Mrs. Aryan Herriez

By softieebabe

117K 6.6K 403

āŗ*ļ½„ā˜¾ His Series š–„” ą£Ŗ į„«į­” ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di Uni... More

š“œš“»š“¼. š“š“»š”‚š“Ŗš“· š“—š“®š“»š“»š“²š“®š”ƒ
Part 1 : Bang!
Part 2 : First meet
Part 3 : Seduce
Part 4 : Cara is missing
Part 5 : Signor Aryan
Part 6 : Strange Feeling
Part 7 : Rindu
Part 8 : Kehilangan
Part 9 : Rayyan
Part 10 : Rossa
Part 11 : Proposal
Part 12 : Imamku
Part 13 : Nasi Kandar
Part 14 : Honeymoon
Part 15 : Venice
Part 16 : The Empire
Part 17 : The City
Part 18 : The City of Love
Part 19 : Vendetta
Part 20 : Greece
Part 21 : Bang Bang!
Part 22 : Star
Part 23 : Something
Part 24 : The tragedy
Part 25 : Touch her and die
Part 26 : Odiare
Part 27 : My Roses
Part 28 : The plan
Part 29 : Attack
Part 30 : Youre Mine
Part 31 : Begin
Part 32 : The truth
Part 33 : The truth 2
Part 34 : Dead
Part 35 : The truth 3
Part 36 : Before You Go
Part 37 : She left
Part 38 : White roses
Part 39 : New York
Part 40 : Dream
Part 41 : The love
Part 42 : Her
Part 43 : Him
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65 : Aryan X Cara
Part 66
Part 67
Part 68
Epilog
Author's note
New story

Part 56

1K 69 5
By softieebabe

BALKONI bilik menjadi tempat di mana dia menenangkan perasaannya. Jiwanya kosong tanpa Aryan disisi. Sememangnya Aryan tidak akan pernah meninggalkan dia keseorangan namun lain pula sekarang.

Setelah tiga hari berada di hospital, doktor membenarkan Cara untuk pulang dan sambung berpantang dirumah. Sejak pagi lagi Nenek Kina selaku doktor peribadinya sudah menjaganya.

"Tengok apa kat luar tu sayang?" soal Nek Kina yang baru masuk ke dalam bilik Cara.

"Tak ada apa lah nek.." senyuman nipis terukir. Siapa sangka dia berpantang tanpa suami di sisi. Mujur saja mentalnya kuat untuk menghadapi ujian daripadaNya.

"Nenek tahu Cara rindukan suami Cara kan? Cara kena kuat. Kena percaya dengan
Qada' dan Qadar Allah. Masa berpantang ni Cara tak boleh lemah-lemah tau nanti kesihatan kamu tu yang terjejas. Suami Cara pun tak suka kalau tengok Cara sedih.." bahu Cara diusap lembut oleh Nek Kina.

"Nenek nak tahu tak? Cara ada mimpi Aryan. Dia pesan dekat Carl jangan biarkan air mata Cara jatuh. Tapi kenapa dia tak ada dengan Cara?" nafas dihela perlahan. Matanya yang berair tidak dihiraukan.

"Lagi lagi time Cara tak kuat macam ni." sambungnya lagi.

"Mungkin ada hikmah disebalik itu. Tak lama lagi Aryan balik la.." ujar Nek Kina untuk menyejukkan perasaan Cara walaupun dia sudah tahu apa yang terjadi. Namun disebabkan Carl memintanya untuk berdiam diri, maka dia terpaksa menipu Cara.

Raut wajah Cara ketika itu tampak kecewa. Namun dia masih mengukirkan senyuman nipis kepada Nek Kina.

"Sudahlah tu nak..Nenek ada bawakan Cara bubur ni. Cara makan tau?" penuh kelembutan nadanya ketika itu.

Dia sekadar mengangguk tidak mahu membantah. Keadaannya masih lemah dan disebabkan itulah dia memerlukan khidmat Nenek Kina sepenuhnya.

-

LANGKAH diatur penuh berhati-hati untuk menuruni tangga. Dia ingin mengambil angin di kawasan kolam rumah Aryan.

"Ehh nak pergi mana tu?" tiba-tiba sahaja dia ditegur Ray.

"Cara nak pergi kolam." pandangannya masih kebawah supaya langkahnya tidak terpesong dari tangga tersebut.

"Cara tak sihat lagi kan..Kaki pun berstokin lagi tu. Licin la nanti." Ray bersikap prihatin. Risau akan keadaan Cara yang masih lemah lagi.

"Takpelah Cara bosanlah asyik stay dalam bilik je." bibir Cara dicebikkan. Tak ada lah bosan sangat tapi dia asyik teringatkan Aryan apabila berada di dalam bilik mereka.

"Yelah jom aku bawakkan." Ray terus memimpin Cara ke kawasan luar kolam sebelum duduk di atas kerusi.

Cara hanya mengukirkan senyuman pada Ray tatkala dia beredar meninggalkan Cara disitu.

Sejak dari kejadian itu, Ray tidak pernah berkasar dengannya jauh sekali ingin mengejeknya seperti selalu. Terasa pelik juga la kenapa tiba-tiba sahaja Ray berubah 360 darjah.

Telefon bimbit Cara dikeluarkan untuk membuat panggilan video bersama Bella. Sudah lama tidak mendengar khabar kawannya itu.

"Hai assalammualaikum Bella." senyuman dicuba untuk dimaniskan agar tidak terlalu menampakkan kepalsuan daripada senyuman itu.

"Omg heyyyy waalaikummusalam Cara busik busuk kesayangan Bella yang wangi." balas Bella penuh teruja. Mungkin kerana sudah lama tidak menerima panggilan daripada sahabatnya ini.

"Suka eh kau. Aku tahu lah kau rindu aku. Btw aku wangi okeyyy. Tapi kalau aku busuk pun, kau tetap rindu aku kan?" bibir Cara dicebikkan. Tidak lupa juga kelipan mata yang sengaja dikelipkan beberapa kali.

"Iyelah buat pertama kalinya aku tak tipu kau. Gila tak rindu! Orang gila je tak rindu kau." jelingan dihadiahkan. Rindu ikhlas ke rindu tipu-tipu je ni?

"Eleh aku pun rindu kau Bella. Sangat-sangat." sebak di dada masih cuba dikawal. Dia tidak mahu Bella melihat keadaannya yang lemah sebegini.

"Kau okay tak ni? Kenapa macam something wrong je?" soalan Bella mengejutkan Cara.

"Mengarut jelah kau ni. Kau dekat sana tu okay tak?" Cara terus mengubah topik agar persoalan itu tidak lagi disoal oleh Bella.

"Macam biasalah. Okay sangatlah wey. Aku tengah mencari jodoh ni kau jangan main-main." balasnya penuh bangga.

"Eh ingat sikit kau tu dah ada boyfriend!" Cara terus mencelah. Bukan boleh dengan si Bella ni.

"Gurau jelah. Btw how about you? Aryan mana Aryan?" puas Bella menilik komputer miliknya namun figura Aryan masih tidak dilihat olehnya. Selalunya mereka berdua pasti akan berkepit.

Dengarkan sebutir nama Aryan sahaja sudah membuatkan jantungnya berdegup laju.

Bahkan hatinya turut berasa sakit seperti dihiris pisau.

Even herself wonder..Where is her husband?

"Hello?? Aku tanya kau ni Cara." Bella terus menegur apabila melihat Cara yang hanyut dalam dunianya sendiri.

"Eh Bella aku pergi dulu eh? Ada orang panggil tu. Takecare Bella aku sayang kau tau byebye muehehehe." panggilan video itu terus ditutup tanpa sempat Bella berkata apa-apa.

Mutiara jernih yang sedari tadi bertahan terus merembes ke pipinya.

Dia tidak mampu untuk memberitahu Bella tentang kondisinya yang sekarang.

Dan juga kehilangan Aryan yang masih menjadi tanda tanya buat dirinya.

Adakah Aryan benar-benar outstation atau sebaliknya?

-

SEMINGGU BERLALU..

RAY yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur terus mengejutkan Cara yang sedang mengacau jus oren yang dibuat dari air tangannya sendiri.

"BAAA!!"

"Eh Nek Kina rambut pink!" latah Cara.

"Hah?! Rambut nenek pink ke? Kena usya ni." usik Ray sambil mempamerkan riak wajah yang seakan terkejut.

"Ey mengarut! Terkejut Cara tahu tak?" adunya sebelum jus oren itu diteguk. Lega rasa tekaknya ketika itu.

"Biar biar. Ini dah kenapa masuk dapur? Cara tu belum habis pantang lagi kan." kini bermulalah sesi menadah telinga untuk mendengar Ray membebel.

Sejak dua menjak ni Carl dan Ray sering membebel kepadanya. Tak cukup dengan nenek Kina pasti sahaja mereka akan mengambil alih tugas nenek Kina untuk membebel.

"Aku dah larang dia dah tadi tapi biasalah bukan Cara Estella lah kalau tak degil and keras kepala." Carl datang menyampuk.

"Macam mana lah Nenek jaga dia ni kan.." usik Ray sengaja mahu mencari pasal.

"Cara ni bukannya tak boleh berjalan dah. Luka dekat peha Cara pun dah sembuh cuma luka kat tempat lain je yang belum sembuh." nada hujungnya sedikit meleret. Tiba-tiba sahaja dia bercakap spontan.

Carl dan Ray hanya mendiamkan diri sebelum mengatur langkah meninggalkan Cara.

Begitulah yang akan terjadi apabila Cara membuka topik tentang Aryan. Pasti sahaja mereka akan melarikan diri daripada menjawab soalan itu.

SETELAH cawan dibasuh dan diterapkan, tiba-tiba terdetik di hati Cara ingin melawat bilik office Aryan yang sudah lama ditinggalkannya.

Pintu bilik dikuak tatkala matanya melilau memandang sekeliling. Terasa seperti aura Aryan apabila memasuki ruangan tersebut.

"I miss you dear husband."

Laci meja dibuka satu-persatu sehingga matanya menangkap sepucuk sampul surat yang menarik perhatiaannya.

Tidak menahu la kenapa dia merasakan sedemikian.

Namun tiba-tiba dia melihat sesuatu yang ditulis pada sampul surat tersebut. Dia kenal tulisan itu. Tulisan suaminya, Aryan.

For my darling, Cara Estella.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 76.3K 75
"Our encounter is a mathematical formula." In which story where's a dwarf, meet her prince charming.
1.2M 45.8K 73
"Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau" - Matheo. Segalanya berubah apabila Aeris tersalah ha...
667K 27.3K 43
āš ļø NO PLAGIAT āš ļø āš ļø cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat āš ļø [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
935K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...