Commando's: His Treasure (TER...

By Hudanajwa__

10.7M 226K 44.7K

Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak... More

Grup Gerak Khas (GGK)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
ANXIETY AND DEPRESSION
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
TERBIT

Bab 9

146K 7.4K 1.4K
By Hudanajwa__

Hotel Grand Tizz

Husniya Radwa dan Dahlia Batrisyia melangkah masuk ke ballroom itu dengan wajah yang berbeza. Dahlia dengan wajah gembiranya manakala Husniya dengan wajah kosong tak berperasaan.

"Besar do ballroom dia" mata Dahlia memerhati keadaan sekeliling. Semua classmatte mereka sudah sampai dengan pasangan masing-masing, ada juga yang membawa anak mereka.

"Classmatte kita 33 orang je, tapi ambil dewan besar gedabak" sampuk Husniya Radwa. Dia paling tak suka datang tempat-tempat macam ni, sesak dan merimaskan.

"Biarlah, diorang datang bawa suami, isteri dengan anak-anak diorang tahu tak? Mestilah ramai. Bila lagi kau nak datang tempat tempat macam ni" perli Dahlia.

"Tak rugi apa pun kalau tak datang"

"Malas aku cakap dengan kau" susah bercakap dengan manusia hati batu macam perempuan sebelah dia ni.

Tangan Husniya ditarik menuju ke meja kosong.

Buk!

"Aduh!" Jeritu suara itu.

Husniya hanya memandang kosong wajah perempuan yang sudah terduduk dihadapannya.

"Biy sakit" adu perempuan itu kepada kekasihnya.

"Eh hello cik sotong, berlaga sikit pun dah jatuh? Lembut betul tulang kau" perli Dahlia. Bukan dia tak tahu, Maria sengaja melanggar Husniya. Nak cari masalah la tu.

"Kau tak reti minta maaf ke?" Maria merenung tajam kearah wajah kosong Husniya apabila dia sudah kembali berdiri setelah dibantu oleh kekasihnya. Kata kata Dahlia tidak dihiraukan.

"Biy tengok perempuan ni, dah langgar orang tak reti minta maaf, sakit pinggang I biy" mengadu Maria kepada Syafiq setelah melihat Husniya hanya diam memandang kosong kearahnya.

"Toxic people acting as a victim is the funniest shit ever" kata Husniya perlahan namun masih mampu didengari oleh mereka.

"You tengok, dia masih cemburu dengan kita lah tu sebab itu dia sengaja langgar I" tangan Syafiq digoyang laju.

"Husniya, i tahu you masih marah tapi perkara itu dah berlalu, you tak boleh lah sampai nak cederakan Maria" Syafiq bersuara lembut.

Dahlia sudah menayangkan wajah jijik.

"Eiuw, jeles? Dengan korang? Sorry sis, bestie gue lagi syantik dari lo, dan boyfriend dia lagi helok dari dia ni" Dahlia menunjuk kearah Syafiq.

"Boyfriend? Ada ke orang nak perempuan kasar dengan attitude macam dia? Lelaki sekarang nakkan perempuan yang lemah lembut kan biy?" Maria menggenggam erat tangan Syafiq memaksa lelaki itu bersetuju.

Perlahan-lahan Syafiq mengangguk terpaksa.

"I'm sorry" bisik Syafiq perlahan namun masih didengari oleh Husniya.

"For what? Sebab curang dengan aku dulu atau sebab kau terpaksa setuju dengan kata-kata kesayangan kau ni?" Soal Husniya.

"For everything" wajah cantik Husniya ditatap lembut.

Maria sudah menjeling kearah Syafiq apabila kekasihnya sendiri berkata begitu dihadapannya.

"Even if my angels forgive you, my demons will never forget it" sinis Husniya Radwa.

"Hey, Boyfriend aku dah minta maaf kan? Kau patut bersyukur" sampuk Maria.

"Tolong tutup mulut kau sekejap, bau sampah, sekali kau cakap terus keluar semua sisa sampah dan toksik kau" kata Husniya Radwa tenang sambil memandang kearah Maria dengan senyuman kosong.

"You look mean and rude"

"Bitch, i am, now move" Husniya melanggar kuat bahu Maria. Dia sudah lapar, bergaduh dengan sotong di depan dia ni sampai esok pun tak dapat makan.

"Teruskanlah perangai kasar dan biadap kau tu, sampai bila pun takada lelaki yang boleh bertahan dengan kau" kata Maria kuat.

Langkah Husniya Radwa terhenti seketika. Air liur ditelan.

'No, relax, jangan fikir jangan fikir' matanya dipejam rapat.

"Who says?" Sampuk satu suara. Kelihatan Thariq Ridzuwan dan Emir Aiman yang segak ber tuxedo berjalan kearah mereka. Emir Aiman membetulkan sedikit tali lehernya, jarang mereka berpakaian formal begini.

Dahlia Batrisyia sudah memerah mukanya melihat Emir Aiman.

'Eee asal aku tak pernah sedar mamat ni handsome dari dulu, tunang siapa segak sangat ni?'

"Hi flower" tegur Aiman kepada Dahlia.

"Hi, baru sampai ke?" Dahlia menuju kearah Aiman apabila melihat banyak mata memandang kearah dua jejaka yang baru masuk itu.

"Eh tak, minggu lepas lagi dah sampai" seloroh Aiman membuatkan wajah Dahlia mencuka.

"Apa kau cakap tadi? Takda orang nak kan dia? Kalau kau nak tahu, ini la tunang Husniya" Dahlia menunjukkan kearah Thariq.

'Tu..tunang?!' Husniya membulatkan mata, haritu kau cakap aku ada boyfriend, sekarang kau cakap tunang?!.

"Mu..mustahil, mesti kau tipu, kau upah diorang kan?" Maria memandang dua wajah tampan itu tidak percaya.

Dia memandang pula kearah Thariq Ridzuwan, jejaka tampan dan tinggi lampai itu memang mampu menarik perhatian semua wanita yang melihatnya.

"Kenapa pula nak menipu, benda baik kan? Sayang tak bagitahu diorang lagi ke Treasure?" Thariq memandang kearah Husniya dengan senyuman manis.

Husniya Radwa hanya mendiamkan diri, dia masih terkejut, tunang? Dan diorang ni pula macam mana boleh datang sini?

Sekumpulan perempuan mula berbisik bisik sebelum menjeling kearah Husniya.

"Oh ya? Kau cakap lelaki tak akan bertahan dengan dia sebab perangai dia?" Senyuman manis tadi semakin menghilang diganti dengan wajah kosong. Thariq menatap wajah Maria lama.

"If she was the problem, then why all of her ex is always trying to comeback?" Soal Thariq Ridzuwan. Termasuk dirinya sendiri. Mata dikerling kearah Syafiq.

Dia memandang kearah Syafiq sebelum tersenyum sinis. Dia lelaki, jadi dia faham maksud disebalik pandangan lembut yang diberikan oleh Syafiq kepada Husniya.

"This is my first and last warning, jangan buat masalah dengan tunang aku, or else kau akan tahu akibatnya, you can try me if you want"

"Cik sotong, takada siapa yang nak buat musuh dengan kau, tapi diri kau sendiri yang suka cari masalah" kata Dahlia sebelum dia menarik tangan Husniya berlalu dari situ.

"Don't test him, muka dia mungkin nampak tenang, but you wouldn't want to know the storm inside his head" Aiman memberi peringatan sebelum berlalu pergi mengikuti langkah Thariq, Dahlia dan Husniya.

Maria dan Syafiq hanya terdiam melihat 2 pasangan itu berlalu.

Perlahan-lahan tangan lelaki itu membentuk penumbuk.

___________________________________
"Teruskanlah perangai kasar dan biadap kau tu, sampai bila pun takada lelaki yang boleh bertahan dengan kau"

'Betul ke semua lelaki curang dengan aku sebab taktahan dengan perangai aku?'

'Tapi aku yang tinggalkan diorang'

'Tapi macam mana kalau betul?'

Husniya Radwa termenung memikirkan itu. Itulah masalah dia, perkara kecil mampu mempengaruhi pemikiran dia.

'Ugh, i hate this fucking anxiety!'

Ubatnya dicari di dalam beg namun tiada. Mesti dia tertinggal di rumah sewanya semasa kalut bersiap tadi. Semuanya salah si Tapir itu yang menahan dia di jalan.

"Nah" Thariq meletakkan pinggan yang berisi Steak dan beberapa ekor udang bakar di hadapan Husniya apabila melihat gadis itu sedang ralit mengelamun.

"Thankyou" perlahan saja suara Husniya.

"Ehem" Syifa berdehem perlahan menarik perhatian mereka yang duduk di meja itu.

"So Husniya, how's life?"

"Great" jawab Husniya sepatah.

Thariq menarik pinggan Husniya apabila melihat gadis itu janggal memotong steak. Terkedu Husniya dibuatnya, nampaknya Thariq masih ingat tentang kelemahannya yang satu itu.

"Aww so sweet" Dahlia dan beberapa rakan gadis yang lain tersenyum memandang kearah Thariq yang sedang memotongkan steak kepada Husniya.

"Diamlah flower" teguran Aiman mengundang penyakit. Belakang badannya dihempuk menggunakan beg tangan Dahlia.

"Sibuklah awakni, makan tu!" Marah Dahlia, lelaki itu memang dari dulu hobi potong mood orang agaknya.

"Korang bila nak kahwin? Bila bertunang? Kau tak ajak pun!" Syifa menyampuk sambil tangan menepuk perlahan punggung anaknya.

"Err.." Husniya sudah tidak tahu nak goreng apa, semua salah Dahlia!

"Dah lama, insyaallah nanti dah sampai masa kitaorang jemput" jawab Thariq dengan tenang, tangan sibuk membuang kulit udang. Sisa kulit itu diletakkan kedalam pinggannya.

"You kerja apa Thariq?" Soal Wani pula.

"ATM" jawab Thariq sepatah, dah macam kena soal siasat dengan mertua pula.

"Seriously? ATM ada banyakkan? TDM, TLDM and TUDM, you yang mana?" Laila mula menyampuk.

"You sekali dengan Thariq ke Aiman?" Aiman mengangguk apabila dia pula ditanya.

"Kawan kawan awak memang busybody eh?" Bisik Aiman perlahan kearah Dahlia, kesian dia tengok Thariq yang sudah mula rimas diasak soalan begitu.

"TDM" jawab Thariq sepatah, dengan orang terdekat memang dia banyak mulut, tapi dengan orang yang baru kenal ni dia agak kekok.

"Korang kor apa? RAMD? RRD? KAD? RAD? RSD? 10 Briged Para? RGK? KPA?.."

"RGK" potong Thariq Ridzuwan sambil memandang kearah Wani yang sedang membaca satu per satu kor dan rejimen TDM yang dicarinya didalam google telefon.

Puftt

Tersembur air yang diminum oleh Akim, iaitu suami Syifa.

"RGK?!" Kuat suara lelaki itu hingga menarik perhatian meja lain.

Perlahan-lahan Thariq dan Aiman mengangguk. Apa yang terkejut sangat. Bukan mereka berdua saja yang bertugas dalam rejimen itu.

"Apasal mamat ni? Perak ke apa?" Aiman sudah menundukkan wajahnya kebawah. Malu ya Allah kalau bukan sebab gadis kesayangan sebelah ni memang dia tak akan datang sini.

"Apa latihan paling teruk korang pernah buat?" Soal Akim penuh minat.

"Jalan kaki 160km 3 hari 3 malam tanpa henti dan tanpa rehat" jawab Thariq Ridzuwan tenang. Husniya Radwa memandang tidak percaya kearah Thariq. 3 hari 3 malam?! 160km?! Tanpa rehat?! Mahu hancur tapak kaki!

Gulp.

Akim menelan liur mendengarkan itu, manakala gadis gadis dimeja itu sudah memandang Thariq dan Aiman dengan senyuman penuh makna.

"Untunglah kau Husniya" puji Syifa manakala yang lain hanya mengangguk setuju.

Husniya Radwa hanya tersenyum tawar mengiyakan.
________________________________

"Ex kau?" Soal Thariq Ridzuwan dengan nada berbisik setelah dia menghulurkan steak yang sudah siap dipotong bersama udang yang sudah dibuang kulitnya.

"Siapa?"

"Yang girlfriend dia buat hal tadi" jawab Thariq.

Husniya Radwa hanya mengangguk perlahan.

"So I bet, lelaki yang tengah pandang kau dari meja arah 8  kerusi nombor 67 pun Ex kau" kata Thariq Ridzuwan sambil memandang tajam kearah lelaki yang asyik mencuri pandang kearah Husniya Radwa.

Husniya Radwa mengangkat tinggi keningnya, wah bro, wa tahu lu komando, arah arah ni hujung jari lu je tapi jangan cakap macam tu wa pening.

Husniya Radwa mengangkat kepalanya melihat arah yang dikatakan oleh Thariq. Ex dia memang ramai ye, semuanya try and error, perangai masing masing mintak kaki sampai dia susah nak percayakan lelaki.

"Haah" sepatah saja balasan Husniya.

"Why? He cheated on you too?" Soal Thariq ingin tahu.

Husniya hanya menggeleng.

"Then?"

"I ended those relationships which give me everything except mental peace" mudah jawapan Husniya sebelum dia menyuapkan steak kedalam mulutnya.

Thariq Ridzuwan mengangguk perlahan. Noted!

"You know it's true what they say, behind every great man is a strong woman" kata Syifa tiba-tiba sambil memandang kearah Husniya dan Thariq.

"Ouh, i wouldn't know, i've never stood behind a man" balas Husniya dengan wajah mendatar.

Air yang sedang di minum oleh Aiman perlahan lahan mengalir keluar dari mulutnya kembali. Terkejut dan terkedu mendengar kata kata Husniya. Mata dikerling melihat wajah tenang Thariq. Tahu bahawa lelaki itu sedang berperang dengan diri sendiri.

"Pengotor lah awak ni!" Marah Dahlia

"Saya mendapat berita bahawa anak kepada pemilik hotel mewah ini turut datang ke menyertai kita disini" suara Emcee itu menarik perhatian semua orang.

Mereka mula tertanya tanya siapa anak kepada pemilik hotel mewah Grand Tizz ini.

"Thariq Ridzuwan Dato Tizz Razif" terlepas pegangan sudu Husniya Radwa sebelum perlahan lahan dia memandang kearah Thariq Ridzuwan yang hanya tenang itu.

Emcee itu mendekati meja yang diduduki oleh mereka.

"Terima kasih Encik Thariq, rasanya semua orang nak tahu, kenapa Encik menyertai kami semua hari ini, adakah sebagai pemilik hotel ini atau ada udang disebalik batu?" Usik emcee itu. Mic dihulurkan kepada Thariq Ridzuwan.

Kedengaran suara suara nakal mula bersiul-siul.

Husniya Radwa masih memandang wajah Thariq dengan pandangan tidak percaya.

"Assalammualaikum semua, saya harap semua berpuas hati dengan service hotel kami dan sebenarnya, saya datang untuk menemankan tunang saya, because i've heard that there's a few flies always try to land on my fiance" kata Thariq dengan wajah tenang sebelum matanya mengerling kearah Syafiq, Maria dan lelaki yang mencuri pandang kearah Husniya.

"Wah! Siapa agak-agaknya gadis bertuah yang berjaya menarik hati Leftenan Thariq kita ni?"

"Well, as you can see, this is my fiance, my treasure, touch her and i'll make you pay for it" amaran diberikan kepada sekumpulan gadis yang berbisik-bisik tadi sambil tangannya menunjuk kearah Husniya.

Gadis-gadis tadi mula menunduk, gerun melihat wajah tampan itu bertukar serius.

Husniya Radwa sudah mula gelabah. Matilah dia lepas ni! Namun dalam masa yang sama dia terharu. Thariq cuba melindungi dia walaupun dia melayan lelaki itu dingin.

"Wow nampaknya Cik Husniya kita dah berpunya, kepada jejaka jejaka yang menaruh hati tu boleh simpan balik ye" Emcee itu kembali bergurau bagi menceriakan suasana.

Kedengaran beberapa ketawa mula memenuhi ruangan itu. Husniya Radwa sudah menunduk malu manakala Thariq Ridzuwan membalas pandangan tajam dengan Syafiq.

Continue Reading

You'll Also Like

949 75 23
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
10.8M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
984 153 12
Ain Nuwaira Tihani adalah seorang gadis yang berasal dari keluarga yang sangat kejam terhadapnya, sehingga dia berjumpa dengan seorang lelaki yang in...
273 67 26
Status: OG Update: Setiap hari Khamis (insya-Allah) Ps: Saya tak buat description lagi sebab cerita tak siap. But i will do do it later, okie? Selama...