi menyenaraihitamkan mereka, malah mereka juga akan menghadapi masalah-masalah lebih besar setelah itu.

Irdina kagum dengan gerak kerja begitu. Sangat halus dan terselindung. Ramai yang tidak terlihat unsur haram di situ, namun Tuan Fathi terlebih dahulu menyedarinya. Jika perkara itu membawa 'hampir' kepada unsur haram sekali pun, pasti Tuan Fathi akan cuba mencari jalan lain bagi mengelak jalan itu. Ia satu perkara yang dikagumi untuk seorang billionaire yang bergelumang dengan rasuah, korupsi dan wang haram.

Irdina selesai menyusun fail. Dia tersenyum kecil mengucap hamdalah. Tidak tahu dia mengucap kalimah syukur itu kerana sudah selesai menyusun fail atau kerana kerjanya di bawah Tuan Fathi. Mungkin kedua-duanya dia syukuri.

Mengingatkan pertemuannya dengan Dato' Hanif semalam buat senyumannya memudar. Irdina menghela nafas perlahan.

Semalam Najah ada mengirim mesej padanya. Sudah lama juga dia tidak berbual dengan Najah. Kesibukan menghalang mereka berdua dari melepak seperti biasa.

Najah bertanya jika dia lapang hujung bulan ini. Sedangkan Irdina pasti lebih sibuk sementelah hujung bulan ini juga Rangkasa membuat mesyuarat agung tahunan. Walaupun Irdina tidak terlibat sepenuhnya dengan persediaan mesyuarat agung itu, Irdina tetap yakin jadualnya lebih padat.

Entah apa tujuan Najah mahu bertemu dengannya. Risau pula. Irdina jadi teringat ibu bapa Najah. Harapnya dia tidak perlu bertemu Najah di rumah Najah. Lebih baik dia tentukan pertemuan itu di tempat lain. Tanpa ibu bapa Najah.

Bunyi interkom mengejutkan Irdina. Itu tandanya Tuan Fathi sudah ada di meja kerjanya. Dan memanggil Irdina untuk masuk berjumpa.

Irdina bergegas mengambil tablet dan beberapa dokumen penting. Banyak perkara dia perlu laporkan kepada majikannya itu.

.
.
.

"Tak aneh Hanif mahu melabur sebaik dengar projek sepuluh kali ganda itu." Fathi memberi komen selepas mendengar cerita penuh Irdina.

Irdina mengangguk. Ya. Tidak hairan. Sesiapa pun akan terhasut sama. Jika dia jadi Dato' Hanif pun akan pasti terumpan untuk melabur bagi Rangkasa demi projek tersebut.

"Tapi itu tidak akan terjadi jika disampaikan orang lain. Dia bersetuju kerana ia disampaikan oleh kamu. Kerja yang bagus." Fathi memuji kerja Irdina.

Irdina mengangguk dengan senyum nipis. Gembira pula bila dipuji majikannya.

"Malam ini saya akan berjumpa Muazzam." Fathi bersuara selepas selesai cerita Dato' Hanif. Dia mengambil tablet nipis dan kecil di tepi, dibuka jadualnya.

Irdina berfikir sejenak. Tertanya-tanya siapa Muazzam. Setahu dia tiada pula pekerja Tuan Fathi bernama Muazzam.

Fathi sedar Irdina agak keliru selepas mendengar nama itu.

"Tan Sri Muazzam, perdana menteri Malaysia." Fathi jelaskan sambil membelek tabletnya.

Irdina baru tersedar. Dia mengangguk. Ya betul juga. Tuan Fathi panggil dengan nama sahaja. Dia tidak biasa.

"Saya kenal Muazzam sebelum dia jadi tan sri lagi. Sekarang saja saya perlu panggil dia tan sri ketika berjumpa, nanti dia kata saya biadap pula." Fathi bercerita tanpa Irdina bertanya pun.

"Waktu itu dia baru masuk politik. Masih muda dan tidak berpengalaman. Dia banyak didana oleh Hanif dan Syahiran. Dia pernah jadi timbalan menteri alam sekitar, empat tahun lepas dia dilantik menjadi perdana menteri." Sambung Fathi.

"Dia pernah minta saya beri dana pada partinya sebelum dia jadi perdana menteri. Disebabkan saya tahu dia korup, saya beri dia wang haram yang memang saya dapat dari syarikat lintah darat." Fathi terhibur teringatkan itu.

"Di mana lagi saya mahu salurkan duit itu melainkan kepada mereka yang memang tidak peduli tentang wang haram?" Fathi menggelapkan tablet.

Irdina hanya diam mendengar cerita Tuan Fathi. Walaupun tiba-tiba tapi banyak juga maklumat yang Irdina dapat. Rupa-rupanya wang dari syarikat yang dibersihkan Tuan Fathi, Tuan Fathi berikan pada ahli politik yang korup, dari situ ahli politik itu akan menyanjungi Tuan Fathi kerana beranggapan Tuan Fathi membantu mereka. Jika mereka curiga sekali pun, pasti terpadam rasa curiga itu apabila teringat kesanggupan Tuan Fathi membantu mereka. Tanpa mereka tahu Tuan Fathi cuma menjadikan sebagai tempat pembuangan wang haram.

"Tuan akan jumpa Tan Sri di mana?" Soal Irdina selepas lama diam.

"Di kelab malam." Jawab Fathi mudah.

Terkejut Irdina mendengar jawapan itu.

"Private pub yang saya bawa kamu hari itu. Di situ memang tempat saya berjumpa dia selalunya." Jelas Fathi.

Irdina terdiam. Sedikit kecewa bila teringatkan perdana menteri yang berfoya-foya di tempat sebegitu.

Fathi sedar riak wajah kecewa Irdina. Irdina walaupun tidak banyak bersuara, tapi riak wajahnya sentiasa jelas. Fathi mudah saja memahami apa dalam fikiran Irdina.

"Kerana itu kita perlu gantikan dia dengan perdana menteri yang adil dan jujur." Fathi bersuara.

Irdina mengangkat wajah pada Tuan Fathi. Dia kemudian mengangguk.

"Insya-Allah, tuan."

.
.
.

Malam, Fathi bersiap untuk keluar. Pertemuannya dengan Tan Sri Muazzam diadakan di ruangan privasi milik perdana menteri yang terdapat kelab mewah itu sendiri. Ruangan itu dinamakan Cielo, bermakna langit di dalam bahasa Spanish.

Pertemuan peribadi bersama Tan Sri Muazzam memang selalunya akan dibuat di Cielo. Fathi kerap juga dijemput ke sana. Selalunya apabila Tan Sr Muazzam mendengar berita besar tentang Fathi - seperti  Fathi ada membeli syarikat baru atau Fathi akan terlibat dalam projek besar, lelaki politik itu pasti mahu campur tangan apabila mendengar sesuatu yang menguntungkan.

Seperti kali ini juga, Fathi sengaja menjentik berita-berita kecil berkaitan pembukaan saham dan projek mega Rangkasa kepada Tan Sri Muazzam. Berita itu sampai juga di telinga perdana menteri itu. Sebentar sahaja Fathi menerima mesej jemputan Tan Sri Muazzam ke ruangan privasi itu.

Mudah sungguh. Padahal tiada siapa dapat meyakinkan kepastian projek tersebut, hanya kerana sifat tamak dalam hati membuatkan mereka buta menilai perkara itu lebih dalam. Yang pasti mereka tetap mahu terlibat dalam saham Rangkasa, agar mereka mendapat keuntungan yang besar apabila projek mega itu dibangunkan.

Fathi selesai membutang kemeja, dikemaskan kolar di hadapan cermin besar. Lengan kemeja juga dibetulkan.

Dia memilih kemeja putih sahaja malam ini. Itu sudah jadi kemeja kegemarannya. Kemeja putih ditindih blazer kelabu. Tidak perlu bertali leher. Bukannya pertemuan ini terlalu formal. Fathi yakin Muazzam cuma berbaju kasual sahaja.

Fathi sahaja tidak gemar berbaju kasual bila bertemu ahli politik. Dia berasa tidak profesional. Apatah lagi ahli politik itu ialah perdana menteri. Antara helah mengambil hati ahli politik berpangkat tinggi ialah berpakain formal sekurang-kurangnya menyarung blazer. Mereka akan berasa lebih dihargai. Itulah yang diamalkan Fathi sepanjang 14 tahun ini.

Dia menarik satu laci kaca memanjang.  Berderet-deret jam tangan miliknya di dalam laci itu. Semuanya berharga mahal. Salah satu perkara yang Fathi suka kumpulkan ialah jam tangan. Sejak mula dia bekerja dalam bidang politik ini, dia membeli jam satu demi satu sehingga menjadi berbilang sebegini. Dia sendiri tidak sedar. Bila sudah dewasa begini barulah dia perlahan-lahan berhenti.

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian Fathi ke pintu. Dia memandang sekejap sebelum kembali memilih jam tangan. Tanpa dia menyahut pun pintu sudah terbuka.

Muncul ibu membawa segelas jus epal. Jus epal itu nampak masih segar dan seperti baru sahaja dikisar. Cuma jus itu berwarna hijau. Bermakna ibu kisar epal hijau. Bukan merah seperti kebiasaan.

"Fathi..." Puan Leila menyapa anaknya. Ditatang gelas berisi jus epal ke meja rendah di tengah-tengah bilik Fathi.

"Ibu..." Fathi menyahut. Belum selesai memilih jam tangan. Dicuba satu demi satu.

Puan Leila menggeleng kepala. Sudah lali dengan sikap anaknya seorang itu. Dalam memilih pakaian dan aksesori, memang Fathi sangat cerewet. Bila mereka mahu keluar sama-sama, anaknya itu akan bersiap lebih lama berbandingnya. Puan Leila kadang keliru siapa yang perlu pin tudung sebenarnya. Kalau dia siap awal, dia akan jenguk bilik anaknya. Terlihatlah Fathi sedang memilih itu dan ini. Sangat cermat dan cerewet.

Seperti sekarang ini, masih sahaja memilih. Agaknya mungkin sebab itu anak bujangnya ini belum bernikah. Susah sungguh mencari yang menepati citarasanya.

"Epal merah tak ada, ibu?" Soal Fathi. Dia sudah bertemu jam tangan yang sesuai. Disarung ke pergelangan tangan.

Itu satu lagi perkara. Tak habis-habis dengan epalnya. Lebih cerewet tak mahu epal jenis lain, mahu epal merah juga. Epal merah pula mahu dari Amerika sahaja. Dengan nama Red Delicious. Epal jenis lain ditolak tepi.

Puan Leila menggeleng kepala mengenangkan itu, sambil tangan ligat mengemas katil anaknya yang sedia berkemas. Saja dia menepuk-nepuk duvet yang tersarung di katil itu.

"Dah habis. Kamu makan hari hari, mana tak habis." Puan Leila membalas. Dia menyusun bantal di kepala katil.

"Tak minta Amin tempah yang baru?"

Amin boleh dikatakan pekerja rumah ini juga. Hanya ditugaskan membeli barangan rumah. Fathi tak suka ibunya keluar membeli barang sendirian. Dia pula tidak boleh menemani. Jadi dia carikan personal shopper untuk barang rumah ini. Amin namanya.

"Dah pesan. Esok sampailah tu." Puan Leila siap mengemaskan katil anaknya. Dia bergerak ke ruangan persalinan. Terlihat Fathi baru saja selesai mengemaskan kemejanya. Entah berapa kali anaknya itu membetulkan kemeja biar betul-betul kemas.

"Jom, minum dulu." Puan Leila mengajak. Dia dekatkan gelas jus ke tepi meja biar mudah Fathi ambil nanti.

Fathi pula bergerak ke sofa. Dia baru berkemeja. Belum menyarung blazer. Nampaknya dia minum jus hijau malam ini. Dia labuhkan duduk, dilipat sedikit hujung lengan. Tidak mahu pula comot nanti.

Gelas diambil. Diteguk sedikit. Dua keningnya terangkat selepas tiga teguk. Diletak gelas sederhana itu atas meja. Dipandang tempat lain. Seperti mengelak dari berpandangan dengan ibunya.

Puan Leila sudah dapat tahu dari wajah anaknya itu. Tak sukalah tu jus epal hijau. Tapi tak mahu dia kecil hati. Itu anaknya itu diam saja.

"Memang kena jumpa Muazzam dekat Devor ke?" Soal Puan Leila selepas melihat Fathi berjaya juga teguk separuh gelas. Devor ialah nama kelab malam.

Fathi memandang ibunya. Baru selesai meneguk jus. Dia mengesat hujung bibir.

"Dia mahu jumpa Fathi di sana." Jawab Fathi.

"Boleh minta jumpa dekat tempat lain kan? Ibu rasa tak perlulah jumpa di kelab malam begitu."

Fathi terdiam. Dia tahu ibu tak suka dia ke sana. Setiap kali dia memberitahu jemputan Tan Sri Muazzam untuk ke Ceilo, wajah ibu mendung. Dia juga tidak suka ke sana. Tapi tempat itu ialah tempat yang paling Muazzam percaya sebagai ruangan tertutup dan privasi. Apa sahaja rahsia Muazzam boleh terbongkar di situ.

"Dengan perempuan-perempuan tak cukup pakaian, keliling si Muazzam itu... Kalau ibu, tak sanggup ibu nak tengok benda begitu." Puan Leila melontar wajah geli.

"Ibu percayakan Fathi. Tapi ibu tak percaya orang-orang di sana. Macam-macam dia boleh buat pada Fathi." Puan Leila mengeluh panjang.

Fathi tersenyum bila ibu nampak terlalu risaukannya. Dia habiskan jus epal.

"Ibu jangan risau. Fathi dah letak syarat pada Muazzam, setiap kali jumpa dia di Ceilo, Fathi tak mahu ada orang lain. Termasuk perempuan-perempuan di sana." Fathi mengelap mulutnya dengan napkin.

Puan Leila terdiam mendengar. Lega sedikit dia.

Fathi bangkit dari sofa. Dia melihat jam tangan. Sudah pukul 9 malam. Perjalanan dari sini ke Putrajaya memakan masa setengah jam juga. Janjinya dengan Tan Sri Muazzam ialah pukul 10 malam.

"Fathi tak terkesan ke tengok perempuan-perempuan di sana?" Soal Puan Leila. Ingin juga tahu isi hati lelaki anaknya.

"Tak." Fathi menjawab sambil menyarung blazer ke tubuh. Lengan kemeja yang dilipat tadi diturunkan semula dan dikemaskan.

"Sedikit pun tak?" Puan Leila cuma ingin kepastian.

"Tak, ibu. Haram." Jawab Fathi mudah tapi mendalam.

Puan Leila mengangguk. Dia berdoa dalam hati agar anaknya sentiasa dijaga.

"Irdina balik jam berapa tadi, ibu?" Soal Fathi tiba-tiba.

Puan Leila yang sedang mengelamun tersedar. Dia memandang anaknya. Tersenyum-senyum bila tiba-tiba nama Irdina muncul. Sudahlah baru lepas bercakap tentang wanita yang haram.

"Dia balik pukul 6 tadi. Dia ada tanya mana Fathi." Jawab Puan Leila. Tadi hanya ada dia ketika Irdina bergerak pulang. Fathi entah di mana.

"Fathi suruh dia hantar laporan Waiz petang tadi. Mungkin sebab itu dia cari Fathi." Jelas Fathi. Dia beri sentuhan terakhir dengan semburkan minyak wangi ke tubuh. Selesai sudah persiapannya. Semerbak haruman itu ke serata bilik.

"Jadi, laporan tu dia hantar tak?" Soal Puan Leila.

Fathi ambil telefon pintarnya atas meja. Dia yakin ada mesej Irdina. Cuma dia saja tak memeriksa lagi mesej Irdina. Terlalu banyak mesej masuk di aplikasi whatsappnya. Kadang dia perlu scroll ke bawah untuk mencari mesej.

Dicari nama Irdina, benar, ada mesej dari Irdina. Dia buka mesej itu.

Puan Leila menunggu jawapan anaknya. Nak juga tahu Irdina hantar atau tidak laporan itu. Tapi boleh pula Fathi tertawa membaca mesej Irdina itu. Mengundang pertanyaan pada Puan Leila.

"Kenapa?" soal Puan Leila.

Fathi berikan telefon pada ibu tanpa menjawab soalan itu. Mahu ibu lihat sendiri mesej Irdina.

Puan Leila melihat mesej itu. Dia pun spontan tertawa. Irdina beritahu dia sudah meletakkan laporan atas meja Fathi. Irdina sertakan sekeping gambar. Comel sungguh gambar itu. Ada lukisan anak panah dengan tulisan 'ini failnya, tuan'.  Anak panah itu dilukis betul-betul atas sebuah fail berwarna merah. Pasti itulah fail laporan yang diminta Fathi.

"Comelnya." Spontan Puan Leila komen. Tertawa. Diberikan kembali telefon pada Fathi.

Fathi melihat gambar itu buat kali kedua. Tersenyum nipis. Entah apa dia fikirkan.

Puan Leila menatap wajah anaknya dalam-dalam. Berbunga hatinya melihat reaksi anaknya pada mesej comel Irdina itu. Entah kenapa, dia rasa gembira dan tenang melihat wajah itu.

Irdina...

.
.
.

Buat yang rindukan mereka...

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

181K 12K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ก๐ž๐ซ ๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๏ฟฝ...
2.2M 61.3K 58
๐“ผ๐“ฎ๐“ฌ๐“ธ๐“ท๐“ญ ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ธ๐“ฏ ๐““๐“ช๐“ท๐“ฒ๐“ฎ๐“ต ๐“ช๐“ท๐“ญ ๐“๐“ฎ๐“ฒ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐ŸŒบ Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
Suamiku Mr.Bad Boy Af qiss

Krimi / Thriller

720K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
341K 13.2K 61
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...